Surat Kepada Presiden Pas, Naib Presiden Dan Bla...Bla... Lagi.

Posted by Tukya Labels:

Datuk Seri,

Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?

Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.

Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.

Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.

Tuan Guru Datuk Seri,

Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.

Begitulah bla...bla...bla...

Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.

Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.

Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’
Betulkah?

Datuk Seri, maafkan saya.

Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi

Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.

Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?

Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?

Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.

Formulanya sangat senang:

Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.

28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.

Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.

Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.

Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.

Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu aklam. Maaf.

10 comments:

  1. Unknown

    Betoi tu.....

  1. naimisa

    saya cuba memahaminya.

    Sungguh, politik itu semua kemungkinan ada.

  1. Unknown

    Salam

    Setuju sangat....membetulkan kesilapan sendiri lebih baik dari mencari kesalahan orang lain.Sekiranya ini ditekankan dalam pentadbiran PAS...insyaAllah PAS akan di hati rakyat selamanya

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Rakyat bukan sekadar angka. Rakyat bukan lagi limau purut dan serai dalam tom yam, sekadar perisa yang dibuang begitu saja setelah selesai memangkah.

    Kalau para pemimpin PAS yang menyelinap masuk sama saja dengan yang dok pimpin negara kita la ni, eloklah para pemimpin PAS ini diketuk/tegur sekeras-kerasnya seperti Sdr. lakukan. UMNO rosak kerana pemimpinnya telah lama membuang pandangan kritis rakyat. Macam yang sdr lakukan.

    Seorang teman telah sms saya begini: "Bagus tu jgn mereka pura2 warak tetapi mengejar dunia"

    Tahniah kerana berani berkata seperti di atas walaupun mungkin menyakitkan hati pemimpin besar PAS...

  1. Ahmad al-marbawi

    salam..
    8 kerusi ke.. 2 kerusi.. yang hak kena cakap.. yang mungkar kena di tentang.. itu adalah prinsip Islam.. bukan prinsip PAS.. kepimpinan PAS bukan kebulur sangat nak kan kuasa dan pemerintahan tapi kita diajar oleh Rasulullah sedemikian rupa.. jangan jadi UMNO yang biar bangsa dilacurkan asal kita selesa dalam kerusi pentadbiran..

  1. anaklangkawi

    Jika dilihat dari satu segi penulis amat takut jika 8 kerusi tersebut melompat menyertai UMNO..

    Hujah yg diberikan adalah mentaati pakatan drpd menegakkan Islam.. jika penulis merasakan isu arak merupakan isu remeh yg PAS tidak boleh bersuara.. maka betullah ckp2 org UMNO bahawa PAS dibawah telunjuk DAP..

    Apa salahnya bekerjasama dgn UMNO jika pada akhirnya Islam terbela.. saya tak relakan wang zakat selangor diperkuda & digunakan oleh Kafir laknatullah..

  1. Anonymous

    Salam sdr azizi

    Surat sdr amat difahami
    tetapi sikap sdr amat diragui
    Apakah unjuran Al Quran yang diikuti
    menyatakan sikap terhdp saudara sendiri

    "Org2 beriman berkasih sayang sesama mereka dan bersikap keras terhdp musuh2 Allah"

    Jangan dibuai fatamorgana
    Berbaik sangkalah sesama kita
    Jangan dilalaikan oleh prasangka
    Kerana matlamat kita tetap sama

    Dulu Presiden dan timbalannya menjadi mangsa
    Kerana masih beriman dengan kitab UMNO/BN durjana
    Lain yang dikata lain pula yang ditafsir
    sampai ahli dibawah bercempera

    Insaflah
    berbeza pendapat membawa berkat
    berbeza hati mengundang laknat
    sebagai saudara seiman mereka berhak mendapat rasa 'kasih sayang' kita
    jangan diikut rentaktari
    dari berita golongan munafik
    fahamilah mana satu masalah rumahtangga
    yang mana pula masalah negara
    tiap sesuatu itu perlu pada pendekatan yang berbeza

    Kita menjunjung perjuangan ini
    bukan untuk mencari redha manusia
    tapi semata-mata redhaNya

    kini ghairah pula

  1. Anonymous

    setuju anonimous 1

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya..

    Habih daah.. habih! Semua kena rasuk tukya.. tak tau la penyakit apa. Hak dulu pakai lebai semayang tak brenti jalan tengok tanah, laa ni bukan main garang tojah sana tojah sini dengan puak hak pakai kepiah tarbus merah. Mata berpinau dah masing-masing.. tak kenai dah adik abang.. tak kenai dah sepupu sepapat.. nampak macam masing-masing nak cekik humban masuk neghaka.. apa penyakit ni??

    Apa penyakit hak bunyi macam tik.. itik.. lagu tu laa..

  1. Unknown

    louis vuitton handbag has managed the difficult feat of being both by maintaining louis vuitton replica handbags classic details, but having it re-interpreted every season by hot new creatures. The cheap louis vuitton handbags designed by Marc Jacobs shows a glimpse of its colored lining. The contemporary city bag features an adjustable strap.