TERUNG LEMBIK DALAM PEJERI

Posted by Tukya Labels:




“ Najib dalam sidang akhbar berkenaan turut mengumumkan yang Mesyuarat MT hari ini turut mengesahkan dan menerima secara rasmi kemasukan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad: isterinya Tun Dr.Siti Asmah Mohd. Ali dan anaknya, Datuk Mokhzani ke dalam parti itu.”
-Utusan Malaysia muka 2, Sabtu 30 Mei 2009

“ Tuk aku dulu, kalau nak buat pejeri, memang cari buah terung. Tapi kalau buah terung dah lembik, macam mana nak sedap? Manjakani sepuluh kilo pun tetap tak sedap!, haa..haaa.haaa,” ketawa Pak Kamis sambil menghempas surat khabar di warung Sungai Chemam.

“Mai pakat-pakat pikiak secara rasional. Nak jadi apa kalau dua cangok masuk untuk memperkasakan parti, sedangkan dulu terung lembik ini juga yang buat masalah?” tambah Wan Halimunan yang gila pesembor Kokdiang.

Maka seluruh warong itu pun ketawa semua. Yang pelik, masing-masing tinggal gigi jongang sepuntung, tak segan-segan tergelak.

“Politik terung lembik!” kata mereka.

15 comments:

  1. cicitHJHASSANu

    udahle lembik...buruk plak tu!

  1. Ust Halim Nasir

    Lambiik bana, kato org minang di gombak.......

  1. merbok

    salam ustaz
    biasanya kuda race yg dah pencen org tembak ja... nak semelih buat makan pun dagin dah liat.

  1. Cikgooden

    ha ha ha...terung lembik patut kena lenyek ja, ustaz..

  1. Unknown

    salam Ustaz
    salam semua

    hahahaha
    aku hanya mampu ketawa....

    "yang kurik itu kundi. yang merah itu saga. yang cantik itu budi. yang indah itu bahasa"

  1. Naimisa

    Ya Ustaz Azizi,

    ada buat cerita satira lagi?

    falsafah yang bagus juga (ttg terung ni)...

    hehehe...

  1. D'Rimba

    Sat-sat ustaz, betoi juga tu, tapi seburuk mana terung tu boleh juga kita makan ada khasiat tapi hat lain saya tak taula nak habaq....Huhuhu.....

  1. edolah

    abghalim,
    ambo setuju...
    yang cantik itu budi,
    yang indah itu bahasa...
    tapi dengan keindahan bahasa yang macam mana lagi untuk diungkapkan kepada makhluk perosak bahasa ibunda sendiri?!

  1. edolah

    ustaz,
    mana tempat untuk dapatkan buku karya terbaru ustaz tu... tengok kulit buku pun dah menarik!

  1. Anonymous

    EDOLAH

    BUKU APA? APA JODOLNYA?
    HAHH, BLOG CANTIK TAPI SAYA NAK MASUK TAK PANDAI.

    AZIZI ABDULLAH

  1. Anonymous

    Salam Cikgu..
    adkh pg td dlm pkul 745am 3Jun2009 cikgu ad kt Komtar?
    kt pejbt pentadbrn tgkt 3?
    Btol kn cikgu?
    Kalu btol, sronoknya...hehe
    (sbb sy xpnah tsempak ngn cikgu hnya tgk gmba sja..)
    acenico7

  1. edolah

    ustaz,
    buku "umno kelamkabut & tragedi oktober" yang saya tanyakan... mana boleh dapat?
    Layari blog saya: shukriabdullah.blogspot.com

  1. Anonymous

    edolah,(syukri)
    buku tu buku lama. nipis saja. dulu saya tulis sewaktu pergolakan pilihanraya 2004.

    tak ada lagi, cuma ada satu dua dalam simpanan.
    alamatnya macam mana? e mail alamat.
    azizi abdullah

  1. Anonymous

    acenico 7

    mengarutlah. 3 juna hari rabu. saya cuti. pagi bawa seorang studen um yang nak buat PhD tentang saya dan saya bawa ke Gunung Bungsu, nak lihat kesan latar gunung bungsu.
    Mana boleh saya ada di komtar. mengarutlah.Jumpa Guan Eng?
    azizi

  1. SIS

    kalau org patani..terung lembik masak pajeri sedap ape...lagi lembik lagi sedap...tapi hat ni rasanya leh muntah...