Tuhan Tidak Peduli Pun

Posted by Tukya Labels:

Aik, hakim pun boleh silap? Bicara punya bicara, hujah punya hujah, semalaman memikirkan bagaimana mahu menyediakan kertas penghakiman, tiba-tiba hakim sikit atas pula kata hakim bawah sikit buat kesilapan.

Tak pernah dengar pula, hakim sikit bawah kata, hakim sikit atas buat silap?
Macam mana sistem ini, sesudah hujah dan bukti, cup-cup ada cupnya. Teringat masa kecik-kecik telanjang bulat dulu main ‘toi’ depan rumah. Asyik cup saja. Yang cup itu memang kawan lebih tinggi.

Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.



Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang ini, sembilan hakim tetap buat silap.

Ertinya yang kalah bukanlah salah.
Yang menang belum tentu benar.
Yang kalah kerana hakim buat silap.
Yang menang kerana hujah.

Kebenaran tersembunyi dalam hujah. Siapa yang pandai sembunyi kebenaran, berkuasa sorok kebenaran, maka menanglah yang tak benar.



Rasa-rasanya kemelut politik di negara kita dalam isu dan kes apapun, baik kes besar atau kecil, dari bunuh hingga curi telur ayam, kita bukan mencari kebenaran, tetapi kemenangan.

Mengenepikan kebenaran dalam sistem penghakiman, maka berlakulah ketidak adilan.

Apakah Tuhan tidak peduli?

Memang Tuhan tidak peduli pun politik macam ini. Buat menyemak fail malaikat.
Sayang, mahkamah akhirat lambat sangat. Bagaimana kalau Tuhan masih tidak peduli?

Jawab Hj. Pikun, tukang buat surat sumpah: Mana ada mahkamah tinggi, rayuan dan persekutuan di akhirat. Sebab itu Tuhan tak peduli.

7 comments:

  1. Cikgooden

    salam ustaz.

    nampak 'segak' pulak pele pangkor bertengkolok lagu tu, haih.
    he he he...

  1. dilaga

    saya dok rasa tuhan sudah tarik balik seluruh malaikat yang shifnya di malaysia... lebih-lebih lagi yang jaga itu maha kamah.

    mengikut rekod, sekarang kita bukan lagi yang ter..ter..ter dunia, di bumi ini. Kita dah masuk kelas cakrawala sekarang. Khabarnya ada satu cakralawa, ya cakralawa alam galaksi yang namanya MAHA La'un pun sudah melutut dengan kehebatan kita. Depa serenda. Kita ternyata terlalulah hebat untuk depa lawan.

    Tak caya?

    Di Afrika, mana ada orang bersidang di bawah pokok. Panjat pokok, lari dari rimau adalah.

    Di Green Land mana ada menteri luar yang cakap pasai kentut pembangkang sangat busuk, terlalu busuk?

    Mana ada tempat di Afrika yang spikanya kena heret, kurung..dan dibubuh dalam stor..macam baja tahi ayam?

    alahai malaysia...

    kalau ustaz tak rekod semua ini, cucu cicit akan tanya (waktu tu ustaz dan saya dah lama padam)apakah sasterawan besar buat? Garu..dok garu..

    atau saya ini hanyalah seorang sasauwan?

  1. Unknown

    salam
    nak tergelak la pula....
    cerita politik....
    cerita tuhan....
    baik sangka pada Allah..itu yang dituntut

    Nak cerita bab tuhan...
    lebih teruk kat Israel
    lebih dasyat pada USA...asyik depa menang je...

    So..Tuhan itu Adil..
    sat gi bila cakap lebih...ada yang tersasar dari landasan....
    bukan yang baca ni paham HAKIKAT INSAN.....

    Ustaz....
    Kita ni tak layak jadi AHLI POLITIK
    KERANA...
    KITA TIDAK BOLEH BERKATA "TIDAK" PADA PERKARA YANG BENAR
    DAN
    TIDAK BOLEH BERKATA "YA"
    PADA PERKARA YANG "BATIL"

    Kata orang kampung saya
    Kalau tak layak jadi IMAN
    Jadilah MAKMUM yang beriman

  1. madeeaziz

    entah lah.
    celaru habis negeri perak.

  1. Anonymous

    heh heh heh.... kita nak kata apa, dunia tahu... dunia dok intai... dunia dok gelak....malu saya jadi anak Malaysia. P. Ramlee kata dalam filem Tiga Abdul, "ini namanya undang-undang berat sebelah"... Pendekar Bujang Lapok kata "cobaan...cobaaaaannn".

  1. D'Rimba

    Ustaz kenapa tak mai Perhimpunan Penulis Muda di Melaka? Saya tunggu juga kot ustaz ada muncul......

  1. Anonymous

    Anakanda D`Rimba

    Nak pi macam mana, saya tak tahu dan tak dijemputpun.

    Maklumlah majlis penulis muda, kita ni dah tua.

    salam
    azizi abdullah