Rakan-Rakan, Dr. Farish Dan Dr Mahathir

Posted by Tukya

1.
Apabila saya tercanguk di Pesta Buku Kedah pada 28 – 30 November 2008, ada seorang dua kawan menegur; tak sepatutnya saya menjadi penjual buku, tercangok di gerai, mendedah diri kepada orang ramai.

Dalam ertikata yang lain, kata sesetengah mereka, penulis bukan di sini.

Saya tergamam. Kata-kata mereka bukan berseloroh tetapi menyindir kerana saya meletak diri saya seperti penjual air tebu.

Lima belas tahun yang lalu, seorang rakan penulis juga merendah-rendah sikap saya kerana sanggup berceramah di atas lori. Katanya, takkan penulis sampai bertaraf begitu.

Saya tertanya-tanya, apakah hina saya menjual buku saya dan berceramah di atas buntut lori?

Sebelum ini, saya menjual buku di tempat-tempat ceramah, menunggu ketika para jemaah Jumaat keluar dari mesjid dan membuat ‘road show’ sampai ke Johor dan ke Kelantan bersama Presiden TERAS, Sdra Azmi Hamid.

Saya tertanya-tanya, apakah hina saya menjual buku?

Saya berpendapat, inilah satu usaha amal jariah saya, dalam keadaan saya masih miskin amal ibadat. Saya yakin dengan cara ini satu-satunya saya dapat beramal, melakukan sesuatu demi kebajikan dan bukan mencari keuntungan.

Buku-buku yang saya jual 99.9% kepunyaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, sebuah NGO yang berbakti kepada masyarakat, berjuang tanpa mencari keuntungan. Saya, yang menyertai NGO ini juga merelakan diri, memberi sedikit amal jariah dari segi tenaga dan fikiran, seperti mana yang diperjuangkan oleh Presiden CAP, S.M.Mohamed Idris.

Sejak saya dipanggil melibatkan diri, saya telah menghasilkan lima buku kritikan sosial, terakhir Jiwa Hamba. Tidak seperti saya menulis novel, lima buku ini tak satu sen pun saya mendapat royalti atau habuan atau upah dan kemudiannya saya bertindak menjualnya pula.

Saya letakkan usaha saya ini sebagai amal jariah. Menulisnya kerana menerima desakan Presiden CAP agar minda orang Melayu akan berubah, kritis dan berdaya saing.

Jadi salahkah atau hinakah atau tak sepatutnyakah saya sebagai seorang penulis menghadirkan diri menjadi penjual buku? Saya tidak dapat mencari hujah atau dalil untuk mengatakan memang tidak sepatutnya? Apa yang saya yakin, kerja buat saya dalam usia yang tua ini menjadi saham amal jariah kerana saya masih miskin dengan amal ibadat.

Alhamdulillah, ramai pembeli sangat mengerti dan memahami. Mereka memanfaatkan apa yang mereka baca. Seorang Puan yang bernama J dari Petaling Jaya telah merespon bacaan Jiwa Hamba dan saya sangat bangga kerana kritisnya.

Jadi, apakah seorang penulis apabila menjaja buku tulisannya sangat rendah mertabat dan tidak sepatutnya? Apakah apabila dia berada di gerai buku, itu satu kerja yang buruk? Barangkali mengikut kawan yang menegur saya ini, mahukan saya memakai kot, bertali leher, berada di dalam bilik hawa dingin, berbual dengan profesor, doktor, YB atau juak-juak?

Pesta Buku Kedah yang dibuat di Bangunan Perbadanan Perpustakaan Kedah memberi erti yang banyak kepada saya. Kebanyakan yang membeli, suka apabila saya dapat menurun tandatangan di dalam buku yang mereka beli. Yang lain menyatakan, mereka sudah ada koleksi dan bertanya pula buku-buku yang lama.

Tidak ada golongan elit yang membelinya (mungkin tak berkunjung ke gerai saya) melainkan guru-guru, pensyarah, pelajar dan yang membanggakan orang biasa.

Apapun saya berbangga apabila mereka dapat memanfaatkan apa yang mereka baca. Kepada salah seorang pembeli yang minta saya menurunkan kata-kata, saya menulis: “Membaca itu pintu pengetahuan alam. Ketuklah ia.”

2.
Ahh, tak sempat pula hendak nak komen panjang tentang tulisan Dr. Farish Nor, seorang yang dianggap cendekiawan, yang satu ketika dulu mendakwa Nabi Muhamad memiliki belasan gondek. Dalam Suara Keadlian 3-10 Disember 2008 beliau mengkritik Majlis Fatwa yang mengharamkan Yoga.

Apa yang dapat saya simpulkan, Dr Farish tak tahu apa fungsi Majlis Fatwa dan tidak tahu kenapa Majlis Fatwa mengharamkan Yoga.

Yang dihujahnya lain dari apa yang sebenar, menyebabkan Majlis Fatwa mengharamkannya. Saya rasa yang diharamkan bukan senaman Yoga semata-mata, tetapi apa yang ada bersama senaman itu. Ini bukan soal jika makan kari seumur hidup,apakah seseorang itu akan jadi orang India. Ini persoalan apakah kesan memakan kari jika itu menjadi amalan seseorang?

Ini mungkin Dr. Farish tidak study tentang aqidah. Senaman tidak dilarang dalam Islam, tetapi di dalam senaman itu apa yang berlaku dan apa yang diamal, ini perlu dilihat apabila ada kaitan dengan aqidah.

Apakah kerana ia budaya Asia Tenggara, terpahat kesan seninya di Borobodur, Thailand, Kumpuchea, Vietnam, picit dan urut yang sudah lama bertapak, maka ia tidak sepatutnya diharamkan dan ia menjadi benteng kepada Majlis Fatwa?

Jika ini alasan, sama dengan alasan kaum jahiliah, apabila diajak kepada Islam, lalu mereka menjawab; ini sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kami. Masakan boleh diubah.

Sedangkan ajakan Muhamad bukan soal budaya tetapi aqidah kerana budaya yang sekian lama itu merosakan aqidah.

Saya tidak nampak ilimahnya sanggahan Dr. Farish Nor. Yang jelas bagaimana beliau tidak faham apa fungsi Majlis Fatwa dan kenapa diharamkan Yoga.

3.
Yang Dr. Mahathir pula, apa yang beliau mahu? Apa yang beliau mahu ketika hidup di hujung usia ini? Itu tak kena, ini tak kena. Bantai sana bantai sini. Apakah beliau menganggap beliau perdana menteri yang terbaik di antara lima perdana menteri?

Yang menjadi kesal ialah seolah-olah apa yang dikatakannya hari ini seperti tidak pernah dilakukan pada zamannya? Puhhh! Macamlah ‘Politik Wang’ baru muncul dalam zaman Paklah. Weeek, macamlah kroni baru menetas selepas pilihanraya 8 mac 2008 yang lalu.

Disyorkan apabila terbit novel saya ‘ZAUQ’ nanti, satu bab di mana Dee meminta aku membeli cermin besar, patut dibaca oleh mantan politik ini. Cermin adalah satu-satunya alat untuk menusia melihat diri sendiri.

4.
Ini penyakit PKR pula. Serpihan gelojoh hendak jolok buah jambu 30 biji tetapi tak gugur, riuh pula hendak kecek YB Arif Shah, Adun Seberang Jaya.

Dari khabar yang tiga suku sahih, YB Arif Shah tertarik kerana beliau nak ditawarkan Timbalan Ketua Menteri I di Pulau Pinang.

Nehro, ketika menulis kepada anaknya di dalam penjara pernah berkata: Maaf anakku, aku tidak percaya kepada Islam, kerana setiap amal ditawarkan dengan pahala. Ia sama saja menyuruh kanak-kanak lalu dihadiahkan gula-gula.

Zaman ini kita sepatutnya mencari ahli politik yang jujur, yang berjuang hanya semata-mata mahu mendapat keredaan, bukan tawaran habuan. YB Arif Shah jika beliau jujur, ia tidak akan mengeluar kenyataan secara teragak-agak, bukan kerana beliau tidak mendapat layanan dan syafaat Umno.

PKR pula, mengapa mesti menawarkan sesuatu? Ini perinsip orang politik, bukan hipokerit orang politik.

Susahlah kalau kita kembali ke era ini. Kalau macam ni, Mat Kilau, Bahaman, Samsiah Fakeh dan Rashid Maidin lebih bagus.

17 comments:

  1. Juliana

    Assalamualaikum.

    Tuan Azizi,

    Menyentuh tentang perihal "hinakah menjual buku sendiri", saya ingin menyamakannya dengan satu kisah popular.

    Kisah seorang bapa, seorang anak, dan seekor kerbau (kadangkala dalam kisah lain ditukar kepada keldai ataupun lembu).

    Apabila si bapa dan anak melalui sebuah kampung, di mana si anak menunggang kerbau, orang kampung mengatakan "tidak patut si anak yang menunggang kerbau. TIdak hormat kepada orang tua".

    Apabila mereka lalu ke kampung lain, tatkala si bapa yang menunggang kerbau, pendapat lain pula dilemparkan oleh orang kampung tersebut.

    Kesimpulannya, kalau nak dengar cakap orang sentiasa, memang tidak akan pernah betul apa yang kita lakukan.

    Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan diri sendiri menentukan nilai dan kewajaran perlakuan kita, selagi ia tidak menyalahi hukum syarak. Allah juga Yang Maha Mengetahui.

  1. benuasuluk

    Tukcai, menggeletar saya membaca catatan Tukcai kali ini.

  1. rosidi hussain

    Assalamualaikum....

    Saya amat bersetuju dengan tulisan tuan kali ini...

    Saidina Ali kata kalau nak minta orang lain berhenti kata kat kita , ambik tanah sumbat dalam mulut dia.. maksudnya .. bukan sumbat betoi2.. tapi bila dia tu mati barulah dia tak kata kat kita.. bila diri dia dimamah dek tanah dan ulat barulah dia tak kata kat kita...

    Jadi macam tu lah. tuan jangan hirau apa orang lain kata tapi berfikirlah apa yang Allah dah dan akan nilai.. Kalau nak ikut cakap orang lain apa pun kita tak boleh buat..

    Dr Farish and the geng punya artikel saya baca jugak.. depa ni berfikiran liberal yang lebih teruk daripada 'mankaq' dan seakan2 'mangkok ayon'. Depa berguru dengan buku sahaja. Person behind the scene adalah setan arrajim. depa ni lah musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan kepada Islam hari ini. Khatir Jiddan.

    'Alakullihal... blog tuan telah saya linkkan dengan blog saya .. tak ape ke.. boleh kot no...

    Artikel pertama dan kedua dalam blog saya adalah muqaddimah buku saya ORANG MASJID KONTEMPORARI... Bacalah jgn tak baca..

    Insya Allah kita akan berjumpa selepas ini...

  1. Anonymous

    Juliana,
    Terima kasih. Orang sekarang tak mau lagi dengar kisah kaldai malah mereka tak pernah dengar pun.

    Terima kasihlah.

    azizi

  1. Anonymous

    Benua Suluk,

    Menggeletar apa pasai. Demam kura ke?
    Terima kasih kerana sudi menjenguk.

    14-16 disember saya di DEBP. ada program dengan penulis remaja. kuta jumpa kena teh tar8ik.

    azizi

  1. Anonymous

    rosidi,
    bagus blog tu.
    ooo orang bertam, orang paklah lah ni.
    mampueh.

    salam
    azizi

  1. Ziot

    Tuan

    Saya diluar Malaysia. Bagaimana hendak membeli buku tuan? Adakah boleh di pos ke luar negara?

    Ziot

  1. Anonymous

    sdra ziot,
    salam baik. bagaimana di luar negara? ilmu tentu banyak dan luas.

    apa salahnya nak pos, tapi tambangnya sikit mahal.
    ada juga pelajar timur tengah yang pesan dan saya pos.
    silalah beri alamat dan bayarannya.

    salam

    azizi abdullah

  1. Anonymous

    Assalamualaikum...
    Ust Azizi,...

    Kesian kat dua orang yang komen pasal jual buku tuh..nak sebar ilmu pun kena pilih tempat ke...barangkali dua orang tuh rabun bin buta kot..
    Yusuf Qhardawi ada kata..perbanyakkan kerja dari banyak cakap..
    -Hasbullah

  1. Doc

    Salam,

    Tuan Haji, maafkan kejahilan saya. Siapakah Nehro yang tuan tuliskan dalam artikel ini?

    Terima kasih.

  1. lan fisherman

    apabila wujud golongan " ya qulu na ma taf'alun wa yaf alu nama la yu'marun" maka akan bertambahlah pahala bagi sesiapa yang sabar dengan sindiran dan karenahnya.Sepatutnya kita berterima kasih pada golongan ini yang membuka ruang kepada kita untuk memastikan al-mizan kita bertambah berat dengan pahala kesabaran. Dan bagi Ayahanda, teruskan berjuang mendaulatkan ISLAM di atas muka bumi

  1. Anonymous

    sdra DOC
    Nehru itu pemimpin dunia, India yang kena penjara beberapa lama. Anaknya Indera Gandi yang mati ditembak. Ada satu bukunya bernama Nehru, tinggi falsafahnya tentang dunia.
    salam
    azizi

  1. naimisa

    semoga DIA mengganjari usaha baik tuan...jarang nak jumpa orang menulis bgitu byk tanpa dapat apa2 royalti...

    "Waquli'maluu fasayara Allahu 'amalakum..."

  1. NASIR BIN AWANG @ AbangAdPower

    Saya kagum dengan usaha dan semangat tuan. Teruskan...teruskan...teruskan selagi terdaya dan hayat dikandung badan. Saya akan ikuti jejak tuan. Insyaallah.

  1. Anonymous

    Whether you are looking for sports replica watches, rolex submariner replica, you've come to the right place at www.swisswatcheszone.com. Our replica replica watches have high grade, the low price superiority. On this site you will find the latest model Swiss Replica Watches .Our customers are provided by a Satisfaction Guarantee offer for all replica watches. All Longines Watches 1:1 quality . Also in and so on what? Quickly rushes to purchase our Chanel J12 Watches , your choice cannot be wrong!GRAHAM Watches IWC Watches Rolex daytona watches Replica Piaget Watches Montblanc Watches Franck Muller Watches Replica Breitling watches Replica Panerai watches Replica Tag Heuer Watches Breitling Navitimer Watches

  1. Anonymous

    louis vuitton handbag has managed the difficult feat of being both by maintaining louis vuitton replica handbags classic details, but having it re-interpreted every season by hot new creatures. The cheap louis vuitton handbags designed by Marc Jacobs shows a glimpse of its colored lining. The contemporary city bag features an adjustable strap.

  1. longge

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3