Catatan 31 Julai 2009.

Posted by Tukya Labels:



Dapat sms dari beberapa orang kawan memberitahu ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Sms bermula dengan bukan perkhabaran kematian tetapi intronya; Pilihanraya pula kita…

Begitulah…Alfatihah…

Ketika ziarah mayat belum tiba. Sempat jumpa YB Mujahid, YDP Pas PP dan lain-lain. Ketika beredar saya tinggalkan pertanyaan di tepi pokok bunga: Siapa yang nak ganti Hamdan. Tapi yang penting lagi: BN nak lawan ke dak?

Yeebabbbb!

Tiga empat hari demam, otak jadi letih. Surat khabar sudah lama tak baca. Cup-cup belilah satu, melentang abau bukalah nak baca. Jadahnya bukan berita yang dibaca tapi pertanyaan yang menojah.

Diantara berita itu ialah:

1. Kira-kira sejuta pil eramin 5 diseludup masuk melalui pusat kargo udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Nilainya dua puluh juta.
Hairankah?

SPRM tak pula ambil tindakan siasat ‘bagaimana dua puluh juta boleh diseludup,’ sedangkan RM2.40 berhogah-hogah nak siasat.

Yeeebabbbb! Kereyau tukang karut boria.

2. Bajet 2010 kurangi beban rakyat. Seorang Tim. Menteri Duit Ringgit kata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

Yeeebabbbb! Nak tergelak pulak.

Husin Kudung Jari kata; “ Apa ni? Belum bajet bentang, tambang bas dah naik, tambang bas sekolah melalut. Harga itu naik, harga ini tak turun.

Takkan bajet nanti, yang naik itu akan turun? Makngah Ceruk Bemban merungut, Astro dia naik jadi RM71 dari RM59.90. Jadah apa, katanya.”

Yeeebabbbb!

3.Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno akan minta Khazanah Nasional Bhd berunding bagi mengambil alih semula pegangan asing dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas)

Berita lain pula kata, Kementerian Pertanian dan Industri Tani sedang berunding untuk mengimport beras dari Kepulauwan Sulewasi kerana selama ini kita memberi tumpuan kepada Thailand, Vietnam dan Kemboja.

‘Laaaaaa...’ Lebai Taha sendawa sakan. Terangkat ketiak, nampak bulu ketiak semerngam. ‘Selama ni aku makan nasi berbulu perut, ingat kot beras kita ni beras Mada atau Sekincan.

Pelik, musim menuiai padi aku harga murah, potong sana potong sini. Tapi beras dok import juga. Apa hai?’

Yeeebbbabbbbb! Tempik tukang karut boria.

Teringat beberapa tahun yang lalu apabila meninjau pekebun kelapa di Bagan Datok. Buah kelapa bersepah-sepah. Tanya pekebun. Kata mereka harga murah, tak laku. Tapi dalam waktu yang sama kelapa berjuta-juta diimport dari seberang.

Huaaa...huaaa...huaaaa. Yeeebabbbb!

Terakhir:

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno kata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, bagi mengadakan pertemuan empat mata berhubung cadangan wacana ilmiah antara kedua pihak.

Laaaaaaa.....masih ada lagi runding berunding. Ada lagi dalam diam, dalam senyap, dalam sepi, dalam rahsia, dalam...dalammm poket menggentel-gentel pasal nak berunding?

Yeebabbbbbb! Kita tengok sejauh mana tanjak Tantawi bersilat tepis.

“ Politik sekarang dah tak main debat mendebat. Dah ketinggalan zaman. Tak ada kerja lainke? Apakah dengan debat itu Umno boleh faham dasar Islam? Boleh terima perjuangan Pas?
Kalau macam tu kena belajar politik semula nampaknya,” demikian kata Wak Brahim dari Kuala Pahang, cicit piut Mat Kilau.

Yeeebbabbbbb! Sorak tukang karut boria.

azizi hj abdullah

-Sri Malaysia Alor Setar.

11 comments:

  1. Aidi Rahimi Ibrahim

    Salam Ustaz..:-)

  1. Zolkharnain Abidin

    14 Ogos akan datang pelancaran penghayatan Islam kaffah di Perlis. Akan ada program yang dirancang yang akan melibatkan ustaz insya allah.

    Satu lagi, macam mana nak cari duit nak buat teater menanti kata tuhan?

  1. Anonymous

    us.zol
    insyaallah. bagus.
    pasal nak cari duit nak buat teatter,cuba risik majlis mufti. dulu majlis ini ghairahbercakap tentang seni budaya islam.

  1. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR)

    assalamualaikum ustaz..

    saya menyinggah di blog ustaz..
    sy dulu bekas anak murid ustaz di srk tunku malik kulim.
    tak sangka ustaz ada blog di sini.
    bole la sy singgah selalu...

  1. razifembi

    Macam-macam kisah politik ini.

    poltik=berbagai-bagai taktik.

    relaxjom pening kepala

  1. Unknown

    Salam

    Kalau nak cari salah KERAJAAN aka BN memang berlambak hak.
    So apa kata kita perbaiki diri kita pada kesempatan mentadbir negeri...
    Dapatkan tanah anugerah kerajaan negeri dan kita usahakan perbagai projek pertanian dan penternakkan..
    InsyaAllah kita tidak akan bergantung harap lagi kepada kerajaan pusat..
    Kelantan kalau kita bela lembu diladang seluas tanah terbiar...
    Nik Aziz tak payah bersusah payah dok berkelahi dengan UMNO yang bodoh piang tu....

  1. 2x5

    Memandangkan ustaz dah mai Aloq Staq, ustaz tak mau komen ka perkembangan yg terbaru dari kaca mata ustaz terhadap kebersihan bandar Aloq Staq ni??

    Macammana?? Bersih ka sepertimana bersihnya perjuangan murni pimpinan sekarang?? Belemoih ka..serupa kesejahteraan monyet membuat selerak??

    Kalau isu kecik ni pun duk terhegeh-hegeh.., tok sah dok sembang la bab rethorik tu..

  1. Anonymous

    anakanda nur,
    terima kasih.
    abang halim
    lembu tu dah beranak sakankah? tkkan nak umno selamanya.
    2x5
    lihatlah akhbar UTUSAN PENGGUNA keluaran SEP/OKT nanti. adaah sikit hentam pasal sampah.

    salam dari azizi abdullah

  1. uncle gedek

    Yeebabbbbbb!

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Salam dan maaf kerana keluar tajuk posting tuan. Saya nak petik kata-kata almarhum pemimpin, (siapa lagi kalau bukan UMNO), Tunku dan Dr. Ismail tentang ISA, (bukan Nabi Isa):

    Tunku:

    "Rakan-rakan saya dalam kabinet dan saya berjanji kepada Parlimen dan negara bahawa sesungguhnya kuasa yang amat besar yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak akan disalahgunakan untuk membungkam peranan pembangkang dan juga penentangan yang sihat"

    Tun Dr. Ismail:

    " Saya yakin ISA yang diamalkan di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi. Sebarang penyelewengan pelaksanaan Akta tersebut akan dikawal oleh pendapat rakyat yang peka melalui pilihan raya, kebebasaan akhbar dan lebih-lebih lagi Parlimen"

    Begitulah kira-kira bunyi janji-janji yang menjadi wasiat kepada pemimpin UMNO sekarang.

    Puak-puak ni patuh dak wasiat tok nenek depa?

    Kalau ya, bagaimana? Kalau tidak kenapa, tak patuh?

    Tak kesian dekat arwah Tok-Tok nenek kita?

    Hormat saya:

    Barajiwa.

  1. kiff2011

    assalamualaikum ustaz..

    Sy nie memang peminat novel2 karya Ustaz sejak di bangku sekolah.Baguih jugak Kementerian Pelajaran gunakan Novel Seorang tua dikaki gunung sebagai novel contoh .Terkenal juga nama Ustaz masa tu...kini dan entah sampai bila pula.
    Pendapat Abg halim memang wajar diutarakan dan bernas sekali.Tak perlu kita mengharapkan simpati kerajaan pusat.Perkayakan dgn apa yg kita miliki.Masih terdapat banyak sumber2 pertanian yg boleh diusahakan.
    Diharapkan Pentakbiran Ustaz Azizan berjaya meniti kejayaan dan menjadi contoh negeri dibawah pentakbiran PAS.Sewajarnya kita menjaga keperibadian,bicara dan ahklak supaya menjadi contoh kepada org lain.
    (Mencintai Ilahi,Cinta yg abadi)