SEMOGA PEMIMPIN PAS TIDAK BERLIBIDO POLITIK

Posted by Tukya Labels:




Fasa 1:


“Malaysiakini jarang bohong!” demikian komen seorang bloger melalui SMS kepada saya apabila saya melepas senak kepala dan sesak nafas apabila membaca berita dalam Malaysiakini 17 Jun 2009, jam 11.14 pagi tentang press conference Dato’ Mustafa Ali kata tentang Kerajaan Perpaduan mesti libatkan DAP dan PKR.

Saya telah SMS kepada semua pemimpin Pas, AJK, Menteri Besar dan ahli semampu yang saya dapat nombor telefon. Saya tulis begini:

“Jika betul berita Malaysiakini, Mustafa Ali kata libatkan sama PKR,DAP dalam Kerajaan Perpaduan , ertinya Pas nak juga berpadu dengan Umno? Cis! Tahi kucing lebih wangi” -Azizi Hj Abdullah.

Saya dapat jawapan. Di bawah saya perturunkan komen mereka:

1. ‘Ustaz Hadi lantik Cikgu Pa bukan nak menangi hati rakyat, tapi nak jadi ayam tambatan hadapi Nik Aziz. Apa punya visi pemimpin Pas sorang ni? Ahli jadi pening. Terasa sangat kehilangan Ustaz Fadzil Nor.”’1:26 ptg.

2. “Ana rasa maklumat Malaysiakini pun jangan dipercayai penuh. Fitnah ke atas PAS n PR yang akan datang lebih dahsyat. Umno-BN berhempas pulas nak wujudkan supaya PR hancur. Baru depa puas.”-1:29 ptg.

3.’Harap baca Berita Harian muka depan. Pelag punya Pas.’ 1:08 ptg

4. Jarum Halus Umno sudah jalan- jaga-jaga.’-2:02 ptg.

5.Betul Dato’ Pa buat PC tanpa consult naib-baib presiden.’ 2:39 ptg.

6. ‘Aku tak faham sesetengah sikap pemimpin. Lagi pun kita tidak dapat maklumat tepat. Surat khabar semua pro Umno. Nanti laporan Harakah dan Keadilan.’-1:13 ptg.

7. ‘Nanti nak baca dulu, tak buka internet lagi kalau betul memang karut betul.’ 2:28

8. ‘Silat pulut saja.’-1:15 ptg.
9.’ Pas akan hancur selagi ada Hadi, Nasha dan Pa Ali. Puak-puak ni jugalah yang hancurkan kerajaan Pas Terengganu…mangkok hayun semua tu. Pakat-pakat gila kuasa.’ 1:16 ptg

10. ‘Cakap kat Mustapa Ali, hebah kepada seluruh negara saya teringin nak jadi menteri. Habis cerita. Kita boleh buka buku baru tentang puak-puak yang kelihatan begitu laparkan pangkat ni. Dan jangan teruskan semua lagak dan perangai Mustapa Ali dan kroni ni. Sekarang pun dah timbul rasa was-was dan pelbagai fitnah. Boleh kalah Manik Urai.”

Catatan: Semalam jumpa Khalil Idham Lim, solat maghrib di surau saya. Katanya, ada perentah tertinggi, orang lain dari Kelantan tak boleh kempen di Manik Urai. Takut cakap lain dari loghat Kelantan, orang Manik Urai tak faham.

11. ‘Bagus cakap macam tu. Puak-puak ni lapar nak jadi menteri.’ 1:15 ptg.

12. ‘Ingat kot orang Kelantan saja yang meluat, rupa-rupanya orang Kedah juga serupa,’ 1:26

Fasa II:

Kerana saya bukan Subky Latif, saya tak mampu ingat tarikhnya. Tapi saya masih ingat peristiwa. Satu hari saya membawa Almarhum Tn.Hj Yusuf Rawa, Presiden Pas ketika itu hendak solat Jumaat di Masjid USM. Saya tak buka pintu kereta ketika beliau hendak turun. Dengan berseloroh beliau buat-buat marah kepada saya:
‘Bukalah pintu . Perdana Menteri ni nak turun!’ katanya dengan ketawa.

Saya berkata; ‘ Maaf ustaz, saya tak suka Pas menang. Biar macam ini pun cukup.’

Hj.Yusuf Rawa marah. Katanya: ‘Awat, hang pikiak Islam ni hak Pas sajakah?’ (Ketika itu pun ada ura-ura tentang perpaduan macam inilah)
Saya jelaskan, saya mahu jihad orang Pas berterusan dan berkobar-kobar. Kalau menang, kita tak mahu berjihad lagi, asyik rebut kuasa nak jadi pemimpin.

Fasa III:

Memang media menjadi kesangsian kita hendak percaya jika ada laporan dari Pas. Tapi jika di antara kita yang meneliti laporan media, seperti kata pengulas salah seorang bloger kepada saya, Malaysiakini agak boleh diterima.
Soalnya seperti yang saya pernah tulis dulu. Pemimpin Pas, lambat sua mikrofon, ada-ada saja nak buat kenyataan. Adakah kenyataan Mustafa Ali tentang Kerajaan Perpaduan ini dikilas atau tak betul. Kalau tak betul bacam mana berita ini boleh keluar dan dari kenyataannya juga?
Mustafa Ali pernah beri amaran, soal Kerajaan Perpaduan jangan ditimbul lagi sebelum Manik Urai selesai. Tiba-tiba beliau yang gatal mulut.

Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita. Apapun buatlah keputusan secara berjemaah, bukan seorang, bukan dua orang. Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama.

Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai.

Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.

Perpaduan memang bagus tetapi apa yang digila-gilakan oleh kumpulan ‘G7’ ini tidak mengikuti dasar. Lakukanlah kalau dasar begitu dan lakukanlah jika keputusan berdasarkan dasar Pas.

Memang tidak ada apa-apa kenyataan akhbar itu. Tapi bacaan politik lain. Disebalik itu ada sesuatu dan yang jelas Mustafa telah termakan puji bajak wangkang Perdana Menteri yang mengatakan niat Pas ikhlas.

Kita sebenarnya masih bangang dalam helah politik. Kononnya kerana Islam itu baik, telus, tidak dendam, baik sangka, pemaaf, berpadu, maka kita boleh buat apa saja kerana kita ini Islam.

Betulkah? Yang betul ialah bagi mereka yang tidak mahu Islam, melakukan sesuatu yang tidak Islamik dan yang tak betul ialah kita yang mahukan Islam, tetapi tidak Islamik.

Kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.

Yang penting dalam politik ialah cerdik, bervisi, berwawasan manakala agamanya yang penting ialah mengawal visi, wawasan dan cerdiknya, diperkuat dengan kealimannya dan kewarakannya. Bukan kealiman dan keulamakan tetapi tidak punya wawasan, cerdik dan pintar.


Sekarang berlaku satu fenomena tradisi, iaitu apabila soal-soal kepincangan dalam Pas selalunya pemimpin menyalahkan media. Di pujuk ahli-ahli bawahan, jangan percaya media. Media musuh kita. Tetapi dalam masa yang sama beberapa hal yang berlaku, yang boleh melemahkan perjuangan dan semangat ahli dilakukan oleh mereka yang berpesan kena berhati-hati dengan media jugalah..

Jangan percaya kepada mediakah, kalau pihak atasan panggil media buat kenyataan. Jangan percaya kepada mediakah, kalau ada pemimpin yang sengaja tarik tangan repoter, minta siarkan kenyataan mereka? Tak percaya kepada media lagikah, kalau ada pemimpin yang syok nak jengol muka dalam TV walaupun ruangan itu perangkap atau menjeratkan mereka?

Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan kepusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.

Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?

Ditakdirkan jika diseret sama PKR dan DAP, redakah Pas dengan hati telus mulus, mardhotillah melihat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jadi TPM, Karpal Sing jadi Ketua Hakim Negara, Lim Kit Siang jadi Menteri Undang-undang. Ketika itu Pas akan berontak lagi. Ketika itu tentu ayat Qur`an tentang amanah, zalim dan munafik terus di baca.

Mahukah dan relakah pula dengan hati yang bersih, atas nama berjuang kerana Allah, Setiausaha Agung Pas akan jadi Setiausaha Agung Kerajaan Perpaduan manakala yang lain menjadi timbalan menteri? Atau bermimpikah Presiden Pas akan menjadi Perdana Menteri?

Hua...hua...hua....demikian ketawa Etong dalam Wayang Kulit Asun.

Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.




Perkembangan terakhir yang kita dapat tahu, alangkah kecewannya sebanyak 8 cawangan di Perak yang hendak menyerah borang keahlian Pas, ditangguh kerana ‘Chaos’ kerana pengamal ‘Chaosophy’ kerana ‘Criminalis Perfectus’ yang membawa kepada ‘Ekstasi’ dan akhirnya menuju kepada konsep ‘Libodo politik’.

Tuhanku, maafkan hambaMu jika pemikiran ini salah.

29 comments:

  1. me,myself n all around da world

    askm cikgu azizi,

    Saya sentiasa berdoa semoga dengan niat ikhlas pemimpin-pemimpin PAS dapat memandu mereka untuk menjadi politician yang bijak. Saya tidak berminat dengan politik tetapi saya berharap kuasa yang dicari oleh pemimpin islam itu hanya untuk diletakkan di tangan bukannya di hati.

  1. naimisa

    keadaan ini amat membimbangkan....

    ramai orang mula goyah.....

    entahlah....celaru sungguh!

  1. shameel

    Sejak dua hari lepas, saya berdoa seusai solat agar PAS tewas dalam pilihnaraya kecil Manik Urai. Kalau boleh biar terus kalah dalam pilihnaraya2 yg lain. Sy ingin lihat PAS kekal sebagai nampak ikhlas dalam berjihad. kerana itulah yg sesuai utk PAS. Ketika jd pembakang yg lemah PAS nmapak ikhlas berjihad tapi bila dah 'bertaring' mcm sekarang, PAS(hanya seekor dua sahaja) dah mula tergila-gilakan pangkat. Hampeh giler pimpinan PAS sekarang. Haji Hadi dah tak sabar nak jadi Menteri.

    Renungan buat pimpinan PAS/ Necmettin Erbakan dari Parti Refah dahulu pernah berkata, kita lebih suka menjadi pembakang yang kuat berbanding mmebentuk kerajaan yang lemah.

  1. abghalim

    Salam Ustaz
    Dari dulu lagi saya dok habaq....
    kita rindukan PAS yang dulu...
    dari akar umbi,tauk pi tang mana depa boleh....jangan jadi PAS kini peminpin tak tau nak jadi kepala kenduri doa selamat....
    takkan nak baca doa makan ja...
    tahlil...camna?
    tak kan nak panggil guan eng baca YASSIN pula kat kita....
    Biaq kita kalah dalam Politik tapi kita menang di AKHIRAT....

    PAS dah macam UMNO....kuat sikit ada yang gila kuasa....nampak sangat PAS kian Berbaju PKR..dan berjiwa PKR yang berbekas UMNO

    tak tau nak kata apa lagi....

  1. Anonymous

    Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah.

    Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri. Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”.

    Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”.

    Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak...(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

    (Petikan darihttp://www.mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2009/6/15/mstar_kolum_minda_mufti/20090615103849&sec=mstar_kolum_minda_mufti)

    mustafa

  1. Anonymous

    cikgu bukan di perak saja

    di tangan saya semua document telah siap,nama ahli 87 org,cuma nak panggil ydp rasmikan penaja cawangan pas ini.(kajang selangor)

    2 hari lepas 3/4 org yg hardcore ini suruh saya KIV dulu.depa tanya saya musuh politik kita skr ni siapa?
    saya terkedu nak jawap..err umno ke siapa?

  1. Abang Long

    Saya cenderung untuk bersetuju dengan Saudara Shameel dalam hal ini.

    Saya juga turut berdoa agar isu ini selesai dengan segera. Dan salah satunya ialah dengan berdoa supaya PAS kalah dalam pilihanraya di Manek Urai. Supaya kurang sedikit EGO Pemimpin PAS.

    Telah jelas kelihatan sekarang ini, sikap dan perangai ADUN PAS hampir sama dengan ADUN BN - UMNO.

  1. Anonymous

    salam cikgu,
    kalau boleh tolong la sampaikan kepada pemimpin berkenaan supaya bermuhasabah..situasi ini boleh memalukan pas dan perjuangan islam..plz...plz

  1. menjana ummah gemilang

    blog tuan azizi ni sedikit sebnyk memberi penjelasan dan kefahaman mencelarukan...tak payah bnyk sngt buat kenyataan itu dan ini,seolah tuan ni seorang yg kecewa dlm politik...mungkin tak dilantik apa2 jawatan2 atau peranan kot....kuat sangat berkokok...Pandangan tuan saya kecewa... Hormat dan sopan santun kata amat rendah ,Hormat sikit pada ulamak kita...

  1. Oh Me

    Wallahualam :)

  1. mymoksha

    Cikgu...semu ni dah jd haru biru..dok elok2 kuat tiba2 ada yg nak buat sampah dlm PAS, yg peliknya sampah ni dtg dr ahli jemaah sendiri..tak tahu lah apa nak jd dgn PAS..saya rasa kalau lah HUsam atau Mat Sabu yg mng dlm pertandingan Timb.Prsiden PAS baru2 ni, takkan jd haru biru lagu ni

  1. Anonymous

    Sdra Menjana Ummah Gemilang
    Silap besar apabila sdra anggap saya kecewa kerana tak dapat jawatan dalam Pas. Apakah sdra ingat jawatan dalam Pas itu besar sangat? Bagi saya jihad lebih utama, bukan jawatan. Kalau saya nak jawatan, buat apa dalam duduk dalam Pas berpuluh tahun? Tentang ulama, apakah sdra fikir ulama itu maksum sampai tak boleh disentuh dengan kritik? Sdra kena faham kritikan terhadap ulama itu kritikan dalam bentuk apa? Adakah kita mengkiritik ulama dalam soal dia meminta supaya umat bermoral, beribadah dan banyak bersedekah.
    Apakah kemampuan seorang insan dalam bidang penulisan, ia dianggap sebagai berkokok jika mengkritik ulama?
    Huh, kalau ulama tak boleh dikritik, tegur, apa jenis manusia kita ini. Saya jahil sejarah tapi dengar cerita, para sahabat pun pernah dikritik oleh orang biasa.
    Soal bahasa pun sdra ambil peduli. Sdra tak faham bahasa itu dalam bentuk apa?
    Kalau ini pun sdra tak suka, jangan baca blog ini. Blog ini blog saya. Saya tak paksa orang ikut. Saya lebih m,engharap kita berfikiran terbuka dan memberi teguran.
    Salam: azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    Salam Ustaz.
    Ana pun tak berapa gheti dengan kerajaan perpaduan ni. Cuma nak bagi tau ana macam dah tak seronok dengan PAS. Pendapat ana biarlah keaadaan Pas dan Pakatan yg berjalan sekarang dah molek perlu diteruskan. Moga PRU13 mendapat kemenangan. Kalau betul dah Gila nak jadi MENTERI abaikan saja dulu buat masa ini.Dengan izin Allah lepas PRU13 dapat juga kalau dah pegangan kita antara Pakatan kukuh.

  1. Zaidin

    Salam....
    Marilah sama2 kita berdoa supaya diteguhkan hati dan ditetapkan pendirian pemimpin2 PAS agar terus berjuang menegakkan Islam di bumi ini. Ketepikan persoalan yang boleh meruntukan keutuhan sesama ahli PAS setelah rakyat sudah mula nampak cahaya kekuatan di hujung terowong kepalsuan!

    Saya lebih suka PAS kekal dengan identiti dan dasar asalnya, tanpa tersasar dengan segala macam cadangan yang 'mengarut' seperti Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan sekarang ini. Ahli-ahli PAS dan penyokong tegar tentu sekali tidak mengizinkan PAS terseleweng ke jalan lain yang akhirnya akan memenangkan musuhnya sendiri.

  1. Kampung Kelawar

    Salam taazim,ustaz
    Mengikuti perkembangan PAS terasa kecewa dengan tindak tanduk dan kareneh pemimpin-pemimpin yang mula rakus.Terasa seolah-olah kepimpinan PAS yang beria-ia inginkan Kerajaan Perpaduan mengkhianati pengundi dan penyokong PAS.Bila keperyaan diberi PAS mula lupa daratan.Kepimpinan PAS kena faham dan sedar sokongan yang diberikan yang membolehkan PAS menang hebat bukannya undi dari ahli PAS tetapi undi daripada mereka yang bencikan UMNO dan telah muak dengan UMNO.Alih-alih PAS hendak bersekongkol dengan UMNO.Sepatutnya PAS gunakan kesempatan ini untuk mentarbiah dan memujuk mereka agar mereka ini terus suka PAS,bukan mengkhianati mereka.Jika ini terus berlaku dan ingin juga untuk meneruskan kerajaan Perpaduan,PAS akan lemah kembali dan pilihanraya ke 13,pakatan rakyat akan lenyap dan PAS akan terkubur dari persada negara.

  1. dilaga

    Sdr, Azizi,

    Kepada saya seorang rakyat biasa, cirit birit yang bersemburan selepas Muktamar ke 55 meninggalkan terlalu banyak soalan tanpa jawapan:

    1) Kenapakah isu Kerajaan Perpaduan yang digambarkan sudah tamat dibangkitkan semula dengan cara yang begitu mencurigakan? Muktamar di Ipoh sudah memutuskan, Presiden juga membuat kenyataan sebelum muktamar bahawa tidak ada lagi Kerajaan Perpaduan. Tiba-tiba saja ia meletup di dalam sesi penggulungan? Mesej apa yang mahu PAS hantar? Mesej apa? Ya, mesej apa? Boleh tolong jelaskan?

    2) "Pas for all" itu maknanya perpaduan Melayukah? Apakah ia semazhab dengan 1Malaysia? Atau ia slogan untuk kita jerit-jerit semasa pilihan raya? "All" itu ahli Pas? Orang Melayu dan ahli Pas? Cina Islam yang paling taqwa itu adakah di dalam kamus "All"?

    3) "Walak" kepada pemimpin itu apa? Tunduk dan ikut kepada yang namanya ulama? Kalau tidak kita akan berdosa besar? Begitu?

    4) Kenapakah hujah "Nabi Musa as juga diarah untuk berdakwah kepada Firuan" itu bermusim-musim. Apakah ia luruh mengikut musim, macam durian? Atau ia dipakai bila ada agenda tertentu? Apakah selama ini Pas tak pernah ajak, pujuk, tarbiah, saran, cerita, tegur, kritik UMNO bahawa ia tebal sekularnya dan Melayunya? Tak pernah? Oleh itu perlu ada kerajaan perpaduan?

    5) Apakah Pas merasakan ia sudah terlalu gagah? Paslah yang bakal menentukan siapa yang bakal memerintah negara ini?

    Sdr. Azizi,

    Tahniah kerana sdr telah menulis sesuatu yang pedas, keras dan tajam untuk sesetengah orang. Saya, seorang rakyat bersyukur kerana masih ada yang berani mengupas isu-isu seperti ini..

    Akhir kata, bukankah UMNO sedang ketawa besar? Siapakah pemikir Pas yang menyediakan tali gantung ke leher Pakatan Rakyat?

    Lihatlah betapa isu-isu besar lain telah tenggelam begitu saja:

    Kerajaan Perak yang haru biru, jambatan ketiga, penjualan pasir..kes mahkamah terbaru, replika 1998. Tahniah wahai pemikir Pas kerana turut membantu UMNO.

    Saya juga mohon ampun kepada Allah swt jika semua ini meleset dan fitnah. Tapi..bukankah itu mesej yang telah dihantar oleh pemimpin Pas? TGNA tolong jangan pergi dulu.

    Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui, ketahui kesedihan seorang rakyat.

  1. zammil

    sebenarnya tuan guru haji hadi tidak berpolitik.yang berpolitik adalah orang yang disekelilingnya.tanya hati kecil cikgu adakah sudah berubah akhlak haji hadi dan adakah telah berubah pendiriannya.jangan terikut tarian tarian pro jim, pro abim yang sememangnya berkiblatkan anuar ibrahim sejak dari dulu lagi.kalau bijak sangat anuar ibrahim tu kenapa beliau boleh tidak sependapat dengan arwah ustaz fazil seorang yang dianggapnya sebagai seorang sahabat..cikgu jangan buat buat tak perasan pulak yang kecohnya ni bukan golongan akar umbi tapi golongan........

  1. baihaqi hassan

    salam, maafkan sy,
    pada saya,

    kdg2 berdiam diri itu lebih bermanfaat n lbh bijak dari beriuh rendah..

    smg Allah merahmati kt semua..

    seeruu 'ala barakatillah..

  1. baihaqi hassan

    salam sejahtera buat cikgu azizi dan pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

    saya memohon jutaan kemaafan jika komen sy diatas menyinggung perasaan cikgu, sebagai org yg lebih tua dari saya..

    sebenarnya saya dah baca beberapa kali sebelum release kan komen tu, dan saya pk dah ok, tp bila dah release n baca semula, saya rasa macam saya bersikap kurang ajar kepada seorang yang lebih tua dan seorang yang berilmu lebih tinggi dari saya.. maafkan atas ketelanjuran saya dalam berbahasa.. harap cikgu dan para pembaca dapat memaafkan saya...

    sebebarnya, saya agak terkilan dengan sikap kita yang suka sangat nak bagi pandangan tentang kerajaan perpaduan, sedangkan kita semua masih belum jelas tentangnya..sebab tuan presiden tak pernah menjelaskan secara terperinci bentuk kerajaan yang ingin dilaksanakan...

    macam mana nak dibahas sesuatu benda yang belum jelas?

    saya amat teringin melihat semua orang berdiam diri dan menunggu kata2 dari pimpinan, kerana hanya mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan mereka akan bertindak mengikut tuntutan yang diperlukan...

    iAllah, saya yakin Allah bersama-sama mereka..
    Allah tak akan sia2kan perjuangan Islam yang pas bawa sejak zaman berzaman..

    saya, dengan ilmu yang tak seberapa ada meluahkan sedikit sebanyak, apa yang terbuku dihati tentang suasana yang berlaku lantran kerajaan perpaduan ini..

    akhir kata, maafkan jika saya ada ketelanjuran kata dan kekasaran bahasa..

    smg Allah menjaga adab kita semua dalam menegur dan menyampaikan pandangan.. -ameen-

  1. celaru

    Salam.....
    Saya sangat-sangat mengharapkan TGHA menjelaskan apa itu KERAJAAN PERPADUAN. Dengan penjelasan terperinci bolehlah ahli,penyokong,pengundi PAS menentukan arah sama ada memihak kepada yang benar (TGNA atau TGHA )

    Tq yang membaca.....

  1. Anonymous

    salam,ini kali pertama saya baca blog ni :
    thiqah pada pimpinan adalah salah satu rukun baiah yg digariskan imam hasan al banna.

    thiqahlah pd pimpinan kita

    jangan kita sbg ahli bwhan banyak sgt keluarkan pndapat sendiri

    "wahai orang2 yg beriman, jika ada orang fasik datang kpd kamu hendaklah kamu pastikan(kesahihannya)"

    moga Allah merahmati kita.....saudara muslim

  1. edolah

    ustaz,
    menyorot isu 'kjaan perpaduan?' yg heboh berlaku skg ditokok pula peranan media proumno(lebih kurang saja dgn BBC dlm isu pergolakan iran kununnya) mebuatkan saya jd rindu kpd pendekatan siasah almarhum fadzil noor semasa kepimpinannya..bagaimana almarhum menangani isu dalaman dan antarabangsa..mengapa tidak pemikirannya diperbahas secara serius atau dibukukan? memadaikah dengan adanya dewan fadzil noor sahaja, tanpa visi menubuhkan institut pemikiran fadzil noor, misalnya?
    pas dlm PR patut hati-hati dgn be end yg amat terdesak skg!

  1. Aidi Rahimi Ibrahim

    Salam Ustaz;

    BN, PKR... yang penting adalah Rakyat, Negara & Nawaitu..
    Yang Wangi atau Busuk bukanlah parti, tetapi individu yg memimpin.
    - (Demokrasi) - Democracy - it's a word which WAS not ours - Syura? sy masih cuba memahami.

    p/s: Ustaz sihat? Saya dah lama tak pulang ke Kulim.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Macam biasa la, apa yg berdongkoi dlm hati saya ni lain sikit. Pasai benda isu ni saya ambik mudah, sebab saya rasa alasan yang paling lojik ialah barisan pimpinan PAS celaru dan latah, anak buah PAS apatah lagi, dulu wala' & thiqah laa ni dah pandai caci maki pimpinan sendiri.

    Secara UMUM, barisan pimpinan PAS pun satu, cuba dengaq betui2 apa yg kawan sorang lagi tu cakap, ikut suratkhabar taik lembu pun dia kata wangi. Cubalah reti angkat telepon tanya sendiri menatang apa yg kawan tu kata. Ni main dengaq reporter lepas tu handoh orang tu dan orang ni.

    Perasan tak masalah2 ni timbul bila? Hanya selepas wujud team Pro Anuar kat dlm PAS lah menyebabkan perpecahan, jadi wala' tu dah bertukaq drpd Pimpinan PAS kpd DSAI. Ni nombo SATU.

    Nombo 2. Kalau matlamat asas nak pejatuh UMNO saja, saya sokong penuh Tukya, sungguh saya sokong. Tapi tu kerja kita ka? Pejatuh orang sana, pejatuh orang sini? Busuk2 pun kuboq kita sebelah menyebelah saja. Masa talkin pun tak dak beza, tak sebut pun pasai PAS UMNO ni. Mungkar Nakir cambuk serupa tu laa, sebab masing2 mengata hang aku..

    Ni Nombo 3. PRU 13 yang Pakatan menang besar tu Nikmat ka? Sampai 5 negeri tumbang, BE End sungguh bagi BN. DAP/PKR sorak yeee, PAS gawang serban merah seronok. Tok Guru kata Islamophobia DAP kpd islam dah berakhir.. BETUI KA? Ka depa lagi pandai perguna ISLAM untuk pancing orang2 PAS? Kalau betul depa dah sayang islam, pasai pa melatah, melenting bila sebut pasai hudud dan persoalan berkenaan islam sebagainya, DAP dok tegha tu laa, sikit pun tak berubah.. Jgn pecaya sangat kat depa tu, nanti mana tau masuk dlm buku sejarah yg Parti Islamlah penyumbang kearah "Kesekularan Malaysia"

    Banyak lagi yg berdongkoi ni..

    Tapi mintak maoh banyak2 la Tukya, kalau tak suka. Saya pun tak paksa..

    P/S - Yeee, minggu ni balik Selama..

  1. abghalim

    Salam....semua

    Ustaz!

    1.Sepertimana yang kita tahu Tuan Guru Haji Hadi pernah mengeluarkan suatu Fatwa atau Amanat yang dikenali AMANAT HAJI HADI.

    Dari amanat itu bermulalah perpecahan kaum Melayu yang berfahaman PAS dan UMNO.Kafir mengkafir pun bermula.

    2.Persoalannya apakah AMANAT itu tidak RELEVEN lagi pada masa kini bilamana kerjasama PAS dan DAP?

    3.Apakah Idea Kerajaan Perpaduan yang diwarwarkan dan diutarakan oleh Tuan Guru Haji Hadi dan disokong oleh Ustaz Nasha...ini semata-mata untuk menyuci dosa yang lampau dik kerana AMANAT HADI AWANG.

    4.Apasalahnya MELAYU bersatu dalam agama demi Kekuatan UMMAH Di Tanah Melayu ini.

    5.Allah telah memilih Melayu di Malaysia mendukong Islam.Kenapa kita tidak kembali bersatu bukan atas nama Parti tetapi atas nama Agama dan Bangsa.

    6.Kalau Melayu tidak mendokong Islam di Malaysia kepada siapakah Islam akan amanahkan...?

    7.Apa yang PENTING kini adalah PROFESIONAL dalam POLITIK.Jangan mengadaikan ISLAM kerana kepentingan POLITIK atau hajat peribadi.

  1. Anonymous

    ABI QALAM

    BAGUEH TU TULISAN. ADA BERISI, BERNAEH.
    SAYA PUN KADANG-KADANG PIKIAK MACAM TU JUGA.

    HAHH, JANGAN RISAULAH. KITA TERUSKAN PERJUANGAN. HEBUH SESAMA ANAK-ANAK, MACAM TU LAH.
    JADIKAN PAS TETAP PAS.
    SALAM
    AZIZI

  1. Suhaida

    Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. longge

    http://chanelbags.spaces.live.com
    http://chanelbags7.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwallet.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwatch.spaces.live.com/blog/
    http://chanelhandbag101.blog.com/
    http://chanelaha.blog.com/
    http://chanelbags01.blog.com/
    http://chanel1221.blog.com/
    http://fuckingchanel.blog.com/
    http://chanelahaaha.blog.com/