BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

Posted by Tukya Labels:

-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

116 comments:

  1. Hasbullah Pit

    Di Cawangan saya pula, ada yang berbaju PAS, tapi berjiwa PKR.

    Mereka tak masuk PKR kerana PKR tiada cawangan.

    Ketika Anwar datang, beria-ria nak tengok ceramah Anwar.

    Merekalah tukang pasang poster/benderaku.

  1. Anonymous

    saya pun hairan dan terkejut melihat tok guru begitu mengia2kan anwar.

  1. Anonymous

    Salam, dan saya lagi la bertambah terkejut kerana ada puak2 PAS yg boleh BERMUKAH dgn UMNO secara diam2 sebaik sahaja Allah SWT menganugerahkan kemenangan. hasil kerja2 'BERMUKAH' ini imej PAS sedikit sebanyak tercalar terutamnya dr pengundi Non muslim .
    ( kalo saudara beranggap PAS tidak perlu 'memandang' gol non muslim dlm PRU , itu terpulang)

    Bagi sesiapa yg tidak minat sejarah atau lupa akan sejarah, d minta byklah bertanya dan membaca.
    kalo nk d catatkn d sini tak cukup rasanya apa yg UMNO telah lakukan kpd rakyat termasuklah parti PAS sendiri. malangnya kita selalu lupa dan tidak pernah belajar drpd sejarah.

    jgnlah marah tak tentu pasal kerana seoarang manusia bernama anuar . Sekurang2nya beliau memberi satu wadah utk kita mengulingkan UMNO-BN .

    tanyalah diri sendiri kenapa kita tidak rebut peluang dan kesempatan yg telah tuhan berikan. saya tau ramai puak2 ni kalo boleh mahu kan PM d kalangan org PAS sendiri andai berlaku perubahan krjn. bg saya tidak ada masalah cuma MP PAs harus menjadi majoriti dlm dewan. ( ini asas dlm undang2.) so kenapa kita tidak bekerja kuat utk memberikan kesedaran kpd MP2 BN agar mereka dpt 'berhijrah' ke dlm pakatan dgn memilih pas. bukahkah lebih baik kita berusaha ke arah itu drpd kita dok mengeluarkan kenyataan 'sonsang' lbh2 lagi kenyataan yg bercanggah dgn kehandak ali parti?

    seperkara lagi, pandangan saudara berkenaan dgn pakaian bg saya amatlah melucukan. saudara, mungkin saudara lupa bahawasanya saudara tidak ada hak nk menghalang atau mermaksa org lain ikut apa yg saudara pakaikan. Rasanya selagi ianya pakaian yg tertib, sopan dan tidak menyolok mata serta tidak menampakkan aurat, tidaklah menjadi halangan kepd pemakainya. ( perlu faham, kita terdiri dr perlbagai gol, citarasa pelbagai. jagn fikir tiada mat rock yg menyokong PAS.

    maslah saudara ialah saudara hanya berfikir semua manusia HARUS bertindak & berkeinginan spt anda. saudara ingin org dgr dan ikut kehendak saudara. adakah ini bentuk dakwah yg baik? lihat sahaja pakaian presiden iran. adakah dgn berpakaian sebegitu maknanya presiden iran tidak memperlihatkan ciri2 pemimpin islam? saudara sendiri tahu bertapa hebatnya preseden iran yg bertubuh kecil ini.

    saya cadangkan agar saudara buat servay dan tanya pendapat umum siapakah pemimpin2 PAS yg rakyat suka dan sapa2 pula yg tidak. saya percaya saudara akan mendapat jawapan yg ikhlas dan saya juga percaya pilihan bukanlah atas faktor bodek - membodek.

  1. Web Sutera

    Assalamualaikum Pak Azizi,

    Alhamdulillah, cantik dan bernas komentar Pak Azizi. Semoga kita semua mendapat manfaat, insyaallah.

    -- Web Sutera
    http://pasalbuku.blogspot.com

  1. Anonymous

    Senario kesan daripada penggabungan PAS dengan UMNO ialah:

    1. Beberapa orang PAS dari fraksi UMNO ditawar jawatan menteri dan timbalan menteri. Projek melimpah ruah untuk mereka dan rakan-rakan mereka.

    2. Menteri Besar Kelantan bukan lagi TG Nik Abdul Aziz. Menteri Besar Kelantan ialah orang PAS yang dipilih Perdana Menteri.

    3. Menteri Besar Kedah bukan lagi Ustaz Azizan. Menteri Besar Kedah ialah orang PAS yang dipilih Perdana Menteri. Demikian juga dengan Perak.

    4. Fraksi-fraksi dalam PAS akan berbalah sehingga menimbulkan perpecahan.

    5. PR berpecah dan kehilangan semua negeri yang dikuasai kecuali Pulau Pinang.

    6. BN menang besar dalam PRU13. Namun PAS semakin lemah walaupun berada dalam BN.

    7. Krisis berlaku di Kedah dan Kelantan sehingga membawa kepada penubuhan parti serpihan.

    8. PAS ditendang sekali lagi dari BN dalam tahun 2017.

    9. PAS kalah teruk dalam PRU14. Ia tidak diterima oleh BN atau bekas PR. PAS menjadi parti kecil.

    10.PAS terus terpinggir sehingga PRU17 pada tahun 2030.

    Namun tawaran menyertai BN tetap menarik. Ia membuka peluang untuk menjadi menteri atau timbalan menteri. Ada juga yang berpeluang menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC. Selain itu, ia turut membuka peluang kepada projek-projek yang lumayan di koridor-koridor yang terdapat di seluruh negara.

    Kemenangan parti tidak penting kerana menyertai BN disertai dengan tawaran harta dan pangkat. Mungkin juga dapat wanita cantik.

    Dalam fasa perjuangan nabi, tawaran harta, pangkat dan wanita ialah sesuatu ang benar-benar berlaku. Namun bukan semua orang zaman ini menghayati perjuangan nabi.

  1. mudin001

    Susulan dari komen Sdr Sebol,

    Ya, lebih baik berbadan PAS berbaju PKR dari berbaju PAS dan berjiwa PKR.

    Yang takutnya, jiwa PAS itu yang makin susut.

  1. Faisal Tehrani

    Pas dah tak boleh mengaku kerabat Ikhwan. Pas kini kerusi nombor stu Islam nombor dua. Period. Sikit lebih dengan UMNO. Kena tulis Kawin-kawin 2 ni cikgu.
    Wassalam.

  1. Anonymous

    pemimpin pas dah mengejar kuasa...
    kenapa halalkan rasuah dgn membeli ahli parlimen...
    macam robin hood...

  1. Anonymous

    Kalau pas terus bersama pkr...
    saya dapat rasakan pas akan kalah teruk pada pilihanraya akan dtg....
    rakyat bkn bodoh...
    pkr takde matlamat perjuangan...
    cakap perjuang kebebasan media tapi boikot Utusan..
    cakap perjuang kebebasan wartawan,tapi pukul wartawan..
    bila melayu kena hina, pemimpin pkr buat muka tak tahu je...
    harap pas dpt buat penilain bijak..
    teringat akan kisah nabi Muhammad dgn Hercules..
    Anrtara kuasa dan agama..

  1. Anonymous

    Sdra semua,
    Terima kasih kerana prihatin dan kritis terhadap tulisan saya. Saya bangga pandangan sdra. Inilah tujuan saya menulis, melahirkan orang kritis terhadap pandangan dan pendapat semoha ia tak selamanya tukang angguk.
    Tapi komen ke 3 dari saudara tak bernama agak keliru sedikit. Saya tidak bermaksud BAJU itu jalan sehala. Ini bukan soal aurat, ini bukan soal pakaian seperti Presiden Iran.
    Saya cuma simbolik. Saya ketengahkan makna berlapis, tapi malang saudara komen ke 3 tidak melihat ke situ. Beliau melihat secara terus. Barangkali salah saya memasukkan unsur kreatif sedangkan komen ke 3 orang akademik yang membaca tesis.

    Kedua, jangan ingat saya menyalahkan PKR, Anwar atau menyalahkan 100% Pas yang ahli saya seumur hidup. Tapi saya minta pucuk pemimpin dan kepim[inan berhati-hati, mari merenung semula, memperkemas agar ahli Pas yang melaung takbir sampai tegang urat, tiba-tiba mendokong dasar orang lain kerana minat...syok...dan lain-lain. Ini yang kita kena perkemas kembali.
    Maaf- aziziabdullah.

  1. Anonymous

    Tuan,

    Saya mula bergiat dengan PAS setelah tamat pengajian 2003 lalu.
    Mula rasa kecewa apabila di DUN kami diletakkan calon PKR tetapi atas semangat inginkan perubahan kami bermatian-matian berkempen untuknya.

    Terus terang saya katakan Allah telah membuka hati kami apabila menang calon PKR kita nampak bagaimana mereka membawa harapan untuk Malaysia.

    Kini sering membantu pusat khidmat ADUN saya dapat lihat bagaimana kedepannya pemikiran mereka. Kita juga dapat lihat bagaimana terbukanya masyarakat Cina dan Indai menerima siasah mereka.

    Saya rasa sedih bagaimana rakan-rakan yang sama-sama berkempen Mac lalu kini lebih suka mengumpat di masjid dan surau menjatuhkan ADUN PKR yang dipilih rakyat dan dengan penuh ikhlas bekerja keras untuk kepentingan rakyat. Mereka tidak juga ingin membantu untuk kerja-kerja ADUN untuk masyarakat.

    Seperti Sdr Hasbullah Pit katakan ditempat kami tiada satu pun cawangan PKR ketika PRU 12 lalu. PAS ada satu disamping UMNO ada 4 di peti undi kami.

    Baru-baru ini apabila Setiausaha Politik MB menawarkan bantuan/sumbangan untuk ditubuhkan cawangan PKR, AJK masjid terang-terang melarang anak kariah menerimanya atas alasan lebih baik jadi ahli PAS dan katanya arahan daripada Exco Agama dan Adat Melayu.

    Terus terang saya tidak selesa dangan cara ini. Kita tidak seharusnya bertindak sebagai big brother kepada PKR dan cuba sabotaj usaha murni mereka.

    Ikhlas saya katakan tanpa kerjasama dan sumbangan PKR semasa PRU12 lalu, semua kerja keras kita tidak akan mendatangkan hasil sepertimana yang kita perolehi.

    Saya akui berbadan PAS. Tetapi dalam soal menyalur khidmat kepada masyarakat dan memastikan Pakatan Rakyat menunaikan janji kepada rakyat saya tiada pilihan untuk berbaju PKR.

  1. LensaPR

    Sekarang arus Anwar. Orang muda ikut arus kan.... jangan yang tua pun macam tu dah le.

  1. Rausyanfikir

    Setuju cikgu. Saya ada tuli isu ketidak perihatinan pejuang Melayu berkenaan isu Bahasa Melayu.

    http://sosialiskanan.blogspot.com/

  1. me,myself n all around da world

    askm,

    sy juga berkongsi kebimbangan yg sama dgn cikgu.semakin hampir topple government(malu nak sebut istilah ambik alih kerajaan) ni semakin risau sy...


    p/s: lama xterserempak dgn cikgu diperpustakaan di hujung minggu?

  1. kawan PAS

    PAS akan terus gagal selagi tak boleh keluar dari paradigma UMNO bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dalam konteks undi, PAS nak jaga hati Melayu, sebab tu sampai bila2 PAS tak akan berjaya sampaikan mesej Islam dengan lebih baik. PAS menyempitkan paradigma Islam pada mata bukan Melayu.

    Salah apa orang nak masuk PKR atau DAP sekalipun? Cakap saja PAS cemburu kerana rasa lama dalam politik. Tak payah berselindung dengan ayat Quran dan Hadis.

    Budaya berkawan tak ikhlas ni Islam sangatlah gamaknya?

  1. barajiwa

    Ustaz, sekadar renungan bersama:

    1) Pakatan cemerlang di dalam PRU 12 yang lalu kerana rakyat umumnya begitu taksub dengan PASnya,PKR dan DAPnya? Sementara orang-orang Melayu,Iban,Cina dan India pula menjadi pejuang maha handal kaum dan kabilah masing-masing?

    2) Unit AMAL disegani masyarakat kerana ia milik PAS?

    3) UMNO bercempera kerana ia sentiasa terkinja-kinja setia membela Melayu dan Islam?

    4) TGNA model pemimpin yang ...
    kerana beliau 'milik' PAS dan seorang ulama?

    5) TDM disanjung/dicerca kerana menjadi panglima yang gah UMNOnya, Melayunya, Islamnya atau tentunya kerana keberaniannya?

    6) 1998, saat mata lebam membuat kita (rakyat jelata) tersentak lantas menjadi taksub kerana batang tubuh itu milik seorang manusia, yang namanya Anwar?

    Ya Rabb, kau tetapkanlah hati-hati kami..

    selamat berpuasa.

  1. Panglima Perang Cyber

    oleh : Ramly Ab Halim
    -Blogger Meli Kapak Jangak

    http://melikapakjangak.blogspot.com/


    SEANDAINYA tarikh 16 September ini yang dicanang akan berlaku pertukaran kerajaan dan jawatan Perdana Menteri akan bertukar tangan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, secara tidak langsung ianya boleh mengundangkan kepada PKR-Pas akan pecah kongsi di samping Pas pula akan berpecah dua.

    Pada saya isu berkenaan juga yang semacam turut diagendakan oleh kalangan tertentu dalam Pas tanpa dapat dipastikan tujuan dan matlamat sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran Pas, satu hakikat yang walaupun sangat pahit tetapi terpaksa juga ditelan.

    Tidak mustahil Umno/BN yang diharapkan dan sering didoakan akan lebur, sebaliknya Pas yang akan hancur, Umno akan bertambah kuat dan mantap, Pas yang longlai dan menjadi umpama si buta kehilangan tongkat.

    Kalau kerajaan tidak bertukar tangan dan kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, bermakna gembar gembur dan janji serta jaminan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk oleh agen-agen Pas adalah satu pembohongan yang sangat nyata.

    Berbohong, menyokong dan bersekongkol dengan pembohongan adalah perbuatan terlarang dalam Islam dan tidak halal disokong, malah tidak ada cara, alasan dan kias ulamak yang boleh menghalalkannya.

    Sebagai sebuah parti yang kononnya berteras, bertunjang, berlandas, berpasak dan berpaksikan Islam, pasti dikalangan ahli Pas tulen yang tulen pula Islam dan iman serta taqwanya akan dilanda rasa berdosa yang sangat kronik bila parti itu tersekongkol dengan suatu pembohongan.

    Bahananya mahu tidak mahu akan berlaku konflik antara Pas sesama Pas yakni antara pimpinan dan ahli Pas yang tulen Islam, iman dan taqwanya dengan pimpinan dan ahli Pas yang tidak berapa tulen Islam, iman serta taqwanya dan tidak cukup kenal pula apa itu Pas sebenarnya.

    Gara-gara bermain api dengan taktik dan teknik politik berkepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang jiwanya tidak pernah selari dengan Pas dan ini terbukti apabila dipecat dari Umno diwujudkan PKR (dulu KeADILan) yang sifatnya tidak jauh berbeza pun dengan Umno, Pas akan terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyelamatkan parti itu dari berpecah dan tengadah sesama sendiri.
    Datuk Mustafa Ali yang merupakan antara pemimpin penting Pas secara peribadi menyimpulkan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini. Saya yakin Mustafa bukan bersendirian dalam membuat kesimpulan itu.

    Kesimpulannya itu terang-terang bercanggah dengan apa yang diharap dan diyakini oleh sebahagian lagi pimpinan Pas yang seolah-olah 16 September akan mesti berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri yang sifatnya adalah mendahuhuli dan memaksa takdir, satu lagi sikap yang sangat tidak molek dari sudut hukum hakam.

    Ertinya ekoran dari isu 16 September, Pas selaku parti pencabar utama dan merupakan parti pembangkang yang paling digeruni oleh Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain, termasuk PKR, kini ibarat sebuah kapal di tengah lautan bergelora, mempunyai lebih dari seorang nakhoda.

    Dalam tempoh seminggu ini adalah masa yang cukup kritikal yang akan menentukan nasib Pas termasuk kerjasama dengan PKR dan juga PR. Kalau mimpi 16 September jadi realiti, Pas beruntung, tetapi jika sebaliknya, Pas akan rentung.

    Kalau Pas lemah, apatah lagi rentung sebagai sebuah parti pembangkang, maka kekuatan Melayu dan Islam juga akan lemah. Itu adalah juga sesuatu hakikat kerana kerajaan boleh jadi hebat apabila diattack oleh pembangkang yang juga hebat.

    Jika keadaan itu berlaku, jika Pas jadi lemah dan tidak bermaya selepas 16 September ini, maka mereka yang memprojek dan menagendakan isu 16 September adalah merupakan individu dan puak yang mana keturunan akan dikutuk oleh orang Melayu Islam, khususnya oleh mereka yang mana dari keturunan merekalah terasasnya Pas.

    Antara keturunan yang terbabit dalam pengasasan penubuhan Pas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kerana nenda dan ayahnda beliau adalah antara yang menjadi teraju dan pemacu utama dalam penubuhan Pas

    disalin semula :

    Panglima Perang Cyber
    http://penembak-tepat.blogspot.com/

  1. Anonymous

    takut sejarah berulang....di mana pertubuhan islam hanya dijadikan sbg batu lonjatan bagi memenuhi hajat peribadi...biarlah pas berdiri dengan kekuatannya sendiri tanpa perlu ada imej pergantungan dgn kumpulan yg tidak meletakkan islam sbg no 1....pas perlulah betul2 konsisten dan mesej pas perlulah betul2 sampai ke akar umbi

  1. Anonymous

    Agaknya ramai orang PAS sendiri yang suka PAS menjadi batu locatan untuk UMNO gagah kembali.

  1. Ibnu_Ismail

    Salam.

    Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan tulisan ini. Tulisan yang baik.

    Membaca komen yang pelbagai, saya berpendapat ada salah faham sedikit dalam member komen. Tulisan pemilik blog saya lihat lebih kepada soal dalaman parti PAS. Sedikit pun pemilik blog tidak mengatakan bahawa PAS perlu keluar dari Pakatan dan membenci Anwar.

    Saya masih muda dalam dunia sebenar PAS. Baru habis belajar. Barangkali belum terdedah dengan masalah ini.

    Tapi tulisan ini sangat baik untuk warga PAS. Yang bukan warga PAS dan tergila-gilakan Anwar, barangkali kurang sesuai membaca tulisan ini. Barangkali ada yang tak tahu, ada cawangan PAS yang 'tutup' kerana gilakan PKR. Ada PAS kawasan yang dilupakan PKR selepas PRU12, walhal yang mengetuai jentera untuk memenangkan calon PKR tersebut adalah ahli PAS.

    Saya doakan agar pemilik blog ini tidak akan berganjak dari perjuangan, dikurniakan istiqamah. Saya mencadangkan agar diperkasa tarbiyyah PAS di seluruh Malaysia, dan diberi penekanan seperti apa yang diperkatakan oleh TGHA. Saya cuba buat, tuan juga cuba buat di tempat tuan.

    Minta izin untuk tulisan ini dimasukkan di dalam blog saya. Saya akan sertakan link nya sekali. Terima kasih.

  1. Anonymous

    sdra ibnu_ismnail,
    terima kasih di atas komentar sdra. saya akui itulah tujuan saya menulis, iaitu lebih menghala kepada dalaman pas sendiri. bagus tanggapan bijak sdra.
    Kepada sdra yang lain, terima kasih banyak. Sdra Ramli Abd. Halim, biasalah. Terima kasih.
    Yang paling saya terkesan, sudah ramai kita yang keritis terhadap pendangan orang lain.
    Ini yang kita mahu.
    sSalam: azizi abdullah

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    PAS kini dah moden.Dah menghalalkan yang KAFIR.Amanat Tuan Guru Hadi Awang sudah tidak releven lagi.Yang benar hanyalah ANWAR IBRAHIM yang menjadi PAS batu loncatan.
    Pemimpin PAS kini kian BENGONG,kian lupa perjuangan ASAL.Semuanya kerana ingin berkuasa.PAS juga sama saja seperti UMNO takut PELEMBAGAAN MALAYSIA lebih dari KITAB SUCI AL-QURAN.
    Hukum HUDUD hanya gimik politik PAS yang dah basi dan mual didengar.
    Penyokong PAS di PERMATANG PAUH dah memakai seluar pendek.Dia seorang kafir cina BERAPIT.Kini sama-sama memperjuangkan ISLAM sebaris TUAN GURU NIK AZIZ.
    Yang nyata PAS dah HILANG arah PENUBUHAN.
    Ya Allah,kembalikan PAS pada perjuangan ASAL....amin

  1. ibnalias

    cikgu azizi menulis apa yang saya ingin ceritakan kepada kawan-kawan selama ini.
    terima kasih!

  1. Shameel_iskandar

    Saya anak kelantan. Di Kelantan, org PAS(termasuk saya) memang tidak berganjak dari berjiwa PAS. Tapi PAS kat Perak(tempat saya kerja kini) memang berjiwa PKR. Anuar terlalu suci bagi mereka.

  1. shameel iskandar

    Salam. Cikgu,
    Bagi saya PAS perlu keluar dari PR. Mcm kata YB Pasir Mas Ibrahim Ali kalau PR berjaya membentuk kerajaan, orang melayu akan tersisih sebab ahli Parlimen bukan Melayu akan melebihi melayu.

    PAS perlu dengar rungutan Dewan Ulama PAS agar Tuan Guru Haji Hadi yg jadi PM.

    Sebagai penyokong PAS( yg mana arwah datuk dan nenek, ayah, ibu, abang dan seluruh keluarga menyokong PAS)saya terkilan dengan apa yg berlaku.

    PKR tetap berjiwa UMNO dan berhati sekular. Lihat sahaja di Selangor, siapa panggil Ella dan Mas idayu, siapa panggil artis lucah waktu mmebantah harga minyak. Akhir sekali Dewan Pemuda PAS Selangor, yg diketuai oleh Ustaz sallehin mukhyi yg membantah kerja gila PKR ni.

    Saya bahagia berada di bawah pentadbiran PAS kelantan. Saya gembira melihat kemampuan PAS Kedah mentadbir.

    Tapi sedih lihat kekacauan PKR tadbir Selangor.

    http://bicaradariaku.blogspot.com/

  1. webmaster

    Salam Ustaz,

    Artikel yang menarik dari Ustaz dan menggambarkan luahan hati Ahli-Ahli PAS peringkat bawahan di negeri Kedah. Majoriti ahli-ahli PAS di Kedah lebih selesa dengan Islam yang menjadi tunjang perjuangan. Kita mengulas isu Negara Kebajikan dengan kacamata Islam. Kita tidak menipu rakyat dengan menafikan tujuan menubuhkan Negara Islam. Negara Kebajikan kita terjemahkan sebagai satu unsur dari Negara Islam. Inilah Islam yang kita agung-agungkan. Kita tahu siapa yang buat kerja dan siapa yang mengambil keuntungan atas angin. Kita berpijak di bumi nyata bukannya alam fantasi.

  1. aNaK BaPaK

    salam...

    isu fokus disini ialah untuk ahli pas..untuk ahli pas..

    pas bukan sekadar parti politik tapi hanya menggunakan jalan politik untuk menegakkan islam..pas adalah jamaah..meynertai jamaah suatu kewajiban untuk menolak kemungkaran dan menegakkan kebenaran..setiap yang wajib itu berdosa meninggalkannya dan diberi pahala jika melaksanakannya dan dia jugak menentukan samada mati besok kita akan diberi allah syurga atau neraka..

    maka pas suatu jamaah yg berdaftar dgn jabatan pertubuhan sebagai parti politik untuk menyertai pilihanraya yang dasarnya islam dan hanya boleh bergerak dalam lingkungan yg dibenarkan oleh islam..dan ahli2nya wajib menjadikan kehidupannya beriman dan takut kepada arahan allah..itulah sebenar2nya yg ahli pas mesti paham..maka ramai yg masuk pas kerana semangat..melihat PKR lebih "berkuasa" maka perjuangan ditinggalkan..

    apakah kita berpolitik atau menolak UMNO/BN semata2 kerana marah kepadanya maka kita nak lepaskan kemarahan kita dengan menumbangkannya..jelas inlah kelemahan orang pas berbaju PKR..kita dituntut oleh allah menolak parti yg mungkar kerana ini arahan allah dan rasulnya..bahkan keutamaan dalam akhlak itu yg terlebih baik seperti yg digambarkan oleh rasulullah dalam satu hadithnya;

    "ada satu golongan manusia diberikan allah kelebihan kepada mereka untuk terus masuk kedalam syurga..maka malaikan yg menjaga pintu syurga itu pun bertanya; apakah amalan kamu yg menyebabkan kamu diberikan allah kelebihan ini? maka jawab mereka ini..kami ketika berada didunia..bila kami dizalimi kami sabar, bila kami berkuasa kami memaafkan mereka yg pernah menzalimi kami"

    "bersabar ketika dizalimi dan memaafkan mereka yg zalim ketika berkuasa" bukankah itu keutamaan dalam akhlak..ahh..pasal akhlak pasal ibadah pasal ruh iman islam lah yg ramai ahli pas jadi baju PKR..ye lah..

    ye lah kan..duduk dalam pas sebagai ahli kena ikuti usrah.., liqo' fikri.., tanzhim.., muhasabah.., kuliyyah tafaqquh fiddin.., baca ma'thuraat..,banyakkan solat sunat..,banyakkan bacaan tentang asas2 islam..syariatnya aqidahnya akhlaknya.., mu'amalah antara laki dan pompuan..maka ahli pas yg tak mau semua ini dah tentu akan lebih dekat pada PKR..tak solat pon takpe..nak pakai sluar pendek pon takpe..yg pompuan tak nak pakai tudong pon takpe..boleh sembang2 dengan awek2 PKR atau kacau2 puteri UMNO tepi2 jalan..tak payah 'imarahkan maasjid dan surau kampung sendiri..tak payah zikir..tak payah selawat...semua tu tak payah asalkan bekerja menegakkan keadilan...!!! ya itulah sebenarnya yg mereka mahu..tengoklah program2 pemantapan shakhsiyyah anjuran PAS kwasan mana2 pun..berepa kerat yg datang..yg sebo bercakap pasal itu ini pimpinan tak kena itu ini pun golongan nilah..

    keadilan..mana2 manusia pun bila berjumpa manusia yg zalim memanglah dia akan berusaha tegakkan keadilan..tapi keadilan dari siapa...keadilan tafsiaran siapa..manusia atau allah ta'ala..ya..jelas mereka yg mengkritik tuan penulis adalah mereka yg suka dengar ceramah menghentam UMNO/BN dari mendengan ceramah yg menuntut kta muhasabah diri..dosa pahala..halal haram..hari qiamat..padang mahsyar..timbangan amal dan seterusnya syurga neraka..ahh!!! banyak nye amalan nak buat..baik bebas macam PKR..bejuang2 jugak..hahahaaaa!!!! itu sebenarnya...

    maka memang ramai yg akan meninggalkan PAS dan menyertai PKR ( tak mustahil ) kerana mereka tiada faham tentang kepentingan ilmu dan iman dalam jamaah..kepentingan tuntutan allah dan rasulnya dalam jamaah..kepentingan tarbiyyah diri kepada menjadi lebih dekat dgn allah..kepentingan berdakwah menyatak tentang cantiknya islam..kepentingan amal jama'ie..kepentingan berkorban harta dan nyawa untuk jamaah,dan yg paling tanggungjawab kita dengan allah. semua ini susah bagi mereka..maka dia dah jadi tak ada bezanya dengan UMNO..(PKR dgn UMNO sama sahaja sekularnya..bezanya PKR pembangkang & UMNO pemerintah yg zalim) alah..aku solat jugak..puasa jugak..haji jygak..bejuang jugak..ikut arus lah katakan...ya..ikutlah arus..maka dalam hati mereka pas yang menjadikan islam sebagai dasar bukan mengikut arus lagi..islam kena ikut arus bukan arus ikut islam..apa bezanya dia dgn UMNO?

    saya menulis respon ini agar mereka yg jadi ahli PAS macam saya jugak supaya sedar bahawa..kita berjuang bersama jamaah adalah atas dasar iman dan taqwa (ada jugak ahli PAS baju PKR tak suka sebut iman taqwa ni) maka kerana iman ( yakin dengan al-quran dan hadith ijmak ulamak dan qias ) dan taqwa ( takutkan allah..takut meninggalkan arahannya dan takut melakukan larangannya )semuanya mesti berpegan pada islam..biarlah mereka yg tak paham pasal islam sokong PKR..kurang2 dia menolak UMNO/BN..maka kita boleh berkawan dengannya selagi dia tak menolak kita..kita yg islam ini eloklah tambah kefahan tentang islam..duduk dalam pas dan tarbiyyah diri kita kenmudian dakwah pada yg lain..bukan apa..rasulullah dan pesan;

    "barang siapa yang mati tetapi tidak berbai'ah pada jemaah..maka matinya dalam keadaan jahil"

    wallahu a'lam.

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang Azizi yang dihurmati.

    Saya bawakan satu cerita direnung bersama. Silap dan benar siapa?

    KETIKA POKOK MANGGA MENGELUARKAN BUNGA. SANG KERENGGA BERKERUMUN MENJAGANYA HINGGA BERPUTIK DAN MEMBESAR. SANG KERENGGA TERUS MENJAGA DARI CEMARAN MUSUH. SAMPAI MUSIM MASAK SANG KERENGGA TERUS MENUNGGU SETIA. AKHIRNYA MANGGA GUGUR KE TANAH. SANG KERENGGA TURUT GUGUR SAMA. TANGAN MANUSIA MENCAPAI MANGGA YANG MASAK, MENGUIS KERENGGA YANG MENJAGA DAN MENEMANI MANGGA DARI BERBUNGA HINGGA MASAK. SANG KERENGGA TERCAMPAK KE PANGKAL POKOK LALU MEMANJAT KEMBALI UNTUK MENJAGA BUAH MANGGA YANG LAIN. DEMIKIANLAH BERULANGAN.

    JAWAPANNYA BANYAK YANG TIDAK FAHAM POLITIK DAN MALAS BERUSAHA. MENUNGGU YANG BULAT DATANG BERGOLEK YANG PIPIS DATANG MELAYANG.

    Salah siapa?

    http://rp-semantan.blogspot.com
    CUCU TOK KEDU

  1. Anonymous

    rasanya ni bukan pasal kerengga yg jaga buah..ini pasal siapa yg amik kesempatan terhadap kerengga yang jaga buah..punya penat kerengga tu jaga buah..maka manusia jenis tak ingat diri bila nampak dah buah cantik..tak dipedulikan lagi kerengga tu..dibakar sarangnya dan dispray dgn shieltok pulak..bukan kerengga tu tak paham politik..tapi manusia tu yg buta akhlak tak hargai kerja2 ikhlas kerengga yang berjuang mempertahankan pokok itu..manusia tu takl jaga pokok tu pun..maka manusia tu pun suka berkata..alaa..pokok tu buahnya elok..banyak kerengga kat sana..biarlah kerengga tu jaga buah dari berulat..maka bila tiba musim buah..manusia pun amik hasil dari pokok itu..nak senang spray je dgn baygone ke..maka ada dikalangan kerengga yg mati syahid dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan..kalau nak tahu kerengga2 itu bekerja bukan semata2 politik..tapi kerana allah..maka manusia pun kata..bodoh punya kerengga..kerengga tak faham politik..salah siapa...?

    manusia itu langsung tiada rasa bersalah kerana mendakwa kerengga tak faham politik..manusia itu berfikir perjuangan adalah untuk mendapatkan kuasa politik semata2 walaupun menolak tuhan yang menjadikannya..manakala kerengga pulak terus bekerja kerana itulah arahan dari allah maka dia dikhianati dalam diam..malangnya saya ras yang bersalah adalah orang yang memperumpamakan hal dan isu ini dengan kerengga dan manusia..kerana nyata kerengga itu dianggap bodoh politik kerana dia tak berkuasa macam manusia yang amik buah yang dijaga kerengga..buat apa dapat kuasa tapi mati besok masuk neraka..kata kerengga2 itu kerana mereka tak mahu dikira ingkar arahan allah dan rasulnya..!!!

  1. Anonymous

    bila kerengga itu berada di pokok menjaga buah..kerengga itu dilihat berkuasa dan manusia pun tengok..wuahh..dulu takdak kerengga buah tak elok langsung..la ni ada kerengga..buah elok2..cantik..ulat pon takdak..malangnya macam yg takdak nama kata tadi..manusia tadi awainya bersuara macam berkawan dengan kerengga..tapi bila nak amik buah..amboi..kerengga pon kena katok..!!!!

  1. Anonymous

    kepada yg nama dia abg halim..yang bengong tu hang laa..ni macam anak bapak kata tadi laa..jenis tak pi kuliyah tak pi pengajian tak pi usrah..pasai politik islam pun tak tau..dok hingaq tak tentu pasai..apa dia...!!!

  1. ibnalias

    cikgu, saya ambil post cikgu ini, letak di blog saya. kredit yang sepatutnya telah diberikan kepada blg ini. maaf lambat bagitau.

  1. Anonymous

    Sdra Shameel,

    Pentadbiran Selangor celaru dibawah PKR kerana silap letak Menteri Besar dan juga kepada paarti yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

    Sepatutnya jawatan Menteri Besar Selangor untuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali.

    Malang keputusan dibuat atas dasar parti mana yang memperolehi kerusi terbanyak sungguh pun dicanangkan kerajaan yang dibentuk merupakan kerajaan Pakatan Rakyat dan bukan kerajaan PKR ke DAP ke atau pun PAS. Insyallah PRU13 nanti yang benar-benar berhak bakal menjadi MB.

    Hari ini PAS ada 8 kerusi di Selangor berbanding PKR 15 yang mana 6 merupakan bukan Melayu. Dalam 12 kerusi yang PAS tewas semuanya kepada UMNO dengan jumlah majoriti hanya 19 ribu sahaja. Semua kerusi ini merupakan luar lembah kelang di kawasan-kawasan di mana PKR tiada tapak.

    Kita yakin PRU13 nanti PAS boleh menang semua apatah lagi kita kini pintu-pintu masjid di seluruh negeri Selangor terbuka untuk PAS. Mengambil kira agihan kerusi kekal insyallah PAS akan memperolehi 20 kerusi berbanding denga PKR hanya 15 (9 sahaja Melayu).

    PAS tersilap kira PRU lalu kerana di DUN Taman Medan, Seri Setia, Batu Caves dan Batu Tiga yang dimenangi PKR tidak ujud pun cawangan PKR. Kita tidak mahu ahli-ahli PAS di kawasan-kawasan ini dan juga Selangor seluruhnya yang banyak berkorban tertarik kepada PKR kerana PAS telah membuka laluan untuk PKR.

    Seharusnya dari hari ini lagi jawatan MB Selangor untuk PAS tetapi malang PR buat masa ini tidak berpandangan jauh dan terlalu mengikut telunjuk PKR.

  1. Jejakasuci

    Assalamualaikum

    Terima kasih Ustaz . Saya bekas pelajar Ustaz semasa di sekolah rendah dulu disebuah kampong terpencil dekat Selama. Terima kasih atas tunjuk ajar kerana saya telah berjaya dalam kehidupan sekarang.

    Pandangan ustaz berhubung isu PAS dan teras perjuangan saya setuju. Sebagai seorang pemerhati serta penganalisis kecil politik dan tidak menyebelahi mana-mana parti, kecenderungan ahli-ahli muda PAS sekarang lihat boleh mendatangkan bahaya kepada perjuangan hakiki parti. Kecenderungan ini mungkin dipengaruhi oleh pucuk pimpinan PAS Pusat sendiri yang jelas terbahagi kepada dua. Satu yang boleh dianggap aliran moden dan satu beraliran konsavatif.Walaupun banyak ahli PAS menolak dakwaan ini tetapi dalam pendirian dan pemerhatian politik situasi ini adalah fakta.

    Populariti perjuangan berasaskan kesamarataan dan ketuanan rakyat yang dibawa oleh PKR telah berjaya memancing ahli-ahli muda PAS dan berpontensi mengubah arah aliran perjuangan PAS masa depan. Ia juga mampu menghakis identiti PAS sama ada wajah dan dasar pergerakan.

    Golongan muda yang memasuki PAS selepas tahun 1998 tidak mempunyai jati diri tentang perjuangan PAS yang mana perjuangan bukan semata-mata untuk berkuasa tetapi untuk mengembangkan wadah dan kesyumulan Islam. Golongan ini sebahagian besarnya mepunyai pemikiran sekular 'slightly' UMNO kerana mereka terdiri daripada serpihan UMNO, ABIM, Persatuan Pelajar Islam Universiti dan sebagainya yang memasuki PAS ekoran rasa tidak puas hati pemecatan Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 lalu. Ditambah pula selepas tahun 1998 PAS turut mengambil kesempatan diatas jatuhnya minat golongan muda terhadap UMNO dengan membuka keahlian seluas-luasnya.Sebab tu PAS sekarang jadi bercelaru apabila berdepan dengan isu-isu tertentu yang kadang-kadang identiti sebuah parti yang memperjuangkan Islam begitu samar sekali contohnya dalam kes DSAI ini. Ada tokoh PAS menjauhkan diri dari DSAI tetapi ada pula yang boleh duduk semeja dan turut menjadi orang kanan Pakatan Rakyat. Ahli dan penyokong yang luhur dengan perjuangan menjadi bingung dengan corak dan asas perjuangan sekarang.

    Satu kes yang nyata boleh dirujuk adalah berhubung kenyataan Datuk Mustafa Ali . Terdapat ahli dan penyokong PAS yang kritikal mempertikai mengapa sudah sukar untuk bercakap benar dalam PAS sekarang. Disebabkan untuk menjaga hati sekutu yang tidak Islam dan sekular perjuangannya tokoh tertentu PAS sanggup melemparkan berbagai tuduhan terhadap Datuk Mustafa Ali kerana beliau bercakap apa yang dia yakini sebagai fakta dan kebenaran.Kalau nak di ukur asam garam perjuangan dan pahit maung jatuh bangun siapalah mereka jika nak dibanding dengan Dato Mustafa .

    PAS perlu bimbang dengan keadaan ini jika berlarutan kerana ia tidak akan memberi keuntungan terhadap PAS.Kumpulan baru dalam PAS sanggup meninggalkan PAS jika pegangan dan fahaman mereka diperlekeh dan disanggah. PAS cuma akan menjadi habis manis sepah dibuang kerana kejayaan PKR sekarang akan mengundang kumpulan yang mempunyai ideologi PKR yang kini berada didalam PAS akan beralih kepada PKR secara total.

    At last PAS akan jadi pi mai pi mai tang tu jugak kerana sikap perjuangan yang tidak ikhlas dan lemah dengan dugaan seterusnya kurang mendapat hidayah allah.Jadilah menang sorak kampong tergadai macam yang dah pernah sudah-sudah

    Bagi sesetengah orang pula berpendapat kalau PAS benar-benar jujur dah lama ia berjaya memerentah. Jika dibanding dengan PKR PAS lebih dulu wujud dan lebih berpengalaman. Apa ada pada PKR yang hidup sebab Anwar. Jika dia di penjara sekali lagi akan lemahlah PKR.UMNO sudah pasti akan memastikan Anwar dipenjara bagi memudahkan urusannya.

    Kadang kala jika dianalisis pandangan ini ada juga kebenarannya terutama 'stand' PAS ketika berdepan dengan kemelut berhubung isu DSAI dan kemahsyuran PKR sekarang.

    PAS perlu fikir soal teras perjuangan jika ingin kejayaan. Biar lambat sikit tapi kemanisan Islamnya akan menjalar keseluruh masyarakat.

    Wassalam Ustaz

  1. Anonymous

    Salam Pak Azizi,

    Salahkah mereka meraikan kejayaan menafikan 2/3 majoriti setelah berbelas kali menyertai PRU atas tiket PAS kali ini menjadi dengan kerjasama PR.

    Reformasi cuma ungkapan pembakar semangat untuk membawa perubahan untuk negara tanpa mengadaikan apa yang termaktub dalam perlembagaan negara.Ianya tidaklah menyebabkan tergelincirnya aqidah.

    Perbezaan dikalangan umat islam ialah taqwa. Bukan PAS/UMNO/PKR

    Kita mesti adil, siasat dahulu baru memutuskan, bukannya dengar dan hukum tu buruk sangka namanya. apatah lagi media negara sering memutar belit berita yang sebenarnya.MP tersebut dulu merupakan ahli PAS,kenapa PAS memperlekehnya.

    Pemimpin mendidik itu mendidik bukannya mengajar. Didikan disulami kasih sayang dan kaedah menyenangkan bukan keras senada-nada semata. Merngajar sering melahiurkan masyarakat kurang ajar.

    Kenapa kepimpinan Ulama TGNA kekal selama 5 penggal berturut-turut?

    Kenapa kepimpinan Ulama TGHA gagal selepas sepenggal?( menang dengan faktor Anwar Ibrahim tahun 1999)

    TGNA sering mengkritik DSAI dan keadilan namun DSAI menerima kritikan sebagai nasihat dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ujud seperti bezanya usia PKR dan PAS ujud di Malaysia.

    Iktibar Perang Uhud sesuai dibandingkan di Terengganu pada tahun 2004.

    TGNA memperlihatkan kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin sepertimana Almarhum Presiden PAS Dato Fadhil Noor pada tahun 1999. Ini adalah ciri2 pemimpin sejati. Punya pandangan politik sendiri tanpa dipengaruhi oleh yang kalah setelah berkuasa cuma sepenggal sahaja.

    PAS perlu menyiapkan diri untuk menjadi pendakwah dengan menyusun gerakkerja yang efektif lagi efisyen bagi menangani kejahiliyan pemikiran rakyat malaysia selama 50 tahun yang lebih. Ini cabaran besar buat PAS untuk memastikan Islam tertegak dia Malaysia setelah PR berkuasa nanti.

    Kerana yang berjubah itu tidak menyertakan roh pidatonya mengharapkan keredhaan Allah swt lebih menunjukkan keegoan semata-mata.

    Bukan kacak dek kot yang dipakai tapi matlamat perjuangan untuk membina negara yang dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

    Hargai kemenangan ini berusaha untuk menyahut cabaran yang lebih besar selepas berjaya menjadi kerajaan moga hasrat serta cita-cita dasar perjuangan PAS dapat dilaksanakan dlm keadaan aman damai harmoni. Semaikan keyakinan diri kuburkan prasangka walang sesama rakan seperjuangan.

  1. Anak Bulan

    cikgu,

    kadang-kadang saya terfikir bahawa penambahan ahli pas secara mendadak pasca 1990 dan 1998, menyebabkan Pas dipenuhi ahli-ahli baru yang tidak menjalani tarbiyyah era 80-an.

    kebanyakannya berfikrah sekular dan bertaklid buta.

    saya fikir UstaZ Idris Ahmad ada jawapannya.

  1. hazwan

    salam.
    sy mintak kebenaran nak post artikel ni dalam blog saye...
    harap diberikan kebenaran

  1. bloganaigh

    Silibus usrah belum habis, bergegak gempita becakap mengenai reformasi. Entahkan faham entahkan tidak apa itu reformasi dan kemana arahnya. Bersuaralah hai pemimpin. PAS sebuah gerakan Islam, bagaimana boleh bersekongkol dengan sekular. Apatahlagi dengan agenda yang entah apa-apa.

  1. Anonymous

    apa nak kata; PAS dahulu JAHIL kerana menentang bersekongkol dengan kafir/sekular. Tetapi PAS kini TIDAK JAHIL kerana bersekongkol dengan kafir/sekular. Mana satu yang betul?

  1. Anonymous

    Tn. Hj. Azizi Abdullah,

    1. Saya peminat novel dan tulisan tuan, antara novel tersebut 'Sangheeta' dan 'Kawin-Kawin' serta lain-lain.

    2. Apabila membaca tulisan tuan ini, saya mula rasa kecewa terhadap tuan... serta rasa mula ingin menjauhkan diri daripada membaca karya kreatif dan artikel tuan, tetapi saya tetap bersifat sangka baik dan positif terhadap tuan.

    3. Saya rasa lebih baik dan bermoral jika SESEORANG INSAN ITU BERSANGKA BAIK TEHADAP INSAN LAIN.

    4. Bagi saya lebih baik adanya ahli PAS berbaik dengan ahli PKR kerana salah satu hasrat dua parti ini untuk meruntuhkan legasi kekuasaan UMNO yang menjadi ketua pemerintah bagi pihak BN sejak 50 tahun lalu, daripada 'berbaik' dengan UMNO yang jelas dan terbukti 'menghentam dan memperbodohkan' PAS sejak dahulu lagi.

    5. Apa salahnya anak muda semacam kami 'membenci' UMNO? apa salahnya anak muda SEMACAM KAMI meminati PAS dan PKR sekaligus?

    6. Kami anak-anak muda pada hakikatnya berharap akan ada pemerintahan yang lain selain apa yang dilakukan oleh UMNO selama ini dalam pemerintahannya. Walau bilapun sama ada Sept 2008 @ Disember 2008 @ PRU-13 tahun 2013 @ tahun 2020 sekalipun, kami tetap berharap UMNO tidak lagi memerintah Malaysia, salah satu sebabnya yang kecil ialah UMNO menzalimi PAS / PKR / Anwar Ibrahim (ingat tahun 1998 / 1999 hingga kini )!

    7. Lebih baik berbaik sangka sesama insan yang punyai satu matlamat yang sama walaupun pendekatan agak berbeza.

    8. Didoakan semoga Tuan Hj. Azizi memperoleh kesihatan yang baik dari-Nya untuk terus menulis dan berjaya dalam hidup.

    9. Lebih baik rasanya berbaik sesama ahli-ahli muda PKR dan PAS daripada 'berbaik' dengan UMNO yang banyak 'mengenakan' PAS sejak 50 tahun lalu.

    Sekian, terima kasih.

    ANAK MUDA PKR DAN PAS.

  1. Anonymous

    Sya ahli PAS.
    macam macam cemuhan org pas termasuk pemimpin PAS terhadap dsai, so far saya tidak nampak tindak balas dsai kepada semua ini.
    saya pilih PAS untuk dakwah melalui saluran politik so kalau kita tak pandai politik elok join ngo islam yg lain untuk berdakwah.
    saya sedang memikirkan ngo islam mana yg saya perlu join sebaba say dah fed up dgn cara PAS politik, tidak ada strategi cuma mengharap semangat islam ahli ahli saja.

  1. Anonymous

    salam ustaz,

    mmg patut tulisan ustaz ni,
    kalau ustaz tak cubit depa tak akan rasa. jangan samapai dah melarat baru nak tibai nak belasah dah tak guna.

  1. Anonymous

    Prinsip perjuangan Islam. Ulasan Ustaz teramatlah bernas dan patut disedari oleh perjuang Islam di Malaysia.

    Ulasan Ustaz juga sebenarnya dapat mengembalikan semula asas perjuangan yang selama ini hanya di telan bulat-bulat begitu saja tanpa pemahaman sebenar oleh pengikut PAS.

    Mungkinkah PAS perlu kepada baju Keadilan sebagai helah peperangan dalam perjuangan Islam? Adakan ini yang dipegang oleh Ustaz Nik Aziz?

    Adakah kaedah ini dibenarkan dalam Islam iaitu bekerjasama dengan musuh Islam yang terang-terang menafikan hukum Islam memerangi parti UMNO dan BN yang sebahagiannya berahlikan orang Islam?

    Bagi saya PAS sebenar sudah ada kekuatan untuk memerangi UMNO/BN tanpa bantuan Keadilan. PAS tidak perlu menggunakan kaedah kelam kabut seperti Keadilan yang hanya memburukan imej PAS yang berintipati Islam sebagai cara hidup.

    PAS sebenarnya tidak gila kuasa seperti PKR. PAS akan menyokong apa saja yang asasnya menegakkan ajaran Islam.

    Saya sokong perjuangan Islam sebenar.

  1. Anonymous

    Kepada ANAK MUDA PKR & PAS
    Terima kasih banyak kerana teguran dan pandangan terbuka itu. Saya bangga kerana tulisan saya menjadi polimik terbuka. Terserlahlah kekritisan semua pembaca.
    Kepada yang lain, termasuk anak murid, terima kasih banyak2.Saya sangat berharap kita menjadi pemikir bukan pengikut butatuli.
    Salam;Azizi Abdulah

  1. Anonymous

    Salam Buat Ustaz,

    Mengapa ada yang berbadan PAS tetapi berbaju PKR?

    Seperti juga ANAK Muda PAS & PKR, kami yang ramai bertekad untuk menolak UMNO yang sejak 50 tahun lalu terbukti membawa keburukkan kepada Melayu dan Islam di negara ini.

    PAS dan PKR merupakan landasan politik untuk maksud ini. Namun saya yakin bagi ustaz dan ramai lain di dalam PAS pendirian ini tidak "cukup" kerana PAS bukan sekadar parti politik.

    Inilah punca segala kekeliruan yang timbul.

    Ustaz menggunakan perkataan akidah seayat dengan parti di perenggan pembukaan. Di sinilah letak silapnya pemikiran orang PAS.

    Saya menyokong PAS setelah melihat kezaliman UMNO khusus terhadap DSAI 1998 lalu. Namun saya cuba membetulkan orang PAS terutama sekali ahli keluarga saya yang merasakan akidah mereka tidak betul sekiranya tidak menyokong PAS.

    Kita perlu perbetulkan pemikiran ini supaya akidah kita sendiri tidak tergelincir. Dalam hal ini juga mengapa kita boleh pertikaikan akidah orang UMNO tetapi tidak pula orang PKR? Di mana harus kita letak DSAI, Badrul Amin dan Zulkfli Nordin dalam soal ini.

    Mengapa orang PAS khusus yang muda boleh tertarik dengan PKR? Saya katakan bukan sahaja pemikiran terbuka mereka dan segak pemakaian kot sahaja. Orang muda ahli dan penyokong PAS jelas PAS sebagai wadah politik bukan pra syarat melengkapkan aqidah.

    Menjadikannya sebagai pra syarat menyebabkan pemikiran terbatas seterusnya gagal menambat hati ramai yang mana hasilnya PKR bakal meraih keuntungan.

    Mungkin pandangan ini tidak sehaluan dengan ustaz namun saya yakin dengan landasan perjuangan ini. Alhamdullilah pandangan beberapa pemimpin PAS khusus yang muda menambahkan keyakinan saya.

    Tidakkah TGNA pun begitu juga?

    "Kami Bukan Pengemis"

  1. Anonymous

    yes betul sekali anon 1.53
    ramai anak muda masuk PAS tahun 98 termasuk saya sehingga saya kini berjawatan agak tinggi di Kaw saya(ketua penerangan kaw. dll), walaupun saya sudah terlalu banyak kali menolak semua jawatan ini sejak tahun 2000 lagi.
    Tapi yg saya pelik bila di tempat saya prog tarbiyah ramai org muda dari yg veteran, walaupun kami bertungkus lumus bekerja utk pkr peringkat dun(menang) TAPI dgn berkat kesunguhan itu juga kami menaraik ramai pengundi melayu dan bukan melayu untuk menangkan juga calon PAS peringkat parlimen.skr suarau dan masjid sehingga dewan kami dapat guna, peruntukan kebajikan dapat dari dun untuk di beri pada rakyat.TAPI KAMI MASIH PAS tak da masalah infact adun pkr cina kami siap usahakan perbagai peruntukan pada 13 surau di dun kami. YES kami di selangor.
    tidak dinafikan ramai sangat ahli pas di kaw kami yg juga berfikiran spt di sebut "pas trg" iaitu benci pkr dari umno, saya tepis dan kata if you want to win dont be hipokrit and buat kerja.
    sekian

  1. Anonymous

    Akum..
    sya membaca karya cikgu sejak dr sekolah..
    antaranya Seorang Tua Di Kaki Gunung, Kawin-kawin, Wi & William, Buih, Memoir Seorang Guru serta cerpen2 yg dkumpulkn dlm Istiqamah serta bbrapa sumber tulisan lain...
    Sy xpernah mngundi tp kemungkinan besar sy bkn pengundi PAS/PKR..
    sy x pernah kisah pandangan cikgu terhadap politik kerana sy pcaya pd hak individu..
    jadi sy akn tetap dgn misi sy utk kumpul koleksi karya cikgu..
    motif utama komen ini ialah kpd encik anonymous yg tidak mahu mbaca karya cikgu semata-mata kerana tdk bpuas hati dgn tulisan cikgu...
    sy rasa agak tkilan jka nilai seni dicampuradukkn dgn politik...
    sy ttp akn pro BN selagi pd pndangan sy BN mampu memerintah Msia lebih baik dr parti lain, sama juga keadaannya sy akn terus meminati karya cikgu selagi ia mempunyai nilai seni yg tinggi..
    itu shj..
    slmt bposa..

  1. Anonymous

    ramai yg memakai baju keadilan, bertopeng DAP dan memegang bendera PAS di mana2 perhimpunan atau event pakatan rakyat. itu bukan isu penting.

    pakatan rakyat harus bersatu pada masa ini. kita tidak harus membuat kekecohan di antara parti. usaha memecahbelahkan pakatan rakyat tidak harus ditimbulkan. saya tidak hairan jika usaha camni diusahakan oleh UMNO. tapi, ini tidak harus ditimbulkan dari PAS.

    hang diingatkan bahawa musuh PAS sekarang ni ialah rasuah, nepotisme, kronisme dan UMNO. rasuah, nepotisme, kronisme semua tu musuh Islam. musuh PAS bukan PKR atau DAP tapi UMNO/Barisan Nasional!

  1. Anonymous

    Apahal pulak ni, salah ke pakai kot. Lagipun kat Permatang Pauh pilihanraya kecik keadilan, mmg la ramai yang ke arah keadilan. Apahal takut dengan bayang2 sendiri ni. Kenapa pulak nak timbulkan semua ini dikala pakatan rakyat hampir-hampir menakluk parlimen. Take time and think...

  1. Anonymous

    alahh..semua yang nulis tak setuju dgn apa yg tn hj azizi tulis ni sebenaqnya jenis tak pi usrah pas,,tak pi pengajian pas..program2 tarbiyyah...tok sah dok muhong la..hangpa tu dok bejuang ataih semangat ja bukan kerana allah..tu la pasai tak mau rujuk kitab2 haraki..kitab2 fathi yakan ka..ustz fadzil..mustapha mashyur..hang pa tak mau kaji suma tu..feqah seerah hangpa tak mau ikout..ang pa nak ikut mechievelli punya jugak..ang sebenaqnya dah rasa semua tu ketinggalan zaman..tak seswai..tak ikut real-politik lah apa lah..sebenaqnya yg tu...makan setalam ikut sunnah pun tak mau dah..itu sebenaqnya dok petahan dengan hujah berapi tektikal ppolitik ini teory politik itu lah apa lah strategi lah...tahalluf siyasi dalam feqah seerah angpa tak mau ikut..tyu dia yg pakat bengong tak leh nakbeza mana satu matlamat aqidan dengan matlamat politik.....,,

    oi angpa semua kluaq pas la woi toksah dok masuk dah..pi lah ngn PKR..dok ramai2 dalam pas pakat dok warisi perengai abdullah bin ubai nak buat apa!!!!

  1. Anonymous

    puak2 ni sebenaqnya malu dah nak pakai serban nak pakai jubah..dalam hati depa kata old-school..to dia sampai ada yg dok syok ngn PKR tak mau dgn pas dia kata apa...kalu dok dalam PAS..tengok gambaq blue tak buleh..dok dalam PKR sapa tak kata apa...!!! amboi mak lupa tuhan dah....!!!

  1. Ad'din

    Askum, Syabas kepada saudara penulis satu tulisan yang lebih kepada menyedarkan prinsip Parti Islam, saya dari Pulau Pinang, suasana yang saudara ceritakan memang 100% betul di Permatang Pauh, apapun ada macam-macam pendapat tentang "PROJEK DSAI 16 SEP" tetapi pada pandangan saya selain dari Pilihan raya tidak ada cara yang terbaik untuk berkuasa di negara yang ada pelbagai kaum, kerana dengan cara begini kuasa tidak akan kekal lama, dan ini tidak sihat untuk negara kita, saya amat tertarik dengan pandangan Presiden PAS apabila ditanya tentang beliau menjadi PM dengan PROJEK ini beliau menjawab tidak mahu menjadi PM mat jenin, syabas!! kepada beliau ini menunjukkan Prisip seorang ahli politik Islam, hanya Allah s.w.t. yang berkuasa, kepada semua saudara islam pentingkanlah IMAN dan AMAL, kejayaan manuasia hanya sanya terletak di dalam agama sejauh mana kita taat perintah ALLAH dan mengamal sunnah baginda Rasullulah, itulah sedikit sebanyak yang mahu penulis katakan, mengapa muqabalah itu penting kerana orang yang ada di pihak parti yang satu lagi itu pun adalah saudara sekalimah dengan kita!! Allah hu Akbar... wasalam

  1. Anonymous

    Kembalilah kepada perjuangan asal wahai ahli-ahli PAS. Kita menentang UMNO dan BN bukan kerana namanya tetapi kerana dasarnya.Ini kalau tak silap ada dalam kandungan Amanat Haji Hadi sekitar 80an. Apakah PKR dan DAP betul dasarnya atau lebih baik dari UMNO dan BN ? Saya hairan dengan TGNA apabila dengan UMNO begitu ketat syarat untuk bermuzakarah etapi dengan PKR dan DAP begitu lembut dan lembek. Ingat apabila perjuangan kita diterima oleh orang bukan Islam , sesuatu yang tak kena mungkin ada dalam perjuangan kita. Lihatlah apa yang berlaku kepada MUJAHIDIN di Afghanistan. Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan orang Islam sehingga kita mengikut jalan mereka. Jangan samakan Omar Abdul Aziz dengan LGE. Jangan terpedaya. Jangan kerana takut kepada sokongan orang bukan Islam akan terhakis kita menjadi pak turut . Idil Fitri hampir tiba. Amat amatilah makna takbir yang kita laungkan itu . Ingat peringatan dari Allah SWT mengenai kemenangan yang diperolehi oleh golongan yang sedikit dengan izin Allah. Kenyataan ini berlaku dalm PRU12 di Perak . Kenapa takut . Mereka sebenarnya yang takut. Tunjukkan kehebatan kita bukan mereka. Tonjolkan hasrat kita kepada inginkan sebuah negara Islam tanpa segan silu walau di pentas man sekalipun.
    PAS khususnya akhbar Harakah banyak menonjolkan kehebatan Anwar. Bukan setakat itu sahaja isteri dan anaknya juga menjadi idola. Hentikanlah. Adalah lebih baik tonjolkan barisan ulama dalam PAS supaya dikenali bukan sahaja ahli PAS tetapi orang lain.
    Akhirnya PAS adalah harapan umat Islam di Malaysia. Kuatnya PAS kerana dasarnya Islam dan inilah kelainan PAS jiga dibandingkan dengan parti-parti di Malaysia. Selamat berjuang ahli-ahli Pas.

  1. PEJUANG MELAYU

    komen yg bernas dari sdr Azizi ..memang berlaku perkara ini di dalam PAS .sebenarnya orang muda bukan minat pun dengan PAS ini tetapi mereka lebih cenderung kpd PKR yg lebih agresif ,moderate dan sesuai dgn jiwa mereka. Prmtg Pauh sendiri menjadi bukti pengaruh PAS mmg tiada langsung ,semua bertukar baju ke PKR .

    sy rasa PAS dalam PR seperti melukut di tepi gantang dan dahulu apa yg PAS perjuangkan iaitu menegakkan islam tidak dapat ditegakkan . Mana dikatakan mahu menghapuskan kelab2 malam di perak dan selangor ?? kedai2 arak berleluasa ? dulu di setiap ceramah PAS ,PAS mengkritik dan hentam BN membenarkan maksiat berleluasa tetapi kini mereka sendiri perintah di Perak tidak boleh berbuat apa2. Rakyat sedang menilai apa yg PAS ckp dulu dengan kini apa yg pas tidak laksanakan .

    sy melihat PAS ini cukup resah bila parti dlm PR spt PKR dan DAP buat hal yg menyentuh sentiviti islam spt azan dan forum memeluk islam . PAS akan tertekan kerana org melihat parti yg dikatakan membela islam tidak buat apa2 dan senyap jika isu ttg islam dipersoalkan .. Isu karpal hina sultan perak dgn melarang cmpur tgn sultan dlm pertukaran pengarah JAIP ,azan pulak PAS sendiri pergi buat report bela DAP sedangkan memang berlaku masjid itu perlahankan pembesar suara apabila didesak oleh penduduk.

  1. KalamSelatan

    Assalamualaikum...

    Nampaknya tulisan cikgu telah mengundang polemik sehingga Sdr. Salahuddin sendiri telah membuat komentar terhadap tulisan cikgu ini. Secara jujurnya saya bersependapat dengan pandangan cikgu. Sebenarnya persoalan ini wajar difikirkan secara telus oleh kepimpinan PAS. Untuk menafikan pandangan cikgu secara terus pastinya satu tindakan yang amat tidak wajar kerana realitinya begitulah.

    Saya yakin persoalannya bukan tentang perseteruan politik sesama parti didalam Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada teguran ikhlas kepada PAS untuk sentiasa bersedia berhadapan dgn gelombang politik yang semakin rencam. Kita tidak ingin melihat gelombang politik ini kelak akan menghimpit PAS ke sisi gelanggang kesan daripada pengabaian terhadap aspek2 penting didalam perjuangan PAS.

    Penerus kepada dasar perjuangan PAS pada hari ini ialah generasi mudanya tetapi pastinya sesuatu yang amat malang jika generasi pelapis itu sendiri kontang pengisiannya dan hanya mampu melihat PAS itu semata-mata daripada kontek politiknya saja.

    Memang benar didalam kontek Malaysia ini, politik itulah wadahnya tetapi kita menharapkan generasi muda yang ada pada hari ini selaku generasi pelapis kepada perjuangan PAS dimasa hadapan, terjun ke wadah perjuangan dengan ilmu dan sahsiah diri yang mantap sehingga tidak tergoyah dengan segala apa pun ancaman mahupun tawaran.

    Saya yakin ( atas kefahaman saya sendiri ) itulah yang dilontarkan oleh Cikgu lewat penulisan yang diutarakan. Saya yakin ( masih lagi atas kefahaman sendiri ) itulah yang dimaksudkan dengan "baju". ( Sayang sekali Sdr. Salahuddin sedikit "longgar" dalam menghujah dgn melihat "baju" itu sekadar pada ungkapannya tanpa melihat maksud disebaliknya).

    Saya yakin dari segi modulnya PAS itu lengkap proses pengkaderannya ( pastinya saya yakin kerana saya sendiri adalah produk daripada sistem pengkaderan PAS ) tetapi yang kita harapkan proses itu yang masih berterusan mampu melahirkan kader2 PAS yang tegar dan trampil serta teguh sahsiah Islamnya.

    Selama lebih 50 tahun PAS "berpolitik" di Malaysia ini, meskipun berdepan dgn jatuh bangun yang jerih tetapi PAS tetap "hidup".

    Malah atas prisip menjaga kemaslahatan rakyat PAS telah mengadakan kerjasama demi kerjasama dgn pelbagai bentuk organisasi samada politik mahupun tidak. Dan bukanlah sesuatu rahsia didalam PAS menjaga hubungan kerjasama tersebut PAS telah dikhianati dgn segala bentuk pengkhianatan tetapi PAS tetap teguh menongkah arus politik negara. Semua ini kerana PAS itu dibentuk dari sistem pembinaan yang berlandaskan kepada Islam yang syumul. Dan kita tidak tahu kemana hala tuju PAS dimasa hadapan jika yang memenuhi PAS hari ini hanyalah mereka2 yang berbadan PAS tapi berbaju lain....

    Saya mengharapkan perkara ini tidak akan berlaku... Wasalam

  1. Anonymous

    muahahahaha.. faizal tehrani pengaruh syiah , hang pun nak buat hingaq kat sini jugak ka? udah2 la dgn syiah hang tuu. org kampung semua dah tauuu.. ptuiiihhh

  1. Zikri Jilani

    Assalamualikum sdr

    Baju dan badan adalah jasad. baju adalah benda luaran yang menutupi jasad badan. hakikatnya kedua-duanya adalah sifat luar. Matlamat kita adalah untuk menundukkan kezaliman. Dizaman Rasullullah dan para sahabat tertera perjuangan yang menyatukan pejuang Islam yang dibantu oleh orang-orang yahudi, nasrani dam majusi untuk menewaskan pemerintahan Rom dan Farsi yang zalim.

    Inilah matlamat kita sekarang bersama Pakatan Rakyat. Peperangan bukan sahaja memerlukan strategi tetapi helah, hikmah dan toleransi merupakan adunan2 yang diperlukan untuk menawan dan mengalahkan musuh.

    Pembicaraan soal baju dan tubuh adalah pembicaraan 'furuk' yang bersifat persepsi dan bukan mutlak. Mereka yang suka memanjangkan persoalan cabang adalah mereka yang mudah hilang tumpuan dalam mengatur starategi. Ini bukan bermaksud tidak penting tetapi bukan masanya untuk diperincikan lagi kerana tujuan dan matlamat kita yang harus di dahului.

    Perbincangan persoalan cabang sering membuahkan perpecahan, kesangsian dan menghilangkan tumpuan. Inilah strategi pecah perintah yang sering diguna musuh untuk menggagalkan rancangan lawan.

    perlu di ingat kemenangan bukan sahaja bermaksud menakluki negara atau menang dalam peperangan tetapi kejayaan menghuru-harakan musuh juga adalah sebahagian dari peperangan awal.

    Saya kira matlamat kita sekaang adalah menggunakan helah hikmat dan toleransi adalah kaedah yang harus kita guna pakai untuk ketika ini dan bukannya cuba memecahbelahkan ikatan yang sedia ada.

    Rasullullah adalah idola kita dan beliau adalah hamba Allah yang penuh dengan hikmah, teleransi dan helah.

    Allahum masolliala muhammad.

  1. painah

    Harus di ingat PAS tidak akan kemana tanpa PR. Jangan mendabik dada bahawa PAS buleh menang banyak kerusi dlm PRU 12 kerana PAS bagus tetapi sebenarnya sahabat PR yg menjadikan ini semua kenyataan.

    Saya menyokong TGNA kerana nampak apa muslihat united malay national organisation. Heran sungguh ahli otai dalam PAS tak nampak ni semua. Dan mereka yg kecewa ngan niat ini mula menjadi 'suara2' united malay national organisation dalam isu 16/9.

    Sepatutnya PR bergabung merealisasikan niat ini bagi menumbangkan BN (matlamat utama)tetapi segelintir pemimpin PAS mengeciwakan penyokong PR.

    Hal2 remeh yang tuan penulis nyatakan sepatutnya tidak menjadi pokok cerita, bagi saya sokongan itu yg perlu, bukan hal jubah, baju lambang PKR, lebih PKR dari PKR dan sokongan yg berlebihan kpd DSAI.

  1. Ibnu_Ismail

    Salam,

    Saya nak beri pendapat berkenaan tulisan ni.

    Tulisan ini sangat baik buat dalaman parti (baca: jamaah)! Bagi ahli jamaah yang baca, kita perlu bertindak untuk memastikan keadaan "badan PAS baju keadilan" ini dapat diselesaikan. Bukan kita kata setuju atau tidak, tetapi tidak berbuat apa-apa. Bak kata Dr Mashitah dalam youtube, "Ambil pahala komen aje? Kita buat ape?"

    Semua ahli perlu berusaha memperkukuh tarbiyyah di setiap peringkat. Bukan tugas Lajnah Tarbiyyah sahaja. Usrah, tamrin etc perlu diperkukuh. Cara lama dan statik barangkali perlu dikaji semula.

    Tentang Anwar dan keadilan, kita bukan bermusuhan dengan mereka. Tidak. Tidak juga membenci mereka ini. Mereka ini kawan kita. Usaha mereka nak menjatuhkan UMNO-BN patut kita beri sokongan. Ini keputusan muktamar. Tidak perlu kita pertikai. Kita perkukuh PR.

    Sewajarnya tulisan ini menjadi muhasabah ramadhan ahli PAS (ulang: ahli PAS) yang sayang akan jamaah Islam ini. Kita perlu perkukuhkan jamaah kita bersama-sama. Semua perlu bekerja.

    WaLlahu a'lam.

    p/s: Malaysiakini ada melaporkan respon YB Salahudin berkenaan isu ini.

  1. Anonymous

    Kearah Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan Kerajaan baru nampaknya semakin suram.

    Ada dua soalan bonus yang dikemukakan oleh pimpinan utama PAS tidak dapat diajawab dengan betul oleh Anuar Ibrahim semasa di Kota Bharu 23 September yang lalu.

    SOALAN (1).
    Siapakan diantara 31 orang yang akan lompat?? berapa MP Muslim dan berapa MP non Muslim?

    JAWAPAN (1)
    Tak boleh diberi tahu Tok Guru ini strategi politik kami.

    SOALAN TAMBAHAN (1)
    Tak kan tak boleh beritahu kami, antara kami ini adalah pimpinan utama PAS. Jiika kami tak diberitahu, macam mana orang kami nak mempercayai Dato' Seri??

    JAWAPAN TAMBAHAN (1)
    ...tersenggeh...... belum cukup lagi Tok Guru.

    SOALAN (2)
    Berapa orangkan MP yang lompat ditawarkan dengan jawtan Menteri? Kalau semua ditawarkan Menteri, macamana dengan MP-MP dari Keadilan, DAP dan PAS tidak adakah peruntukkan??

    JAWAPAN (2)
    Yang tu kena selepas saya menjawat jawatan Perdana Menteri...pandailah saya adjustnya....Jangan bimban Tok Guru.Ini Anuar Ibrahim......sambil dengan banggannya menempuk dadanya.

    SOALAN (3)
    Sejauhmana Islam dijadian dasar dalam kerajaan yang akan dibentuk ini??

    JAWAPAN (3)
    Nantila Tok Guru.....saya kena minta komen dan perakuan bertulis daripada DAP.

    SOALAN 4
    Setelah 16 tak jadi. bila pula tarikh terbaru??

    JAWAPAN (4)
    Itulah saya minta Tok Guru banyak-banyak solat hajat...agar cepat-cepat Pak Lah panggil bincang dengan saya untuk proses penyerahan kuasa dengan aman dan selamat.

    SOALAN (5)
    Pak Lah mana nak bincang serah jawatan kepada parti lain. Kepada parti sendiri pun Pak Lah nampak tak percaya??

    JAWAPAN (5)
    Entahlah saya harap-harap begitu, kalau boleh saya akan usulkan undi tidak percaya dalam parlimen nanti.

    Selepas itu mereka bersalam dan berpisah.

  1. Anonymous

    "Sangat Bagus" tulisan saudara Azizi........
    di saat UMNO, mula berpecah dn terbahagi 2, saudara Azizi pun ingin PAS ikuti bersama.
    TAHNIAH!!
    dI MALAYSIA the Bolehland, majoriti rakyat khususnya orang Melayu masih lagi belum membuka pemikiran,menyokong parti lebih dari menyokong diri sendiri, keluarga dan rakyat keseluruhannya. Walaupun parti tersebut (tak kiralah dari PR atau BN) melakukan sesuatu yang teruk, masih lagi disokong tanpa membuat analisis terlebih dahulu.
    KENAPA?
    Akibat kurangnya membaca dan hanya bergantung kepada media massa utama yang diketuai oleh Utusan dan TV3, bukan kerana Utusan dan TV3 tidak bagus, tetapi terhadnya tulisan2 editor yang tidak boleh mengkritik pihak2 tertentu.
    KESIAN.......kemudahan dah disediakan seperti internet untuk "browse" informasi yang terdapat di "other part of the world" tapi masih lagi bergantung kepada kertas2.

    Tak guna pergi belajar tinggi2 Ilmu agama di Mesir,Jordan dan Madinah jika perjuangan dan contoh asas Nabi Muhammaad S.A.W yang tidak memperjuangkan bangsa dan parti gagal dihayati dan diikuti.

  1. Anonymous

    Tuan Haji,
    saya pelik dengan komentar ini ,nampaknya tuan haji gagal bersama dengan arus politik semasa,tuan haji gagal membaca mesej rakyat dan perubahan senario politik tanah air.poltik tuan haii hanya sesuai dalam markaz pas sahaja.kerana tuan haji dengan Anwar pun dah takut bagaimana nak bawa islam dengan Karpal sing atai Lim kit siang.bagaiman poltik kita nak matang dok asyik takut,cemburu,bimbang DSB.tak cukupkah lagi tarbiyah selama ini.tuan Haji PAS la ini adalah meimpin ,kita dihadapan.sekarang masa mebuat teladan .terjemah kebaikan islam,toleransi islam DSB.saya amat setuju dengan YB Salehudin Ayob,generasi pemuda pAS yang proaktif dan peka dengan perubahan.salahkah pemudan pas membantu PKR bukankah itu satu kewajipan.saya nampak tuan haji takut dengan khayalan sendiri.tak kan kita nak mengatakan pAS hanya sesuai di kelantan/terengganu sahaja yang majoriti melayu.sepatutnya tuan haji banyak menulis /memberi cadangan bagaiman nak manfaatkan sedikit kemanangan yang ada untuk membuktikan dasar perjuangan selama ini adalah benar dan adil ,terutama di negeri yang kritikal.ketakutan tuan haji tidak membantu apa-apa kepada perjuangan PAS.ingatlah bahawa PAS memimpin bukan dipimpin,kalau kita tidak berupaya memimpin itu masalah kita.kalau inilah mentaliti umat islam maka jangan hairan kalau dimana-mana pun umat islam akan di tindas.wallahuaklam
    sekian.

  1. Anonymous

    Saya dah membaca banyak komen komen di bawah banyak burukkan pkr kalau dah rasa pkr bagi masalah pada pas keluar jer dari pakatan rakyat senang bagi memenuhi segala kehendak semua ahli pas. kenapa nak jadi ahli pakatan rakyat pulak kan. pikir pikirkan lah..

  1. Prof. Dr. Hellas

    Saya juga terleka. Semakin hari semakin taksub dengan PKR. Saya perlu kembali ke pangkal jalan. Saya akan sokong PR tapi bukan PKR. Jika PR bubar, sokongan saya juga akan dibubarkan.
    ...Ayuh rakan2 sekalian, teguhkan pendirian.... PAS TETAP PAS....Allahuakbar!

  1. Prof. Dr. Hellas

    Oh ya! Lagi satu, selepas membaca komen2 dari komenter2 di atas, saya rasa ada betulnya komen2 yang menentang artikel ini. Tulisan Tuan Haji ini akan menimbulkan satu buah 'smash' untuk musuh kita merosakkan kita. Saya harap tulisan seperti ini dapat di hebahkan kepada ahli PAS atau ahli PR sahaja, mungkin melalui forum (registered user) yang mana hanya ahli PAS atau PR sahaja dapat mengaksesnya. Ini untuk mengelakkan berputiknya prasangka yang boleh membinasakan dan manipulasi oleh musuh. Allahuakbar!

  1. Anonymous

    Sdra Pengkomen sekelian,
    Semakin lama, semakin saya dibenci. Apapun terima kasih.
    Yang sangat-sangat saya harap, koentar hendaklah memahami, apakah saya menyalah dan memburuk KeAdilan atau PKR? Saya merendah Anwarkah?
    Jika dilihat, ternyata saya mengkritik dan menyalah diri saya sendiri sebagai ahli Pas, khususnya ahli dan penyokong Pas yang hilang pancang perjuangan oleh kerana pengaruh Anwar dalam Keadilan. Hilang pancang inilah yang patut kita bahas: Bagaimana cara hendak mengembalikan mereka, bagaimana jalan terbaik, apa caranya?
    Saya tidak menolak kesepakatan dengan PKR.
    Saya menyeru pula, jika anda sangat fanatik: Sila baca komen yang ke 60. Jangan terima tapi cuba berfikir, cari kesahihannya, betul atau tidak.
    Kepada sdra UBIE di ruang bicara,jangan lontarkan bukan Islam dalam arena politik yang sdra bahas ini sebagai LAKNATULLAH hanya semata-mata sdra menolak pandangan saya. Saya nak tanya; Apakah Sdra akan berkata LAKNATULLAH juga kepada 31 bukan Islam di Sabah yang akan melompat ke PKR nanti?
    Kepada Dr Helas, ada baik jika sdra hubungi saya, ada sesuatu yang saya boleh beritahu tentang mengapa saya menulis di blog, tidak kepada secara terus.
    Salam dan Maaf: Azizi Abdullah

  1. Anonymous

    tuan, pada hemat saya , kita mesti mentaati kepimpinan samada bapak presiden ataupun mursyidul am mereka adalah payung kita. jangan timbulkan kontroversi jangan timbulkan ketidaktentuan jangan warnakan sesuatu yang kita kurang jelas sebagai sesuatu yang kita rasakan ianya adalah betul pada pandangan kita.iNGATLAH PEMIMPIN ADALAH PAYUNG KITA MAKA DOAKAN AGAR MEREKA SENTIASA DILIMPAHI PANDUAN DAN PETUNJUK TUHAN SEMESTA ALAM DAN MEMANDU KITA KE ARAH MENCAPAI KEREDAANYA. JGN PUTUS ASA KEPADA PEMIMPIN KITA. ALLAHUAKBAR.

  1. khairul

    Saya ahli PAS, bapa saya Bendahari PAS Kawasan. tapi terus terang sebagai anak muda, PKR berjaya menarik anak muda especially yang tidak berpendidikan agama. PKR sudah berjaya menjadi AKP di Turki. Ideologinya nampak simple, tetapi itulah sebenarnya yang diperlukan oleh masyarakat majmuk Malaysia. Ditambah dengan DSAI yang dikagumi oleh orang orang muda. terus terang saya nyatakan, di Malaysia jika anda berhasrat menjadi pemimpin, anda hendaklah menjadi pemimpin Malaysia, bukan pemimpin Melayu, Cina atau India. Dan PKR telah berjaya menerajuinya. minta maaf jika tersinggung, tetapi saya berkata dari feedback rakan2 saya. lelaki atau perempuan, bertudung atau tidak. semuanya berminat dengan PKR. terus terang saya nyatakan, jika PAS mahupun DAP tidak mengambil pendekatan serius melangkaui tembok perkauman dan agama, saya khuatir PAS dan DAP akan menjadi seperti MCA, MIC dan tentunya UMNO

  1. Anonymous

    Assalamualaikum..

    saya ahli UMNO...

    dari tulisan saudara saya terfikir sorang diri 'apakah malapetaka telah melanda rakyat melayu?'

    UMNO sdg bergolak.. PAS bergolak...

    mmg kita tak sehaluan tapi penyakit yg kita deritai sama.

    saya selaku ketua pemuda cawagan sdg mencari 'ubat' utk kuat kan UMNO balik dan saya percaya 'ubat' kita sama :)

    bnyk 'ubat' yg dpat saya dapat dari komen2 di atas.

  1. Anonymous

    Anon 6:35pm berkata :

    alahh..semua yang nulis tak setuju dgn apa yg tn hj azizi tulis ni sebenaqnya jenis tak pi usrah pas,,tak pi pengajian pas..program2 tarbiyyah...

    Salam tuan,

    Sebagai golongan professional muda yang menjadi ahli PAS sejak 2002 saya serta beberapa rakan-rakan sering berdepan dengan sikap ahli PAS begini yang memandang lekeh terhadap kami.

    Mungkin kami tidak selalu bersama aktiviti sedemikian bukan kerana tak nak tetapi tuntutan tugasan kurang mengizinkan. Ini tidak bermakna saya tidak mahu berada di dalam majlis ugama. Kami ada juga kuliah pengajian serta jemaah kami sertai sejak belum menjadi ahli PAS dan tidak semestinya gurunya orang PAS. Disamping itu juga lazimnya pangajian cawangan PAS semuanya "single track" kalau faham apa maksud kami. Bila kita bertanya atau memberikan pendapat yang berlainan sedikit mulalah "aqidah" dipersoalkan. Tak terkejut sekiranya dalam hati kami disuruh keluar masuk UMNO/PKR.

    Saya terima pilihan kami ini membuat AJK Pas setempat tidak senang dengan kami kerana itu kami dengan rela menolak pelawaan untuk memegang sebarang jawatan. Namun kami tidak lari daripada PAS dan terus berjuang menegakkan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Telah dua PRU kami telibat. 2004 dahulu di selain menentang BN terpaksa juga berdepan dengan calon PKR tetapi kali ini PAS tidak turunkan calon maka bekerja untuk PKR.

    Walaupun masih ahli PAS tetapi hari ini kami lebih banyak terlibat dengan ADUN PKR lulusan luar negara yang agak terbuka.

    Terus terang kami katakan pernah berbincang mengenai perkara ini tetapi masih tetap dengan pendirian bersama PAS kerana 1) Pilihan kami yakin atas dasar perjuangan 2) Tiada cawangan PKR di sini dan kami akan pastikan tidak tertubuhnya cawangan mereka dan 3) Keyakinan yang diberikan oleh pemimpin muda PAS yang kami berpeluang berjumpa.

    Prof Muda PAS.

    p/s Jangan terkejut kiranya ada juga mereka yang Berbadan PKR tetapi berbaju PAS. Doakanlah terbuka hati ADUN kami hendaknya.

  1. Anonymous

    saya ahli keADILan...tapi bagi saya ini semangat kerjasama antara PAS dan keADILan...x salah kerjasama kan

  1. Anonymous

    Saya bukanlah seorang yang pergi mengundi. Tapi saya tertanya la jugak, pada suatu ketika ada penceramah dari PAS yang berkata, jika kita melantik calon bukan Islam (ditujukan kepada calon MCA & MIC), maka kita akan ditanya tentang siapa yang kita pilih.

    Jadi saya terfikir, dalam PR ada juga calon bukan Islam (terutama DAP yang terang-terang juga menentang Islam), bolehkah kita melantik beliau sebagai calon pemimpin kita ? Adakah kita akan disoal tentang pilihan kita ? Apakah hukumnya ? Jika dibolehkan kerana untuk menidakkan undi 2/3 BN, maka adakah kita berjuang kerana membenci BN atau kerana sayangkan Islam ?

    Lagi satu, saya melihat, jika PR berjaya mendapat kerajaan, apa akan jadi kepada PAS ??

    Kerana saya amat berat hati untuk berkata ya PKR akan melaksanakan undang-undang Islam. Maka dimanakah kedudukan PAS ? Adakah PAS akan keluar dari PR dan menentang Pakatan Rakyat ? Atau adakah PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat ?

    Disini baru saya melihat kepada perpecahan PAS. Dimana golongan yang ingin melaksanakan Islam akan keluar dari pakatan manakala golongan pembaharuan akan beralih kepada PKR.

  1. CIKGU ES

    Assalamualaikum Tn Azizi,
    Saya adalah seorang pendidik/penulis yang mengagumi tuan dan karya tuan sedari saya kecil. Jarang saya melepaskan peluang membaca karya tuan. Saya juga seorang penulis kini dan tuan boleh menjenguk blog saya (bersama sahabat), wwww.familiharmoni.blogspot.com. Justeru, apabila tuan memperkatakan isu PAS berbaju PKR, saya umpamakan seorang guru bercakap kepada anak didiknya. Saya akui kebenaran kata-kata tuan dan saya sendiri bimbang sikap PAS termasuk Datok Nik Aziz yang seperti obses terhadap Anwar. Saya kira PAS perlu mengekalkan jati dirinya kerana apapun PAS lebih unggul dan pemerhati politik melihat PAS adalah wadah alternatif UMNO. PAS lebih dihormati jika terus bersahabat dengan PKR dsb, tetapi mempertahankan jatidirinya, prinsipnya sebagai PAS.

  1. Anonymous

    Cikgu Azizi,

    UMNO sudah tidak relevan untuk Melayu lagi.

    PKR tak akan jadi relevan.

    Kalau nak jadi relevan PAS kena akur yang Melayu itu berbagai. Begitu juga dengan ahlinya.

  1. Anonymous

    anonymous 2:51

    Apa yang tuan katakan itu sudah tak relevan. Bangunlah dari tidur. PAS sekarang bukan macam dulu. Hari ini sudah tak jadi soal orang Islam mengundi Cina. Yang jelas Cina dah tak nak undi Melayu lagi.

    Hancur hancur hancur BN!

  1. Anonymous

    Salam,
    Adakah fatwa baru mengenai "sedekah seks" dari PR ni mendapat kelulusan dari ulamak-ulamak PAS?

    Pemimpin agama selar kenyataan Zul Hassan

    PUTRAJAYA 24 Sept. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

    Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

    Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

    "Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

    "Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

    Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

    Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.

    "Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.

    Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

    "Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

    Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

    "Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.

    "Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya," katanya.

  1. Anonymous

    kes zina sedekah...ha itu kena tanya PKR lah..dewan ulamak pas dan semua ahli PAS..kami menganggap dia adalah jenayah disisi allah...PKR..tak tahu...tanya PKR sendiri...!!! itulah bezanya PAS dan PKR...PAS berjuang menegakkan keadilan anjuran islam...tapi PKR tegakkan keadilan dengan nafsu...!!!

  1. Anonymous

    "alahh..semua yang nulis tak setuju dgn apa yg tn hj azizi tulis ni sebenaqnya jenis tak pi usrah pas,,tak pi pengajian pas..program2 tarbiyyah..."

    >>> di atas adalah ayat2 yang saya tak setuju....boleh buat sesetengan golongan lari terus ke PKR.

    ___________________________________

    Di dalam PAS sendiri terdapat beberapa kategori. Pertama Alim-Ulama'. Kedua yang Islamik (tetapi bukan alim ulama'). Ketiga, tak Islamik sangat, tapi amal maaruf nahi mungkar. Keempat, golongan yang tak Islamik langsung (Rukun Islam tak terbuat, dan mungkar pun dilakukan juga)

    Golongan yang ketiga mudah goyah prinsip perjuangannya. Golongan ini sesuai dirujuk sebagai 'berbadan PAS, berbaju PKR'. Mereka-mereka ini sampai bila2 pun akan sokong PAS dan tetap dengan perjuangan PAS.

    Golongan yang keempat paling mudah untuk menukar prinsip (Sebenarnya mereka ini tak ada prinsip langsung). Mereka menyertai PAS kerana tiada pilihan (waktu PKR belum wujud lagi). Sekarang, dengan wujudnya PKR, kekosongan mereka terisi. PKR adalah pilihan yang sesuai dengan mereka. Saya percaya mereka takut dengan wadah perjuangan PAS (contohnya mewujudkan negara Islam dan Hudud). Mereka takut.

    Jadi, jika dulu mereka2 ini kelihatan membawa bendera PAS, kini tidak lagi. Bendera PKR lebih moderate. Diterajui pula oleh oarng melayu Islam, tetapi taklah Islamik sangat. Di kala ini, golongan ini paling ramai 'berhijrah' kepada PKR. Jadi, tak perlulah kita hairan atau 'muak'. Sebab pilihan mereka sudah ada.

    Apa yang PAS perlu lakukan ialah, menjaga golongan Pertama, kedua dan ketiga. Selain itu, perkara asas yang tidak dilakukan oleh golongan keempat perlu diubah dahulu (amal maaruf, nahi mungkar). Ini kembali kepada perkara pokok. Dakwahlah mereka ini untuk menghayati Islam dulu. Supaya mereka memahami perjuangan PAS.

    Jika ini berjaya dilakukan, saya percaya, PAS akan tetap PAS, walaupun mereka 'berbaju PKR'.

    Wassalam....

  1. Anonymous

    KOMEN SDRA YANG TERAKHIR, JAM 3:58, SAYA AMAT SETUJU. INILAH ULASAN DAN ANALISA YANG TERBAIK, TIDAK EMOSIONAL DAN FANATIK., KEMBALI KEPADA POKOK ARTIKE.

    SAYA MENGAJAK, MARILAH KITA BERSIFAT INTELEKTUAL, YANG BOLEH MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN.
    Saya yang benar: Azizi Abdullah

  1. Ramli Abdul Halim Kota Bharu Kelantan

    Salam Ustaz Azizi!
    Untuk nyatakan kebenaran banyak yang pahit dari yang manis akan diarasakan tetapi kewajipan berkata benar tetap kena dipikul biar pun jasad akan hancur dimusnahkan.
    2. Biar seluruh isi alam membenci kita kerana kita menyatakan kebenaran asalkan jangan Allah murkai kita kerana tidak menyatakan kebenaran gara-garatakut kepada kesusahan, termasuk kerana bimbang akan kehilangan rakan dan akan hidup dalam keadaan dicurigakan kerana menyatakan kebenaran.
    3. Sehebat mana pun kemungkaran, akhirnya kebenaran juga yang akan menang.

  1. Anonymous

    cantik betul 3.58. tapi sdr azizi,tulisan tuan agak mengecil kan hati pihak ke 3 spt disebut oleh 3.58.
    dan saya pasti sehingga tahun 87. majoriti yg masuk PAS adalah dr golongan ke tiga termasuk saya walaupun saya joint tahun 98.

  1. Anonymous

    alaa...ngaku je la tak seronok hidup dalam program2 yg PAS anjur..selama ni pun memang golongan ni yg buat masalah dalam PAS..org yg tak setuju kata depa jadi PKR sebab dia jenih tak pi usrah tu..betoi dah la tu..dok dalam PAS ingat suka2 ja ka..apa ingat PAS ni parti jaga hati orang ka? kalau orang tak jaga akhlak dan maruah islam..dok buat apa lagi depa dok dalam PAS..depa ni yg akhirnya meninggalkan PAS..ingat senang ka nak jadi sampai tahap korban harta, masa dan nyawa semata2 nak perjuangkan islam melalui PAS..oi bukan mudah oo..kena pi program tarbiyah pas la yg urusan ulamak PAS kawasan2 anjrkan..barula dia tau bejuang ni sebab apa..sebab marahkan UMNO ka..sebab manusia ke..sebab harta ka..atau kerana allah ta'ala..la ni nak lahirkan pejuang kerana allah mestilah melaui proses tarbiyah..sedaq diri tu sikit yg kita ni banyak dosa (lein la kalau jenih tak heran dosa pahala..memang tak setuju la )macam ho kata taji..dulu masa tak dak PKR depa sokong PAS pasai tak tempat nak ejuang..bila ada PKR depa pun keluaq PAS sebab PKR seswai dgn perjuangan mereka dan mereka jugak takut dengan PAS sebab hudud..ni apa cerita ni..hudud ni allah ta'ala punya..kita berjuang nak tegakkan keadilan..hudud adalah antara mekanismanya..hang ni iman pada allah ka dak ni??? kalau dah takut pada hudud macam sudara takdak nama macam aku jugak yg takdak nama kata tadi..takut pasai apa..depa nak teruskan hidup dengan mencurik ka? depa nak terus hidup dengan berzina ka? oo..ka PKR tak pikiaq benda tu semua..alah depa nak bejuang sama kita tak pa lah...nak mencuri nak bezina tak pa..itu peribadi..hahh!!! apa bezanya hangpa dengan UMNO..sebenaqnya bukan sesetengah orang akan lari dari PAS..tapi sebenaqnya semua manusia yg jenih tak mau islam memang akan keluaq dari pas...sebab dalam hidup depa nak balas dendam dengan UMNo bukan berjuang kerana mengikut arahan allah..ya..hanya yg sungguh2 komited dengan islam sahaja yg akan terus kekal bersama perjuangan islam...!!!

  1. Anonymous

    woi PKR..kamu tarbiyah ahli hangpa dulu ( yg tak pakai tudong, yang ngak bezina ) baru la kamu semua layak nak becakap pasal dasar islam PAS..ingat..anwar bukan ada komitmet pon dengan islam..pasai negara islam pun dia bisu...!!!

  1. debu-papa

    ada jugak yg badannye PKR, tapi berbaju PAS.. ape komen saudara dgn golongan camni? yg penting bukan berbadan atau berbaju AMENO. sekian saya yg jahil.

  1. aNaK BaPaK

    salam..,

    tuan haji azizi..saya rasa hanya yang benar2 faham tentang dasar perjuangan dan tarbiyah PAS sahaja yang faham tentang tulisan tuan ini..masih ramai lagi dikalangan kita ini berjuang kerana semangat dan bukan kerana allah..satu cabaran kepada PAS untuk melipatgandakan usaha mengajak sebanyak mungkin ahli2 pas menyertai program2 tarbiyah yang modulnya dah lama dah pun disediakan oleh dewan ulamak pas pusat.pas negeri dan pas kawasan..namun saya kembali berfikir..sekian banyak program yg diatur..apakah akan ada pertambahan bilangan ahli2 pas yang menyertai program ini..? dan yang peliknya mereka yang tiada mentarbiyah diri inilah yang akhirnya menimbulkan masalah pada PAS dan akhirnya seperti yang tuan haji kata "badan saja PAS-baju keadilan"!!!! realitinya kini ramai ahli2 pas yg tiada pentarbiyahan ini lebih suka ceramah bersifat umum..seronok dengar umno kena hantam...tapi kena mereka ini tidak bersama dalam kuliyah pengajian..majlis tafaqquh fiddin, usrah..liqa' fikri...atau solat hajat peringkat cawangan atau kawasan..?? mana perginya mereka ini?? bagi saya PKR tetap dengan dasar sekularnya yg tiada bezanya mereka ini dengan umno ( yg membezakan cuma umno zalim dan PKR melawan kezaliman ) dan kita buleh berkawan dengan dia..dan saya yakin PKR bukan suatu jamaah mengikut syarak yg mana tuntutan berjamaah ini sepertimana kata rasulullah ;

    "barang siapa yg mati dalam keadaan dirinya tiada berbai'ah kepada jemaah, matinya mati dalam keadaan jahiliyyah!!!"

    saya pasti kawan2 kita yang islam duduk dalam PKR tak setuju dengan hadith ini.tapi setuju tak setuju inilah hakikatnya..hakikatnya dah ramai ahli pas bukan takat badannya keadilan..aqidah pun dah dekat dengan sekular!!!

  1. Anonymous

    Sdra Ramli Abdul Halim,
    Sangat getir apabila menjadi penulis komentar dan kritikan parti politik. Kita memang berhadapan dengan mereka yang emosional dan taksub.Itu tidak kira lagi anggapan dari penguasa BN dan pihak lawan.
    Terasa serik. Rasanya lebih baik menulis gern sastera; novel dan cerpen.
    Salam: azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    komen komen dr ahli pas spt di atasla yg menyebabkan ramai org takut dgn pas.soal emosional dan taksub bukan hanya ada pada bn dan sbgnya, tapi lebih ramai dlm PAS yg begitu.
    di tempat saya yg bawa masuk ahli PAS baru terdiri dr ahli PAS dr goglongan ke tiga yg di sebut oleh anon 3.58.Ahli PAs yg ekstrim cuma byk menghukum itu salah ini slah.
    saya amt tertarik dengan temu bual dgn akhil hayy semalam di astro awani 10.30 malam

  1. Anonymous

    Gabungan PR adalah penting buat masa ini. Cabaran utama adalah menukar kerajaan yang telah lama berkuasa. Bukan mudah. Bak kata pepatah 'Bersatu teguh, bercerai roboh'.

    Jika tiada kesepakatan diantara parti pembangkang (seperti dalam PR), saya percaya jalan untuk menukar kerajaan sedia ada adalah terlalu jauh.

    Adakah DAP berupaya menguasai Malaysia sendirian? Jawapannya 'TIDAK'.

    Adakah PAS akan berupaya menguasai Malaysia? Jawapannya; 'MUNGKIN' jika rakyat Malaysia adalah Islam belaka, tetapi 'TIDAK MUNGKIN' jika masyarakat Malaysia dalam keadaan majmuk seperti sekarang.

    Bagaimana pula dengan PKR?
    Ya... PKR mempunyai kelebihan. Jika tiada kesepakatan seperti wujudnya PR sekarang, PKR akan memerlukan perlajanan sejauh sekurang-kurangnya 5 penggal lagi untuk menguasai Malaysia. Kenapa PKR mempunyai keupayaan tersebut?
    Kerana PKR adalah parti moderate. Sama seperti yang wujud di negara2 Eropah dan Barat. Moderate segalanya. Islamik yg moderate, sekular yang moderate, kerana PKR adalah parti majmuk. Dasar ini dapat diterima ramai. Mungkin PAS sahaja yang tak dapat menerimanya.

    Berdasarkan hypotesis di atas, saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong pembangkang, 'bersatulah kita demi menguatkan PR'.

    Jika sesama ahli dan penyokong pembangkang pun masih mahu bertekak menegakkan ideologi fanatik masing2, kita tak akan ke mana. Kerajaan sedia ada akan ketawa. Siapa untung? Kita juga yang rugi.

    Bersatulah!

  1. Anonymous

    Saya adalah ahli PAS berdaftar sejak tahun 1999. PAS bukanlah pilihan saya. Saya adalah ahli PAS 'keturunan'.

    Saya menjadi ahli PAS kerana bapa saya ahli PAS, kerana ibu saya ahli PAS, kerana abang saya ahli PAS. Yuran keahlianpun, abang saya bayarkan. Inilah PAS saya PAS 'keturunan'.

    Saya tidak ambil tahu wadah perjuangan PAS. Saya jahil agama. Saya tak pernah menyertai usrah, dan saya tak terfikir langsung tentang usrah atau tarbiyyah. Saya hanya menurut. Tetapi saya tetap sokong PAS.

    Sesekali pendirian saya goyah. Terasa mahu melondehkan 'baju PAS' yang saya pakai selama ini, digantikan dengan baju PKR.
    Saya akui, saya lebih cenderung kepada 'golongan ke-4' (sebagaimana dikelaskan oleh 'anon. 3.58 tersebut).

    Saya amat tidak gemar dengan suara2 yang memperlekehkan seseorang hanya kerana tidak pernah menghadiri usrah. Suara2 seperti itu lebih menjuruskan saya kearah PKR. Suara2 seperti itu terlalu taksub. Adakah menghadiri usrah itu menjadi syarat menyertai PAS? Jika ya, saya secara otomatik bukan lagi ahli PAS.

    Ya! Perjuangan PAS ialah menegakkan Islam. Tetapi tidak bermakna semua ahli PAS perlu menjadi alim ulamak.

    Kewujudah golongan keempat adalah kenyataan. Jadi, carilah jalan untuk menarik kami mendekati PAS. Bukan mencaci dan mencela.

    Yang benar:
    PAS KETURUNAN
    kategori 4

  1. melayu-kampong

    semoga tuan, keluarga dan keturunan serta semua blogger dan seluruh ummat bahagia dunia dan akhirat..

    tulisan ini baik sebagai 'penilaian' atau 'sukatan' atau lebih mudah 'post mortem' kedudukan atau situasi pada masa kini.

    [beruntunglah kerana masih boleh disukat - masih berkesempatan]

    jadi, jadikan dia sebagai titik tolak kearah memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.

    sebagai hukum adat - setiap perubahan/ perkara baru akan maengujudkan 'pengikut' atau 'terikut-ikut'.

    orang-orang tua [dengan pengalaman] mungkin jelas terhadap perubahan ini dan amat merunsingkan tetapi bagi yang baru [bersemangat]ianya suatu pencapaian.

    orang tua teruskan fikir, usaha dan banyak sujud pada Pencipta mohon bantuanNYA.

    datangilah siBaru/ muda dengan hikmah dan kasihsayang..

    Kerja ini [bawa manusia pada islam dan Pencipta Manusia] memerlukan kesabaran [usaha dan doa], keperibadian [akhlaq] dan berterusan [istiqamah/ istikhlas] - tawakkal.

    Hidayah dan Taufiq ada Pemiliknya. Maqbul oleh Pemiliknya akan kerja dan doa hambaNya maka terbitlah 'nur hidayah dan taufiq'.

    ayuh!!.. bersatu, berpakat dengan kasihsayang bangunkan ummat ini.

    jangan hanya diplatform siasah, teruskan dalam semua wadah/ aktiviti kehidupan.. hatta 'basuh kedua tangan sebelum makan'..

    semoga datanglah 'rahmat bantuan dan pertolongan' Khaliq untuk hambaNya di akhir zaman ini..

  1. aNaK BaPaK

    kesimpulannya disini..memang ramai yg tak mahu diri di tarbiyah ubtuk menjadi lebih baik..lebih takutkan allah..lebih mengenali maksud iman..lebih sedar betapa apa sebenarnya islam dalam hidup kita..saya rasa inilah dia suara2 mereka2 yg memang jauh dari tarbiyah,..nak ajak solat jemaah pun susah..patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin.."selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat..jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami lagi..!!! begitu juga ketika rasulullah pergi berperang..hanya mereka yang banguntahajjud sahaja yg rasulullah benarkan keluar berperang..apakah maksudnya semua ini..maksudnya kekuatan kita yg sebenar adalah islam, iman dan taqwa juga doa..maka kekuatan berdasarkan semangat tanpa memperbaiki diri agar lebih beriman dan bertaqwa kepada allah adalah kekuatan yg amat sementara..bila habis semangat habislah perjuangan..

    maka tidak hairanlah ada yg keluar dari PAS..ya dalam hatinya buat apa nak usrah, pergi kuliyah, pengajian dan program tarbiyyah yang lain..berjuang tegak keadilan sudahlah..inilah natijahnya..benar bukan nak suruh jadi ulamak semua..tapi kita kena ingat bahawa merekalah (ulamak) orang yang mewarisi kerja2 para nabi..dan allah sendiri berfirman " sesungguhnya yang takutkan ulamak dari kalangan hambaku adalah ulamak" dewan ulamak berperanan untuk mencorak dan menggerakan program tarbiyah bukan nak suruh jadi ulamak..tapi nak suruh kita lebih kenal tanggungjawab kita dengan allah dan rasulullah..

    tulisan tuan haji azizi ini adalah muhasabah ruhiyyan dan jasadiyah..kita dah makin jauh dengan islam inilah hakikatnya..kita tak jadikan akhlak sebagai ukuran dalam tindakkan kita..kita dah tak minat nak dengar dasar2 ilmu yg digariskan allah dan rasulnya..inilah kelemahan kita..kekuatan berdasarkan semangat kita takkan kemana..takkan kemana?? septutnya sebagai ahli jemaah kita patut rasa bersalah kalau kita sendiri tidak mentarbiyah diri kita dengan program yg ada..berapa ramai yg lebih utamakan kerjaya dengan pandang sinis golongan2 veteren yg menyeru nkepada tarbiyah..ingat..kita kalau tak hadir mesyarat cawangan kalau tak ada sebab yg munsabah..sudah dikira berdosa..ya..ini bukan nak salahkan sesiapa..tetapi kenapa kita tak pernah rasa bersalah..kenapa..kerana kita tak ajar diri kita untuk ingat bahawa dalam hidup kita takkan terlepas darri dosa dan pahala..kalau golongan profesional kata golongan ugamawan tak berfikir secara profesional..kenapa golongan yg bangga dengan profesional tak mahu dalami tentang dasar2 islam dari agamawan..kenapa sungguh2 suruh golongan2 agamawan terbuka minda sedangkan ada golongan yg bangga dengan profesionalnya itu tak mahu terbuka hati mengikut program2 tarbiyah...patutlah sampai ada yg tak mahu bersama sengan program ini kata..payahlah..nak mengorat awek pon tak boleh!!! inikah jenis manusia yg nak kita lahirkan??? saya secara terbuka agak terkilan dengan mereka2 ini yg tak mahu mendidik hati dengan tarbiyah tapi salahkan ahli2 jemaah yg menegur dengan istilah menghukum dan menyalahkan..bukankah itu suara yang sama dikeluarkan oleh umno dan golongan sekular yg lain...!!!!???

    saya amat risau kiranya sekarang didalam jemaah PAS makin ramai lahir abdullah bin ubai bin salul...saya amat risau..mohon allah hindarkan dari bala sekularisasi dalam PAS...!!!!

  1. Anonymous

    patutnya kita sendiri yang terasa dihukum..bila apa yg disebutkan sebagai salah..maka kita tersa diri dihukum..tetap kenapa kita tak baiki diri kita agar diri ditarbiyah agar jadi manusia yg benar2 sentisa bermuhasabah diri dengan sedar tentang kesalahan2 kita..atau kita sendiri yang pandang ringan solal dosa pahala halal haram syurga neraka???

  1. abdrahim kassim

    Sdr. Azizi,

    Di sinilah kalau kita nak lihat kehebatan Anwar. Kalau tidak orang tidak kata, Anwar ini burung atas pokok pun dia boleh panggil turun.

    Kehebatan Anwar ini bukan sahaja dikagumi oleh anak-anak muda PAS tetapi juga orang-orang Cina dan India.

    Kalau pemimpin PAS ada ilmu yang dipakai oleh Anwar itu dah lama dah PAS memerintah Malaysia ini.

    PKR tidak sampai sepuluh tahun ditubuhkan tetapi dapat sambutan yang begitu hangat. Sedangkaan PAS lebih tua dari UMNO tetapi sentiasa sahaja ikut bontot orang lain. Akhirnya kena tipu...

    Saya rasa PAS ini kena pastikan betul-betul apa yang dia mahu perjuangkan. Nak jadi parti politik ke, nak jadi badan dakwah sahaja ke atau nak jadi apa?

    Bila mereka sudah dapat jawapan yang betul-betul, barulah PAS ini boleh kuat mengatasi parti-parti lain.

  1. aNaK BaPaK

    saya rasa saya nak jawab lah kepada sdr abdrahman kassim..

    "PKR tidak sampai sepuluh tahun ditubuhkan tetapi dapat sambutan yang begitu hangat. Sedangkaan PAS lebih tua dari UMNO tetapi sentiasa sahaja ikut bontot orang lain. Akhirnya kena tipu..."

    memanglah tak sampai sepuloh tahun tetapi dapat sambutan yg hebat..itu diukur dari segi kerusi yg dia menang..berapa kerusi parlimen dan DUN yg PAS korbankan kepada PKR atas dasar tahalluf siyasi..sampai kawasan yg PKR tak ada cawangan langsung pun PAS tetap bagi atas perjanjian kuota agihan kerusi Barisan Alternatif ketika itu..berapa ramai ahli dan jentera PAS yang berkorban harta tenaga dan masa untuk membantu memenangkan calon PKR dan DAP keran ini adalah arahan dari pimpina dan kami dengar dan kami taat kerana dia adalah tuntutan dalam berjamaah yg melibatkan dosan dan pahala..yang jadi PACA..(polling agent & Counting agent) berapa ramai ahlu dan jentera PAS??? kalau nak kira hebat dalam konteks dapat kuasa..UMNO lah yg hebat sebat dia belum kalah di peringkat persekutuan lagi..PAS dah 12 kali menyertai pilihanraya, pernah kalah pernah menang dan sering diuji dan dilanda fitnah dan pernah bebpecah pun..inilah kematangan PAS yg pernah melalui semua situasi ini..kami ni dudok dalam PAS berfikir..apa sahaja kerja politik yg kami buat semua adalah untuk menepati keredhaan allah buakn sekadar semangat..normal lah bila manusia dizalimi dia akan bangun menentang kezaliman dan berjuang menegakkan keadilan..orang dah sedar dah sekarang ini maka berpusu2 orang sokong siapa sahaja yang menentang kezaliman kerana kepada merekalah nak disandarkan suara tak puas hati itu..maka adakah PKR sahaja nak dabik dada bahawa perti merekalah yang dapat sambutan hebat..??? sdra jugak katakan PAS asik ikut bontot dan akhirnya kena tipu..saya rasalah..PAS dah macam tertipu dengan PKR pulak..apa pendirian PKR terhadap nak tegakkan islam..? tak ada..apa pendirian PKR nak cegah kemungkaran yang bermula dengan akhlak..? tak ada..bahkan marahkan PAS pulak sebab PAs bantah konsert mas idayu di shah alam..apa pendirian PKR dalam dan suruh kepada perkara makruf..?? tak ada..tengok..berapa kerat pimpian PKR tak kiralah peringkat tertinggi atau ahli biasa..tak ada komitmen langsung dalam program2 tarbiyyah masyarakat...yang saya nampak..PKR hanya berjuang atas dasar bencikan UMNO yg zalim sahaja..baguslah benci kezaliman..besok kalau UMNO dah tak zalim..apa jaminan PKR nak tegakkan islam pulak sedangkan UMNO dan PKR perlembagaannya sama sahaja..dasar sekular..tapi PAS tetap berkawan dengan PKR dan DAP kerana sama2 tentang kezaliman atas kaedah tahalluf siyasi..ini yang raai tak paham..saya sendiri agak sedih bila mutakhir ini PKR macam dah buat tak heran dengan jentera PAS..ahli2 PAS..maklumlah dah berkuasa..lupa segala2nya..betullah kata sdr abdrahim kassim..PAS akhirnya kena TIPU..kena TIPU dengan PKR...!!!

    sdra abdrahim kata;
    "Saya rasa PAS ini kena pastikan betul-betul apa yang dia mahu perjuangkan. Nak jadi parti politik ke, nak jadi badan dakwah sahaja ke atau nak jadi apa?"
    saya rasa sdr abdrahim lah yang kena pastikan betul2 apa yang diperjuangkan oleh PAS dan PKR..dah tentu PAS yang berdiri atas dasar islam..cuba kamu bezakan perlembagaan PAS dan PKR/UMNO..cuba baca ini;

    BAB YANG KEDUA ( Dasar dan Seruan ) ;

    FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM

    FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR


    BAB YANG KETIGA ( Tujuan, Usaha, Hukum dan Kekuasaan )

    FASAL 5. Tujuan PAS ialah :-

    (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

    (2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


    FASAL 6. Usaha-usaha :-

    (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

    (2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menajadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

    (3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

    (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan oranga-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan padangan hidup Islam.

    (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

    (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selamanya ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

    (7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

    (8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

    (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaumdi negara ini.

    (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

    (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mecapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.


    FASAL 7. ( Hukum dan Kekuasaan )

    (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

    haa..itulah apa yang nak diperjuangkan oleh pas dalam lingkungan islam..PAS tak boleh bergerak diluar batasan islam kerana islam ada syariatnya ada batas2 iman dan kufurnya..kami sedang berjuang menetang kezaliman dalam masa yang sama kami pastikan kehidupan kami sentiasa diredhai allah..kami tak berpegang pada matlamat menghalalkan cara..

    sdra abdrahim kata lagi..nak jadi parti politik ke jadi badan dakwah sahaja..sdr...islam dan politk jugak dakwah takkan dapat dipisahkan..kami bukan jenis agama suku politik suku..PKR ye..politik dan agama dipisahkan..rujuk balik perlembagaan PKR..dakwah dan tarbiyah islamiyyah adalah asas dalam gerakkerja PAS..buat apa ahli berjuta tapi banyak yang kufur kepada allah..buat apa kita dapat kuasa tapi kita korbankan islam semata2 nak dapat undi dan sokongan sedangkan mati besok kita akan ditanya dihadapan allah..atau PKR tak ambil kisah tentang semua ini..maka kalau nak persoal apa yang PAS perjuangkan..kaji lah dulu dasar yang pas perjuangkan..bandingkan dengan dasar yang kamu perjungkan..PKR pun berjuang sebab nak anwar jadi PM aje..yg lain..kalau merintah pun dia tetap sekular macam UMNo jugak cuma baik sikit dari UMNO..tapi..perangai UMNO tak boleh tinggall ye lah..sampai ada ahli PKR tiba2 bila menang diselangor berebut2 nak tubuh cawangan sebab nak jadi ketua kampung lah katakan...!!!

  1. Anonymous

    kepimpinan pas mungkin ter'miss' tanam semangat cinta Allah dan agama iaitu bermula dengan shahadatul-haq sehingga ada yang pas menunjukkan ciri kontra pas sehinnga mencemarkan imej islam (akhlak islam ) dalam pas. tidak kira pas atau keadilan yang penting bawalah akhlak remaja islam. golongan muda sudah tentu bertindak begitu kerana sudah dikuasai emosi, namun kalau dari awal lagi hala tuju perjuangan mereka sudah jelas, mereka mampu mempromosikan islam/ akhlak baik sebagai wadah dakwah seterusnya menyatukan semangat dan kekuatan orang muda khususya dalam politik.

  1. Anonymous

    Kepada Abdulrahim Kasim
    Sdra salah seorang yang termasuk senarai orang fanatik dan taksub. Saya, walaupun kagum dan menyokong Anwar, tetapi tidaklah sampai begitu taksub.
    Bahaya taksub dalam perjuangan. Bahaya taksub kepada pemimpin. Keduali satu, kepada Rasulullah.
    Azizi Hj Abdullah

  1. Anonymous

    Saya minta mana2 ahli PKR atau penyokong PKR tampil menjelaskan dasar PKR di sini. saya nak tahu sejauh mana pemahaman mereka tentang dasar yang mereka perjuangkan.

    Saya percaya ramai penyokong PKR yang masih kabur atau tidak tahu langsung dasar perjuangan parti yang disokong mereka.

    Mereka2 ini bagai ekor keretapi yang tidak tahu hala-tuju kepala dihadapan. Jika Laluan diubah, nescaya mereka juga ikut berubah tanpa usul periksa.

    Ayuh...jelaskan dasar PKR....kerana ia adalah dasar perjuangan yang anda dokong...

    -TARANTULA-

  1. Ramli Abdul Halim, Meli Industry, Kota Bharu, Kelantan

    Ustaz Azizi!
    Jangan serik. Kita diberikan bakat dan kerajinan menulis dan kena tulis apa yang kita patut tulis. Yang patut ditegur kena tegur walaupun kerananya kita hancur.

    Nak sedarkan orang bukannya mudah. Lagikan nabi yang diutuskan oleh Allah pun menerima tentangan dalam menyampaikan seruan kebenaran, apatah lagi dengan kita.

    Terlanjur menulis di blog ustaz ni, saya nak tanya macam mana dengan novel FOBIA? Dah siap sepenuhnya ke atau belum.

    Saya cadang nak terbitkan FOBIA serentak dengan dua buah novel norhisham yang kini hanya tunggu nombor ISBN untuk dicetak.

    Kalau ada apa-apa perkebangan, emailkan kepada saya: meli_industry@yahoo.co.uk

  1. abdrahim kassim

    Sdr. Azizi'

    Minta maaf, saya nak tambah tulis sikit lagi..

    dan Sdr. Anak Bapak,

    Silap besar kalau saya dikatakan taksub pada Anwar atau saya penyokong atau ahli parti PKR.

    Didikan beliau tidak pernah saya lupa tetapi bila dia masuk UMNO sayalah antara yang pertama menentangnya.

    Bila dia disepak dari UMNO saya bersimpati dengannya. Bila dia tubuh PKR saya tidak mahu berdamping dengannya.

    Takut kena "tipu" lagi bang...Dia terlalu pandai..., nanti hati kita yang sakit.

    Cuma saya suka tengok cara Anwar berpolitik. Dia punya keupayan mencaturkan politik Malaysia ini.
    Ketangkasannya "bersilat" boleh menyebabkan orang lain huru hara.

    Kita jangan letakkan Islam itu sebagai penghalang atau alasan untuk meletakkan diri kita ditengah-tengah masyarakat.

    Bagaimana kalau saudara-saudara bayangkan, Anwar yang menjadi Presiden PAS sekarang ini?

    Bukankah keadaanya berbeda?

    Inilah yang saya maksudkan tentang PAS itu. Kesempatan yang ada sekarang, tidak merupakan peluang kepada PAS.

    Begitulah juga pada tahun 1988 bila UMNO berpecah dua, PAS tidak mampu kehadapaan mengambil hati orang-orang Melayu, sebaliknya terpaksa berbontot dengan Semangat 46. Akhirnya ditinggalkan....

    Sekarang ini pun begitu juga setelah dua puluh tahun. PAS masih memainkan peranan yang sama.Entah esok, entah lusa ditinggalkan lagi...

    Memang kita boleh bercakap. Kalau ditinggalkan pun, PAS tetapi terus berjuang.

    Tetapi itu adalah ungkapan bagi orang-orang yang lemah dan tidak progresif. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang sifatnya mesti dinamik, sentiasa maju kehadapaan.

    Wallahu'alaam...

  1. Anonymous

    rasanya pendapat saudara di atas tak tepat..pas tak pernah jadikan islam sebagai penghalang..tapi manusia2 lain yg selalu terasa dirinya terhalang dengan islam..bila dirinya jauh dari islam..maka islamlah yang membuatkan dirinya rasa terhalang..!!! sedangkan dirinya amat2 perlukan kepada islam..

  1. aNaK BaPaK

    sdr abdrahim kassim...

    saya kira sdr pun boleh baca dengan jelas matlamat pas ditubuhkan utk saudra buat satu perbandingan dasar perjuangan masing..

    "Cuma saya suka tengok cara Anwar berpolitik. Dia punya keupayan mencaturkan politik Malaysia ini.
    Ketangkasannya "bersilat" boleh menyebabkan orang lain huru hara."

    pendapat saya;
    terus terang saya katakan saya tidak suka dengan corak cara dia berjuang..tapi kami sama2 menolak kezaliman..dalam pas kami ditarbiyyah dengan akhlak islam..nak berpolitik pun kami wajib memastikan bahawa apa sahaja keputusan dan tindakan yg akan dibuat adalah berdasarkan islam..peraturannya..pegangannya dan akhlaknya..anwar boleh buat apa sahaja jenis silat untuk menghuru-harakan musuh dengan apa cara sekalipun..tapi ingat bukan semua perkara bertepatan dengan akhlak...dengan syari'at..dengan akidah..anwar dah jelas tak ada komitmen langsung untuk menegakkan islam melainkan hanya keharmonian berugama sebagaimana yg termaktub dalam perlembagaan persekutuan yg jelas terbatas peranan islamnya itu..
    islam mengaharamkan suatu perkara yg menghalalkan cara..nak berkawan boleh walaupun kawan itu menolak islam..tapi kami berkawan dalam konteks menentang kezaliman dan menegakkan keadilan..sebab itu dalam islam ada kaedah yg dipanggil;
    "at-ta'aawun 'ala mattafaqnaa wa tasamuh 'ala makhtalafnaa fiihi"
    berkerjasama dalam bendan yg kita setuju dan bertolak ansur dalam perkara yg kita tak setuju..
    fokus tulisan tn hj azizi dan tujuan saya menulis bukan lah nak bermusuh dgn PKR tapi fokusnya kepada ahli PAS yg lupa tentang peranannya sebagi ahli pas yg sentiasa menginsafi diri bahawa kita hidup didunia ini untuk menjaga amanah yg diberikan oleh allah iaitu menegakkan islam yang bersifat adil kepada seluruh umat manusia dalam masa yang sama ahli pas mesti perbaiki diri mereka dengan akhlak,mendalami asas islam..kenal erti dosa pahala, halal haram.., nikmat dan azab kubur, hitungan amal dihari qiamat,siksa neraka dan nikmat syurga..kerana ahli PAS wajib faham bahawa kita bukan sekadar berpolitik dan bergerak semata2 nak balam dendam dan benci kita kepada UMNO/BN..tapi sebenarnya adalah menyahut seruan allah yg maksudnya;
    "wahai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan ahli2 mu dari azab neraka"
    seruannya adalah untuk memperbaiki diri dan amalan kita dan dalam masa yg sama untuk menyeru kepada orang2 yang masih "beriman" dengan fahaman sekular khususnya ahli umno agar meninggalkan fahaman khufarat itu dan menjaga keimanan dan akhlak mereka dari buat perkara yg dimurkai allah..termasuklah juga ahli2 pas yg dah malas nak berprogram..malas nak mentarbiyyah diri..dah tak suka nak sebut pasal islam tapi nak bejuang aje..agar kembali kepada matlamat pas yg memperjuangkan islam..dasar2 islam..sisitem islam..ini semua dasar2 yg cukup terang dan takan berubah dan mestilah pelik dan amat kasihan sekali kepada mereka yg dah duduk dalam pas..tapi tak ada pengisisan dengan ilmu tiba2 meninggalkan PAS yg jelas matlamatnya dgn menyertai PKR yg kabur matlamatnya..tak ubah seperti melalui jalan yg terang dengan lampu..tetapi kona kot jalan lain yang gelap...

    "Kita jangan letakkan Islam itu sebagai penghalang atau alasan untuk meletakkan diri kita ditengah-tengah masyarakat"
    saya rasa PAS dengan dasar islamnya tak pernah menjadikan islam sebagai penghalang atau jadikan alasan intuk meletakkan diri kita ditengah2 masyarakat..cuba tengok bila pilihanraya..yang jadi jentera turun ditengah2 masyarakat untuk penchulaan pemilih..pergi ke satu rumah ke satu rumah berkempen berdakwah..yang berani buat macam ni jentera PAS..yang mengawal lalu lintas ceramah pemimpin PKR pun Unit Amal!!!!jadi tak benar kalau sdr kata kami ini menjadikan islam sebagai penghalang untuk bersama2 dengan masyarakat..atau maksud saudara menjadikan islam untuk bersama2 lebih teguh dengan Pakatan Rakyat..yang sentiasa tak senang dengan islam yg pas perjuangkan ialah dari DAP dan PKR lah..siapa lagi..DAP dan PKR lah yg dibayangi takut dengan bayang2 sendiri dan terus menyerang pndirian dan prinsip PAS..PKR dan anwar sendiri bersikap bisu bila DAP serang pendirian PAS..maka apakah komitmet anwar dengan islam..atau cuma hanya kosmetik sahaja? kami berjaya menembusi kawasan2 pengundi cina dan india dengan bantuan Kelab Penyokong PAS..mereka inilah yg menjadi jentera PAS ketika pilihanraya dan terus memberi komitmen dengan PAS dan yakin bahawa Islam itu adil untuk semua manusia..yang pelik orang islam pulak lari dai nilai2 islam..jadi PKR kena insaf dan pegilah pada DAP untuk jelaskan tentang islam yg PAS bawa..maka sekarang siapkah yang menjadikan islam sebagai penghalang untuk bersama masyarakat? PAS membawa imej islam dan takkan tinggalkan dasarnya bila turun dengan masyarakat sedangkan PKR rasa kalau buat macam PAs nanti orang tak sokong PKR...maka saya lebih rasa bahawa saudara sendiri yg rasa terhalang dengan islam..saya tak tahulah komitmet sudara dengan islam untu dijadikan asas negara..tapi biasanya yang tak suka sgt atau ragu dgn islam dia sendiri rasa takut untuk bawa islam ke tengah masyarakat???

    "Bagaimana kalau saudara-saudara bayangkan, Anwar yang menjadi Presiden PAS sekarang ini?"

    saya nak kata kalau anwarlah yg jadi presiden PAS..apakah dia boleh buat sesuka hatinya untuk buat keputusan dan bertindak sendiri..dah tentu tak boleh..pas ada dasar..ada undang2 tubuh yang jelas mesti bergerak atas dasar islam..PAS ada majlis syura 'ulamak PAS yg berfungsi untuk menjelaskan suatu perkara yang rumit dalam soal dasar pas..sebab tu saya nak saudara kaji balik dasar dan matlamat PAS ditubuhkan..maka anwar kalau jadi presiden hatta musrsyidul 'am PAs sekalipun..dia tetap terikat dengan islam dan dia wajib menunjukkan komitmennya dengan islam dan dia mesti bercakap ke arah menubuhkan negara islam...kalau tak dia akan melanggar undang2 tubuh parti dan keluar dari akhlak islam..sekali lagi saya tegaskan..PAS ada dasar dan peraturan...siapa sahaja yg jadi pemimpinnya wajib dia taat kepada undang2 tubuh dan dasar parti...rujuk komen saya yang lepas tentang dasar dan matlamat PAS...

    "Begitulah juga pada tahun 1988 bila UMNO berpecah dua, PAS tidak mampu kehadapaan mengambil hati orang-orang Melayu, sebaliknya terpaksa berbontot dengan Semangat 46. Akhirnya ditinggalkan...."
    saya tak setuju kata PAS tak mampu kehadapan mengambil hati orang melayu...kalau macam tu kenapa PAS dapat menawan dan membentuk kerajaan dinegeri kelantan pada tahun 1990 sampai kini? kena sedar bahawa S46 lah yang tinggalkan PAS sebab tak dapat pisah dengan perangai UMNO nya..dia yg tak mahu islam...jadi yg komited dgn islam maka dia bersama PAS dan yg tak mahu islam macam rais yatim dan KuLi maka dia msuk UMNO balik..tapi PAS masih dihati rakyat kelantan..tahun 1998..PAS lah pelopor menyatukan parti2 pembangkang dan NGO2 untuk menolak kezaliman UMNO/BN..sehingga wujudnya barisan alternatif..PAS terus dapat undi tegarnya dan pengundi atas pagar (non partisan) mengundi pembangkang..PASdapat tawan terengganu dan banyak kerusi parliman yg kini (pru12) ada kerusi yg dikorbankan kepada PKR..tapi yang tinggalkan PAS siapa kalau mereka yg tak mahu islam..PAS tak pernah tendang siapa2..tapi siapa2 yg menolak hubungan dengan PAS..termasuklah UMNO!!! inilah maknanya PAS satu parti yang ada prinsip..mempertahan dasar islamnya walaupun ditendang dan dimurkai manusia seluruh dunia..ingat..nabi nuh a.s..berjuang berdakwah selama..950 tahun yg menyokong nabi nuh tak sampai 100orang...!!!

  1. chef

    salam pada teman2 semua....
    lama benor saya nak luahkan pendapat saya..saya faham perjuangan pas selama ini,,,iaitu menagakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangan...tapi perlu ingat,,,dah 51 tahun ,,jiwa kita rakyat malaysia telah dirosakkan oleh BN.nak ubah dalam sekelip mata,,,nanti takut jadi kejutan pula...apa yg saya nampak,,,,pas bersama PKR dan DAP,ikut je apa yg DSAI plan,,,jangan bising dulu nak laksanakan idealogi PAS.dapatkan kuasa dulu perintah malaysia,,,buat perubahan secara berhemah, contohnya,,,kedai NO Ekor,jangan keluarkan statment terus nak tutup,lihat Lesen perniagaannya,bila mati,pastu beri peluang, sambung setengah tahun,tapi dalam masa yg sama, beritahu pengusahanya cari peluang perniagaan yang lain...jangan bising2,ingat undi pas yg dapat dalam PRU 12 lalu ramai dari kalangan bukan islam yg dah muak dengan UMNO & BN.kadang2 kita jangan terlalu ekstrem sangat.biarlah ubah seperti titisan air ketanah,,lama2 tanah tu berlubang juga,saya faham maksud Pak azizi,,,,org pas jangan tinggal kan tarbiah ahli,,teruskan memperkasakan perjuanagan.org bukan islam,kalau kita tak dekati macaman kita nak cerita tentang kemurniaan islam itu.dulu,nak terangkan prinsip perjuangan pas pada mereka, ramai yg mengelak,tapi contoh yang ada sekarang,kelab penyokong pas, boleh memainkan pemahaman kepada org bukan islam.
    APA YANG PENTING SEKARANG,DAPATKAN KAUASA FEDERAL DULU,PASTU NAK BUAT PERUBAHAN,LAKUKAN SEPERTI AIR YANG TENANG,TAPI DASARNYA BERGELORA MENJUNJUNG HUKUM ISLAM.
    *minta maaf jika apa yg saya katakan menyninggung sesetengan pihak.Wassalam

  1. Anonymous

    Tentera kuning hasil set up kami, tetiba Anwar nak jadi hero, loud spoken lagi nak lakukan perhimpunan sedemikan rupa sekali lagi.
    Pigidah!

    Kami patuh selama mana pimpinan suruh kami patuh, kami juga akan tinggalkan Anwar sekiranya pimpinan menyuruh berbuat sedemikian.

    Lihatlah cermin duhai pembaca semua.Kepimpinan manakah yang paling hampir dengan Rasullullah?

    i love ulama more than Anwar.

    -peminat setia lagu-lagu dhuat-

  1. jamaludinmdisa

    Persoalan kita untuk sama-sama menjatuhkan UMNO-BN.Kuasa zalim itu akan terus bermaharajalela,mencekam dan menindas rakyat selagi pembangkang bercelaru.Selagi pembangkang bercelaru selepas ini rakyat akan kembali semula kepada UMNO-BN.Saya sedih kerana pembangkang sering tidak dapat memantapkan saf perjuangan.Macam nama kita boleh menyumbangkan kekalahan UMNO?

    Kalau kita masih ragu dengan permaufakatan pembangkang.Maka tidak harus kita persalahkan UMNO-BN lagi kalau mereka terus melakukan penindasan dan kezaliman. Kalaulah kita sering berbalah seribu tahun lagi
    PAS jangan mimpi dapat mengalhkan UMNO-BN dalam pentas demokerasi.

    layarilah ke blog saya http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

  1. jamaludinmdisa

    sdr azizi!

    kalau macam ini kaedah kita sampai bila kita dapat mencapai kemenangan. Kalau kita mahu merintis kejayaan dan kemenangan untuk mengalih pemerintahan sekarang. Kita kena tumbangkan UMNO-BN dulu. Kalau kita asik sama-sama mempertikaikan antara kita, siapa lebih kuat, siapa lebih berhak dan siapa lebih layak.Pakatan tidak akan dapat bersatu dan UMNO-BN akan terus serakah parti-parti politik pembangkang kerana selama itu parti pembangkang akan diperkotak-kotik oleh parti pemerintah.Pendekatan PAS sudah 50 tahun lebih.Lihatlah apa hasilnya??.

    Apakah kita boleh berbangga sekadar masuk pilihan raya letak calun, kemudian lawan. Sebaliknya yang menang dan memerintah UMNO-BN. Yang kaya dan memunggah kezanah negara serta menindas dan zalim terus kekal berkuasa. Apakah ini yang kita mahu?

    Pokoknya sekarang kita misti tumbangkan UMNO-BN. Soal di kalangan pembangkang siapa lebih kuat dan berkuasa itu akan ditentukan sesudah BN dapat dikalahkan.Justeru amatlah malang sekali kita dalam PAS mempersoalkan siapa lebih berhak dalam situasi kita masih tidak apa-apa kuasa.Kalau inilah sikap kita seperti badan PAS pakai baju keadilan terus dipersoalkan, maka sampai bila kita dapat menumbangkan BN?

    Soal kita sekarang siapa yang mampu merubah landskap politik negara. Apakah ustaz Hadi,apakah Lim kit Siang , karpal singh, Nik aziz. Ikon-ikon ini tidak pernah bersatu pendapat dan tidak mungkin mereka manpu membenankan UMNO-BN ke dasar bumi. Tetapi Anwar ada harapan kearah itu kalaulah kita bersama-sama dengan beliu. oleh itu andainya kita masih mahu bertelagah di kalangan orang-orang PAS siapa lebih kuat dan siapa lebih hebat malah siapa lebih berhak dalam menerajui pakatan rakyat, percayalah bukan UMNO-BN yang sudah bernafas dalam nyawa-nyawa ikan dapat dinyahkan dari persada politik negara.Sebalik pembangkang sampai bila pun tidak akan merasai nikmat untuk memerintahn Malaysia.

    Justeru itu kita tumbangkang BN dulu.Kezaliman mistilah terlebih dahulu dihancurkan. Selepas UMNO-BN nazak. Terserahlah siapa yang lebih kuat dalam pakatan rakyat akan menguasai keadaan. Macam mana kita nak jadi PM kalau PAS tidak mempunyai kerusi yang mencukupi.Rasional hendaklah diterima oleh orang-orang PAS. Pokoknya kita sudah mengalahkan BN.
    Inilah yang hendak kita laksanakan terlebih dahlulu.Bukannya berhenti sejenak digoda saitan ditengah perjalanan menuju kemenangan dengan menyoalkan "Badan PAS tetapi baju Keadilan". Pada saya tidak berbangkit apa itu semua yang pentingnya UMNO-BN mistilah ditumbangkan terlebih dahulu. Itulah cita-cita saya dalam perjuangan di negara ini.

    layarilah ke blog saya http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

  1. aNaK BaPaK

    nak tanya sdra chef..kita nak kena tunggu dapat kuasa dulu baru nak amal islam ke nak amal islam dulu baru dapat kuasa? pendapat sdra tu adalah ulangan dari apa yang UMNO/BN sebut dahulu-kala..namun pada hakikatnya mereka TIDAK MAHU KEPADA ISLAM !!!!

    sdra jamaludin md isa..saya kira sdra ni orang tak sedar dirilah..kekuatan parti dah tentulah terletak pada jenteranya yg sanggup berkorban nyawa dan harta..jentera PKR tak setanding dengan jentera PAS...kekuatan rohani ahli parti apatah lagi..lagipun bila saya jenguk bolg saudara maka nyatalah saudara seorang yang ta'sub pada anwar..tak apalah..sama2 menolak kezaliman..tapi sdra kena dfaham bawaha apa yg hj azizi tulis bukan ditujukan pada rakan2 PKR..ia adalah muhasabah kepada AHLI2 PAS yang mana mereka ini sebagai ahli pas dituntut untuk menambahkan ilmu islam,menghiasi akhlak dengan akhlak islam..berjuang kerana islam bukan kerana manusia bukan kerana tok guru atau anwar..berjuang kerana allah dan konsep bai'ah dalam jamaah..maka ahli PAS mestilah berbeza sikap,pandangan,pendirian dan akhlaknya dengan parti lain khususnya UMNO dan PKR jugak..sdra jgnlah risau pasal Pakatan Rakyat..resolusi pas dah putuskan untuk menguatkan lagu hubungan dan kekuatan pakatan ini..cuma PAS mahu ahli2 menjadi ahli2 yang berkualiti dari segi amalannya..aqidahnya..akhlaknya..itu saja..amalan,aqidah dan akhlak tak adedalam parti lain melainkan PAS aje..soal pakai baju lain itu sinis sdra yg berpengalaman menulis pun tak reti tentang bunga2 bahasa..janganlah panik dengan bahasa..pas ada dasar ada tarbiyahnya..selagi dia ahli pas..dia wajib patuhlah dengan akhlak dan adab yang pas arahkan..takkanlah jadi ahli pas yang mendokong islam tapi pakai seluar pendek sebagai mana ahli PKR yg boleh pakai seluar pendek..maka pas nak bagi beza lah sikit imej orang2 pas yg tunduk pada undang2 allah..tak payah tunggu berkuasa nak laksana islam pada diri sendiri..yang muslimat pas takkanlah pas nak biarkan mereka tu tak pakai tudong macam wanita PKR boleh saja tak pakai tudong..kena bagi bezalah parti yang mendokong islam ni kena ikut islamlah..itu saja..sdra pun tau..bial ahli pas buat benda tak senonoh..yang buruk..islam lah..jadi dalam tulisan hj azizi tu tak sebutlah pasal PKR,,dia sebut pasal ahli PAS,..yg saya heran ahli parti lain dok menyalak kat sini buat apa???eh..peliklah sdra jamaludin mdisa yg boleh mengarang buku dah tentu arif dengan bahasa tapi tak faham tulisan orang lain..

    saya hormatlah pendirian sdra jamaludin yg berazam menumbangkan UMNO/BN..kami pun sama..cuma kami berjuang menumbangkan mereka bukan semata2 marah atau benci pada mereka atau bukan kerana dendam kot2 lah dulu pernah masuk UMNO ke..tak dapat itu ini last2 keluar UMNO dan menentang mereka..tidaklah..kami ni menentang kerana arahab allah untuk menetang parti yang anjur kemungkaran dan menolak kebajikan dan keadilan..dalam erti kata lain kemungkaran disisi allah dan keadilan jugak kebajikan yang islam anjurkan sebab tu lah PAS buat motto..islam untuk semua..PAS untuk semua..tapi dalam berjuan pun biar ada akhlak lah..solat tak boleh tinggal..zakat jangan tak bayar..jangan pakai seluar pendek...yg perempuan wajib tutup aurat..jangan curik selipar kat mesjid atau pisang ke tebu ke kat tepi jalan..jangan rasuah walaupun kecik2..jaga pandangan..banyakkan bersedekah..banyakkan berdoa..sampailah ketahap berkorban harta, masa dan nyawa dalam nak tegakkan islam bukan carik nama..kan semua yg diatas tadi tu adalah perkara yg allah marah..bila allah marah maka allah bagi dosa bila mati besok masuk neraka..pas nak didik ahli2 nya walaupun berjuang tapi dosa pahala kena ingat..halal haram kena ingat..bila hati dan jiwa kita bersih dari maksiat dan dosa kan allah akan tolong kita dan permudahkan kerja2 kita..tak ke gitu?? hati pun tenang..mungkin sdra pikir ini remeh..yg penting tumbangkan UMNO/BN..kami ni dalam pas pun tengah berjunag bersama2 kamu nak tumbangkan UMNO/BN..tapi dalam masa yang sama kami jigak sedang berjuang menumbangkan nafsu dan dosa dalam diri kami..!!!!

  1. Wak On The Roof

    Salam,

    Kesimpulan ?

    Gunalah Barangan Hilal ...

    Boikot Barangan ISRAEL.

    Bangunkan ekonomi jamaah.

    Biarkan Melayu/ Melayu ISLAM ditindas tanpa kita sedari. ( Sektor Swasta )

    Celup Dialoq Nabil," Lu pikirlah sendiri. "

    USRAH memang penting, terlebih usrah pon penin jugak.

    Wak Nak Tukaq Jadi Wak Ego ( Yamaha )

  1. annasru

    salam,
    agak terlewat saya membaca posting saudara.
    soalnya sekarang bagaimana kita perlu melihat dan mengkaji mengapa senario ini berlaku sebagaimana yang disebut kepada generasi anak muda PAS. Apakah kekurangan kita. Kita tidak kurang bahkan kita lebih tinggi dan mulia kerana dasar perjuangan Islam kita yang jelas. Cuma tinggal lagi bagaimana kita perlu merangka suatu pendekatan yang lebih memikat dan menarik anak muda. Ya, tidak semestinya semua pimpinan PAS menukar jubah dan serban kepada kot dan songkok. Kita sebenarnya masih dalam lingkungan program yang bersifat streotype yang kadang-kadang kita rasa seronok sendiri, puas hati dengan apa yang ada dan tidak berani untuk mengemukakan idea berbeza, yang agak 'gila-gila' untuk dipersembahkan kepada anak muda. Gila-gila bukan bermakna kita jadi gila seperti gilanya Caburator Dung.
    Misalnya pelajar tahfiz yang berserban dan berjubah cukup hebat dengan teknologi ICT, tetapi masih lagi menghidangkan mereka program mencari harta karun?
    Apa lagi remaja yang lebih trendy membutuhkan program yang lebih mencabar, ekstrim kontemporari. Adakah kita yakin mereka akan hadir bila kita ajak untuk menyertai ceramah motivasi tajuknya Tanggungjawab Remaja Muslim. Program yang kami anjurkan di Qaryah Ramadhan Kota Bharu baru-baru ini Bual@Bicara Remaja Nikmatnya Ramdahan Gembiranya Syawal baru-baru ini pun penyertaannya agak sederhana walau pun berjaya. Hari ini kita tidak boleh lagi mengharapkan mereka mencari kita, tetapi kita perlu turun mendekati mereka dengan cara yang bersesuai dengan citra mereka. Tidak cukup sekadar mengedar risalah dan menganjur sepaktakraw atau bolasepak 7 sebelah.
    Itu saja pandangan spontan saya

  1. annasru

    salam,
    agak terlewat saya membaca posting saudara.
    soalnya sekarang bagaimana kita perlu melihat dan mengkaji mengapa senario ini berlaku sebagaimana yang disebut kepada generasi anak muda PAS. Apakah kekurangan kita. Kita tidak kurang bahkan kita lebih tinggi dan mulia kerana dasar perjuangan Islam kita yang jelas. Cuma tinggal lagi bagaimana kita perlu merangka suatu pendekatan yang lebih memikat dan menarik anak muda. Ya, tidak semestinya semua pimpinan PAS menukar jubah dan serban kepada kot dan songkok. Kita sebenarnya masih dalam lingkungan program yang bersifat streotype yang kadang-kadang kita rasa seronok sendiri, puas hati dengan apa yang ada dan tidak berani untuk mengemukakan idea yang agak 'gila-gila' untuk dipersembahkan kepada anak muda. Gila-gila bukan bermakna kita jadi gila seperti gilanya Caburator Dung.
    Misalnya pelajar tahfiz yang berserban dan berjubah cukup hebat dengan teknologi ICT, tetapi masih lagi menghidangkan mereka program mencari harta karun?
    Apa lagi remaja yang lebih trendy membutuhkan program yang lebih mencabar, ekstrem dan kontemporari. Adakah kita yakin mereka akan hadir bila kita ajak untuk menyertai ceramah motivasi tajuknya Tanggungjawab Remaja Muslim. Program yang kami anjurkan di Qaryah Ramadhan Kota Bharu baru-baru ini Bual@Bicara Remaja Nikmatnya Ramadhan Gembiranya Syawal baru-baru ini pun penyertaannya agak sederhana walau pun berjaya. Hari ini kita tidak boleh lagi mengharapkan mereka mencari kita, tetapi kita perlu turun mendekati mereka dengan cara yang bersesuai dengan citra mereka.
    Itu saja pandangan spontan saya

  1. Anonymous

    salam,
    agak terlewat saya membaca posting saudara.
    soalnya sekarang bagaimana kita perlu melihat dan mengkaji mengapa senario ini berlaku sebagaimana yang disebut kepada generasi anak muda PAS. Apakah kekurangan kita. Kita tidak kurang bahkan kita lebih tinggi dan mulia kerana dasar perjuangan Islam kita yang jelas. Cuma tinggal lagi bagaimana kita perlu merangka suatu pendekatan yang lebih memikat dan menarik anak muda. Ya, tidak semestinya semua pimpinan PAS menukar jubah dan serban kepada kot dan songkok. Kita sebenarnya masih dalam lingkungan program yang bersifat streotype yang kadang-kadang kita rasa seronok sendiri, puas hati dengan apa yang ada dan tidak berani untuk mengemukakan idea yang agak 'gila-gila' untuk dipersembahkan kepada anak muda. Gila-gila bukan bermakna kita jadi gila seperti gilanya Caburator Dung.
    Misalnya pelajar tahfiz yang berserban dan berjubah cukup hebat dengan teknologi ICT, tetapi masih lagi menghidangkan mereka program mencari harta karun?
    Apa lagi remaja yang lebih trendy membutuhkan program yang lebih mencabar, ekstrim kontemporari. Adakah kita yakin mereka akan hadir bila kita ajak untuk menyertai ceramah motivasi tajuknya Tanggungjawab Remaja Muslim. Program yang kami anjurkan di Qaryah Ramadhan Kota Bharu baru-baru ini Bual@Bicara Remaja Nikmatnya Ramdahan Gembiranya Syawal baru-baru ini pun penyertaannya agak sederhana walau pun berjaya. Hari ini kita tidak boleh lagi mengharapkan mereka mencari kita, tetapi kita perlu turun mendekati meraka dengan cara yang bersesuai dengan citra mereka.
    Itu saja pandangan spontan saya

    http://annasru.wordpress.com/

  1. Anonymous

    Pertama kepada ANAK BAPA:
    Takbirrr!
    Ketika Tuan Hj Yusuf Rawa menjadi Presiden Pas dulu, saya temuinya di Mekah dalam satu hotel penginapan. Saya kata kepada Allahyarham: Saya lebih suka Pas tidak menang. Biar selamanya begini.
    Allahyarham marahkan saya. saya jawab. Pertama kata saya, jika Pas menang bererti pintu jihad kita tertutup. Saya lebih rela susah dan kalah dalam berjihad dari menang yang lagho.
    Allahyarham ketawa. Hang pikiak Islam tu hak Melayu ke. Tolonglah berjihad dalam politik kerana Islam tu hak semua.
    Masyaallah. Saya ingat sampai mati.
    Kepada ANNISA,
    Bagus dan saya tabek. Kesalnya saya kerana ramai salah anggap kat saya.
    Maaflah
    -AZIZI HJ ABDULLAH

  1. Anonymous

    yb khalid samad, ini adinda..

    Oktober 6, 2008 in PAS, politik, tazkirah, wa zakkir | 23 comments

    Salam Kamunting,

    Saya merujuk kepada tulisan YB Khalid Abdul Samad di dalam blognya ( sini ) yang menjemput sesiapa yang berminat untuk berhujjah secara ilmiah sepuas - puasnya mengenai ayat 61 dan 62 daripada surah al Anfal yang diselewengkan maksudnya demi mentabrirkan penyatuan PAS-UMNO.

    Beliau menamakan beberapa orang bloggers dalam bentuk cabaran untuk respon dan berhujjah dengannya termasuk saudara Roslan SMS dan adindanya. Oleh kerana saya selalu disantuni saudara Roslan dengan gelaran adinda, maka rasanya tak salah kiranya saya merasakan diri saya termasuk dalam maksud YB Khalid Abdul Samad selain sahabat saya Ustaz Nasrudin Tantawi dan Ustaz Yusaini terutamanya.

    Saya agak tergamam dengan jemputan itu tatkala melihat kesungguhan beliau memahamkan kita perihal ayat tersebut. Bukan pada salah dan tak bisanya hujjah beliau, tetapi pada ajakan beliau untuk kami menghujahnya balik dengan ayat yang sama dan selainnya demi menegakkan benang yang basah ke arah penyatuan UMNO-PAS! Juga membenarkan pengkhianatan terhadap pakatan bersama PKR dan DAP.

    Saya bertanya diri sendiri, adakah Roslan SMS, Ustaz Nasrudin, Ustaz Yusaini dan saya difahami begitu oleh beliau? Jika itu bukan maksud beliau, saya yakin ramai pembaca akan memahaminya begitu sepertimana saya juga.

    Oleh kerana Allah adalah saksi bahawa kami bukan begitu dan tidaklah layak kami disenaraikan sebagai jemputan yang boleh mendatangkan fitnah buruk ke atas kami, saya mencadangkan beberapa perkara kepada YB Khalid Abdul Samad dan menasihatinya dengan beberapa perkara. Ini semoga semua pihak dapat mengambil manfaat bersama, insya Allah. Saya juga berharap ianya disetujui oleh sahabat - sahabat yang ‘terkena penangan’ jemputan itu juga:

    1) Demi tidak membatalkan jemputan debat siber tersebut ( permit pun tak perlu ), saya mencadangkan YB Khalid Samad menjemput imam yang berkhutbah tersebut untuk berdebat dengannya. Saya rasa imam tersebut tentu saja bersedia demi menjaga maruah dirinya selain mengeringkan benang basah tersebut.

    2) Jika ada tajuk hendak dipaparkan, eloklah dicadangkan debat itu dengan nama ‘ Perang Siber 916: Profesional Haraki vs Imam Hadhari’. Saya fikir ini turut membantu telahan ’sombong’ sesetengah ulama konservatif yang mendakwa hak eksklusif untuk mentafsirkan ayat - ayat al Quran. Saya yakin sepenuh - penuhnya dan sepuas - puasnya bahawa YB mampu.

    Kemudian saya dengan rasa sedikit malu - malu mencuba - cuba untuk menasihati YB Khalid Abdul Samad dengan beberapa nasihat yang memberi guna, bukan guna- guna, insya Allah:

    1) Sapulah daripada blog YB tu nama ‘adinda’ tu sebagai jemputan, juga Roslan SMS ( walau YB terpaksa menahan geram ). Sedih saya adalah teramatlah sangat.. ( menahan geram sebenarnya..)

    2) Janganlah membina kefahaman diri di atas puingan salah faham ( misalnya yang tadilah ) terhadap sahabat - sahabat di dalam satu jamaah. Saya menjadi takut tulisan - tulisan YB yang lain dibina di atas landasan yang sama. Hujah YB akan jadi rapuhlah. Sekali jentik. Apatah ukhuwwah sesama kita.

    3) Jauhilah sama sekali sangkaan seperti itu daripada YB Dato Presiden PAS. Saya berkata begitu kerana saya termasuk penyokong kuat presiden dalam menangani isu semasa tertentu. Bacalah beberapa artikel santai saya sebelum ini jika ianya boleh membantu membenarkan dakwaan saya ini. Kerana saya dah kena ‘penangan’ YB, takutlah juga terkena presiden juga! Kebimbangan saya terhadap kerosakan dalam jamaah mendahului kebimbangan saya terhadap kerosakan YB sendiri.

    4) Fahamilah maksud pengkhianatan dalam Islam apabila menggunakan ayat - ayat Allah. Saya berkata begitu kerana kesungguhan YB memindahkan artikel ini ke blog mulia YB. Itu tulisan hampas dalam neraca ugama. Fahamilah..

    5) Janganlah YB cuba melaga - lagakan di antara ayahanda Tuan Guru dan YB Tuan Guru Presiden. Lebih parah jika YB menjadikannya landasan puaka untuk ahli PAS menerima DSAI. Bukan salah DSAI. Yang salah adalah YB sendiri.

    Ketika Allah menjadikan dua insan mulia ini diciumi dan dipeluk tubuh mereka oleh rakyat Malaysia demi cinta Islam dan perjuangannya, juga penyatuan ummah yang sedang bercempera, jangan pula YB mengambil jalan yang akan mencetuskan murka Allah.

    Jika ahli PAS terpecah dua, tulisan - tulisan YB mungkin faktornya. Saya enggan mengesahkan. Daripada YB asyik dengan ayat 61 dan 62, lebih jitu saya mengesyorkan YB menyelami maksud ayat 63 dan 64 daripada surah yang sama. Ia lebih bermanfaat saat ini untuk dihayati.

    Bertaqwalah sesaat saat YB mengkritik Presiden. Jika itu hak YB untuk mengkritik, bacalah pula hak seorang ketua. Dah lupa ke..?

    Adapun saya, sila baca artikel saya, ‘hidangkanku secangkir kopi panas’. Ia begitu angkuh kerana keseronokan menyaksikan para ulama PAS bertaut membina kesatuan.

    ( Tulisan ini ada unsur - unsur melepas geram. No signature required. Apa yang ada hanyalah bulan Syawal. Mohon maaf dipinta, zahir dan batin.)

    Sumber : http://nikabduh.wordpress.com/2008/10/06/yb-khalid-samad-ini-adinda/

  1. Abi Qalam

    Pak Azizi..

    Pada saya soal utamanya adalah tujuan, wadah tu pilihlah yang mana berkenan.

    Kot sanjung Anwar macam maksum, satgi kecewa kot, lebih baik jazamkan balik liLlahi Taala..

  1. Anonymous

    Ketua Penerangan PAS Pusat pun berceramah macam Ketua Penerangan PKR sekarang, nak heran apa ahli-ahli PAS pun jadi macam tu..

  1. Cheguman

    Tulisan ustaz sungguh bermakna dan perlu dilihat mesej tersirat. Terus terang, baru hari ini saya dapat tahu tentang blog ini.

    Kali terakhir kita bertemu ialah pada 2004 (kalau tak silap) di Pulau Jerejak, dalam satu program anjuran penulis Pulau Pinang & USM).

    Pendirian politik ustaz memang saya hormati.

  1. Gedung Akal

    Ustaz,
    Kita berpolitik ke buat apa sekarang? Sudah jelas KEADILAN itu lebih bijak dari PAS -nak buat macam mana.
    Dulu(10 tahun dulu) ada pemimpin PAS kata KeADILan ni microfon nak ceramah pun takdak. Harap pentas PAS sahaja.
    Namun hakikatnya PKR kini lebih cerdik dari PAS yang dah 60 tahun.
    Inilah maslahnya bila kita gagal menguasai ILMU dan MAKLUMAT, ahli tidak ditarbiah secara tersusun -ikut semangat sahaja.
    PAS masih berpolitik cara lama ka?