ZIKIR RINDU

Posted by Tukya Labels:

ZIKIR RINDU
KINI DI PASARAN! RM 10.00- 208 HALAMAN



Novel ini adalah dalam kategori : PENAJIWA
Terbitan Alaf21



“SUDAH puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong. Tiba-tiba, dengan ZIKIR RINDU ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu realiti hidup... agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi...”

AZIZI ABDULLAH, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini. Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda. Inilah yang anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh `aku’. Hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

ZIKIR RINDU... menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah `aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.- Penerbit Alaf21.

Pesan kepada penulis termasuk harga pos RM12.00 atas nama AZIZI BIN ABDULLAH, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah sesudah kiriman wang diterima.

21 comments:

  1. Unknown

    salam,

    Insya Allah, teman akan cari di kedai buku.. lama dah tak beli buku tuan.

  1. NIZAM MAT SAARI

    Salam,

    Saya juga peminat karya Tuan. Kalau saya sendiri ke Kulim bagaimana? Saya orang Serdang, Kedah.

    NIZAMMATSAARI
    http://nizammatsaari.blogspot.com

  1. ckLah @xiiinam

    Salam Pak Azizi....
    Terima kasih kerana membuat minda saya terbuka lewat karya-karya santai saudara sejak saya kanak-kanak.

    Untuk 'entry' saya pada pagi ini, saya petik sedikit cerpen saudara yang bertajuk "Nilai Cinta"....antara cerpen saudara yang tidak boleh saya lupa...

  1. Anonymous

    Kakyong
    Nizam Mat Saari
    Xiinam

    Terima kasihlah. Baca Zikir Rindu mungkin sukar sikit nak faham tai cubalah.
    Nizam boleh datang ke rumah, tapi beritahu dulu. Saya jarang ada.
    Salam

  1. School Of Tots

    Pak Azizi - minta nasihat, bagaimana nak jadi seorang penulis novel? Saya berhajat untuk menulis sebuah novel pada tahun ini.

  1. Anonymous

    Assalamualaikum Tuan Azizi,

    Katakan saya memesan novel ni dari Tuan, boleh saya minta tandatangan Tuan sekali?

    Tahun sudah saya ada baca Sangeetha. Secara jujur, mulanya saya cukup bosan tapi lama-kelamaan saya rasa maksud ketuaan itu sampai pada saya. Itulah dunia orang tua yang sudah kurang daya, tidak seperti dunia orang muda.

    Paling penting, saya rasa lebih simpatik dan dekat dengan perasaan emak saya sendiri sebagai wanita yang lebih berusia.

  1. Anonymous

    Anakanda School 0f Tots,

    Tulis sajalah bagi panjang sikit. Ada cerita, ada pelaku di dalamnya, di mana tempat apa sudahnya. Bukan payah. Tapi yang payah syaratnya, anakanda mungkin tak mampu menghabiskan dalam masa yang panjang, tak mampu mengelak jemu, tak mampu istiqamah menulis.
    Semoga berhasil- Pak Azizi

  1. Anonymous

    Najibah, Ini orang akrab Juliana.Orang kuat membaca ni.

    Insyaallah kalau diminta saya akan tanda tangan. Bagaimana pun saya takut juga, kalau-kalau kiriman tak sampai orang kata saya tipu.
    OK sila kirim dengan alamat lengkap.

    -azizi abdullah

  1. Fadhli-Fadhilah

    Salam,

    Nilai MYR10 dibanding dengan karya Tuan Azizi nie dikira priceless. Majalah dipasaran banyak yg berharga lebih dari 10 henggit, tp boleh plak dibeli...

    InsyaAllah, akan dicari di Johor nie.

  1. Anonymous

    sy asyik mncari Zikir Rindu di Popular + Mph n semua kedai buku yg sy nmpk tp xjumpa...
    Bilakah akn kluar?

  1. Anonymous

    AYUCEN,
    Sekadar nak bantu bolehlah. Zikir Rindu ada kat saya. RM10 sahaja. Pos RM2.
    Kalau mahu, silalah pesan kat saya, saya boleh pos.
    E-mail kepada:
    tukya_azizi1426@yahoo.com.my
    Sesudah kirim wang atau masuk ke dalam akaun bank, saya akan kirim.
    Salam
    TK.
    azizi

  1. Anonymous

    AYUCEN,
    Sekadar nak bantu bolehlah. Zikir Rindu ada kat saya. RM10 sahaja. Pos RM2.
    Kalau mahu, silalah pesan kat saya, saya boleh pos.
    E-mail kepada:
    tukya_azizi1426@yahoo.com.my
    Sesudah kirim wang atau masuk ke dalam akaun bank, saya akan kirim.
    Salam
    TK.
    azizi

  1. Anonymous

    Assalamualaikum, Pak Azizi.

    Saya sudah selesai membacanya. kadangkala kita sukar untuk memahami kesunyian seorang tua. cepat menghukum bila dia ingin mencari teman yang baru. namun setelah membaca novel ini, saya fahami, manusia punya rasa yang tidak pernah tua. hanya tindakan yang menunjukkan kematangannya. terima kasih.

  1. Anonymous

    Assalamualaikum wrt, Pak Azizi yang dimuliakan;

    tahniah atas kelahiran buku baharu. didiakan Pak Azizi sentiasa sihat untuk terus berkarya dan berkarya.

    salam hormat;
    nasriah abdul salam

  1. MDM FARAH FAIZURA

    Salam,

    Menarik, kena dapatkan ni.

  1. WeBViDeOKLiP

    rm10 je?
    murah nya
    huhu

  1. Ibnu Ahmad al-Kurauwi

    Tahniahlah, Pak Azizi,
    Semakin hari, semakin cemburu saya dengan kekuatan Pak Razali menulis.

    al-Kurauwi

  1. Anonymous

    ibnu ahmad al khurauwi,

    kita sama saja. kuat menulis, banyaklah yang terhasil.
    jangan jemu.

    pak azizi

  1. Unknown

    Assalamualaikum...puas juga menghadam kesunyian seorang tua.Sememangnya tuan amat bijak mengupas perspektif seorang tua(saya pun pernah membaca Seorang Tua di Kaki Gunung).Apa pun,tahniah atas karya tuan yan terbaharu ini ^_^

  1. Anonymous

    pertama kali saya lihat zikir rindu di kedai buku, saya tertarik untuk memilikinya. buku ini sukar difahami.. tetapi ia membawa maksud yang mendalam

  1. Unknown

    Assalam, pak azizi...
    Mnta maaf sye brtanye, sdah lama mncari novel Seorang Tua di Kaki Gunung...bolekah sye dptkn drpd pak azizi?
    Kalau ade, mcmana ye sye nk dptkn?