Banjir Arak Di Kuala Lumpur?

Posted by Tukya Labels:

-Azizi Hj Abdullah
Mohd. Ridzuan Mohamad.


Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?

Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.

Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.



Orang kampung minum air daun ketum sajalah


Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.

25 comments:

  1. Unknown

    KITA TUNGGU TANAH RUNTUH DULU ATAU KONDOMINIUM REBAN ATAU BANJIR KILAT ATAU KEBAKARAN BESAQ....

    BARU DEPA AKAN KATA....BALASAN TUHAN.

    YB ,YAB KITA ASYIK BEREBUT KERUSI PARLIMEN SAJA. MANA ADA MASA NAK PIKIAQ SEMUA TU

  1. merbok

    salam ustaz
    dunia akhir zaman memang macam ni.. yg penting jom pakat-pakat tarbiah/dakwah kat diri sendiri... bila dah mantap kita pakat-pakat tarbiah kat keluarga, lepaih tu kat jiran-jiran... insyaAllah kalau semua pakat-pakat buat.. mudah-mudahan lepas la kat titian sirot... la ni memang tak lepaih laa.. mau kalu turun azab Allah memang kena kita semua ni..

    apa-apa pun kita mesti dok dalam jemaah.

  1. NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

    salam ustaz,

    mampuih depa ni nak paham dosa dan pahala.Biru berdengung ni uztad pun tau perangai depa.Kalau mai azab Allah pun depa kata bencana alam.

  1. Haniyeh

    Salam ustaz,

    Kisah benar, seorang sahabat saya cerita masa dia kerja di salah sebuah hospital swasta dulu di KL, majikan dia seorang doktor berbangsa melayu memang biasa minum arak. dasyatkan, padahal medical doktor tu.
    Wallahualam, semoga Allah beri hidayah kepadanya.

  1. me,myself n all around da world

    askm ustaz azizi,

    Jika angka itu menunjukkan peratus rakyat malaysia yg meminum arak, mengapa warga KL yang menjadi mangsa?

  1. edolah

    ustaz,
    lagi bahaya apabila menogok arak kuasa...mabuknya sehingga memufliskan negara !

  1. Acik fosilmitra

    Salam ustaz,

    Kalau dilihat kpd "pegawai atasan" Carlberg di Mesia sendiri sudah pasti kita akan terkejut kerana ada nama² "melayu" disana... Cubalah ustaz selidik dan masukkan sebagai additional information dlm artikel ustaz... hehe

    acik fosilmitra

  1. Anonymous

    Adlah blogger(dua orang)kite yang cerita kan 1. ada syarikat dari negeri IRAN,berpanglan di Putra jaya merancang buka kilang beer "halal" di malaysia.
    Kilang ini bolih membekal malaysia dan rantau nusantara.
    2.Ade blogger yang baru pulang dari IRAN menceritakan pengelaman beliau minum beer"Halal" di IRAN. Beliua rase was was selepas pengelaman itu,tapi tidak mahu buat ulasan lanjutan.(takut akan kepentingan tertentu kut).
    Saya tidak setuju dengan cadangan mendirikan kan kilang beer "Halal".
    Banyak sebab sebab saya nak luahkan tapi biarlah kilang di hebohkan ke baru orang Islam nak sedar akan bahaya mengikut cara cara kapiaq.
    Kes halal beer ada lah satu kehinaan kapada MUKMIN.
    Macam macam kilang dapat di dirikan di tanah Melayu Islam..
    Tapi tak... nak beer jugak.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.
    .

  1. Unknown

    Salam

    Kita nantikan MB Selangor ROBOHKAN kilang ARAK yang BN bina Di Selangor.....

    Jangan takut BN marah pula (dengan seribu alasan)...tetapi TAKUT pada KEMARAHAN ALLAH

  1. Anonymous

    halim,
    betulkah tu. jujurkah kata-kata itu atau nak perli mb selangor?

    ustaz

  1. Unknown

    Warkah Terbuka Untuk Perdana Menteri
    Assalamualiakum.....YAB
    Semalam hamba bermimpi
    Didatangi seorang tua serba putih
    Jubahnya putih
    Rambut,misai dan janggutnya putih
    Serba putih....wajahnya berseri

    Dalam mimpiku dia berpesan
    Agar amanat ini disampaikan kepada YAB
    Katanya Allah telah berfirman....
    Mahfumnya
    Wahai Nabi,
    suruhlah isterimu,
    anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman,
    agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya;
    Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali,
    maka mereka tidak akan diganggu.
    Dan Allah adalah Maha Pengampun,
    lagi Maha Mengasihani.
    (59 - aL ahzaab)

    YAB,
    Sekiranya amanat ini ditunaikan
    Dia percaya dan yakin
    Segala amalan dan pemerintahan
    Akan diberkati Allah
    Kau akan lebih disanjung tinggi
    Kemenangan besar akan dirasai
    Pada hari-hari yang mendatang

    YAB,
    Ampun dan maaf
    Kiranya warkah ini mengganggu hidupmu
    Hamba tidak berbohong
    Cuma penyampai amanat orang
    Sekiranya diragui kejujuran
    Hukumlah hamba ini......

    Salam Hormat
    Hamba rakyat yang hina

    abghalim
    7-7-09
    sesudah zohor

  1. Pelita Di Dalam Kaca

    Assalamualaikum.
    Semoga ustaz yang saya hormati sudi menjenguk blog saya.Saya pernah bergambar dengan ustaz sempenan hadiah cerpen DBP Maybank tahun 1990an dahulu.
    Ada banyak perkara yang kita memiliki persamaan dan boleh berkongsi.
    Sekian.Wassalamualaikum.

  1. Anonymous

    sdra pelita dalam kaca

    saya dah tak ingat. terlampau lama dan saya ni pelupa.
    maaf tapi kalau perkenalkan diri, sua muka, jumpa, alangkah baiknya.

    di mana?

    salam.
    saya dah jengok blog. bagus.

    azizi hj abdullah

  1. Ameen Homestay

    runtuh 2,3 bangunan pun..bukan reti nak insaf puak2 nih...menangis la 2,3 hari atasa musibah..lepas tamat tahlil..ronggeng sampai lingkup..ronggeng dan togok sampai pagi !

  1. BIDUKBERLALU

    KAUM MUDA LEBIH TAK SUKA PAKAI 4 MAZHAB.. KATA MENYUSAHKAN .. LU PI TANYA GURU PONDOK TERUTAMA PONDOK PASIR TUMBUH YANG SANGAT ANTI KAUM MUDA YANG TERSASAR JAUH.. LAGIPUN TOK YAB PERNAH DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENONJOLKAN PAHAMANNYA TERHADAP KAUM MUDA.. RAMAI ORANG PAS TAK TAHU NI.

  1. hary

    MINTA MAN3108TANYA INSTITUSI PONDOK PASIR TUMBUH.BUAT JUSTIFIKASI ATAS PENERANGAN MEREKA. SELAMAT BERTENANG..
    TAPI BUKAN SEMUA JADI WAHHABI@KAUM MUDA NI. CONTOH, TIM yab KELANTAN, BUKANKAUMMUDA,JUGA KETUA DEWAN ULAMA PAS BUKAN.., TOK GURU PRESIDEN BUKAN JUGA...SAYA NAMPAK SEJAK TAHUN 80AN, DEKAT INI NAMPAK SANGAT PERBEZAAN JELAS PADA ARAH TUJU PAS. BENARLAH KATA ANAKNDA KEPADA NIK AZIZ TENTANG PEKERJA2 BODOHAN DALAM LINGKARAN NIK AZIZ TU. SAYA SOKONG PENGHAPUSAN KAUM MUDA DARI DALAM PAS..

  1. razifembi

    Uztaz,

    Malaysiakan negara "boleh land'"

    Semua boleh ...

    kalau nak kata Negara Islam Hadhari hari=hari pun boleh ...

    minum arak hari2 pun boleh ...

    Ini lah tanah di mana benda2 ajaib sentiasa berlaku ...

  1. Anonymous

    Ustaz,

    Mmg menyedihkan bila saya melihat pemandangan sekitar jln bukit bintang, dan lain-lain melalui kaca monorail..lebih menyedihkan anak2 Melayu Islam berpakaian tetapi hampir berbogel turun di stesyen bukit bintang..mungkin kita tahu ke mana mereka akan pergi..sy hanya mengharapkan agar Allah menunjukkan murkanya kepada mereka yg tidak kenal erti syurga dan neraka..

  1. Anonymous

    Selalu banjir diKL? sebab arak?
    Ini menarik, perlu dikaji itu.

    azienmat

  1. malaysia baru

    Nampanya kita tersalah pilih.
    Kita pilih BN/UMNO jadi kerajaan kita...kerajaan BN/UMNO beri lesen untuk buat kilang arak dan jual arak di merata tempat...

    Nanti kita pilih kerajaan lain bukan BN/UMNO...

  1. Sangkuriang

    Ribut sakan kat Kedah baru-baru ni, macammana pulak Ustaz?????

    PASAI TAK TUTUP-TUTUP LAGI KEDAI ARAK/JUDI??? TAK GITU??

  1. Sangkuriang

    Ye.ye..PAS S'ngor dah ada telur...

    PAS Kedah..??? Duk serupa ponen @ darai macam tu la..

  1. Anonymous

    Wah, tajuk ini memang "kashaf", sebab dalam tempoh 10 hari kebelakangan (1hb- 9hb Ogos) kebanjiran arak menjadi buah mulut di Kuala Lumpur DAN Selangor.
    Ade ke kepimpinanan Islam nampak tak bencana yang melanda Umat Islam di KL DAN Selangor ?
    Siape yang bagi jalan ?
    Siape yang meraih keuntungan besar dalam perniagaan Arak ?
    Takkan boikot aje ?
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  1. Lebah Hutan

    dulu PAS dapat takluk Kelantan, perkara pertama Tok guru buat tutup judi ngan arak, aku mmg suka.... tp kedah sampai skarang blum buat, blum cukup kuasa ke hape?? or sayangkn cukai hasil pendapatan?? Perak pun masa Nizar ada kuasa tak jugak buat mcm tok guru... takkan tak cukup masa... Selangor pun kawan2 pakatan yg pegang takkan PAS takde pengaruh nak tutup abis judi ngan arak??

    negeri lain takyah cakap la sb BN still pegang... Harap negeri2 yang PAS dapat kuasa tu tolong la kuatkuasakn terus pengharamannya... skali dah haram, insya'allah takkan d buka lagi walaupun dah ditakluk balik BN semula.

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.