Menunggu Kata Dari Tuhan

Posted by Tukya Labels:


Tempat: Masjid Batu, Permatang Pauh Sbrg Prai.
Masa: 30 Mei 2009. Jam 8 malam
Skrip: Dinsman.
Pelakon: Sabri Yunus & Sani Sudin.
Pengulas: Ustaz halim nasir Al Hafiz.


Gah tentang teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’ yang dipentaskan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam pada 29 April hingga 3 Mei 2009, menjadikan Encik Khairudin Zainal Rashid, Pengerusi Masjid Batu, Permatang Pauh Seberang Perai diruntun amat sangat untuk membawa teater ini ke sebelah utara.

Tapi di mana tempatnya? Berapa belanja pula walaupun watak di dalam teater itu hanya seorang dan seorang pemain muzik.(At Taubah 118)

Dengar khabar di Kelantan apabila teater ini dipentaskan, ribuan orang yang menonton. Teater yang mengesahkan seorang sahabat Nabi yang liat dan bertangguh hendak berjuang ke medan perang (berjihad) menjadikan Tuhan turut menegur sikap yang begitu.

Dinsman, penulis skrip teater yang tidak asing lagi mengangkat skrip teater ini dari sebuah hadis, “Taubat Ka`ab bin Malik dan Sahabat-Sahabatnya’, di mana hadis tersebut riwayatnya Bukhari dan Muslim. Teater ini juga telah berjaya menarik semua peringkat apabila pelakon yang dianggap pelawak, Sabri Yunus berlakon sebagai Ka`ab manakala Sani Sudin pemain muzik.

Khairudin selaku Pengerusi Masjid Batu berfikiran sangat terbuka. Yang tidak dilakukan oleh masjid lain, dilakukannya kerana baginya kerja dakwah bukan bidang yang sempit.

Lalu beliau berjumpa Drs Hj Anuar Asmadi dan saya. Saya amat terkejut apabila diberitahu, dia berminat hendak membawa teater “Menunggu Kata Dati Tuhan” ke Masjid Batu.

Kami memberi cadangan supaya dipentaskan saja di belakang masjid kerana di situ ruangnya cukup luas.

“Tidak, kita buat dalam masjid!” katanya yang tentu dia mempunyai alasan yang kuat.

Lalu hal ini dipersetujui oleh semua AJK masjid dan ia diajukan kepada Mufti. Dijelaskan maksud dan tujuan. Tidak ada gesekan biola tetapi ada kesan bunyi yang akan menyokong teater itu menjadi kuat.

Jadi sesiapa saja yang mengikuti blog ini dipersila menonton teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” di Majlid Batu, Permatang Pauh pada 30 Mei 2009 jam 8 malam. Pementasan selama 45 minit itu diikuti pula satu huraian, bahasan dari seorang pendakwah terkenal Ustaz Halim Nasir berdasarkan hadis Malik bin Kaab.

Jika persembahan teater ini berjaya, bererti Masjid Batu Permatang Pauh memecah tradisi dan pertama kali di Malaysia teater di persembahkan di dalam masjid.

Di Auditorium Muzium Negeri Selangor Shah Alam saya diberitahu, sekumpulan orang-orang Cina hadir menonton teater tersebut. Ini tentu inisiatif Mr Puah Kem Heng seorang jurutera dan rakan-rakannya yang pernah PAKSI berdialog di restoran Tupai-Tupai pada 25 April yang lalu.

Mereka kumpulan berfikiran kritis, yang mempunyai fikiran terbuka terhadap Islam. Kehadiran mereka tentunya seperti sekumpulan cendekiawan lain yang ingin melihat keindahan teater dan menikmati sebuah kisah di dalam Islam.

Mereka terdiri dari penyair, penulis novel, bloger Malaysiakini dan guru. Saya kagum dengan mereka kerana ada memberi dan menerima dalam sesama kami.

Teater ini adalah dari group Seniman Paksi Rakyat & Teater Elit (PAKSI) dengan kerjasama AJK Masjid Batu Permatang Pauh, Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) setelah dipersetujui dan menerima nasihat dari Mufti Pulau Pinang.

Dan yang penting ialah kupasan, komen,tafsiran dari seorang pendakwah Ustaz Halim Nasir Al Hafiz.

-azizi hj abdullah

10 comments:

  1. D'Rimba

    Sayapun maula teater bermakna ini ke masjid kawasan rumah saya ustaz Hassan Ali selalu juga buat aktiviti di masjid itu...Adaka ustaz nombor atau emel yang boleh saya hubungi? Segera emel saya di drimba81@gmail.com. Terima kasih atas bantuan bermakna mudahan seni tanahair berteraskan Islam sejati bertebaran beri kesedaran tanamkan cintakan Islam di hati setiap insan........

  1. Anonymous

    Sdra Drimba,
    e-mail saya kan ada dalam blog, bawah gambar di skrin tu.
    Silakan.

    azizi

  1. Aidi Rahimi Ibrahim

    Salam ustaz; ada saya coretkan sedikit luahan tentang teater ini dalam blog saya. Jemputlah ke blog saya.

    "Menunggu Kata Dari Dinsman"

    aidirahimi.blogspot.com

  1. Yob Perak

    Al-Quran kalam Allah, kata-kata Allah

  1. Rozlan Mohamed Noor (RMN)

    Salam ustaz,
    Agaknya berapa kos untuk membawa teater ini ke satu-satu pementasan. Sedang mencari sebuah naskhah untuk dipentaskan...kalau boleh ringkas dan berisi!

  1. pen quran

    Saya sekadar memberi cadangan agar dapat dibuat diluar masjid,supaya ianya tidak terhad hanya kepada penonton tertentu sahaja..

    Bagaimana pulak kalau ada wanita yang tidak suci ingin menonton,apa mereka tak ada peluang?Jadi rasanya carilah tempat yang lebih sesuai untuk semua yang berminat..

    terima kasih.

  1. Anonymous

    Pakngah,
    Betul juga.Tapi ini bukan urusan saya.
    Ini urusan AJK Masjid Batu.
    Cuba kemukakan hal ini kepada mereka.
    - azizi abdullah

  1. Anonymous

    tak sabaq nak pi

  1. own

    harap2 memberi kesan kpd penonton

  1. Anonymous

    alhamdullilah berkesempatan nonto naskah tersebut...bravo!! berkuliah hadis dlm keasyikan gesekan biola si Sani Sudin. Nak baca hadis…mmg malas…jom layan teater ler pulak!!! Real 3D…mendekati Islam dari jurus seni…mmg berbaloi2.

    apa signifikannya naskah sahabat yg TAK PERGI PERANG ni di angkat dlm medium teater sdgkan umum tahu skrg dunia Islam dihina & dicemuh atas nama teroris…perang(?) [Menunggu Kata Dari Dinsman]

    sepat jantan