Cacatan 27 November Hingga 30 November 2008

Posted by Tukya

Bersama Prof Madya Dr. Samad Salleh dari USM, Pro. Madya Arbak Othman, Fuzi Hadi dan Zaidin Abadi, Insitiut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah telah mengadakan satu bengkel penulisan kepada lebih 30 penulis Kedah.

Seronok juga apabila slot pertama diberikan kepada saya untuk bercakap tentang ‘Integriti Dalam Karya Sastera.’ Beberapa karya satera sangat jenuh tentang integriti kerana karya sastera di antara penulisan yang mengandungi dakwah dan perilaku manusia. Di sana wujud integriti, nilai-nilai jujur, berkorban, bekerjasama, berhemah, kasih saying dan lain-lain.

Hj Harun, Pegawai Program nampaknya tersenyum. Mohd Shuwahyudi, orang kuat program hari itu tak kering gusi seronok.

Saya telah memberi beberapa contoh integriti dalam novel Sangeetha, dalam novel Memoir Seorang Guru. Dalam novel Sangeetha misalnya, nilai-nilai murni, kasih sayang, murah hati dan prasangka yang baik, sifat bertolongan sangat banyak dilakukan oleh watak Sangeetha dan juga watak Derus. Amalan watak-watak pikun ini memberi impak yang kuat melalui perasaan Sangeetha dan Derus.



Bersama Sahibussamahah Mufti Negeri Kedah


Malamnya sangat berbesar hati apabila Mufti Negeri Kedah, Sahibussamahah Shaaikh Hasbullah turut berkongsi ilmu. Dijelaskan Seni Sastera Islam walaupun diakui beliau yang beliau bukan orang sastera. Katanya penulis mesti menjadikan Qur`an tempat rujukan utama seni sastera dalam Islam kerana ia ilmu pelengkap untuk memahami Bayan, Ma`ani, Badi`dan mengkaji Majaz, Isti`arah dan Kinayah.

Beliau juga menyarankan, Lembaga Penapis filem dan drama perlu ada para ulama di dalamnya kerana kebanyakan drama dan filem sekarang banyak yang menyentuh aqidah, terutama filem/drama seram atau hantu.


Di Pesta Buku Kedah


28 November hingga 30 November 2008 menyertai pula Pesta Buku Kedah anjuran Perbadanan Prpustakaan Negeri Kedah di Perpustakaan itu sendiri.

Terima kasih banyak apabila Dr. Zahidi selaku Pengarah Perpustakaan memberi ruang kepada kami penulis Kedah, khususnya saya sendiri menjual buku-buku tulisan penulis Kedah.


Bersama peminat di Pesta Buku Kedah


Ada 5 judul buku-buku tulisan saya terbitan Persatuan Pengguna dan novel Memoir Seorang Guru, Sangeetha. Nampaknya Sangeetha mendahului kehabisan stok dan Jiwa Hamba, buku terbaru terbitan Persatuan Pengguna menjadi pilihan utama di samping Luka Rakyat.

Ketika Menteri Besar Kedah melawat gerai, malang saya tidak sempat kerana terpaksa bergegas ke INSPIN untuk menghadiri acara penutup. Terkilan juga kerana agak lama tak bersalam dengan MB baru Kedah. Bagaimana pun buku Jiwa Hamba sempat dihadiah di samping hadiah khusus kepada Tan Sri Ismail Hussain.


Bersama Tan Sri Ismail Hussain di Pesta Buku Kedah


Terima kasih kepada semua peminat yang meminta menandatangani setiap buku yang dibeli.

5 comments:

  1. Habshah

    Assalammualaikum,

    Saya baru sahaja membaca novel Sangeetha. Sebenarnya susah hendak mencari novel cinta untuk warga emas ini. Saya terdorong untuk membaca kerana saya saya hendak tahu macam mana warga emas bercinta. lebih lagi berlainan ugama dan kaum. Tahniah.

  1. Anonymous

    Assalamu'alaikum..

    Sdr Azizi.. Saya mengenali saudara tapi sudah tentu saudara tak kenal saya.

    Aku kenai hang.. Hang tak kenai aku...Tapi kita pernah berceramah sekali..Di Tasek Gelugok satu ketika dulu..

    Cuma.. apa yang menariknya sedare dah lama berjuang dan berdakwah dalam dunia penulisan ini dan saya pulak baru menyedari bahawa dunia penulisan apatah lagi penulisan di'alam maya' ini merupakan ruang dakwah yang amat baik dan berkesan dalam suasana umat manusia jauh daripada amalan dan kehidupan 'beragama'..

    Setakat hari ini, saya dah keluarkan satu buku bertajuk' ORANG MASJID KOTEMPORARI' dan telah berada dalam pasaran. Mungkin saya nak kena berguru dengan sedare.. T

    Teruskan perjuangan..

  1. Anonymous

    Cacatan ke ... Catatan ke...
    Beza tu...Maaf ye dah terperasan..

  1. Anonymous

    Cik Habsah,
    Terima kasih. Untuk pengetahuan, tunggu Januari depan novel 'ZAUQ'.Ceritnaya lelaki tua jatuh cinta pada perempuan muda dan dia diseret ke kolam zauq,fana sehingga ke maqam tajalli.
    Baca jangan tak beli.
    Salam
    Azizi

  1. Anonymous

    sdra rosidi hussain
    ini sudah bagus. hantarlah mai satu nak baca tenguk.
    untuk tahun 2009, tulis lagi. saya tunggu.
    salam

    mailah jumpa kita sembang-sembang

    azizi