Catatan 25 Ogos 2009

Posted by Tukya Labels:

“Pas kalau menang pun atas ehsan undi Cina (25%). Ini terbukti di Bukit Gantang, undi Melayu memihak kepada Umno dan Pas menang undi Cina khususnya dari Kuala Sepetang. Janji tanah 900 tahun beb!” Sekali lagi penghantar bergelar Nasi Siru yang saya tak kenali, yang sering menggambarkan kegelisahan jiwanya melihat kebangkitan rakyat menolak Umno sekarang.

Saya meneliti keputusan Pilihanraya N 11 25. 8.2009 ini melalui cartanya:

  • Jumlah keluar mengundi 72.78% atau 14,768 (SPR kena kaji semula tentang % ini)

  • Jumlah undi Pas 9618

  • Jumlah undi BN 5067

  • Rosak 83.


Undi dari Kg. Cross Street yang keseluruhannya orang Cina:
Saluran 1 Pas 125 BN 66
Saluran 2 Pas 278 BN 66
Saluran 3 Pas 270 BN 75
Saluran 4 Pas 265 BN 95

Kalau ini menjadi hujjah dan anggapan dengki - benci tak ketahuan hala penghantar e mail ini, memang betul. Tetapi bagaimana kedudukan di bawah, di sembilan daerah mengundi di N.11 yang pengundinya Melayu? Lihat keputusannya:

Sama Gagah, ada lima saluran, tak satu pun BN menang.
Permatang Ara, lima saluran, hanya satu saluran yang Pas kalah 24 undi. (Saluran 1 ialah saluran orang tua, yang dulu,kini dan selamanya)
Permatang Pauh empat saluran tak satu pun BN memang.
Bukit Indera Muda ada lima saluran, hanya saluran satu saja yang kalah 24 undi.
Kampung Pelet ada 4 saluran. Satu pun BN tak menang.
Kubang Semang ada 3 saluran, tak satu pun BN menang.
Begitu juga Tanah Liat Mukim 8, Permatang Tengah yang semunya pengundi Melayu, tak pula ada BN yang menang.

Kesimpulannya, dakwaan kalau pengundi Melayu, BN pasti menang ternyata meleset. Malah pengundi Melayu sudah bijak memilih dasar sesebuah parti dengan pelaksanaan dasar sesebuah parti yang sekian lama membohongi rakyat.



Puluhan ribu mendengar ucapan terima kasih kepada pengundi.


Bayangkan jika lebih 20,000 pengundi dihabuankan dengan seorang RM300, telekong, sejadah, pelekat, titi segera, rumah segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang, segala macam logistik dan sagu hati orang tengah, poster dan lain-lain sogokan, berapa banyak yang dibelanjakan oleh BN?

Allaaaa, sakit hati dibuatnya.

Komen Datuk Sri Najib, Presiden Umno/BN akan mengkaji semula, rasanya tak perlu menghabiskan wang dan masa. Apa yang berlaku sebenarnya rakyat sudah tidak mahu terima lagi dasar Umno/BN yang selama 50 tahun, hanya mengenyangkan tembolok sebahagian orang. Banyak kesilapan yang tidak dapat dibetuli, menjadi rakyat perlu kepada perubahan atau kebanyakannya mengambil sikap ‘protes’. Laungan perlu kepada pembangunan dan kekalahan BN menunjukan rakyat tidak mahu pembangunan, satu dakwaan lemah. Pembangunan bukan hanya Umno/BN tetapi ia menjadi tanggung jawab sesebuah kerajaan.


Bilik gerakan BN seperti Padang Arafah.


Umno hanya tunjuk projek mega, tapi tidak sedar cukai tanah.
Umno hanya tunjuk indek dan saham, tapi tidak sedar saham Bumiputera yang lesap.
Umno hanya melaung Tekun dan Subsidi tapi tidak melihat tanah tergadai.
Umno hanya melihat 1Malaysia tetapi tidak melihat rakyat seluruh Malaysia.
Umno asyik mengubah imej Islam,termasuk Hadari tetapi tidak ‘kaffah’ Islamnya.
Umno menyumbang RM10 ringgit, tetapi menarik RM1,000.


Putri Umno yang sering menjadi buah mulut.


Umno/BN perlu ubah pendekatan berkempen. Kalau sekadar telekong, sejadah, titi parit tepi sawah dan sagu hati dalam sampul surat, Pak Kasa di Kubang Semang pun tergelak. Menggunakan polis mengawal keselamatan, tidak memberi kesan kepada pengundi memangkah BN kalau institusi ini diperkuda. Misalnya di satu tempat mengundi, polis muda menjerkah orang Pas supaya melondeh baju yang ada lambang bulan, tetapi dalam masa yang sama buat dono kepada Putri Umno yang mengibar lambang dacing.


Mereka tidak pernah meminta upah.


Ahhh, macam-macam lagi perkara yang menuntut Umno/BN perlu mengubahnya, terutama dasar parti itu. Rakyat sekarang melihat, apa yang dilakukan bukan hanya galak menerima sumbangan bermusim.

Manakala Pas, apa yang perlu di post mortem ialah kebijaksanaan menggunakan masa, menjadualkan masa dan tidak membazir masa. Hal ini sangat lemah bagi Pas.

Mungkinkah akan ada lagi di Padang Serai atau di Kota Siputeh? Rasa-rasanya Umno/BN pening lagi.

16 comments:

  1. Anonymous

    Umno (BN) kata kerana bulan posa depa tak mahu kempen mengata dan menyerang, konon nak kempen secara baik sahaja... pada hal kita buka saja tv utama dan baca saja surat khabar utama... depa hentam PAS macam-macam tak kira pun bulan posa. Ulamak Nik Aziz pun habis dihentam..dan difitnah. Setiap ayat yang keluar dari kata-kata Tuan Guru Nik Aziz akan ditukarkan oleh si Wartawan mereka supaya orang-orang yang kaki pak turut akan percaya. Maka diulanglah berkali-kali di tv dan lain-lain media hinggakan rakyat naik meluat, menyampah, termuntah...... Tapi tak menang juga... Wahai UMNO dan BN, buatlah lagi cara tu dipilihan raya lain kali supaya terus kalah... Memanglah depa tak mahu balajar dari kesilapan yang lepas-lepas....

  1. jab sp

    Syukur ,sekurang kurangnya ada 5067pengundi yang tidak percaya calun BN pernah pecah amanah dan dibatal kelayakan guamannya.
    Lebih dari syukur kerana kita dapat menilai inilah harga diri yang dinamakan penyokong umno tulin.
    Tambah bersyukur jika kita dapat bayangkan berapakah undi yang bolih diperolihi olih BN kalau semua bala tentera kerajaan tidak dilibatkan dalam kempen kali ini.
    Yang tetap tersungkur adalah duit kita atas status pembayar cukai yang digunakan sewenang wenangnau olih BN.

  1. Panglima Perang Cyber

    mengakulah wahai saudara2 sekelian..bahawa PAS memang menganggap UMNO tidak Islam.

    KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

    Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

    ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

    ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

  1. Anonymous

    sokong panglima.

    mustahil pas nak ngaku mereka sudah murtadkan orang umno.

    tak pelik kalau pas menang pun. sebab nik aziz sudah kata islam umno plastik.

    juga islam pas saja untuk pegi syurga.

  1. PEJUANG CYBER

    Pas menang, BN pun menang?

    Pas menang pilihan raya kecil Permatang Pasir tetapi pada masa yang sama BN juga menang menurunkan mejoriti Pas yang merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas

    Ini bermakna rakyat Permatang Pasir amnya sudah mula mahukan perubahan.(igt kawan BN masuk kubu kuat PAS) nape ada rasa goyang?

    Hahaha... ini sudah pasti bakal menjadi berita tidak gembira bagi Anwar.

    Tahniah orang Pas! Anda adalah ahli syurga...

    Aku nak ucap tahniah kepada semua yang telah memberi undi kepada Pas kerana anda semua bakal masuk syurga.

    Itulah yang tok guru kata. Kalau sokong Pas kalian akan masuk syurga walaupun kalian kaki perompak, penyamun, penzina, pelancap, perogol, penipu dan segala macam kejahatan yang kalian lakukan tetapi kerana pada hari pengundian kalian memangkah calon Pas maka kalian masuk syurga.

    Salam Hurmat..

  1. janda cross street

    sapa yang dok serang peribadi sampai sanggup buat fitnah kat rohaizat ?

    sapa guna kawan rohaizat naik pentas kes yang sudah selesai ?

    sapa ?

  1. PENA MINANG

    Konsep Aku Buat Takpa. Korang Buat Tak boleh.

    Inilah yang diamalkan oleh mana-mana parti di Malaysia ini. Pembangkang menuduh kerajaan menggunakan harta kerajaan ketika berkempen.

    Tetapi dalam masa yang sama MEREKA ini juga mengginakan akses / kenderaan milik kerajaan negeri yang berada dalam tangan mereka untuk digunakan dalam berkempen.

    Mereka boleh memfitnah dan menceritakan aib orang lain secara terbuka. Tetapi apabila mereka diaibkan, mereka marah dan mengamuk.

    Aku berpegang kepada hadis Rasulullah S.A.W..

    "Tutuplah aib saudaramu. Nescaya Allah akan menutup aib mu di akhirat kelak"

    Dalam masa yang sama, selagi mana kita berjuang berlandaskan DEMOKRASI, selagi itulah ianya tidak Islamik. Kerana politik Islam tertegak di atas dasar pemerintahan khalifah.

    ALLAH MAHA BESAR!!!!!!

  1. Anonymous

    Menang jadi arang, kalah jadi abu...salam ramadan

  1. Anonymous

    Ini pengundi Melayu kawasan Permatang Pauh la..bukan pengundi Melayu kawasan Nasi Siru..

  1. jab sp

    Tu dia,blogger upahan dah berderet deret masuk.Kumpulan ini mana ada keberanian.Kebanyakannya hantu.Tiada berani menjelma.Hanya sekadar berkukok disebalik tabir

  1. donmny

    ...undi BN juga merosot lebih 500 undi.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya..

    Haa.. tudia.. sini pun penyakit tik .. itik tu mai seghang tukya.. habih laa.. dik beghadik pun dok kelepuih kelepaih besilat.. jahat sungguh penyakit tik.. itik ni no tukya.. !

  1. Anonymous

    Salam...InsyaAllah zaman kebangkitan Islam sudah bermula,semakin ramai orang dapat 'melihat' kesyumulan dan keindahan Islam...Allah Maha berkuasa...walaupun tidak disukai oleh golongan yang sesat...yang hati2 mereka telah terpetri oleh hasad & kedegkian. PAS dibangunkan oleh para alim ulama...dengan jerit pereh, darah, keringat, penghinaan, fitnah dn sebagainya. Mustahil berkumpulnya para alim ulama ini (dalam PAS), sekiranya PAS ini mengajak kpd kebatilan..kerana 'Tidak berkumpul umat aku ini dalam kesesatan..' lbh kurang kata Nabi s.a.w.Ini pun sudah cukup menjadi hujah thdp memberi sokongan kepada PAS. Moga tuan dan saya terus istiqamah dalam perjuangan ini!Allahu Akbar!

  1. Anonymous

    Sdr. Azizi,

    Ada satu perkara yang sangat pelik (baca: merungsingkan) dengan hasil pengundian ini: Masih ramai yang TIDAK peduli sama sekali dengan makna dan implikasi kewibawaan (credibility) seseorang calon. Tengku Razaleigh membincang dengan panjang lebar isu ini dalam blognya. Jika ada yang berpendapat bahawa semua itu semata-mata fitnah Pakatan maka jelaslah masih ramai yang tidak membaca dan tidak BerFIKIR.

    Bayangkanlah, ayam sereban masih begitu beria-ia mahu melantik Musang menjadi ketua mereka.

    Tidakkah kalut wahai segala pahlawan dan panglima ketuanan Melayu?

    Wallahuaklam.


    Dilaga.

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. Unknown

    http://blogs.bigadda.com/bag5064319/
    http://blogs.bigadda.com/her5071781/
    http://blogleaf.com/hermesbags123/
    http://blogleaf.com/hermesbags478/
    http://blogleaf.com/hermesbags852/
    http://blogleaf.com/hermesbags589/
    http://hermesbags333.bravejournal.com/
    http://hermesbags444.bravejournal.com/
    http://hermesbags487.bravejournal.com/
    http://hermesbags553.bravejournal.com/