Dunia sekarang banyak yang mengelirukan. Kita di Malaysia juga ada beberapa agensi yang membuat kita keliru. Di antaranya:
SPRM:
Datuk Ahmad Said Hamdan, Ketua Pesuruhjaya SPRM
Siasat yang kecik, yang besar tidak.
Cari yang tak ada, yang ada tak peduli.
Tangkap ikan bilis, jerung tak apa.
Siasat kerani, boss pergi…pergi…pergi!
Laporan polis sama banyak dengan pegawai polis.
PPSMI:
Kata nak hapus tapi tangguh
Kata 3 juta murid jadi mangsa, tapi siksa depa sampai 2017.
Berbahasalah dengan BM, bercakap pula BI.
PDRM:
Ketua Polis Negara
Kawal mengelak rusuhan tapi yang jadi merempuh.
Kawal perhimpunan aman, yang berlaku sembur water canon.
Sekat jalan, sesak semakin menjadi.
SPR:
Pengerusi SPR
Isu Adun Kota Seputih, SPR main dalih
SPR kata ‘ngak apa-apa’ walaupun ‘tuang’ 2 kali sidang.
SPR kata 2 kali berasingan.
‘Mengelirukan’ kata Tim. Speaker Dun Kelantan.
PAS:
Datuk Sri Azizan Razak, MB Kedah
Datuk Mahfuz Omar, kenyataannya semakin matang
Kata MB, kita tunggu keputusan SPR. Tapi bila dah buat keputusan…
“Umno dah kalah 8-0” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz.
“Pas menolak keputusan SPR yang enggan menerima kekosongan Dun Kota Seputih,” kata Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad.
“Jadi ertinya bila dah kosong, kena buatlah pilihanraya?”
Wauuu, ini kenyataan sudah balun MB.
Tenguk pula yang ini: MB beri jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 bagi menggantung Adun Kota Seputih
“Laaa…”
Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan
“Hiiissss….”
Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan…
“Laaa, akur pula ‘Hijack politik Perak ’ kata Jelani, pemuda tukang pacak bendera pilihanraya 12 lalu.
Bagi saya, ada pun tak apa, tak ada pun tak apa.
Pulaaakkkk…
Komen:
Kita macam tak berkuasa.
Macam tak ada kuasa.
Macam tak ada taring.
Macam tak bertaring
Untung apa menyimpan mempelam tak berkualiti. Lama-lama busuk.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
14 comments:
Salam Ustaz,
Selamat Hari Raya.
Teruskan agenda pembangunan rakyat dan kemaslahatan umat dari dok melayan seorang wakil rakyat yg bermasalah tu buat apa..?? Masih ada banyak lagi kerja lain yg harus dilakukan!!!
Kepada SPRM ke PDRM ke atau SPR ke..dan sapa saja...
Ingatlah kita bukannya nak menungkat langit ..sampai masa tentu berlalu. Samada bersama air mata syahdu atau bersama renjisan ludahan masyarakat! Itu baru permulaan sebelum ke alam yg kekal abadi. Masih belum terlambat untuk memperbaiki kelemahan. Lebih2 lagi dibulan yg mulia ni..
Selamat berpuasa dan moga KeredhaanNya bersama kita.
Banyak-banyaklah beristigfar..dalam bulan ramadan ni...istigfar..jaga mulut..jaga tingkah laku..kalau Allah dah tentukan..terima sahaja lah...jgn langgar perintah Allah swt...allahu akbar
salam......
kita mahukan yang jujur dan telus......
bukan sekadar berkata .... gah sedunia ....
tapi....??????????
SALAM
Sekiranya Lulusan Agama Jadi KEPALA
SPRM
PDRM
Masalah ini tak timbul...
Kita patut menyarankan agar ujian kenaikan pangkat seperti Hafal Yasin dan Mendalami Ilmu Agama.
Kepala Jabatan Wajib menjadi IMAM disetiap waktu solat.....
Kalau semua takut pada ALLAH..perkara ni tak timbul
salam..
alahai malaysia..
mengeluh betul..
salam ramadhan..
salam ustaz...
saya nk copy nukilan nie..
tepek kt saya nya blog..
tima kasih bebanyak yea..
pendita-buta.blogspot.com
pergh dah ucap selamat hari raya pula orang kulim nih. Heh heh. Trima kasihlah puji YB pokok sena dah semakin matang. Kami sayang dia tuu
Menteri Dalam Negeri.
Hari Rabu memihak peserta demonstrasi mengarak kepala lembu.
Hari Khamis cakap lain pula.
Memang keliru no....
tambah lagi haru biru
tambah lagi biru yang huru-hara...ha !ha!...
Sakit perut anak bini!
Bagi saya itu bukan keliru, tetapi itulah kejahatan yang jelas dan nyata.
mengapa tidak? orang UMNO yang jelas rasuah bukan sahaja tidak siasat, malah yang didakwa pun dibebaskan.
Bayangkan ratusan aduan rasuah dibuat, cuma beberapa aduan sahaja disiasat.
Kalau pembangkang tak ada aduan pun terjun tak bertangga turun siasat.
Ini bukan keliru, tapi jahat mereka yang terbabit. Yang jahat dianggap baik dan yang baik dianggap jahat. maka jahatlah.
Salam tukya..
Tak keliru apa aiihh.. semua orang tau dah perangai BN camana dan BA camana.. Senanya jadi kerajaan memang nampak la tangan Kaki yang busuk berdene tu.. Jadi pembangkang, nampakla mulut bernanah berdene tu.
Dunia politik tak dak cermin tukya..
Post a Comment