Bisul-Bisul Dalam Serban Pas

Posted by Tukya Labels:

Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin.

Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?

Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hata di kepala yang memakai serban.

Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun, yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih. Semua bermatlamat satu; berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.

Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.

Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas. “ Jangan tinggalkan kami” , kata mereka.

Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?

Di Pinggir Neraka?

Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional. Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?

Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin. Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan. Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya.


Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini. Maka apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.

Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas. Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.’

Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang. Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.

Apa Kayu Ukur Ulama?

Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok.

Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.

Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama? Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi.

Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama. Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama? Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA.

Inilah satu tanggapan yang silap. Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.

Inilah kesilapan kita.

Ulama Bukan Penghurai Masalah?

Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah. Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.

Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar. Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.

Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar.

Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.

Kerajaan perpaduan

Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.

Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:
1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?” Begitu yang lain bertanya pula.

37 comments:

  1. SIS

    salam tn..kenapa perlu diasingkan antara ulama dan profesional.. patutnya ulama yang profesional.. ulama yang punya kedua2 ilmu dunia dan akhirat...yang moden tapi alim..itu baru bleh disebut alim ulama'...dpt melihat dan memimpin dgn penuh hikmah...antara teori dan amal..kalau menang cakap tapi tak boleh nak bertindak buat apa...itula ramai yang kata PAS pandai cakap tapi habuk pun tarak...so kena sama2 berjuang dan bersatu padu..baru ISLAM di hormati dan tidak dilekehkan oleh orang di luar sana...

  1. Gedung Akal

    Salam Ustaz,
    1.Bagi PAS ulama’ adalah rujukan teras dan tidak kiralah ulama itu pemikirannya konservatif, fundamental atau moderat hatta 'sekularis' (mudah-mudahan tiada). Dalam konteks ini pada PAS ulama’ itu maksudnya yang layak dipanggil ustaz atau tuan guru, manakala sisi lain bincang kemudian dan itu adalah muktamad.

    2. Kerajaan Perpaduan seperti dihuraikan tuan presiden (Harakah 21/04/09)hanya sesuai untuk politikus yang BAIk dan JUJUR? Soalnya: Adakah UMNO itu BAIK dan JUJUR? atau adakah PAS sudah memasuki fasa TIDAK JUJUR kerana mahu berpakat dengan UMNO?

  1. Anonymous

    SIS dan Gedung Akal,
    Bagus komen tu. Sememangnya profesional dalam Pas tidak boleh diasingkan dengan ulama. Apa yang berlaku sekarang ialah buruk sangka.
    Yang nak gatal sua hidung kat Umno tu buat apa?
    Salam
    azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    UMNO boleh senyum gembira.PAS nak makan umpan lagi.Depa pun keperahak nak duit dan pangkat juga.UMNO akan suap.Macam suap di perak tu.Habeh kecamok.


    Betoi,bisul dalam serban dah nak pecah.Kalau pecah boleh meleleh sampai ke telor.Telor jadi busuk.Bila telor PAS dah busuk, PR13 nanti boleh masok kubur.Tak dak sapa nak talkin.UMNO tolong baca talkin.

  1. Anonymous

    Assalamualakom Ustaz. Sebenag-benagnya sapa yang dok pi label 'ULAMA' dgn 'PROFESIONAL' dalam Pas ni? Cuba ustaz pi selongkag tengok sapa yang mulakan istilah tu. Kalau tak silap saya, puak Autasan Meloya & Berita Hairan yang cipta. Lepaih tu semua puak Harakah, Siasah, semua Bloggers dok guna istilah tu. Mungkin depa dok gelak bila dapat pecahkan kumpulan 'ULAMA' dgn 'PROFESIONAL'. Padahai selama ni tak perenah dok sebut pon. Jadi eloklah rasanya lepaih ni pakat toksah dok guna istilah tu lagi kalau tak mau kena gelak dengan puak-puak UMNO.

  1. Anonymous

    Pengkomen 10:38 PM


    Alhamdulillah.
    azizi abdullah

  1. Anonymous

    Salam Ustaz,
    Utusan,BH, TV3 sememangnya alat UMNO utk melemahkan PAS,PKR atau pakatan pembangkang. UMNO sekarang sgt takut menghadapi PRU13, jadi satu caranya lemahkan pakatan PAS & PR melalui media. Akhirnya perwakilan PAS telah termakan umpan istilah 'ulama','erdogan','org Anwar' termasuklah DR Harun Din yang kononnya ada 'musuh dlm PAS'.Sebenarnya,UMNO boleh dianggap berjaya walaupun kerajaan PERPADUAN tak jadi lepaih ni.UMNO berjaya menghalang Husam yang menjadi idola golongan muda dan professional untuk menyokong PAS. Tarikan terhadap PAS telah berjaya dikendurkan sedikit demi sedikit........

  1. Unknown

    Salam semua,

    Aku ni pun bukan tahap mana sangat ilmu. Cuma dilantik juga jadi ajk pas cawangan. Ada juga orang pas pecaya kat aku.

    Dalam kampung aku ni jangan kata nak dok semeja sembang bab kampung, nak lawan bola ngan depa pun rasa malu.

    Kat kg aku waktu dulu kalau ahli pas jalan pun segan lagi-lagi kalau orang tau. La nie nak mengaku umno lagi la malu. Macam2 malu ada. Kalau boleh jangan dok sebut langsung. Kalau tanya pun tak mengaku.

    Itulah kekuatan yang ada pada PAS. Dasar dan cukup elok.

    Dalam tak ceredik politik pun aku paham. Kalau hak atas tak paham pakai punggah punah ranah.

    Ramai dok kata menang kat k.terengganu kerana ada pakatan (PKR/DAP). Melangit pujian untuk depa. Pi mana pujian tu.

    DAH HALA PI KAT UMNO KA.

    Harap2 kat cawangan aku tak dak la yg nak ngikut jejak No. 1 + 2 , tapi kalau setakat nak perbincangkan dulu ok jer.. TAK BUAT LAGI BAGHUIH.

  1. Anonymous

    aku pulak pr12 lalu jd tim pen mtd, ajk kaw dll dan tim ketua caw,korang jgn tuduh aku riak pulak bukannya hampa kenal aku pun cuba nak stress a point je. LA NI aku jadi pening nak tubuh caw baru pasai caw skg dah ramai sgt ahli,tup tup habis muktamar depa minta KIV dulu pasal nyampah dgn perpaduan ni.ish tension aku dgn 2 leaders ni, kena pulak masa perbahasan dewan ulama dan pemuda, yg baru nak kenal pas habis lari jadi gerun pasai depa macam nak pergi perang,habis semua di belasahnya org depa saja betui.bayangkan pengundi yg lain terus pecut takut nak dekat dgn kita.aku palaing risau dgn din tantawi(mana dpt nama ni),dia ni centrik kalu hampa dok baca artikel dia.

    risau aku dgn keadaan.dulu masa 04 dah jenuh kami nak explain pasal doc negara islam skg buat hal lagi...letih aku

  1. Juta Ones EasyReload

    saya tak berapa setuju dgn beberapa tulisan tuan

    1-tajuk dah seolah2 menghina sunnah.Org yg pakai serban akan bernanah dikepala.sama mcm astora jabat kata org PAs mindanya tertutup sebab pakai serban.

    2-Tuduhan ulama hanya hal tahu ukhrawi berbanding duniawi..maka TG Nik aziz tak pandai memerintah..

    3-takrifan ulama? sila baca takrifan ualama dlm ihya' ulumiddin.ulama ada 2.ulama akhirat dan ulama Dunia..ulama hakiki ialah ulama yg takutkan Allah.Siapa Nakhaie, hamid othman dll..buatlah perbandingan..

    4-Kerajaan Perpaduan bukannya pemerintahan perpaduan..itu hanyalah lontaran idea oleh presiden PAS.Istilah nak masuk atau bergabung dg UMNO adalah mainan media,bloggers,dll..

  1. Anonymous

    Semua yg komen ni tolong baca posting terbaru ust nasaruddin tantawi dalam blog dia,(menghuraikan pandangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dan yg paling afdhal membacanya ialah saudara Azizi sendiri, supaya ada satu bentuk penghormatan sewajarnya kpd ulamak. Jangan kerana tulisan kita, ahli2 PAS habis kelam-kabut. Cermat sikit.... Kat akhirat nanti, tgn yg menulis tu akan bercakap. Semua tau dalilnya dlm surah ya sin........... Nanti bisul tumbuh di tangan tu, bukan dlm serban!

  1. Unknown

    salam ustaz

    dalam agama bila kita dah betaraf pro....kita akan dipanggil ULAMA.Ini bererti Ulama adalah profesional agama...seorang yang arif dalam Islam.
    Bila dah profesional dalam Islam tentulah dia dah mahir dalam :-
    1.Politik
    2.Pengurusan dan Pentadbiran
    3.Sosial dan Ekonomi

    so ustaz tiadalah ada puak ulama atau profesional ...kerana ulama adalah profesional Islam
    Wallahuaklam

  1. Anonymous

    Macam ni la tulisan orang yang tak mendalami agama tapi suka dipanggil ustaz bila menulis.

    Mungkin Tuan ada apa-apa agenda kot, menaikkan bukan ulamak,mana nak pi tau untung sabut timbul, untung orang jadi ADUN, kan..

    Malu kita pada UMNO kerana tulisan macam ni

  1. Anonymous

    Kerangka Kerajaan Perpaduan hanya ada dlm pemikiran TGHH dan Nasa. Tak ada seorang pun yang tahu maksud sebenar Kerajaan Perpaduan. Itu sebabnya semua jadi keliru. Ditambah pula dengan jarum2 halus syaitan UMNO dan BN menyusup utk memporak porandakan PAS. Bila rakyat tak tahu, maka dikatakan rakyat tak reti ilmu siasah Islam. Sebenarnya pemimpin sendiri tak ada satu usaha pun untuk memberikan kefahaman mengenai ilmu siasah Islam melalui penulisan, kuliah, blog dan ceramah2 mereka. Jadi jgn disalahkan rakyat jika mereka kurang faham. Saya sendiri memahami Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan gabungan PAS dan UMNO. Adakah logik lain selain daripada itu? Kalau sekadar berdakwah, itu bukannya Kerajaan Perpaduan. Berdakwah itu kita boleh terima atas nama muzakarah ke, muqabalah ke, berdebat ke, itu tidak ada masalahnya. tetapi bekerjasama dengan UMNO dlm bentuk kerajaan itu sudah jadi lain halnya sedangkan kita sudah ada persefahaman dengan Pakatan Rakyat. Mana nak letak PR dalam UG? Hal ini langsung tak ada dlm kerangka persefahaman dengan PR.
    Idea boleh dilontarkan, tetapi masa melontarkan idea itu perlu diambil kira. Mood sekarang rakyat bersama PR, bukannya bersama UMNO. Kalau dah nak berpadu sangat, syorkan kepada pemimpin UMNO, sertai sahaja PAS demi utk menguatkan Islam dan orang Melayu. Tak ada sebab kenapa pemimpin UMNO masih nak setia dengan BN lagi. Inilah masanya sebelum BN dikuburkan dalam pilihanraya akan datang. Seperkara lagi perlu difikirkan tentang musuh dalam selimut sepertimana ucapan Ust Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS) mestilah dinyahkan terus dari kepimpinan PAS. Fraksi2 UMNO dalam PAS mestilah dileburkan terus!!! Sifat munafik ini amat merbahaya kepada jamaah islam. Sepatutnya Ust Ahmad Awang kena bongkarkan awal-awal lagi kerana ramai ahli yg tak tahu. Ni dah terantuk baru mengadah. Buat apa nak sembunyikan kebenaran? Bimbang nanti jadi ulama suuk. Apapun saya ucapkan tahniah kerana cubaan berani mengakui adanya mush dlm selimut, gunting dlm lipatan PAS. Kepada ahli-ahli dan pemimpin2 PAS, renung2, fikir-fikirkanlah…

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Pada pandangan saya yang buta agama ini, ada satu dua perkara perkara sangat merisaukan saya:

    Pertama:

    i) Kredibiliti kita (kebolehpercayaan orang terhadap kita) sebagai parti yang mengambil Islam sebagai teras perjuangan, kredibiliti ini wajar dijaga seutuh-utahnya. Lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang: Kehakiman, polis, SPR dll. Kenapakah rakyat menjadi was-was dan tidak percaya?

    Kedua:

    Jangan sampai ketabsuban melampau
    (terhadap segala-galanya termasuk yang namanya ulama, presiden, profesional, timbalan presiden dll) membuat kita menjadi juling sehingga buta mata hati. Kalau tak salah, semua yang disebut di atas ini masih manusia. Sucikah mereka dari segala kesalahan?

    Ketiga:

    Jangan lupa bahawa seluruh rakyat (baca: Melayu, bukan Melayu, Islam, bukan Islam, baik di Miri, Kenawit, Baling..) tidaklah buta. Mereka melihat gelagat kita. Kita tidak mahu timbul keraguan rakyat kerana tingkah kita yang tak menguntungkan. Kalau tidak akan timbul soalan seperti "Bolehkah kita percaya puak-puak ni?" Jangan-jangan dua kali ..dengan yang dok perintah la ni.." Was-was begini sudah cukup untuk memadamkan segala usaha, jerih payah, keringat, air mata dan darah yang mengalir bertahun-tahun lamanya. Kasihanilah pejuang-pejuang akar umbi. Kasihanilah perjuangan.

    Keempat:

    Untuk sdr saya yang risau tentang bisul di ketayap, janganlah risau. Kalau saya berkata "Ayahku macam harimau" janganlah sdr risau. Ayah saya masih seorang manusia...

    Begitulah indahnya metafora, tamsilan, bidalan, peribahasa, sinonim bahasa kita: Bahasa rakyat negara ini.

    Wallahuklam.

  1. Aktivis Tidak Ternama

    Salam Tuan,

    Saya pun naik hairan kenapa pimpinan atasan masih lagi menyebut mengenai Kerajaan Perpaduan (dgn Umno/BN) sedangkan sebelumnya ada dinyatakan dalam mesyuarat bahawa idea itu tidak diterima oleh majoriti pimpinan2 atasan lain.

    Adakah mereka sengaja buat2 tidak nampak keresahan dan kegelisahan ahli2 dan penyokong Pas (& PR) berkenaan isu ini?

    Kenapa mereka sanggup "bermain dengan api" sedangkan ianya jelas sangat tidak disokong oleh golongan pertengahan dan bawahan yang sebelum ini berpenat lelah berlawan dengan segala kezaliman Umno/BN?

    Adakah lagi cara untuk menyampaikan maklumat kepada mereka supaya mereka sedar penyokong2 seperti cacing kepanasan sekarang?

    Tolonglah! Jangan hampakan harapan penyokong2...tutup terus isu ini dengan keputusan dan kenyataan yang tegas dan jelas!

  1. Anonymous

    Buat Ustaz Azizi Abdulah
    Kebanyakan Ahli PAS terpinga-pinga apa dia KERAJAAN PERPADUAN. Ana sendiri pun tak gheti.La ni tunggu dan dengar apa kata TGHH nak bagi tau. Kalau TGHH mau macam UMNO/BN pakai lingkup PAS/Pakatan. PRU13 bungkuih lah PAS. Macam takuk lamalah hidup segan mati tak mau.
    Wallahuaklam.

  1. Tepi Sungai Batu

    Salam Tuan,
    Pak Man tak sabar nak dengar apa yang akan diperkatakan dalam kempen di Manik Urai nanti.
    Sama-samalah kita tunggu.

  1. Anonymous

    Tuan Azizi,
    1. Saya hampir setiap hari meninjau dan membaca blog tuan, saya meminati tulisan tuan dalam blog ini yang ada ilmu dan kritikan membina. Tahniah.

    2. Saya secara peribadi kurang bersetuju tentang 'kerajaan perpaduan' ini. Saya lihat ini lebih dibesar dan dihebohkan oleh kelicikan perancangan UMNO/BN, saya lihat media milik mereka berjaya 'menghuru-harakan' PAS dan PR dalam konteks hamburan isu 'kerajaan perpaduan' dan 'ulama - profesional' ini. Secara agakan sahaja..., saya rasa ini agenda terancang yang berjaya dilaksanakan oleh mereka ini.

    3. Saya bersetuju bahawa adalah lebih elok diperkukuhkan PERPADUAN dalam kalangan pemimpin, pengikut dan perjuangan PR agar menjadi pesaing yang kukuh, sihat dan profesional terhadap UMNO/BN ini.

    4. Dalam sudut lain pula, saya juga bersetuju diwujudkan Kerajaan Perpaduan jika UMNO (dalam kalangan beberapa pemimpin dan pengikutnya) berubah penuh daripada sikap sombong, ego, angkuh, riak, berlagak mewah, besar diri dan besar kepala, cakap besar dan lain-lain sikap dan tindakan negatif mereka ini, baharulah boleh bercakap soal Kerajaan Perpaduan! Namun bersediakah mereka BERUBAH PENUH?

    Sekian. Terima kasih.

    Rusdi Abd Rahman, Johor Bahru.

  1. Anonymous

    Dari Azizi Abdullah,
    Terima kasih kepada anda semua yang sudi komen, walaupun ada yang tak tertelan oleh saya. Tak apa, kalau tak sanggup dikritik, kita tidaklah matang.
    Saya syorkan kepada anda silalah baca entry komen dilaga 10;47 pm dan komen Rusdi Abdul Rahman dari Johor.
    Komen itu bukan kerana mereka setuju dengan tulisan saya. Saya sendiri tak pasti adakah mereka sokong tulisan saya.
    Tapi mari kita bersikap terbuka. Jangan terjebak dengan taksub ulama,tok guru atau lain-lain. Kita mesti hormati mereka tapi dalam masa yang sama, apabila pemikiran (bukan hukum) mereka tidak selaras, mencabar kedudukan, kita berhak membantah.
    Saya menulis dalam blog ini semata-mata merasa risau, oleh kerana kebanyakan kita taksub, fanatik terhadap apa yang dianggap ulama sedangkan keadaan sebenar mencabar kita, melalui sejarah berulang kali yang melanda Pas.
    Saya risau kerana kita mabuk rasa, mengejar kedudukan, status dalam politik, kita lupa hasrat rakyat. Kemenangan Pas bukan kerana Pas sebenarnya dalam PR 12 tetapi kerana kesepakatan kita, perpaduan kita. Yang ini sudah cukup elok. Bayangkan apa akan jadi yang elok dan kita hendak memperkemaskan lagi, tiba-tiba kita bawa selumbar dan sembilu, pembohong dan fasik politik ke dalam jemaah kita, sedangkan kita mampu membuat sesuatu seperti yang ada sekarang.
    Orang Melayu yang bebal, boleh dikatakan masih totok dengan cara lama. Kita dapat menawan orang bukan Melayu atas dasar yang kita ciptakan. Mereka sokong. Mereka percaya. Tiba-tiba kita khianati kepercayaan dan sokongan mereka. Apa akan jadi?
    Politik Islamiah tidak akan berjaya, politik kebangsan Melayu tidak akan ke mana kalau kita berlegar dalam dunia yang sempit, fanatik ini. Ia mesti melangkah jauh. Pemikiran orang bukan Melayu ada yang lebih baik dari pemikiran kita. Tak bolehkah kita berkongsi?
    Oleh kerana itu, kerana fanatik, kita hanya mengira ulama tidak boleh dipertikai. Kita fanatik (lihat komen dilaga) dan kita macam percaya dengan fanatik ini kita boleh menawan dunia.
    Sejarah Rasulullah sendiri tidak pernah berlaku tetapi kita memutar jarum ke belakang.
    Pas sekarang kena sedar, ia tidak akan selamanya dapat menawan negeri sekarang jika kedudukan, prinsip, imej dan gaya memerintah dan tidak pandai menjaga hati rakyat tidak diubah kepada satu kaedah yang lebih baik.
    Hilang sekali, Terengganu mungkin boleh menjadi contoh.
    Salam dan terima kasih.
    Saya yang serba daif; azizi hj abdullah

  1. Rizwan

    Dari Malaysian Insider...


    MCA: Non-Malays in danger of being left out

    PETALING JAYA: The MCA is against a unity government between PAS and UMNO because it will result in the Islamisation of the country.

    Spokesman Lee Wei Keat said a unity government would create a scenario where Malays would assume the country’s administration and non-Malays the Opposition, resulting in the rights of non-Malays being marginalised.

    “There is a hidden agenda behind PAS’ call, which is to strengthen its position in the country and implement its ultimate goal of setting up an Islamic state,” he said, adding that MCA opposed any PAS proposal to set up an Islamic state.

    “The resolutions tabled at the recent assembly have shown that so-called democracy, equality, justice and the slogan ‘PAS for All’ are mere rhetoric.

    “Their ulterior objective is to set up a theocratic Islamic state,” he said in a statement here yesterday.

    Jelaskan MCA menentang kerana takut Islam ditegakkan... Anda semua berada di landasan MCA juga?

  1. Anonymous

    Sekiranya kita yakin bahawa hanya dengan Islam kita akan di bantu oleh Allah SWT, maka fahamilah bahawa kekakalahan juga kerana kita masih belum berjuang kerana ALLAH. MAka, menerima atau menolak kerajaan perpaduan hendaklah berlandaskan "Kerana ALLAH", bukan kerana ianya UMNO atau Lain-lain perkiraan politik.

    Mustafa.

  1. DukeOfUMNO

    Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Sg. Petani Inn.
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

  1. Anonymous

    Salam tn milik blog ini,ana sangat bimbang dengan keadaan suasana pemilik2 blog kini terlalu bebas memperkatakan sesuatu isu dan mengupas sesuka hati sahaja sebebas-bebasnya...Disebalik kebebasan ada hadnya.Berkatalah sesuatu sebebasnya tapai tuan perlu ingat...Kadang kala apa yang kita perkatakan bolehmenimbulkan kondisi yang sangat tidak bai berbanding baiknya...Kalauburuknya tersanagt banyk dari baiknya janganlah cuba perkatakan...jangan bertindak di kotak fikiran sendiri seenaknya sahaja.

    Tak perlu suka sangat melabelkan sape dia ulamak dan siapa pula profisional..

    Apabila label melabel boleh menimbulkan suasana tidak baik dikalangan yg telah di anggap dan merasakan diri mereka di kalangan ulamak atau profisional...

    Tugas kita ialah bergerak cergas dan istiqamah demi menegakkan agama kita.

    Hentikanlah perkara ini,kerana kesannya buruk dalam perjuangan wadah islam itu sendiri..

  1. Unknown

    Tukya,
    Profesional ke, ulama ke, esok bila mati Allah taala tak tanya kamu sapa. Ulama? Lawyer?Ustaz? Tuan Megistrte (L.E.M.B.U - Kelulusan P.Ramli dalam Labu Labi),dan apa saja.Allah tanya apa kamu buat .Ikhlas tak ikhlas. Sejauh mana keikhlasan kamu. Ada apa-apa ke nak sangat jawatan tu. Kepemimpinan tu amanah bukannya peluang buat pitih.Sama-samalah kita berdoa kita tak silap lantik pemimpin.

  1. Unknown

    Salam,
    Tulis tuan sangat bagus tetapi sayangnya nama penulis adalah Azizi Hj Abdullah, jika tuan dapat mengubah nama tuan kepada TG Hj Hadi atau Ustaz Nasrudin, atau Harun Taib, atau TGNA, maka orang PAS akan membaca dengan otak lain. Ahli PAS masih mengamalkan siapa yang berkata, bukan apa yang dikata. Jadi jika bukan pemimpin PAS yang disanjung yang berkata maka semuanya salah, kalau pemimpin PAS yang berkata, semuanya betul

  1. Kacang Hijau

    Saya ada satu soalan..siapa yang kata kerajaan perpaduan PAS masuk UMNO? a)TGHH
    b)Utz nasa
    c)utusan meloye
    d)UMNo
    e)andaian sendiri

  1. Anonymous

    Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Azizi.Amat diharapkan semua pemmimpin PAS melihat perkara ini sebagai cabaran dan muasabah diri

  1. Korakora

    itulah cikgu, tak bertanding dalam eleksyen lepaih. kalau cikgu bertanding, kitorang pakat2 calonkan cikgu jadi timbalan presiden! :)

  1. shammel

    bagi saya kalau Tuan Guru Haji Hadi inginkan perpaduan, ia tidak sekadar menyarankan kerajaan perpaduan tetapi dia harus bubarkan PAS dan menyertai UMNO. Biar orang Melayu hanya ada UMNO sahaja. Tuan Guru Haji Hadi gatal mulut nak kerajaan perpaduan dan ahli PAS sekarang dah berpecah dua. Elok bubar je PAS.

    Penyokong PAS yg kecewa.

  1. Anonymous

    Adalah amat kecewa. Isu 'Pemerintahan perpaduan’ nampaknya telah membawa kepecahan dalam parti PAS. Ini akan terus melemahkan Pakatan Rakyat jika isu ini tidak diselesaikan dengan baik diantara pemimpin -pemimpin PKR ,DAP dan PAS.

  1. srikuala

    "Apakah kamu menyangka akan mendapat SYURGA begitu sahaja, sehingga datang kepada kamu ujian sebagaimana umat2 dahulu di uji,diuji dengan kemelesetan , kesakitan,kegongcangan, sehingga mengeluh para Rasul dan orang beriman 'bilakah datang pertolongan ALLAH' Sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat hampir"

    Iman kita masih belum matang sepenuhnya kerana masih dalam ujian dan tanya Iman yang ada dalam diri mampukah menghadapi serangan aqidah yang berterusan dari musuh2 ALLAH, sebarang keputusan hendaklah berlandaskan Al-Quran dan Hadis

  1. Anonymous

    SERUAN SAYA,
    APAPUN KRITIKAN KITA, MARAH KITA, PAS TETAP WADAH KITA.
    INI BUKAN PERPECAHAN, INI LUAHAN RASA DARI MEREKA YANG KRITIS.

    KENAPA SAMPAI NAK TINGGALKAN PAS?

    JIHAT APA BENDANYA KALAU BEGINI?

    AZIZI

  1. Unknown

    Salam Ustaz

    Saya bukan orang PAS dan juga bukan orang UMNO. Setelah meneliti perkembangan negara sekarang saya dapati PAS dari sudut perjuangan telah berganjak dari kerangka perjuangan asalnya. mungkin untuk menyesuaikan dengan aliran dalam Pakatan Rakyat.Tetapi dari sudut penglebaran pengaruh saya tidak nampak ianya berlaku. Ia masih ditakuk lama.Suara PAS nampak bergema sekarang kerana menang banyak kerusi dalam PRU 12 lalu. Ujian sebenar PAS adalah dalam PRU 13 nanti. Saya ramalkan PAS tidak akan dapat memngekalkan reputasi seperti dalam PRU 12. Banyak isu berkaitan Islam gagal ditangani PAS dengan cemerlang.Isu penggunaan perkataan allah saja PAS dilihat terumbang ambing. Berpecah, pro dan kontra dan ada berdiam diri takut salah. Waima ulamanya sendiri pun begitu. Masyarakat melihat perkembangan ini step by step termasuk isu TGNA di Kelantan.

    UMNO tengah lemah kenapa PAS tak mau ambil kesempatan jadi jaguh melayu. Kalau kerajaan perpaduan diwujudkan saya yakin PAS akan berjaya menelan UMNO kerana orang Melayu akan berpaling kepada PAS. PAS boleh berpolitik dalam kerajaan perpaduan ini dengan UMNO.Tapi malang sekali pengikut PAS sekarang banyak yang dah ego. Mereka merasa cukup kuat didalam Pakatan Rakyat.

    Dalam politik tidak boleh begitu. Telalu yakin sering memberi kesan tidak baik kepada diri. UMNO boleh jadi kuat didalam BN kerana fahaman sekularismenya yang sama dengan parti-parti lain. PAS tidak begitu. PAS parti Islam dan akan wujud keterasingan sampai bila-bila dalam perjuangannya walaupun bersama Pakatan Rakyat.Cuma satu saja yang boleh membawa PAS berada di hadapan dan memimpin negara ia adalah Melayu...

  1. khairulidris

    hanasofiya.

    ayat ko, ayat orang UMNO. dats all i can say. malays only make up 55% of total population. even UMNO couldnt win the country without other BN component. accept the reality dat we're living with other 45% different ethnics. this is MALAYSIA! not malay country.

    I AM MALAYSIAN FIRST
    SECOND MALAY

  1. Anonymous

    http://friendfinder.com/blog/hermesbags123
    http://glowindia.com/hermesbags123
    http://hermesbags123.homepage.ph/
    http://hermesbags.ihmanian.com/
    http://indoblogger.com/hermesbags123/
    http://www.myindospace.com/profile/hermesbags123
    http://hermesbags123.putblog.com/
    http://www.talkingforest.com/page.jsp?c=news&areaID=962
    http://hermesbags521.viviti.com/
    http://blogs.bigadda.com/bag5064334/

  1. Anonymous

    Adakah kemasukan Golongan profesional ke dalam parti PAS menyebabkan ulama dalam parti itu tergugat kerana Islam atau kerana politik survival mereka yang tergugat? perlu difikirkan...

    Achmad Abdullah
    http://ilmuamaltawakkal.blogspot.com