Jiwa Hamba

Posted by Tukya Labels:

Buku Baru:
Sudah Terbit Sebuah lagi Tulisan Azizi Abdullah, Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sebuah Buku Kritikan Adat Di Antara Yang Menyebabkan orang Melayu Mundur.

Pedas! Berani! Berterus Terang!

Nama Buku : JIWA HAMBA
Penulis : Azizi Hj. Abdullah
Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Tebal : 168 muka
Harga : RM15.00 (Termasuk pos)

(Pesan kepada Azizi Hj Abdullah, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah, HP 012 4396060. E-Mail: tukya_azizi1426@yahoo.com.my.)

Bayaran mestilah dijelaskan melalui Kiriman Wang atas nama Azizi bin Abdullah.


MENGAPA JIWA HAMBA?

Soalan ini bukan soalan matematik yang bererti 2 x 5 jawabnya 10. Soalan ini memerlukan masa yang panjang. Di zaman umat Melayu dipengaruhi adat Hindu, kemudian dijajah sehinggalah di zaman kolonial, kesannya terdapat pada hari ini, malah acara, adat dan undang-undang itu sendiri masih berakar umbi dari mereka.

Datuk nenek moyang dan salasilah dari mana kita ini? Jawapannya masih kabur. Jika diselidik adat resam dan budaya yang dipertahankan itu, ternyata ia dari pengaruh Hindu. Relakah mereka yang mempertahankan adat budaya seperti ini dikatakan dari keturunan Hindu?

Kita perturunkan di bawah ini beberapa sebutan dari kelompok-kelompok tertentu yang sebenarnya bersifat jiwa hamba , yang bagi kita boleh tergeleceh akidahnya. Kebanyakan istilah keramat yang digunakan oleh institusi ini ialah daripada kepercayaan Hindu, sedangkan institusi yang mengamalkan istiadat gelar bergelar ini beragama Islam.

Orang Kaya-kaya Laksamana,
Orang Kaya Panglima,
Maharaja Indera,
Maharaja Dewa,
Sendewa Raja
Indera Lela
Sakna dan Dewa Raja, Ratna Sakti.
Dewa Mahkota
Demang Perwira
Pekerma Wati- Amar Dewangsa-Pendewa Sakti dan lain-lain.

Panggilan dan anugerah ini mengikut pengertian Kamus Dewan dan lain-lain kamus seperti berikut:

1. Laksamana: Gelaran tertinggi dalam angkatan tentera laut. (Adakah yang menerima gelaran ini dari kalangan mereka yang berkhidmat dalam tentera laut?)
2. Indera: Betara-Dewa yang memerintah di angkasa (Menurut kepercayaan Hindu.)
3. Dewa: Roh yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa ke atas alam dan manusia.
4. Sedawa: Bahan kimia ubat bedil atau bunyi yang keluar dari kerongkong kerana kenyang. Ertinya jika Sendawa Raja; Raja yang seperti ubat bedil atau raja yang hanya asyik bersendawa.
5. Ratna Sakti: Puteri yang memiliki kuasa di luar kemampuan manusia.

Tetapi bagaimana pengertian istilah itu? Adakah istilah di atas melanggar hukum, berunsur sifat-sifat syirik yang kita bentangkan di atas?.

Di mana tuan guru dan para ulama yang menjadi penasihat institusi seperti ini?

Unsur-unsur syirik bukan sahaja daripada perbuatan tetapi juga daripada perkataan, daripada yang seumpamanya, daripada keserupaan dan subahat.

Aneh! Sangat malang, apabila kita dapati cerdik pandai dan bertaraf tinggi tetapi membiarkan istiadat ini bercampur baur dengan khurafat, unsur-unsur syirik. Beberapa istiadat (kononnya) kecil diwujudkan seperti:

1. Istiadat Jamuan Menyemah Jin-jin.
2. Istiadat Membantai Kerbau
3. Istiadat Mengambil Air Dari Sungai
4. Mandi Balai dan lain-lain.

Segera dapatkan atau kunjungi di Pesta Pulau Pinang pada 13-14 Disember 2008, sempena Hari Sasterawan Azizi Hj Abdullah di Gerai Khas.

3 comments:

  1. Zolkharnain Abidin

    Assalamualaikum,
    Lama tak dengar berita, ingat kan ust pi Mekah ke, mana ke?

    Buku ni sambungan kepada Malay Dilema ke?

    Nampak sinopsisnya macam tu je.
    Saya akan pesan, tunggu wang pos saya.

  1. Anonymous

    Salam,

    Setahu saya, JIWA HAMBA adalah tajuk sebuah puisi karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr.Usman Awang. Adakah tajuk buku saudara ini diilhamkan daripada sajak tersebut?

    Untuk pengetahuan saudara, puisi ini terkandung di dalam antologi puisi yang bertajuk JIWA HAMBA/ ENSLAVED SOUL yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

  1. Anonymous

    sdra fruz

    tajuk ini mungkin sama tetapi isi tidak ada kena mengena dengan sastera atau puisi.
    buku ini kritik sosial tentang orang melayu yang masih berpatik-patik, berhamba tuan, ampun beribu ampun. tentang khurafat dan rendah diri, tak berani lawan tuan, yes men, ya tuan.
    CAP mahu mengubah minda supaya kita tidak mundur seperti zaman dulu.
    dapatkanlah...
    azizi abdullah