MEMPERKASA WANITA

Posted by Tukya Labels:



Di Perbadanan Perpustakaan Awam Baling pada 23hb Jun 2003, Prof Madya Dr. Siti Hajar Che Man dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM menganggap novel ‘Harga Sebuah Maruah,’ tulisan Azizi Hj Abdullah sebagai sebuah karya yang cuba mengangkat wanita dan memperkasakannya.




Prof.Madya Dr.Siti Hajar CheMan


Kenapa?

‘Lazimnya wanita jarang mendapat tempat sebagai watak utama di kalangan penulis lelaki?’ kata Prof. Madya Dr. Siti Hajar ketika mengulas dan memperkatakan nobel Harga Sebuah Maruah. “Saya sendiri sedikit hairan dengan pilihan nama watak wanita utama yang menerajui seruluh perjalanan plot novel ini. Mengapa namanya Cah?

Bagaimana riaksi Cah?’ Tanya beliau.

Mengapa janda? Tanya lagi beliau.

Itu juga dipersoalkan oleh Prof Madya ini. Menurut beliau janda adalah satu istilah yang sangat murni dari sudut kaca mata Islam malangnya di kalangan masyarakat istilah ini dianggap satu connotation yang negatif.

Tapi apapun, ianya sangat menarik, tambah Prof. Madya Dr. Siti Hajar. Menarik kerana pengisian ceritanya. Novel ini amat berlainan dengan novel-novel Pak Azizi yang lain. Pak Azizi juga telah membebaskan wanita dari kepungan patriarki lalu membina watak Cah yang perkasa.

Menurut Prof. Madya ini lagi, Pak Azizi telah memperkukuhkan watak Cah sebagai seorang:
1.Pembuat keputusan (decision makers)
2.Perancangan strategi
3.Maruah tanah bendang adalah maruah dan nilai diri
4.Sawah bendang adalah indentiti Cah
5.Caj isteri solehah
6.Jiwa Cah tidak boleh dinilai dengan wang ringgit
7.Sawah bendang adalah profesionnya.
8.Cah adalah dwi-kerjaya.
9.Cah memiliki visi dan misi.
10.Cah wanita kental, berani, bertanggung jawab.
11.Cah tidak berpelajaran tetapi belajar dari mengacaman.
12.Tidak bersekolah tetapi belajar dari pengalaman
13.Kegusaran alam adalah kegusaran Cah dan lain-lain kehebatan.

Majlis Bicara Karya anjuran Persatuan Penulis Nasional Kedan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara sangat memberi makna kepada penduduk setempat.

Menurut Azizi Abdullah, penulis novel tersebut, apa yang didapati dari Bicara Karya itu?

Katanya, renungan seorang pengalanilsa, pengkritik tidak sama dengan penulis. Tetapi kehebatan penganalisa seperti Prof. Madya Dr. Siti Hajar dan Dr. Sakinah yang membicara buku puisi Renung karya Saari AB telah melangkaui pemikiran pengarang itu sendiri dan mereka sebenarnya penyelak yang sangat tajam, teliti dan cermat.



Kanak, Dato` Halim `R`, Dr. Sakinah dan Saari AB

Saya sendiri tidak terfikir begitu wanita yang saya angkat, seperti mana yang diselak selidik dan renungan pengulasnya, demikian kata Azizi.

‘Saya kagum dan terpesona dengan selak kajian mereka!’ demikian kata Azizi.

-Pengelola blog.

5 comments:

  1. Unknown

    TAK NAK

    Aku kata Tak Nak
    tapi aku terus menunggang motosikal
    aku menyedut asap
    aku melepaskan asap

    Aku Kata Tak Nak
    tapi aku melepaskan asap
    dari keretaku
    untuk disedut pejalan kaki
    penunggang motosikal

    Aku Kata Tak Nak
    tapi aku memiliki lori
    aku memiliki bas,keretapi
    aku menyebarkan asap ke seluruh tanah air
    kepada semua untuk disedut

    Aku Kata Tak Nak
    tapi aku mengotorkan angkasaraya
    dari corong asap kilangku
    dari kapalterbang ku
    aku nipiskan ozon
    tapi aku di muliakan

    Aku Kata Tak Nak
    aku menggalakkan mereka bertani tembakau
    aku subsidikan mereka
    aku bantu mereka untuk membakarkan orang lain

    Aku Kata Tak Nak
    aku membiarkan ia dijaja
    aku cukaikan mereka berganda
    aku jadi kaya raya

    Aku kata Tak Nak
    aku berikan Amaran
    aku gambarkan penyakit
    barah
    keguguran
    kaki berkudis

    Aku Kata Tak Nak
    Kerana aku HIPOKRIT
    Sebenarnya aku nak duit
    Duti cukai yang tinggi
    Aku tahu mereka PEROKOK TEGAR
    Esok nak mati mereka merokok

    Kalau Aku Jujur Tak Nak
    AKU HARAMKAN TERUS


    abghalim
    28-6-09

  1. Anonymous

    HALIM,
    rAJIN KAU MENULIS. dAH KAYA JADI TAUKEH LEMBU?

    US. AZIZI

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Wanita memang perkasa.. Hari ni saya baca berita dlm HMetro, Tragedi diasrama UTM. Seorang siswi ditemui mati akibat bersalin sendirian, dah dua hari baru jumpa, sekali dgn anaknya pun mati. Sedih sungguh tukya. Terbit ayaq mata. Terus saya teringat posting blog wanita perkasa ni..

    Semoga Allah ampuni dosa dia, dan anugerahkan balasan yang baik untuk dia.

  1. Anonymous

    Perilaku luaran yg buruk bagi:

    Lelaki:
    Merokok depan khalayak ramai, termasuk anak isteri. Selamba aja.

    Perempuan:
    Dedah aurat yang over, sampai nampak lurah, ketiak , betis & peha, serta ketat.

  1. jokerlive22

    เล่นง่ายได้เยอะ เครดิตฟรี live22โบนัส100 slot online ที่นี่คลิก
    https://www.live22easy.com/