Bukan Umno Kalah Tapi Mahathirlah Yang Salah

Posted by Tukya Labels:

Umno tak salah apabila kalah, baik di N. 25 Bt Selambau atau di P. 59 Bt Gantang. Yang salah, yang buat hal, yang menunjuk pandai, yang nak tunjuk juara ialah Tun Dr. Mahathir, pengasas Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ternyata matematiknya sangat lemah di Bt. Gantang dan Bt. Selambau. Beliau sudah tidak bijak lagi bermatematik bagaimana kebencian dan kepura-puraan rakyat terhadapnya.


Ini Sasterawan Negara yang dah letih dengan nasib bahasanya.


Mungkin ada orang bertanya, kenapa mesti dihempuk ke atas kepala Dr. Mahathir sedangkan beliau baru masuk Umno kali kedua? (Nak tergelak, bagaimana seorang negarawan boleh masuk keluar parti, macam keluar masuk panggung wayang)

Jawab kita; Yalah, kerana itulah BN kalah di dua batang walaupun menang di satu batang.

Pada hari penamaan calon saya bertemu dengan beberapa orang penganalisis politik, baik dari universiti tersohor mahupun kaki coki’a yang selalu tepat bacaan mereka. Semua berkata, Pas dan PKR atau PR agak sukar untuk mengambil kembali dua kawasan ini.

Dun Bt. Selambau. Tafsirlah sendiri..


Dan memang pun begitu apabila ditokok pula oleh bengung dan bahlolnya sesetengah pengundi Melayu di kampung-kampung apabila mereka menerima ‘mee segera’ atau pembangunan ‘sandwich’ dari kerajaan BN. Lain dari pengundi Cina di bandar dan pekan. Potong lancau pun mereka tak akan sokong, kata seorang Cina di Kuala Sepetang.

Dalam keadaan kelamkabut, hempas pulas, pujuk rayu dan graf BN (Umno) naik menyacak selepas pemilihan agung Umno, selepas Datuk Sri Najib diisytihar menjadi Perdana Menteri, selepas Pak Lah begitu mengalah, dengan senyumnya, tiba-tiba muncul negarawan yang dianggap hebat muncul di atas pentas perhimpunan.

Esoknya dibuat pengumuman yang beliau akan rujuk kembali ke Umno, di mana parti yang dianggapnya hancai di bawah pimpinan Abdullah Badawi. Maka dengan bangga pula diumum akan turun ke N.25 dan P 59, yang seolah-olah beliau memberitahu bahawa dengan turunnya, apa parti pun akan kalah kerana baginya selain dari Umno, semuanya haprak, malah Umno sendiri haprak ketika dia membebel di zaman Abdullah Badawi.

Dah lama dah...


Siapa yang mendakwa kehebatan Dr. Mahathir ini? Siapa yang menganggap beliau hebat selepas masuk Umno kali ke dua dan siapa yang mendesak agar turun ke N 25 dan P 59?

Jawapannya, tak seorang pun suruh dan tak secalit tahi pun yang minta. Bukan kerana memikirkan badan sudah sedikit melengkong, pungkur tirus dan mata sudah terbeliak dek kepikunan melampau tetapi kerana usia seperti itu dianggap sudah memasuki gapura ‘nyanyuk’ dan menunggu waktu hujung asar seperti kata Allah Yarham Fadhil Nor, Presiden Pas dulu.

Simpul kata, maksud tersirat ialah ‘came back’ beliau bukanlah dikehendaki oleh sesiapa, termasuk Umno sendiri. Tetapi oleh kerana kepimpinan Umno terdiri dari orang yang tidak mahu melukakan hati ‘negarawan’ mereka, maka tak ada siapa pun yang tergamak berkata:’ Tun, tak payahlah...rehat saja di rumah. Elok saja ke masjid, bersandar di tiang dengan tok guru baca bab fardu ain dan fardu kifayah, atau berzikir bertahmid. Tak manis balik ke dalam politik kerana balik dalam keadaan begini nanti orang kata gila talak tak tentu pasal.

Saya tak dapat bayangkan jika Mahathir berjalan kaki di sini.

Tetapi oleh kerana tidak ada kesedaran, dikuasai oleh perasaan ego dan menganggap orang lain bodoh, tak layak, tak sesuai maka dengan gagah-gagah Tun Dr. Mahathir menapak juga naik ke pentas dalam keadaan menjerot tali pinggang hingga habis lubang.

Saya di antara ratusan orang yang bersesak-sesak di dewan LKIM Sungai Patani pada 6hb April. Tapi saya terpikir, begitukah seorang negarawan berdiri di atas pentas, menghentam orang lain begitu rupa dengan lagu lama, lirik basi, nada garau dan memek muka yang menggambarkan bahawa dalam sepanjang hidup manusia yang dihentamnya, tak sebutir pun kebajikan dilakukan. Malah manusia yang suka ‘punggung’ ini bagi beliau bukan layak menjadi pemimpin.

Orang muda yang Dr. Mahathir tidak terfikir tentang mereka.


Wauuu, ramailah yang bertepuk. Anihnya mereka tidak tahu kenapa mereka bertepuk, seperti sedemikian ramai yang datang, tidak tahu kenapa mereka disuruh datang.

Maka gahlah dalam media, Dr. Mahathir kembali ke pangkuan Umno, mencebur diri dan sedia membantu memenangi BN di tiga batang.

Ada seorang pengundi India di Bukit Selambau jerkah kepada saya; “Tuan, apa itu logikkah? Itu batang sendiri pun tarak berfungsi, mau jaga tiga batang ka?”

Saya jerkah pengundi itu. Poorrraaahhhh!

Malang dan sayang sekali, Dr. Mahathir tidak pernah membaca riaksi rakyat, sama seperti beliau tidak pernah membaca kemarahan rakyat ketika beliau menjadi perdana menteri dulu.

Selepas itu saya tidak tahu lagi di mana Dr. Mahathir turun berkempen bagi membantu BN pulih, mengeliat kembali. Dan saya adalah di antara orang yang sangat bimbang kekalahan Pas dan PKR kerana sekali pandang orang Melayu sudah terpengaruh dengan Dr. Mahathir. Masakan ini boleh dinafi. Bukankah Dr. Mahathir Perdana Menteri selama 21 tahun, yang membuat segala pembangunan, yang memberi wawasan dan di ekur kuasa beliau, satu pembunuhan telah di buat terhadap roh bahasa, dengan mengInggeriskan matematik dan sains sehingga anak-anak Melayu terkial-kial di dalam bilik peperiksaan.

Rupa-rupanya dengan kemunculan Dr. Mahathir, selepas Abdullah Badawi berundur dengan senang hati, Mahathir kembali dengan keluh kesah anih untuk membuktikan beliau masih diperlukan walaupun tak seorang pun perwakilan di peringkat timbalan, naib, mt yang bersuara ‘come on’ datuk sri, come on datuk.

Anihnya lagi, graf bacaan politik pun berubah. Penganalisa politik sebaik-baik Dr. Mahathir turun pentas, bukan melihat bagaimana mengah dan penatnya negarawan yang syok menghentam pembangkang tetapi memberi andaian, grap politik sokong BN sudah naik memuncak.

Maka Radio dan TV, akhbar perdana juga memuji-muji Dr. Mahathir yang sanggup naik pentas, walaupun lagu lama dinyanyikan, walaupun lirik basi divokalkan, walaupun lengguk lenggang macam boria kalah nombor lapan, kononnya peratus sokongan kepada BN mendadak naik dan pembangkang menurun kepada 35 peratus.

Malang, tak seorang pun penganalisa meletak tapak tangan di dada pengundi, di ubun-ubun rakyat dua kawasan untuk mengetahui keadaan gelora perasaan. Tak seorang pun bertanya rakyat yang sudah mula diajar dengan kebangkitan dan kesedaran baru, apa pendapat apabila Dr. Mahathir kembali ke dalam Umno?

Maka, malam pengiraan undi, sebaik-baik saja keputusan di buat, saya di antara ribuan yang tersepit di tengah-tengah orang ramai, basah kuyup hampir pecah telinga apabila dijerit kiri dan kanan, sesuatu yang saya tidak sangka.

‘Padan muka Mahathir!’
‘Haaa, baru dia raseee!’
‘Apa, dia ingat dia masih berpengaruh!’
‘Ini semua kerana Mahathir!’

Dan tanpa ingin berbohong atau membuat fitnah, saya dengan jujur dan ikhlas, tidak dapat menahan kesal apabila berulangkali menganggap kemenangan Pas dan kekalahan BN di Bukit Gantang adalah kerana Dr. Mahathir.

Ternyata ada anggapan sebahagian ramai yang bersesak-sesak keluar malam itu menyesali kembalinya Dr. Mahathir dan kemenangan Pas malam itu seperti mahu mengajar BN dan memberi ingatan bahawa Dr. Mahathir tidak menguntungkan BN lagi.

Di sepanjang jalan pulang dalam bandar Taiping, orang-orang Cina berdiri di kaki lima, mengangkat tangan dan menjerit-jerit: Itu Mahathir punya pasallah! Itu Mahathir punya pasallah!

Orang Cina di kaki lima memberi tahniah.


Lalu dalam perjalanan pulang bersama lima orang kawan, saya juga membuat kesimpulan bahawa kembalinya ke dalam Umno di saat-saat terakhir, bererti beliau telah mencipta kebencian bertaraf nasional kepada dirinya sendiri. Rakyat sudah bijak menilai.

Ada beberapa sebab. Di antaranya kerana seorang negarawan yang sepatutnya berada di ruang masjid, beramal bakti dengan amal makruf nahi mungkar tidak sepatutnya berdiri di atas pentas menghentam lawannya begitu keras.

Kedua, dengan lagak sebagai orang yang tidak pernah mengakui kelebihan orang, beliau telah berlakon menunjuk betapa Abdullah Badawi sesen pun tidak berguna baginya, sedangkan Abdullah juga ada orangnya.

Ketiga, beliau telah menyuluh dengan cermin kelabu, sedang yang disuluhnya tidak tahu apakah rakyat masih sukakan beliau.

Maka kerana ini, saya juga membuat kesimpulan, kekalahan BN di dua batang adalah kerana Dr. Mahathir mula masuk campur. Dan kehancuran bukan saja kekalahan dalam pilihan raya, malah kepada Umno sendiri jika kepimpinan Umno sekarang tidak ‘hubaya-hubaya’ dengan permainan, percaturan politik tua Dr. Mahathir ini.

Siapa pun akan mengakui, kembali Dr. Mahathir ke dalam Umno tidak memberi apa-apa terhadap kesetabilan politik dan laba yang baik atas nama membina negara tetapi tentulah ada satu agenda tertentu yang tidak memberi untung kepada rakyat.

Apa yang dapat dilakukan ketika usia sudah 80an? Usia 80-an adalah usia subsidi dan politik bukan saja perlu kepada pemikiran, edia tetapi perlu juga kepada tenaga kerana kemenangan ‘dua batang’ 7 April lalu adalah kerana kekuatan penggerak.

Saya terus terang menyatakan, saya sangat kesal kerana Dr. Mahathir kembali secara mendadak sehingga menyebabkan saya menjadi kesal pula apabila mendengar tohmah dan ejekan rakyat terhadapnya.. Beliau telah merendah martabatnya sendiri.

Tapi malangnya ‘come on’ beliau telah memusnahkan kepercayaan saya terhadap negarawan yang pintar, apa lagi apabila memikirkan sekian ribu anak bangsanya terkial-kial dengan bahawa matematik dan sains.

Bagaimanapun sangat gembira bilamana 7 April malam, ketika sedang menunggu keputusan pilihanraya di tiga batang. Baru saya sedar sungguh-sungguh bagaimana rakyat membenci mantan perdana menteri mereka yang ke-lima ini.

16 comments:

  1. Anonymous

    Pooraah... kasi buang lu punya lebai...

  1. Anonymous

    mungkin tun mahathir sunyi kot duduk saja kat rumah... tu yang dok gagah jugak panjat pentas ceramah... tun siti hasmah pun cuba-cuba la ajak tun mahathir pi surau banyak-banyak laaaaagi baguih!

  1. Walk D Talk 09

    Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

    Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

    Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

    Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

    Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

    Apa yang saya maksukan adalah :

    1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

    2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

    3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

    4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

    5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

    6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

    7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

    8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

    9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

    10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

    Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.

    daripada :
    Mawarku Berduri.

    http://www.walkdtalk09.blogspot.com

  1. AMMOSHAM

    kesian mahathir...

  1. D'Rimba

    Terus terang saya katakan saya lebih menyukai PakLah dan beliau berjaya meninggalkan khazanah hebat sajak ringkas menawan tersusun indah penuh bermakna. Jika kita berjaya menghayati sepenuh hati sajak itu pasti kita sedar nanti...Kasihan dia jadi mangsa mereka semua.Saya juga tidak suka sama sekali pencetus segala kekalutan ini wayang dalam parti, macam tengok lakonan di atas pentaspun ada. Pandai memperkotak katikkan keadaan ingin mengawal segalanya. Tulisan jawi dimansuh sekaligus nilai Islam terhakis dalam diri anak bangsa, sekarang ni bahasa Melayu ditukar kepada bahasa asing makin kurang jatidiri bangsa. Pelajar di universiti makin samar makin terpinggir dari nilai Islam dan bangsa itu sendiri gara-gara bahasa pengantar English...Secara tak langsung pemikiran ala barat menyerap masuk ke dalam fikiran anak bangsa. Campur aduk bahasa menjadi perkara biasa menampakkan masing-masing berpelajaran tinggi. Budaya barat satu perkara yang berstatus tinggi. Banyaknya ahli akademik tidak lari golongan pendidik juga orang berstatus tinggi makin memilih untuk mengutamakan English itu sendiri. Bahagia berblog menggunakan bahasa rojak, singkatan kata ala-ala gaya golongan muda mudi sekarang ini. Itulah semua kesan bahasa Inggeris dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara secara sedar atau tidak pemikiran dan budaya barat itu sendiri menyerap masuk ke dalam diri dan makin menjauhi acuan tersendiri berteraskan Islam sejati......

  1. Faisal Tehrani

    Tun Jeanne boleh bagi kursus tanam sayur!

  1. Anonymous

    Mawarku Berduri

    Oi panjangnya! Dah habis geramkah?

    Tukya

  1. Brahimnyior

    Cikgu,

    Ingat lagi tak apabila jadi REFORMASI '98, Hj Fadzil Noor menyanggah orang yang mendoakan kematian Mahathir...

    Kata Hj Fadzil, doakan Mahathir panjang umur, supaya dapat dia melihat kerosakan yang dia lakukan terhadap UMNO, sebelum dia menutup mata.

    Rasanya, Mahathir sedang menerima karmanya, pada lewat usia 80-an ini. Orang lain sibuk dengan bekalan ke barzakh, dia masih terkinja-kinja mencari peluang menapak semula.

  1. Anonymous

    Brahimnyior,
    Teremang bulu ruma saya.
    Siapa pun tahu, tapi mereka masih berbahasa. Dan kini enta membukanya.

    Sejauh mana kasihan kita sesama Islam?
    azizi

  1. Zaidin

    Memang menarik pendapat ustaz ni. saya akui kekalahan BN di dua bukit adalah kerana kemasukan semula Tun Dr Mahathir. Sebenarnya rakyat dah bosan dengan ucap kata dan apa saja yang diucapkan beliau. Seeloknya dia duduk diam-diam bagi peluang orang lain tadbir negara.

  1. Anonymous

    Mahathir berbuih-buih kat mulut mintak Khairy Jamaluddin jangan dijadikan Menteri sebab dia rasuah kat pemilihan UMNO.

    Tapi Ali Rustam pulak rasuah jugak, kat pemilihan UMNO, lagi teruk sampai dia terus diharamkan daripada menyertai pertandingan

    Kalau Mahathir benar-benar ikhlas la kan nak majukan Malaysia,

    kenapa Mahathir tak mintak Najib singkirkan Ali Rustam dari memegang pangkat Menteri Besar Melaka?

    kenapa Mukhriz harus dijadikan Menteri padahal dia takde pangkat apa-apa di dalam UMNO kecuali cuma MP biasa manakala Khairy tu ada banyak pangkat termasuk Ketua Pemuda UMNO?

    Kalau Mukhriz jadi Menteri, kita tahu la Mahathir ni kangkung.

    Kalau Ali Rustam terus menjadi Menteri Besar Melaka, kita tau la Mahathir ni pikir pasal diri dia dan keluarga dia saja, bukan rakyat Malaysia.

  1. Anonymous

    Agak-agaknya pemimpin atasan baca tak semua komen-komen semua? Kalau baca tapi masih macam tu juga perilaku tak senonoh, gila kuasa, terlampau kroni, lapar duit..lebih baik doa je lekas ambil nyawanya...sebab apa tau..peribahasa ada mengatakan...ayah kencing berdiri..anaknya confirm kencing berlari..wah..kalau mcm ni..padah kita yang kecik2 ni tak de kuasa langsung nih...fikir2 kanlah...

  1. Kampung Kelawar

    Disebalik kegagalan BN dalam pilihanraya ini tetapi satu kemenangan bagi Mahathir.Dalam ketuaannya digagahi untuk berkempen bertujuan membantu Najib bagi menunjukkan dia adalah penyokong tegar Najib.Balasannya Mukhriz yang tewas dalam pemilihan dilantik terus jadi menteri bukan setiausah parlimen.Sedangkan yang menang tak terpilih.Ini bermakna seorang lagi anak bekas perdana menteri mendapat ruang dan peluang dalam barisan kabinet dan tidak mustahil perdana menteri Malaysia yang akan datang bergilir-gilir diantara anak-anak bekas perdana menteri-Najib,Hishamudin dan Mukhriz sebab sekarang dah ada pelapis Najib dan seterusnya pelapis Hishamudin.Ini stretegik.PPSMI ini juga berkemungkinan ada kaitannya dengan bakal perdana menteri akan datang sebab itu, ada diantara mereka yang menghantar anak-anak mereka bersekolah ke luar negara supaya dilihat dan dianggap lebih hebat.Ini diakui oleh Mukhriz semasa rancangan Hujah,anatara lain dia memberitahu hanya bahasa Inggeris yang boleh memajukan orang Melayu.Orang kampung dan ahli UMNO akar umbi seumpama menang sorak kampung tergadai sajalah nampaknya.Begitu juga rancangan penubuhan Yayasan Perdana yang diasas dan diketuai oleh Mahathir yang mana anggotanya hanya keluarga dan anak-anak bekas perdana menteri.Bukankah Mahathir diakui bijak oleh ahli-ahli UMNO dan segelintar rakyat Malaysia.Jadi kekalahan pilihanraya bukan bermakna kekalahan sepenuhnya kepada Mahathir.Mahathir seorang pintar iaitu pintar penipu.
    Ustaz-ustaz dalam UMNO atau menteri agama kena berani bagitahu Mahathir bahawa salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan iman,ialah menuduh orang yang beriman melakukan zina (bukankah liwat itu termasuk dalam kategori zina) yang mana tahapnya sama dengan menyengutkan Allah.Mungkin seorang panglima dalam angkatan tentera yang terlantik kini berani kot.

  1. Anonymous

    wahai penulis yang berperasaan bagus sangat.. apakah kamu ini beranggapan penulisan kamu adalah penulisan yang baik. secara jujurnya, terpancar seribu 'kebodohan dan kedangkalan'dari dalam dirimu. penulisan kamu di penuhi perasaan emosi dan hasad dengki. tiada keikhlasan untuk membantu agama Islam dan bangsa Melayu. penyokong Melayu yang menyokong UMNO bagimu 'bahlol'? penyokong cina yang menyokong PAS itulah yang mulia? sebenarnya partimu adalah kuda tunggangan si cina dan india ini. parti PAS disayangi cina dan india, kenapa? sebab partimu tiada pendirian mempertahankan agamamu,dan bangsamu. mereka ini berasakan PAS ini bodoh, mereka mampu mengambil hak orang-orang melayu melalui PAS dan PKR. kita hidup bukan untuk hari ini,kite hidup untuk seribu tahun mendatang. ingatlah anak cucu kita, kemana mereka jika bangsa penjajah ini menguasai negara. saya berani jamin, tidak akan ada hak orang melayu yang akan dijaga. politik malaysia umpama politik di Palestin. yang mana, hamas dan fatah seagama bergaduh, lihatlah siapa yang mendokong kekuatan fatah ? yahudi dan amerika! dua laknatullah ini menyokong fatah kerana kebodohan fatah yang lebih mengikut telunjuk mereka. kita semua sedar akan hakikat itu. di lihat dalam konteks Malaysia, PAS makin popular, kenapa? bukan disokong majoriti Islam atau Melayu tetapi dua bangsa penjajah yang bergelar cina dan india. mereka ini tiada sebab menyokong PAS melainkan seperti mana US dan Jews menyokong Fatah. fikirkanlah wahai ustaz.. ingatlah Agama, bangsa kita. jangan kita menang kampung tergadai. kita bersatulah,lupakan hasad dengki,busuk hatu kita.. kita berkiblatkan sama,kita mampu bersatu. pertahankan kepentingan Agama dan bangsa kita demi generasi mendatang. saya merayu ustaz, saya tidak mahu bangsa kita terus dihanyut mimpi indah lagi, kembalilah ke alam realiti. jangan sampai apa yang kita lakukan sekarang dikeji generasi mendatang. assalamualaikum..

  1. Anonymous

    Kepada anonymous 4.20am...sebenarnya emosional ada di semua hati manusia...lebih2 lagi di hati seseorang yang merasa tergugah kedudukannya...emosional lah yang menghilangkan kewarasan berfikir...cuba kalau tidak emosional...sudah tentu rasuah tidak tak bertempat dalam politik kotor tanah air...emosional pemimpin lah yang menyebabkan duit negara ke kocek2 kroni-kroninya sewenang2nya, maklumlah rakyat2 bodoh tak diberi peluang untuk mengetahui..mungkin saudara seorang dari kroninya sebab tu lah bias ( menyebelahi)...emosional lah menyebabkan rasa tiada puak lain lebih pandai..kita saja yang pandai..emosional lah yang menyebabkan berlaku bermacam2 skandal...emosional lah yang menyebabkan tidak boleh di perkatakan..SOMBONG BONGKAK...emosionallah yang mendorong kita mengarahkan orang2 lain membuat kerja2 jahat untuk kita..sedara kita ni tak tau agaknya atau buat2 tak tau apa aktiviti sebenar idola dia dah buat kepada banyak harta melayu semenjak mula memegang tampok pemerintahan..baru sekarang nak sedar dan takut melayu nak hilang macam2...sebenarnya dari dulu melayu dah banyak hilang gara-gara kerakusan dan emosional keterlaluan pemimpin! Jati diri cuma slogan padahal hancus,yang tertinggal sikap rakus...sepatutnya dulu dulu lagi dah sedar...jangan rasuah, kalau jadi pemimpin mesti amanah, jangan macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedang dia berjalan menyenget, sepatutnya lagi dulu lagi pemimpin sebagai yang paling berkuasa mengajar rakyatnya rasa bertuhan...tapi apa sebenarnya dah jadi sekarang??? Perebutan kuasa!!!biar pun tindak tanduk macam lanun...melanggar undang2..apa peduli!
    alasan konon nak memperjuangkan melayu...tipu!!! kalau di hati tiada rasa bertuhan..jangan mimpi nak jujur dengan orang lain..dengan saudara pun boleh menghancurkan...

    Pembangkang pun bukannya bodoh...
    tidak biadap melawan pemimpin yang tidak muttaqin...kalau tidak tak kan ada pepatah: Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...perkara melawan ketidakadilan dan kerakusan kepimpinan dalam pemerintahan di benarkan dalam ISLAM...supaya pemimpin tidak bersultan di mata beraja di hati...Saya sayang negara saya...kerana sayang negara ni..saya setiap hari berdoa semoga Allah mentakdirkan Malaysia di pimpin oleh pemimpin2 yang mutaqqin..diri rasa sejuk ibu mengandung....

    Salam kasih sayang untuk anonymous tadi...

  1. Anonymous

    Kepada ANONYMOUS 4.20,
    Jangan ingat apabila kita kritik pemimpin, pertubuhan melayu, kita benci Melayu, kita anti Melayu. jangan ingat apabila kita kritik Umno, bererti kita tonggek pungkur kepada bangsa lain.

    Saya pelawa sdra baca sejarah-sejarah Melayu dan kejatuhan Melayu. Tak payah panjang, ambil saja sejak merdeka dan kemudian Umno menjadi tulang belakang Perikatan dan Barisan. Apa yang Umno buat kepada bangsa Melayu, apa yang Umno surung banyak kepada bangsa lain kerana kepentingan politik.
    Saya pelawa baca buku satu kajian tentang tanah orang Melayu yang ditulis oleh Nazri Abdullah, bekas Pengarang Berita harian dulu.
    Baca lagi hak dan kuasa Melayu yang diserah oleh Umno kepada orang lain kerana nak menang politik. Lihat kedudukan bahasa, jawatan penting dan soal politik luar.
    Jelas dan nyata, semua dilakukan kerana nak jaga kepentingan peribadi yang jadi pemimpin. Rakyat Melayu biar jadi hamba.
    Tapi malang orang seperti ini masih kuat cengkaman tentang Umno. Kita bukan benci Umno tapi kerana Umno banyak lupa tentang bangsannya, menolak agama.
    Agak dukacita kerana orang seperti sdra menganggap dalam dunia ini Umno saja yang terbaik, anugerah dari Tuhan.
    Salam.