Catatan 15 Ogos 2009

Posted by Tukya Labels:

1. Munaqasyah


Tuan Ibrahim Tuan Man, orang kuat Pas tahun ini.


Mulai jam 2 petang hingga 6 petang, gagah-gaah ikuti Munaqasyah Ucaputama Presiden Pas di Muktamar Pas yang lalu di Komplek Pas Batu 9 Kota Sarang Semut. Kertas Tuan Ibrahim Tuan Man menjadikan saya berfikir:

Sebahagian di dalam Qur`an hanya ada hukum, bukan pelaksana. Contoh, arak adalah haram. Melaksananya hukum bukan Qur`an, tetapi manusia. Ia memerlukan kaedah dan cara berpandukan hukum itulah.

Ada bangkangan?


2. Bangsal apa pula?


Khemah pegawai polis untuk menjaga keamanan pilihanraya kecil Permatang Pasir nanti.


Balik dari Munaqasyah lewat jalan Bukit Mertajam, dekat Taman Ciku, saya terbelalak hairan, khemah apa yang sebigini besar. Semua cat putih. Besi tiang dan dinding masih berselewang pukang lagi. Tak tersusun.

Tanya sana sini baru dapat tahu. Inilah khemah anggota polis yang akan menjaga keamanan dan kepentingan awam menjelang pilihanraya Permatang Pasir Ramadan ini.

Dulu pun macam ini juga tapi bila ada perentah tak jadi masuk bertanding lawan PKR, khemah itu terbengkalai separuh jalan. Tak ada pun pegawai yang mendiaminya dan peliknya tak ada pula polis yang mengawal penuh jalan sepanjang kempen pilihanraya di Penanti dulu. Tapi belanjanya tentu juta-juta juga.

Kini, cup-cup apabila BN nak lawan, seolah-olah akan muncul huru hara, rusuhan dan pergaduhan. Pelik.

Andaian kita, kalau mahu elak dari pergaduhan, rusuhan, kempen tidak sihat atau apa-apa keburukan, pilihanraya janganlah disertai oleh BN. Jika tidak beginilah.

Saya terima SMS sebaik-baik saja pulang dari Munaqasayah. Katanya, ada kem-kem polis dianjur majlis bacaan Yasin minta doa selamat agar mereka selamat sepanjang mengawal kempen pilihanraya.

Masyaallah…..bla…bla…blaaaa. Ketahuilah, jika tidak buat begitu, tidaklah jadi begini. Jika tidak buat begini, taklah jagi begitu. Jadi, janganlah buat begitu agar tidak jadi begini dan jangan buat begini supaya tidak jadi begitu. Wallahu aklam.


3. Tentang Benci

Barulah saya sedar dan kesedaran ini berAlhamdulillahlah saya kerana telah menyedarkan saya yang telah tua ini.

Mendapat e-mail dari yang bernama NASI SIRU, rupa-rupanya ternyata dia adalah seorang manusia dari 25 juta di Malaysia ini yang cukup benci pada saya dan juga bidang penulisan saya.

Puncanya satu, kerana saya mengisytihar sebagai orang Pas. Ternyata dia yang mendakwa sedikit sebanyak Umno, menganggap penulis kreatif sebagai orang hancai, tak berguna.

Katanya kepada saya sebagai seorang penulis:

“Orang Umno dan Pas sama saja iaitu Melayu. Hasad dengki pasti ada. memang betoilah, buat apa bagi kat orang yang akan gigit kita balik. Ramai lagi orang (sasterawan) yang menyokong kerajaan dan setidak-tidaknya tidak terlalu menghentam.

Pada saya ustaz harus meninggalkan perjuangan sia-sia. Habiskan sisa-sisa hidup yang hanya tinggai 'ehsan' daripada Allahtaala tu dengan bertaubat, kerana banyak karya ustaz yang masa lalu tidak memberi faedah untuk ke jalan akhirat.

Cerita khayalan, rekaan yang diselang seli cerita separuh lucah, maki hamun, bahasa kasaq yang mungkin menjadi ikutan. sapa nak jawab tuuu

Jumpa lagi.”

Pada saya, saya tidak kesal dan marah, tapi dukacita kerana masih ada lagi manusia sepsis seperti ini. Apakah amalan ini sia-sia?

10 comments:

  1. NIZAM MAT SAARI

    Cikgu,

    Saya rujuk catatan yang ketiga tentang "benci".

    Saya mungkin berbeza pandangan dalam isu politik kepartian sebab saya bukanlah penyokong total PAS atau pun penyokong melulu UMNO.

    Namun, saya menghormati dan mengagumi Cikgu lewat karya-karya Cikgu yang pada saya banyak pengajarannya.

    Membaca "Seorang Tua di Kaki Gunung" dan "Bapa" pernah membuatkan saya menitiskan air mata dan berasa mahu lebih menghormati orang tua saya.

    Pada saya, biarlah kita bersikap objektif pada perkara-perkara yang bukan bersangkut paut dengan politik pun.

    Cikgu sebagai orang PAS satu hal. Cikgu sebagai sasterawan pula satu hal yang lain. Saya tidak setuju kalau Cikgu dilihat dalam sentimen politik yang mengenepikan karya-karya Cikgu yang bagus-bagus itu.

    Sama juga dengan Shahnon Ahmad dan Pak Samad Said. Tidak bermakna kalau mereka sudah menyokong pembangkang maka karya-karya agung mereka juga perlu diletak ke tepi. Yang rugi nanti adalah bangsa sendiri.

    Kalau itu yang berlaku (penolakan karya hanya kerana dia orang PAS atau menyokong pembangkang) maka terbuktilah Melayu yang dikatakan hasad dengki dan tidak matang itu.

  1. Anonymous

    Ustaz...

    Politik itu letak di sebelah.Kebanyakan karya ustaz tidak terlalu mengkritik kerajaan atau pembangkang. Walaupun saya bukan penyokong fanatik dan taksub pas dan tok guru, malah juga bukan peyokong gila BN, ( salah tetap slah , tak kira mana-mana lah), saya kagumi ustaz sebagai seorang penulis yang dianugerahi Allah sebagai penulis. Sejak sekolah rendah lagi saya mengenali karya ustaz...teruskan menulis ustaz..kadang-kadang kita tak mampu memuaskan hati semua manusia...

  1. naim

    tentang benci.

    Semoga diberi hidayah kpd pengirim emel itu.

    Mungkin dia masih belum mahun belajar yang betul.

    Apa pun, semoga terus perjuangkan kebenaran.

  1. Norkifli Abdul Hamid

    Setuju saya dgn pendapat Saudara Nizam Mat Saari .Golongan pemikir lebih byk membaca berbanding dgn golongan fanatik yg taksub kpd sesuatu pemimpin sahaja.Banyak karya2 yg baik di kambus dgn ketaksupan sesuatu parti politik cthnya karya Shit-Shahanon ,Delima Melayu-Mahadir,Bapa- Azizi dan Mengapa salahkan musuh- Assahari dll.Dewan bahasa & pustaka perlu telus dlm mengangkat karya2 terbaik tanpa mengirakan parti politik dan bangsa.

  1. CikguRozie

    Tentang benci...
    Bertuah ustaz dapat menyumbang dgn cara ustaz dan saya sebagai org yg menikmati karya ustaz ternyata saya bersetuju dgn pendapat nizam mat saari. saya turut muhasabah diri ttg tanggungjawab saya pada ibu bapa dan anak didik saya apabila membaca karya ustaz.

    pada ustaz...semoga bertambah kekuatan utk berkarya. Selamat menjalankan Ibadah puasa

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Dalam bab ni saya tak gheti betui.. bingung kepala otak.. bengong sungguh!

    Saya dah naik muak muai dah baca pasai jahat baik politik ni... Laa ni islam pun dah kena nilai dengan politik.. hang islam mana? Islam Pas ka islam Umno ka islam PKR ka islam DAP?
    Tak dak langsung berita sesejuk salju bila buka media.. tak kiralah, surat habaq ka.. intenet ka.. tb ka.. redio ka.. mulut-mulut kedai kopi ka?

    Mungkin ini isyarat ilham kot Tukya? Zaman ni dah sampai masa untuk uzlah.. biaq badan ja sosial, hati disunyikan dgn kalimah Allah.. Allah saja..

  1. lan fisherman

    kalau semua penulis takut nak kritik, tak boleh nak tegur, takkanlah ALLAH jadikan Al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi furqan kepada semua yang berakal sihat sahaja, dan i think hanya orang yang berakal sahaja yang layak untuk menyatakan pandangan ,bukan fatwa ,dan jangan lah kita jual aqidah kita untuk habuan dunia ini , saudara-saudara ku sekalian cuba selak helaian mengenai perkara-perkara yang menmbatalkan dua kalimah syahadah , Pas ,umno,pkr,cuma wadah. pilihlah wadah yang yang tidak menyesatkan aqidah , budak tadika pun tahu yang api tu panas, betul tak ustaz.......

  1. Anonymous

    louis vuitton handbag has managed the difficult feat of being both by maintaining louis vuitton replica handbags classic details, but having it re-interpreted every season by hot new creatures. The cheap louis vuitton handbags designed by Marc Jacobs shows a glimpse of its colored lining. The contemporary city bag features an adjustable strap.

  1. longge

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3

  1. Anonymous

    salam,
    saya nak meluahkan sedikit penilaian saya, nak bandingkan dengan ilmu tuan, jauh sekali rasenyer begitu rendah saya.
    Pandangan dan penilaian saya menurut pengalaman yang ada... setiap manusia dihiasi nafsu, selagi bergelar manusia, x kira PAS , UMNO atau PKR, sama aja. Syaitan tetap ada untuk menghasut manusia ke jalan salah.x semestinya masuk PAS itu terjamin akhiratnya, masuk UMNO kafir lah ahlinya. kalu x beramal, x sembahyang, x puasa... sama aja dosanya. Di sini melalui pengalaman depan matalah, selagi nama manusia yang bernafsu, tipis pula imannya...emmm sama saja. Terutama yang membabitkan duit dan kuasa. semua boleh buta hati. Betol saya x tipu memang berlaku ada insan yang berkupiah... apa yang dibuat pentadbiran negara semua dikatakan haram, tapi dalam senyap menggunakan kuasanya sebagai TA di JPS, duit main peranan, x masuk duit kerja x lulus.. jadi disini semua manusia sama, hanya amalan yang menentukan