Ada pendapat mengatakan minum air daun ketum, bagus.
1.
Adakah minuman air daun ketum merupakan satu masalah sosial atau ia mendatangkan mudarat yang melampau?
Apa pun tanggapan umum sekarang, penyalahgunaan daun ketum sama seperti dadah. Bagi sesetengah pengamal, minum dan ketagihan dianggap bukan sebagai satu masalah, tetapi ia tetap mendatangkan masalah terutama kesan sampingan.
Bukan menafikan negeri lain tidak ada penanaman pokok ketum ini, tetapi wartawan Utusan Pengguna telah meninjau di sekitar negeri Perlis. Ternyata pokok ketum ditanam dengan bebas dan meminumnya mempunyai tempat-tempat (gerai) tertentu, seumpama kelab khas. Malah pokok ketum yang ditanam seperti jajaran pokok-pokok mempelam ini, dijadikan pula pusat perubatan tradisional.
Gejala sosial bukan sahaja berhadapan dengan sikap dan gaya meniru dan membazir tetapi juga tidak beretika dengan kebersihan. Golongan ini tidak mengenali tempat sampah dan kitar semula.
Siapa yang boleh membetuli mereka jika bukan sistem pendidikan yang telus, luhur dan mempunyai pendekatan agama.
-Dapatkan utusan Pengguna keluaran Sep/Okt. 2009
Di antara remaja yang mabuk arak.
2.
Central Square di Sungai Petani merupakan pusat membeli-belah tetapi juga tempat pertemuan dan golongan remaja melepak. Bagi golongan remaja yang tidak mempunyai dunia khusus (seperti remaja perempuan yang lari dari rumah) pusat membeli-belah merupakan dunia dan rumah yang menjadi tempat berteduh waktu siang.
Di sana sejuk. Di sana tidak sunyi. Di sana boleh menemui kawan dan lawan. Di sana juga ada makan percuma dari pemancing mangsa.
Gadis N, berusia 15 tahun (bukan nama sebenar) ditemui oleh sukarelawan LANDAS. Dia yang berhari-hari dalam intipan sukarelawan, sering mundar-mandir sebaik-baik sahaja Central Square dibuka. Dia tidak peduli pakaian yang compang-camping. Dia tidak peduli rambut dan wajahnya. Yang penting dia dalam keadaan bebas.
“Untuk apa saya balik ke rumah. Adik-adik ramai. Bapa main judi. Emak tak peduli. Bapa dan emak selalu bergaduh dan tak pedulikan kami,” kata N yang berasal dari Baling.
“Minum?”
“Saya tak beli. Kawan bagi kalau lebih.”
“Minum di mana kalau macam ni?”
“Atas apartmen sana. Tidur pun di sana.”
“Berani?”
“Apa nak takut. Kawan ramai. Mereka baik.”
-Cerita lanjut, dapatkan Utusan Pengguna keluaran Sep/Okt 2009
8 comments:
Ia mengingatkan sewaktu usia muda dimana ganja merupakan satu kemestian activiti majlis perkahwinan atau sewaktu berkumpul dalam kumpulan yang besar.Kalau tidak pun sewaktu kerja membanting-memukul padi musim masak.
Tiada larangan tiada tegahan.Hasilnya tiada kemudaratan.
Seusia tua ,kadang kadang air ketum menjadi hidangan sampingan sekali sekala (juga terutama dimajlis dan perjumpaan keramaian).Dikatakan bagus untuk darah tinggi atau kencing manis tetapi yang terutamanya sebagai ubat tahan mengantuk.Secara saintifik tidak diketahui kebenarannya.Namun yang merosakkan semua ini bukan yang aslinya.Cantuman ekperimen dengan mencampur kepelbagaian mempercepatkan kemusnahan diri dan akhirnya disalahkan tanaman asal yang telah diamalkan sejak berkurun.
JABSP
Jangan-jangan dah pernah kena berkertus-kertus sampai meleleh air liur, tak?
Kami tak kata ia membawa banyak mudarat, tapi ada juga jika disalah guna.
Jabsp tentu pekena tak?
salam
azizi abdullah
Salam Ramadhan Al Mubarak
Ustaz,
Kat tempat kita Kulim,beli kasut sekolah Warrior sepasang boleh usung sampai esok pagi.
Kat BM Plaza,selepas pukul 3.00 pm,budak melayu kita berpeleseran,belanja air setin,boleh tidok semalam.
Kenapa jadi macam ni....?
1.Mungkin Jabatan Agama Islam dibawah Kementerian Dalam Negeri bukan sepatutnya di bawah Majlis Raja Raja.
2.Pencegah Maksiat tunggu depa MERTUN HABIS baru tangkap?
3.Ini masalahnya bila Adat diagungkan....ISLAM dipinggirkan.
SALAH SIAPA?
1.Najib
2.Raja-Raja Melayu
3.Penyokong DIE HARD UMNO
Salam...Utk Abg Halim...jangan salahkan orang , tengok kita dulu...ish..dok cari slah orang je...
Salah Siapa.
1. Salah kita
2.Salah kita
3.Salah kita
Abg Halim jaga la anak elok-elok, sebab dunia la bukan kira parti mana...
Salam ramadan
ANO: 11.30
YANG DOK MARAH KAT ABANG HALIM TU, KENAPA?
DIA CUMA TANYA.
SALAM
AZIZI ABDULLAH
aslkum.w.w.
salam kemerdekaan.
pendapat saya dlm isu ini.
(copy&paste) blog saya.
http://kangnasir.blogspot.com/2009/08/salam-kemerdekaan.html
tksh.
Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)
Apa pun tanggapan umum sekarang, penyalahgunaan daun ketum sama seperti dadah. Bagi sesetengah pengamal, minum dan ketagihan dianggap bukan sebagai satu masalah, tetapi ia tetap mendatangkan masalah terutama kesan sampingan.
Post a Comment