GMP: Bodoh Tak Mengaji Dan Bodoh Mengaji

Posted by Tukya Labels:

-Azizi Hj Abdullah


وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهُ وَاَنْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”.
AL-A’RAF, 7:204


Saya rasa sayalah yang bodoh tentang etika dan adap membaca Al-Qur`an. Rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih bodoh dari saya, sedangkan mereka telah pun mengaji dan berilmu panjang berjela-jela. Di antara mereka yang menjadi saya hairan sungguh-sungguh ialah GMP, atau Gagasan Melayu Perak, Persatuan Darul Ridzuan Selangor-Wilayah Persekutuan, Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)

Apa yang tergambar ialah seolah-olah mereka membantah apa yang mereka tidak tahu dan tidak tahu ini pula, tak mahu belajar. Ini yang susah. Mereka seperti sangat tahu hal agama, sedangkan pak mufti tak pernah pun sentuh dan komen. Mereka seperti sangat perihatin tentang agama dan Al Qur`an dan mereka seperti juara tekukur yang tercabut ekur.

Saya teringat cerita yang sangat masyhur, bagaimana seorang muslim masuk kedai orang bukan Islam, minta nasi dan ayam goreng. Dengan juah nak tunjuk dia orang Islam, ditanya adakah ayam di restoran ini disembelih. Tapi kemudiannya dia pesan sebotol bir.

(Kejahilan ini juga sila baca novel ‘Kawin-Kawin’ pemenang Hadiah Utama Sako II, Utusan Melayu Publication tahun 1991 karya Azizi Hj Abdullah, di mana ada cerita seorang Mualim nak test imannya di Hadnyai.)

Saya kira persatuan dan NGO di atas ini pun sama saja. Yang mendukacitakan kita, mereka tidak tahu tentang apa yang mereka tak tahu dan mereka tidak sedar yang mereka tidak tahu tentang apa yang mereka tidak tahu.

Mereka membantah kerana Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming baca ayat Qur`an. Mereka kata cara itu mempersendakan Qur`an.

Pulaakkkk!

Apa yang Nga Kor Ming baca? Tentu pasal ayat yang kononnya berunsur politik, kerana majlis itu majlis politik. Saya sendiri pernah hadir dua tiga kali di majlis politik dan ada Adun PKR baca ayat-ayat tentang perpaduan, fitnah. Gobalakrisnan dari PKR berkali-kali baca ‘Wamakaru...wamakaru...’ dan mengakui Tuan Guru Nik Aziz sebagai gurunya.

Tak pula terdengar hebuh dari NGO ini.

Yang kita persoalkan ialah kenapa hal-hal yang mereka tidak tahu dan tidak ada hujah, mereka cuba nak tunjuk juara? Ini persoalannya. Adakah mereka ikhlas atau berselindung atas nama NGO tetapi menonjol diri nak tunjuk yang mereka sokong BN?

Yang sebenarnya inilah maksud yang tersirat.

Tetapi yang jelas di sini ialah tentang NGO-NGO seperti ini tidak menggambarkan sebuah badan yang berteraskan kepada kajian, tidak berilmu sebaliknya sebuah NGO yang menyokong membabi butac kerana sesautu kepentingan.

Kita sebenarnya berhak menyokong sesiapa tetapi sebagai NGO yang terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan, bentuk sokongan dan teguran biarlah berasaskan kepada ilmu, fakta dan hujah, bukan berdasar kepada parti yang kita sokong.

Kita merasa malu kerana apa yang dianggap sebagai memuliakan agama, memperjuangkan maruah agama, kita sendiri tidak tahu apa benda yang kita perjuangkan. Kalau sekadar soal orang bukan Islam membaca sebahagian petikan ayat Qur`an (bukan membaca qur`an) lalu kita bingkas bangun membantah atas alasan kita ingin menjaga maruah Islam, kita rasa tak payahlah. Lebih baik bantah orang yang buang sampah di tepi jalan.

Mana hujahnya? Mana sumber rujukannya? Dari mana hukum di ambil dan yang penting, jujurkah kita dalam menanangi ini?

Bagaimana kalau yang membaca patikan itu di dalam majlis BN P. 59 kemudian berkata ada ayat Qur`an sokong kita melakukan penipuan?

Kita sungguh malu kerana kejahilan tentang ilmu adap dan etika membaca Qur`an ini tidak diketahui oleh orang Islam sendiri. Kita merasa sangat tercabar kerana ada di kalangan NGO Islam yang cuba menyempitkan ilmu, fungsi dakwah dan menganggap Qur`an hanyalah kepunyaan orang Melayu! Kita merasa amat malu kerana ajaran Islam yang perlu kepada penggelobalan, tiba-tiba masih ada golongan yang menganggap Qur`an ini hanya boleh dibaca oleh orang Islam.

Tak pula tersedar berapa ramai orang Islam yang tak boleh baca Qur`an, baca pun macam keretapi rosak. Tak pula ternampak beberapa banyak percetakan kepunyaan orang bukan Islam yang mencetak buku-buku agama, di mana helai-helai ayat Qur`an bersepah-sepah. Tak pula diambil kira lambang Umno dalam buku Surah Yasin malah banyak lagi soal maruah Qur`an yang direndah-rendahkan oleh orang Islam sendiri tetapi NGO seperti ini tidak peka.

Soalnya mengapa NGO-NGO seperti ini membantah? Jawabnya mudah, kerana mereka nak tunjuk yang mereka sokong Umno/BN. Tapi malangnya sokongan mereka itu tidak kena tempatnya. Mereka boleh menafikannya tetapi penafian itu akan diketawa orang. Mereka melondeh kebodohan sendiri.

Kita akui kita bukan bijak dan mengetahui hukum hakam sangat. Tetapi kita juga tahu sedikit sebanyak, bantahan NGO ini sangat-sangat tidak kena. Tidak kena kerana mereka tidak tahu apa yang mereka bantah. Alasan cetek ialah: sikit-sikit kerana pembangkang, sikit-sikit pembangkang, seperti kata Mohd Hilmi Ismail, Presiden GMP, orang Melayu perlu sedar kerana tindakan pakatan pembangkang ini jelas merosakan orang Melayu dan agama Islam.

Kita ingin tahu, sudah berapa juta orang Islam yang rosak sebaik-baik pakatan pembangkang memerintah?

Fikiran yang tidak global seperti inilah yang menjadi kudis yang nanah kepada Umno sebenarnya. Umno yang rosak, Umno yang semakin dibenci orang sebenarnya bukan Umno, tetapi orang-orang seperti inilah. Mereka menyempit dan memandai-mandai. Mereka lebih Melayu dari Melayu tetapi merekalah juga perosak.

Mewujudnya Gerakan Melayu, Persatuan Melayu, apakah orang lain tidak Melayu? Apakah apabila ada yang masuk GMP baru dianggap Melayu?

Sepatutnya kita sangat berbangga apabila ada orang bukan Islam sanggup memetik mana-mana ayat Qur`an untuk disampaikan kepada orang ramai. Mudah-mudahan mereka yang tidak tahu, tahu juga sedikit sebanyak. Soal tidak kena adalah soal teknikal. Ia boleh diperbetulkan. Dalam Qur`an ada ayat yang meminta kita membetulkan jika ada orang yang buat tak kena.

Bagaimana kalau ada orang Islam memetik kata-kata Plato, Confisius, Ghandi, Hetler malah memetik kitab Budha, Injil dan lain-lain? Tak pula dituduh kafir atau murtad.

Tulisan ini bukan berdiri di atas platform menyokong pembangkang tetapi atas nama kebenaran. Marilah kita memihak kepada kebenaran. Marilah kita sama-sama merasa malu untuk menyedari bahawa Qur`an bukan milik orang Melayu tetapi milik semua manusia yang perlu mengikutinya. NGO yang cuba mempertahankan kemuliaan Qur`an hanya sekadar tidak setuju, membuat ripot terhadap seorang bukan Islam yang kita benci kerana isme politiknya, sangat rendah martabat kita sebagai NGO Islam.

Sepatutnya kita yang merasa bertanggung jawab menemuinya dan berkata; Hee you, sebutan you tu agak tak berapa betul. Yang betul begini...begini...kami harap you baca dengan betul dan kami sokong usaha you....

Bayangkan, bayangkan jika pendekatan begini yang diambil oleh NGO ini berbanding tindakan yang diambil termasuk buat laporan polis. Apa relevannya kita menempelak tak betul, menghina Islam mempersenda ayat suci?

Hahhh, jangan-jangan yang membantah itu pun tak lancar membaca Qur`an.

Wallahu aklam.

20 comments:

  1. D'Rimba

    Hah, seingat saya PakLah adala juga mengungkap ayat-ayat Al Quran setiap kali dia berucap. Yang lain ayoyo sayapun kurangla pastinya. Jom kita pakat gesa dengan tegas kabinet baru semuanya mengaji depan rakyat dan jadi imam masjid negara lagi elok. Kalau perkara asas sebebgitu mereka berjaya melaksanakan dengan sempurna sejujurnya Alhamdulillah mereka pemimpin yang siddiq, amanah, fatonah dan tabligh dan berani mmemacu acuan tersendiri berteraskan Islam sejati.

  1. mountdweller

    a'kum wbt. Sdr.

    Komen yang amat baik. Saya mohon izin copy n paste di entry saya. Sebenarnya saya sudah tulis tentang hal ini di n3 saya yang lepas. Tetapi saya rasa lebih mantap sekiranya kita berpadu hujah.

  1. Anonymous

    assalamualaikum...saya menerima baik pandangan tuan...tapi adakah tuan tidak pernah terfikir yang kalau kita lihat ucapan pimpinan DAP itu, ia adalah untuk tujuan politik, dengan cara dan gayanya yang berbeza dengan pengalaman saya bersama rakan-rakan saya yang masuk islam...percayalah tuan, saya sendiri mendengar respon dari saudara baru kita yang merupakan seorang cina muslim yang mengatakan bahawa sebenarnya orang islam yang tak dapat menilai dengan sebenar apa maksud pemimpin itu..beliau menyatakan tujuan Nga bukan untuk memahami ayat suci, tapi mempergunakan untuk kepentingan politik..ini diakui oleh beberapa cina muslim yang berada bersama saya...mereka mengatakan bahawa tidak salah untuk bersangka baik terhadap Nga, tetapi mereka sangat memahami perangai orang cina yang akan menggunakan apa saja cara untuk mandapat untung..sama seperti bisnes yang tidak ada istilah halal dan haram bagi mereka...mohon jasa baik tuan untuk melihat aspek ini dan memberikan komen.

  1. Zolkharnain Abidin

    Peniaga membaca quran untuk kepentingan perniagaan, guru membaca quran untuk kepentingan pengajaran, engineer membaca quran untuk kepentingan kejuruteraan, doktor membaca quran untuk kepentingan perubatan, apa bezanya ahli politik baca quran untuk kepentingan politik?

  1. Awi Cakri

    Salam Tukya,
    NGO yang Government oriented, baik jadi kelab penyokong kerajaan aja. atau diberi gelaran baru NGOK,kan lebih terang...

  1. abghalim

    Salam Ustaz....

    Sekiranya dibenarkan Oleh Islam
    Persoalannya:-

    1.Mereka mengakui kebenaran Al-Quran tapi menolak Islam.Kenapa mereka masih lagi kafir...?Apa maksud mereka membaca....KELIRU

    2.Bolehkah mereka membaca Al-Fatihah dan disedekahkan kepada Arwah-arwah ibubapa kita,

    3.Bolehkah mereka bertahlil bersama kita.

    4.Bolehkah dijemput mereka membaca yasin di hari nazak kita..?

    5.Adakah ayat Quran itu tidak suci lagi kini,sehinggakan boleh dibawa oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menyucikan diri.

    Kesimpulan saya...

    mereka boleh membaca untuk rujukan mereka tanpa di perguna bagi tujuan -tujuan lain atau dibaca dikhalayak sehnggakan mendatangkan FITNAH...
    dan apakah ini pertanda Khiamat bila Islam ulama cuma bertenggek di pintu dan tangga istana dan orang-orang JAHIL membicarakan tentang hukum hakam Islam....

    Ayat yang dibaca oleh YB Nga Kor Ming membicarakan tentang ADIL...adakah kita adil dalam membahas isu ini,
    Jadilah seorang yang ADIL walaupun PAHIT

    salam
    dari bekas murid

  1. Anonymous

    sdra mountdweller,

    ok lah tu. ambillah kalau ia memberi manfaat.

    azizi abdullah

  1. Anonymous

    sdra pengkomen ke 3

    memang bacaan (yang perlu dibetulkan tajwid) itu di kawasan politik, di pentas politik dan tentu kerana tujuan politik. tetapi salahkah membaca untuk menguatkan tujuan?
    mari kita renung, dia membaca dalam kawasan untuk memenangi siapa? memenangi toghut atau siapa? Ia bukan menghalalkan cara tetapi bertujuan memenangkan...
    alaaaaa, kalau dah tak setuju bermotif politik tu, ada-ada saja jawapan.
    azizi.

  1. Anonymous

    kepada semua komen,
    sila lihat komen zulkarnaik zainal abidin.
    ini komen yang baik.

    azizi abdullah

  1. Mohd Zukhi@Awie

    kalau ada orang hampir dengan islam kenapa perlu kita halau? jangan cuba takutkan orang yang bukan islam dengan islam, macamana kita nak kembangkan dakwah..
    mungkin hari ini dia baca dengan tujuan politik, hari ini mungkin dia membaca maksudnya, esok mungkin dia akan membaca tafsirannya pulak. dan mungkin esok-esok dia akan mengkaji ayat lain, dan mungkin esok-esok hatinya akan terbuka hasil membaca ayat2 suci serta tafsirannya..
    mungkin orang2 bukan islam yang mendengar ucapannya akan tergerak hati untuk mencari tafsiran penuh ayat tersebut dan mengikut jejak langkahnya.
    sepatutnya kita malu dengan diri sendiri memandangkan orang bukan islam berusaha mengkaji alquran walaupun sebaris ayat. macamana pula dengan kita?

  1. asalbayu

    Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.2009. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.

    Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).

    Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.

    Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.

    Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.

    Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.

    Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.

    Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.

    YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
    Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
    Mengapa hal begini berlaku?
    Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem barbau Islam.

  1. Kampung Kelawar

    Pelik dan hairan juga bagaimana NGO yang konon berlandaskan Islam dan diterajui oleh mereka yang berpelajaran tinggi seperti PPIM dan yang lain-lain terlalu sempit pemikiran mereka dan jumud pula dalam pertimbangan beragama.Ataupun ada agenda mereka untuk mengambil kesempatan yang ada, memandangkan pengumuman kabinet akan dibuat selepas pilihanraya kecil nanti,manalah tahu hasil kebongokan dan jiwa pengampu yang ada pada mereka mungkin dipilih jadi menteri merangkap senator.
    Apakah mereka telah berhenti membaca setelah habis belajar dan bersekolah.Tahukah mereka bahawa Yusuf Islam mengetahui tentang Quran dan apa yang ada dalam jiwanya selama ini ada di dalam Quran setelah dia membawa Quran (pastinya yang terjemahannya dalam bahasa Inggeris - ini kena bagi tahu juga ustaz nanti mereka NGO-NGO ini tanya pula macamana Yusuf Islam faham makna Quran,payah dengan orang yang tak faham sepertimana ustaz katakan tu).
    Quran yang dibaca oleh Yusuf Islam itu adalah yang dihadiahkan oleh abangnya semasa abangnya melawat Palestin dan membelinya di sana.Abang Yusuf Islam ini bukan Islam dan Yusuf Islam ketika menerima dan membaca Quran ini belum Islam.Pemimpin-pemimpin NGO yang beria-ia memperjuangkan Islam kena bertoleransi dan berlapang dada serta perlu ada ilmu.Bandingan orang berilmu dengan orang yang tidak taat umpama bulan dan bintang,kata Saidina Ali.Orang yang taat saja tanpa dihiasi ilmu mudah tergugat ketimbang orang yang berilmu.

  1. Anonymous

    Mohd Zukhi @Awie,
    Sdra Asalbayu,
    Sdra Kampung Kelawar,
    Terima kasih. Pemikiran anda sangat terbuka. Ternyata Islam itu untuk semua.
    Teringat bagaimana Karpal Sing mengeluar hujah dari kitab Matla`al badrain. Malangnya tak seorang pun terima hujah itu.
    Begitulah kita...
    azizi abdullah

  1. asalbayu

    Maaf semua. Terdapat kesilapan berkaitan tarikh. 17.9.1999 dan bukannya seperti yang tertera itu. Sekali lagi saya mohon maaf.

  1. weber

    menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik dianggap salah?
    inilah bentuk pemikiran yang membelenggu orang melayu..
    tak boleh guna masjid untuk politik...
    tak boleh guna quran untuk politik.. .. ceramah...

    pemikiran politik suku.. agama suku..

  1. Sham al-Johori

    Tuan guru, Tuk Ya.
    Memang begitulah mentaliti juak-juak umno yang berfikiran dengan kepala lutut.

    Saya sentiasa ingat bagaimana saidina Omar r.a. menangis apabila mendengar bait-bait Al-Quran daripada adiknya sedangkan pada waktu itu beliau masih kafir lagi.

    Inilah yang yang dikatakan Islam 'ada hari' (baca hadhari umno).

    Salam Tuk Ya.

  1. Anonymous

    Weber
    Sham Al Johori

    Nak tergelak.

    hahhh haaa haaa.
    Di Johor, sapa yang paling samping?

    azizi

  1. melahak

    Kita patutlah menoleh kebelakang asal usul kita ...sebaiknya kita perlu dan amatlah bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNYA dan ehsanNYA kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Jadi setiap kali bila kita bercakap tentang Islam kita seakan - akan jaguh dan berlagak sebagai ilmuan agama..Sedangkan ramai lagi ilmuan Islam yang terpesong dari landasan agama akibat dari sekelumit kemewahan setelah berada diatas pentas politik yang bertunjangkan Melayu dan bukannya Islam itu sendiri..Sepanjang hayat saya tak terlintas langsung di fikiran saya untuk mendengar ungkapan ayat suci Al Quran datang dari seorang yang bukan Islam sebelum ini. Arus perubahan ynag dibawa oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi orang bukan Islam yang sebelumya negatif ke positif terhadap Islam...Yang sebelum ini dipengaruhi oleh ulamak - ulamak UMNO yang berjaya menakut - nakutkan orang bukan Islam tentang agama suci ini. Berapa ramai orang Cina dan India terpengaruh lebih 50 tahun akan propaganda UMNO sendiri..tentang Islam. Jadi jika sekarang ini bila orang bukan Islam mula nak berjinak dengan Islam dan bila dah mula nampak tentang kebenaran dan lengkapnya Islam yang sebenarnya dan bila dah mula sedar yang UMNO telah menipu mereka lebih 50 tahun..kita disogok pulak oleh juak - juak UMNO yang cuba memperlekehkan mereka...Kalau salah tolong betulkan...kalau betul niat YB NGA itu , kita sebagai orang Islam hendaklah rasa bersyukur dan mohon doa agar terbuka hatinya untuk menerima Islam.

  1. Anonymous

    tak usahlah bergaduh pasal ayat quran yg dipetik oleh pemimpin dap tu. kalau nak diikutkan pemimpin mca dan mic pun ramai lg yg tak fasih bm apatah lg nak baca quran.Islam dan quran bukan hak bangsa dan parti politik sahaja. Isnya sat universal. tlg lah fikir secara positif.

  1. Anonymous

    inilah akibatnya setelah minda melayu diliwat umno lebih 50 tahun.