KALAU NAK BERSIH LALANG, CABUT AKAR UMBINYA.

Posted by Tukya Labels:


Keputusan telah pun dicapai bahawa GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) pada mesyuarat 20hb Januari 2009 yang lalu, satu himpunan 100,000 orang akan dibuat dan satu memorandum akan diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac akan datang.

“Ini bukan tunjuk perasaan dan bukan anti kerajaan,” kata Datuk Hassan Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa.‘

Rasanya semua sokong, kecuali orang-orang Umno yang masih berakar umbi dengan Dr. Mahathir.

Persoalannya, apakah ia mendatangkan kesan dan PPSMI ini mungkinkah mansuh?

Akhbar berbahasa Cina melaporkan, kedegilan tetap akan berlaku di mana kononnya, ia akan diteruskan pada peringkat sekolah menengah.

Puahhh! Tak habis-habis kedegilan pelepah pisang tua ini.

Masalah ini ramai yang tidak sedar, mengapa dan bagaimana mahu menyelesaikannya.

Dulu, sewaktu tulisan jawi pupus, bangkitlah juga ahli bahasa, pencinta tulisan jawi, diluah segala tantangan dan kebimbangan. Kini nasib tulisan jawi macam takuk lama juga. Akhbar Utusan Melayu jawi hanya menjadi selitan setiap hari Isnin.

Tak seorang pun mengimbau kembali betapa Menteri Pelajaran dulu yang bernama Almarhum Khir Johari yang membuat pasal. Tak seorang pun mahu mendakwa menteri itu. Pada masa itu Almarhum mungkin terkerisin terkernyih melihat gila sawan orang Melayu yang bercakap tentang perlunya dikeramatkan tulisan jawi. Kononnya bahawa al Qur`an. Begitulah semangat orang Melayu.

Kini bahasa Melayu yang sudah dilacurkan, direndah mertabatnya dalam bidang yang penting bagi anak bangsa Malaysia. Tengah syok-syok dan megah dengan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan, cup-cup ada perdana yang Maha Perdana suruh tukar kepada bahasa Inggeris.

Ingat tak, orang-orang yang sebulu macam Pemimpin Umno Johor Datuk Puad Zarkashi tak seorang pun panggung kepala. Semua yes men! Ketika itu ada suara yang tidak setuju (bukan menentang) tapi Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri haram tidak peduli. Dengan kuasa yang ada, yang entah semangat apa, beliau tetap tidak peka.

Maka beriuh rendah dan berhoha-hoalah sekelian pegawai dan pokka. Dihabiskan jutaan ringgit beli itu ini, ditambah elaun guru yang gagap-gagap bahasa Inggeris supaya jadi kuah tambah kepada guru bahasa Inggeris dan dinaik taraf menjadi guru pakar.
Ingat tak bagaimana degilnya Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu, walaupun diketahuinya anak-anak Melayu sampai berbuih air liur nak sebut bahasa itu.

Sekarang bangkit satu gelombang yang agak berani, termasuk mantan-mantan bahasa dan pejuang Kebangsaan Melayu. Tapi malangnya tak seorang pun sebut siapa yang menyebabkan PPSMI ditukar kepada bahasa Inggeris. Semua koro dan tersentot tahi. Koro dan bisu ini termasuk mereka yang memperjuang Ketuanan Melayu.

Lalu timbul cadangan dari Gapena, persoalan ini akan dibawa ke mahkamah. Fuhhh! Sangat berani.

Biadap terhadap kerajaanlah tu, namanya.

Mengapa tidak ada cadangan, seret saja Dr. Mahathir. Cari dan kelelebek, korek kerosek mana-mana menteri, pemimpin Umno seperti Datuk Puad Zarkashi, yang cuba menentang dulu. Minta mereka timbulkan bukti di atas kedegilan Dr. Mahathir. Selepas itu dakwalah Dr. Mahathir. Kita rasa Dr. Mahathir bukan saja melakukan kesalahan terhadap Bahasa Kebangsaan (Melayu) tetapi banyak lagi perkara yang boleh didakwa, seperti soal kuasa raja-raja, pemecatan hakim dan lain-lain.

Kalau nampak tak makan dengan dakwaan kerana mahkamah masih berakar umbi dengan jampi serapahnya, maka apa salahnya pada 7 Mac akan datang, pergi ke istana Dr. Mahathir, minta beliau turun dari balkoni, seperti Jebat minta Tun Tuah turun dari istana. Ajak Dr. Mahathir sama-sama ikut perhimpunan ke istana. Kalau tak mahu, panggil FRU, suruh turun juga-juga untuk membetuli kesalahan beliau dulu.

Kalau ada imuniti, pinda cepat undang-undang imuniti.

Mana tahu kalau-kalau dengan berbuat demikian, di tengah jalan hampir dengan pintu istana, Dr. Mahathir akan berhenti lalu berucap menyatakan kekesalan dan kesilapannya dulu dan membuat perisytiharan bahawa dia menarik balik cadangannya dulu dengan lenangan air mata, menangis habis sebagai kesilapan besar dengan alasan baru tersedar tentang nasib anak bangsanya, maruah, mertabat bahasa Melayu.



Tidak bolehkah buat begitu? Kita rasa Tan Sri Prof Ismail Husain Ketua Satu Gapena yang baik dan menyokong keangkuhan dasar ini dulu mampu mengajak Dr. Mahathir.

Kalaulah ramai yang tua-tua, tak ada tenaga lagi hendak berjalan, pinjam saja kerusi roda hospital dan letakkan mereka ini di atas kerusi, termasuk Dr. Mahathir. Semoga dengan Sa’e di jalan Lapangan Terbang Lama menjadi saksi.

Kita fikir inilah jalan terbaik. Mula-mula ajak dengan baik. Kalau tak mahu juga, cempung bawa turun. Bukankah Dr. Mahathir yang mula-mula muntahkan idea soal PPSMI ini?

Kalau ajakan itu gagal, laungkan dalam bahasa Inggeris. Insyaallah. Inilah saja caranya: Kalau nak cabut lalang, kenalah cabut akar umbinya. Lalang tua lagi senang.

Apa pendapat pengunjung blog ini?

22 comments:

  1. NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

    USTAZ,

    Kalau depa tak mau ikut,bawa jamong ( yang Lahuma dan Jeha guna hambat burung tiak )jolok lubang kentut.Tak terkemutlah lepas tu.

  1. Anonymous

    Orang kita ni kalau dia anggap kata kata sebagai sabda tu la jadi nya...takut...koro.

    Cabut lalang tua pun kena hati hati...sebab dia duduk ngan banyak lalang lain...

    Apa kata kita cangkul tanah tempat dia bertapak tu. Lepas tu ikut suka hati la nak buat apa. Tak pun letak atas tanah berpasir...biar dia tahu tinggi rendah.

    Raden

  1. EQUILIBRIUM

    salam,

    saya ingat najib yg buat dasar guna english ni dulu. rupanya mahathir pulak. sbb saya tau najib yg buat dasar degree 3 tahun dan dasar koej swasta cikai.

    hehehe org mahathir memang tidak akan sokong ni. mereka akan mati-matian pertahankan english ni. asasnya english penting untuk sains dan math.

    tapi saya kesian budak melayu di kampung2...budak india di estet2 dan budak cina di kg2 baru. mereka bukan seperti budak di bandar yg mempunyai sekitaran yg lebih baik untuk menggunakan englih ni.

    cuma teman heran nape tidak kaji semula cara belajar english di sekolah. nape tidak buat belajar english seperti di univeriti. sbb di universiti pelajar belajar english sains di fakulti sains...english ekonomi di fakulti ekonomi.

    mesti ada cara untuk laksanakan cara yg sama di sekolah. pada saya kalau english kita bagus tak ada masalah nak belajar sains dan math di universiti nanti.

    saya teringat kawan2 saya di asasi jepun UM dulu. mereka belajar insentif bahasa jepun selama 6 bulan kalau tak salah saya. tapi mereka mampu membaca menulis dan bercakap bahasa jepun. selepas 2 tahun mereka pergi belajar di jepun.

    jadi apa masalahnya dgn english ni hingga perlu belajar dari darjah 1?

  1. ASH

    Ustaz Azizi,
    Satu pemikiran yang cukup mmberangsangkan..

    la ni betul betul masalah.
    nak kata budak pandai English pun..tak la pandai sangat.
    nak kata pandai matematik pun, habis sangkut sangkut..
    Nak kata pandai sains tara mana pun tak setara mana..

    3 subjek lingkup sekaligus..
    PANDAI!!
    PANDAI!!
    PANDAI SUNGGUH JADI PEROSAK!!

    lepas tu bila masuk sekolah menengah habis subjek fizik, kimia, biologi, addmath dan modmath pun punah sekali..

    BAGUS!
    BAGUS!
    BAGUS DALAM MENJAHANAMKAN!

  1. NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

    ustaz,

    sepatutnya kita ikut sistem Special Malay Class ,semasa belom merdeka dulu.

    Depa pilih budak2 cerdik masok ke sekolah inggeris.

    Budak cerdik ajar apa pun mudah boleh.Cepat boleh.Tak dak sapa yang rugi.

    Ni nak bagi semua jadi doktor.Budak2 di negeri orang putih pun tak terror english,maths dan sains macam mana pun. Bodoh pun belambak.

  1. jahut

    Dr. Mahathir beriya sangat nak Pak Lah cabut cepat supaya Najib ambil tempat. Najib tu kuda tunggangan Dr. Mahathir. Bila Najib di kerusi nombor 1. Apa saja idea Dr. Mahathir yang lama atau yang baru terus dilakukan dan dipertahankan oleh Najib.

    Sang Hisham.... hanyalah Pak turut saja!

    Nak buat macam mana? Rakyat takut pada Umno/Bn. Yang buat PPSMI tu Kerajaan BN. Yang kita tentang ialah pelaksanaan PPSMI oleh Kerajaan BN. Ertinya kita mesti tentang BN! Untuk apa serah memerondum berarak 100,000 dengan tidak menentang BN, parti memerintah yang memperkosa Bahasa Ibunda? Harap-harap perjuangan bahasa jangan buat kerja takut-takut atau ada udang di sebalik batu untuk nak tolong tolak sama Pak Lah naikkan Najib lepas tu senyap macam lembu kena tindik hidung! Sia-sia sahaja rakyat berarak 100,000 kalau mereka hanya menjadi kambing hitam untuk orang-orang tertentu di belakang Mahathir dan Najib!

    Kenapa pilih 7 Mac ? Adakah tarikh itu tarikh Perhimpunan Agong UMNO ? Dan tarikh itukah Najib dijangka naik sebagai Perdana Menteri Malaysia ? Adakah Perarakan 100,000 itu itu mengucapkan selamat jalan pada Pak Lah dan mengucapkan selamat datang pada Najib?

    Beberapa NGO dan parti pembangkang nampaknya hendak ditunggangkan dalam soal PPSMI.

    Jika itu yang tersirat, maka pemimpin gerakkan menentang PPSMI ini lebih jahat dari pelaksana PPSMI!

    Ini adalah ingatan, harap-harap keikhlasan dari semua pihak segala rancangan dan harapan berjaya!

    HANCURKAN PPSMI !!!

  1. asalbayu

    Betul kata ustaz.

    Kalau saya tak salah ingat, Dr Mahathir pernah kata dia nak berehat lepas bersara dari jawatan PM. Dia pernah kata tak mau lagi aktif dalam apa jua bentuk aktiviti politik. Begitu cakapnya bila ditanya sama ada dia akan jadi macam Lee Kuan Yew bekas PM Singapura. Dr Mahathir kata dia nak tumpukan diri beribadat. Barangkali dia akan menafikan hal ini kerana dia adalah juga MELAYU MUDAH LUPA.

    Sebab lupa juga dia nak kembalikan kedaulatan BI bila PPSMI nak dipertahankan. Dia nak Pak Lah cepat-cepat tinggalkan kerusi PM dan Najib ambil alih. Manakala Hishamuddin timbalan. Orang-orang bukan Melayu pula tak suka dengan Hisham yang pernah cabut dan kucup keris tu.

    Salam

  1. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif)

    nak berjuang apa? brapa ramai orang melayu tak global kerana tak tahu bahasa inggeris?

    sudahlah janganlah nasionalis buta...cina singapura guna inggeris tapi cinanya tetap tebal....india guna bahasa inggeris tapi indianya macam hindraf tetap tebal...

    knapa melayu bebal?

  1. Anonymous

    hehe.. tahap pemikiran dulu kala..

    Didalam malaysia nih ada 3 kategori yang membuat kumpulan kumpulan berpolitik

    1. kumpulan yang Proagama
    2.Kumpulan yang proraja
    3. kumpulan yang probahasa

    ketiga tiga ini mempunyai identiti yang berbeza.. sekarang ini kita berhadapan dengan pro bahasa yang mana dia lah pejuang bahasa yang unggul.. memertabatkan bahasa Ibunda, itu lah ini lah.. lepas itu... senyap tiada tindakan susulan daripada tindakan..

    Seperti dulu didalam pembakuan bahasa baku.. dah 12 tahun pas tu dimansuhkan.. kenapa tak serang menteri yang masuhkan tu.

    Dalam isu PPSMI ini, aku menyokong penggunaan bahasa tersebut didalam Math, Sains ini adalah kerana untuk jangka panjang ianya amat berguna.

    Persoalan kesukaran murid untuk mengikuti bukan nya satu masalh besar. Sebagi contoh yang nyata dahulu tahun 1969-1975 ( Zaman aku la) aliran inggeris telah diperkenalkan di sekolah rendah.. kenapa murid Melayu masih boleh mengikutinya. dengan cemerlang?

    Dan isu PPSMI ini bukan hanya pada murid, pada panndangan saya.. masalah sebenarnya ialah boleh dikatakan sebilangan guru sekarang kurang fasih berbahasa Inggeris dan soal yang kedua elaun mengajar dalam BI. Berbanding guru dahulu.. mereka fasih .. cam air lalu.. ikut standard punya bahasa.. guru sekarang alahaiii...

    sebenar nya ini masalah nya... bukan kerana pertukaran bahasa tersebut didalam Math, sains.

    Sudah la PPSMI ... jangan korang bising jika ramai anak melayu kat U tak tau bahasa inggeris masuk U ikut koata..tadek qualiti.

    http://rmf7.wordpress.com

  1. Anonymous

    banyak cara lain nak kuasai bahasa inggeris...PPSMI bukan sahaja membebankan pelajar tapi cikgu-cikgu pun terbabit sama.

  1. Anonymous

    Ni pelajar berkata...

    Ada betulnya kata OTAI...ye la..bukan nye kita nak mengenepi bahasa Melayu, tapi sebenarnya apa yang Tun Dr Mahathir buat tu adalah untuk jangka masa panjang...

    Lu fikirlah sendiri...sekarang ni semuanya harus bersifat global! Anak-anak kampung pun daripada tak tahu sepatah haram bahsa Inggeris suatu hari pasti akan tahu cakap sikit-sikit. Biasalah...setiap sesuatu pasti ada kebaikan dan kelemahannya! Lagi satu, korang asyik tengok PPSMI..tapi ceruk lain tak ambil kisah pulak...mana perginya bahasa, adab yang perlu dipelihara seperti dalam Sidang Parlimen..dalam persidangan pun sempat cakap sesuatu yang menyakitkan hati dan telinga yang menyumbang merosak bahasa Melayu! PPSMI bertujuan pendidikan global. Demi sejagat. Kesannya dalam masa jangka panjang. Hanya budak-budak yang sedang menduduki matapelajaran ni je yang tahu macamana rasanya. Memang susah...tapi disebalik kesusahan sautu hari pasti ada kesenangan. Jangan sibuk nak mengutuk TUN sesaja...sampai hal lain yang perlu dikawal dan apa yang terjadi dibutakan mata, dipekakkan telinga! macam bahasa2 yang korang gunakan nak tulis komen...alahai...ini ke nak mengajar generasi muda kekalkan identiti Melayu?
    Sekian, bukan nak memihak mana2 tapi sekadar membela sesuatu yang pasti...dari hati...

  1. aoazmi

    Assalamualaikum Haji,

    Nak mertabat bahasa Inggeris konon, Cik gu mengajar pun lintang pukang bahasa Inggeris. Bahasa rojak dalam kelas. Tambah-tambah di pendalaman. BI hanya bahasa No.5 dlm. dunia. Dasar menteri berpendidikan Inggeris!

    Salam.

  1. Anonymous

    Sebenarnya juakjuak Tun M sedang menempah masa-masa terakhir mereka.
    Masih dok ikut cakap ketua depa yang dah tak berparti tu.
    Masaelahnya dia ingat semua benda yang dia buat semua betul, tak ada siapa boleh bangkang.
    Bila semua benda buat kerana duit, kepentingan bangsa dan ummah pergi jahanam. kalau guru yang mengajar Math & Sains pun protes tapi masih tak mau dengar cakap, apa punya jenis manusia kita pun tak tahu. Malang sungguh orang Melayu ni. Dah hukum hudud diperlecehkan, bahasa sendiri pun tak mau, perjuangan apa nama ni. Mai kita turun ramai-ramai jadikan 1 juta perhimpunan. Insyallah lepas tu kita akan lihat ramai yang akan lompat pagar apabila Bangsa & bahasa itu selamat
    kerana Islam itu menjadi wadah perjuangan.

  1. Anonymous

    Tuan Haji,

    Ada puak. Yang ada mata ada telinga ada mulut tapi tak dimanfaat sebaiknya.

    Puak ni la yang disindir sebagai puak pekak puak bisu dan puak buta.

    Nak laksanakan PPSMI pun tengoklah dulu keadaan rakyat jelata. Bahasa Melayu pun masih merapu...

  1. AFRAR YUNUS

    salam,
    pemimpin seperti hishamuddin bercakap lidah bercabang. sekejap ketuanan melayu, sekejap sains dan matematik dlm b.inggeris, sekejap hunus keris, sekejap minta maaf dengan tiong hua dan macam-macam lagi.

    2. kerusi roda boleh dipinjam dari JKM. nak usung mantan pm ke, mantan menteri pelajaran ke... boleh.
    semoga berhasil usaha kita.

  1. EQUILIBRIUM

    sian teman tengok pencacai2 mahathir ni. global konon...pirahhhh. jangka panjang konon...perahhhh.

    pasal english je tahu global. pasal kehakiman tak tau pulak nak ikut global. tau ikut mahkamah kangaroo je. pasal afta tak mahu pulak global. mahu jugak protect proton sampai kereta luar jadi mahal.

    korang ikut le mahathir terjun dgn labu2nya :)

  1. Anonymous

    Assalamualaikum,

    Saya tiada komen. Cuma menyokong luahan & saranan Pak Azizi, insyaAllah.

    -- Web Sutera, KL/Selangor

  1. Anonymous

    org dedulu tak dak ppsmi molek- molek ade dok speeking london ,yang kome bimbang makin diagungkan bahasa keparat tu makin ramai bayi yang terbuang di longkang, nak kemajuan ikut al quran lah weh

  1. pokmudo

    Nasib baik tidak ditukarnya ucapan salam semasa hendak keluar solat ke dalam BI. Katanya dahulu Assalamu alaikum wbt sama dengan good morning, good afternoon,good evening etc

  1. WeBViDeOKLiP

    sokong ape ashley ckp
    huhu

  1. Unknown

    Hogan scarpe are ideal for anyone who wants a comfortable shoe that does not lack on style. No matter what type of Hogan scarpe donna you end up buying you will be able to have the most comfortable hogan donna on your feet and you will always be happy with the way that they look. These are the Hogan scarpe uomo that will be able to take you just about anywhere without having your feet ache after the long haul.

  1. Unknown

    http://replicahandbags69.casinoblogsonline.com/
    http://replicahandbags69.i.ph/
    http://replicahandbags69.fbhosting.com/
    http://freeadvertisingnetwork.biz/?w=replicahandbags69
    http://www.flixya.com/blog/replicahandbags69
    http://halqa.com/replicahandbags69/
    http://replicahandbags69.blog.friendster.com/
    http://www.homepage-dienste.com/blog/replicahandbags69/
    http://www.iblogporn.com/replicahandbags69/
    http://replicahandbags69.iblogger.se/