Siapa Peduli Mereka?*

Posted by Tukya Labels:

‘Terima kasih bang....terima kasih bang...abang orang baik.’

Anda bayangkan jika mendengar kata-kata ini dari seorang perempuan 27 tahun, yang sedang mengandung, mengilik seorang anak perempuan, berganyut pula anak lelaki ketika saya dan dua kawan dari CAP memberi sekampit beras dan sedikit barangan dapur.


Bersama anak di muka pintu


Rumah tak ada elektrik, tak ada air. Rumah buruk seluas sepuluh kaki kali 15 kaki, di situlah tidur, di situlah makan, di situlah anjung, di situlah lepau, di situlah dapur dan di situlah ruang. Katanya, rumah itu dibeli RM5 ribu, hasil duit insuran kemalangan lima tahun yang lalu.

Bertangga kayu silang, depan tangga tempat melempar udang busuk, sampah sarap dan lunggukan lain-lain. Apa nak dikata kerana kawasan setinggan itu tidak punya tanah yang terluang untuk sampah.

Air bertakung di sana sini dan lorong hanya boleh dilalui motosikal.

Bayangkan jika malam menjelang, apa yang dibuat oleh sekeluarga dua anak suami isteri ini? Bayangkan air mandi dan basuh hanya diangkut setong dua oleh suami di tengah malam dari gerai Fama.

Bayangkan jika makan hanya ikan gelama kering, pucuk pegaga atau daun-daun yang meragas di tepi rumah. Bayangkan kalau diakui sendiri oleh isteri setia ini, kadang-kadang tak makan dua hari.

Saya tidak dapat mencari jawapan, di mana pula mereka membuang air besar, kalau di depan tangga sendiri orang lain melungguk sampah dan benda busuk sampaikan lalat dan ulat tak dapat digambarkan?


Depan tangga rumah Siti Ani Sepinar


Ya Tuhan, ini sebuah kehidupan lara yang pertama kali saya temui. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka merindui kibaran bendera Malaysia di dalam TV ketika lagu Negaraku berkumandang, sedangkan sekampit Melo 500 gram pun mereka tidak mampu melihatnya. Jangankan sebotol perfume, mengelak bau busuk hanya sehari pun tidak mampu.

Siapakah yang melempar mereka ke telaga miskin ini?
Siapakah yang mahu peduli nasib mereka seperti ini?
Ani Sepira seorangkah dalam Malaysia ini?
Di mana kemanusiaan dan prihatin?
Pemerintah mana yang ambil peduli?

Ya Allah,
Katanya ada manusia berpedapatan RM 49 ribu sebulan
Masakan RM 49.00 tidak boleh dicampak ke sini?
Katanya mereka ini sangat berharga
Hanya ketika musim pilihanraya.

* Temuilah kemiskinan tegar di bandar ini: Kg Gunung Sali, Bandaraya Alur Setar.

24 comments:

  1. Norawi

    kasihan melihat kemiskinan seumpama itu.dah 52 tahun kita merdeka,harap2 pihak berkenaan dapat membantu.

    dpd: http://norawizah.blogspot.com

  1. Syukri Sapuan

    terharu membaca entri yang ini..

    walaupun negara sudah 52 tahun merdeka, masih ada yg dihimpit kemiskinan tegar..


    satu lagi pendedahan yang menyayat hati, selepas buku luka rakyat..

  1. shah

    Di mana silap terjadinya keadaan begini??? Memang kemiskinan adalah musibah dan memang kemiskinan adalah takdir tetapi ianya boleh diubah. Silap sendirikah tidak mahu berubah?? atau silap masyarakat sekeling yang tidak membantu?? atau silap pemerintah yang berdiam diri??
    Yang ku tahu bangsa Melayu yang selalunya dalam kemiskinan. Sedih bercampur marah bila melihat keadaan bangsaku sebegini...MANA SILAPNYA????

  1. Ilham Ainol

    Salam Ramadan dan Salam Ramadan Tuan Haji,

    semalam sempat menghadiri kursus.dalam kursus itu diselitkan tentang niat dan hasrat untuk berubah.jika hanya berbekalkan kesedaran dan ingatan saja ia tidak memadai,ia perlu disusuli dan dipertingkat dengan kemahiran yang berterusan dan kejap,barulah berkesan dan tahan lama.sebab itulah setiap kita memainkan peranan dan bukan sahaja mengharapkan usaha seorang dua sahaja untuk merubahnya,ia perlu menggembleng seluruh masyarakat setempat dan kalau boleh seantero negara.di Segamat pun masih ada warga kita yang hidup daif dan sulit.namun kami akan bantu mereka dengan menyalurkan makanan,kebendaan dan ilmu untuk mereka keluar daripada kepompong kejam tersebut secara perlahan-lahan dan berterusan.akan tetapi pada bulan Ramadan ia semakin semarak dan meriah jujuran pertolongan yang dihulur.Amin.

  1. abghalim

    Salam

    Ustaz,

    YB lani mana dan semua ni....dok asyik nak tolong orang susah...nanti kutu cucuk belakang....

    YB lani sibuk berpolitik dari perihatin dengan masalah rakyat...

    Masalahnya kita orang Melayu...terlalu leka dengan POLITIK.....

    Hidup Melayu akan Layu TANPA POLITIK

  1. asalbayu

    Kira-kira 10 tahun lalu seorang wartawan memaklumkan dia telah menulis laporan berkaitan seorang nenek mengharungi kesempitan hidup.

    Nenek itu terpaksa memelihara dua orang cucunya yang yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

    Mereka tinggal dekat Belantik dalam daerah Sik.

    Kata sahabat saya, wartawan tersebut dia dicemuh oleh Wakil Rakyat (YB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO/BARISAN NASIONAL (UBN) di situ kerana dikatakan disebabkan oleh laporan itu nama baiknya telah tercemar.

    Pada hal menurut sahabat saya itu, ketika dia menyediakan bahan bagi menyiapkan laporan berkenaan, YB berkaitan juga ikut serta membuat tinjauan.

    Begitulah sikap seorang YB UBN.

    Bila nak mengundi cari rakyat dan wartawan.

    Bila dah dapat kedudukan, ke sana sini dengan kereta mewah yang kadang-kadang memiliki lebih dari satu, rakyat tak dipedulikan dan wartawan pula dicemuh.

    Barang diingat, wartawan adalah individu yang berkawan dengan siapa sahaja tanpa mengira status.

    Manakala rakyat sekalipun tinggal di kawasan stinggan merupakan pengundi yang suara mereka sangat berharga bagi memilih pemimpin.

  1. Mrs Att

    Salam....
    52 tahun kita merdeka ....
    masih ada insan yang melarat.
    Pada tika ramadan dan menjelangnya
    Aidil Fitri .... kita disajikan
    keriangan dan kemakmuran makanan , tapi kita lupa ada insan lain yang
    sedang meratap lapar dan dahaga ,
    mengais air mata....
    Aduhai ... inikan lambang kemerdekaan.....

  1. benuasuluk

    ustad,
    berbelas-belas tahun dulu rasanya saya dah sampai ke gunung sali ni. Nampaknya tak banyak yang berubah. Yang berubah hanyalah rasa manusiawi kita saja.

  1. chegarMD

    ustaz,
    sebenar nya kita di malaysia ini kalau ada sestem yg benar2 telus sa
    maada dari kerajaan pusat atau kerajaan pr sekarang,kita tidak akan dapat melihat penderitaan rakyat kita sebagaimana yg ustaz lihat itu, sekurang2 wang kutipan zakat perlu di belanjakan serta merta bagi menghilangkan penderita
    an ini ,bentuklah team pemantau dri kalangan orang2 yg berhati perut utk membasmikan kemelaratan
    itu, saya harap mb kedah tidak akan lena tidur sebelum menyelesai
    perkara ini kalau dia terbaca atau
    di beritahu kes ini.

  1. Cheroktokkunbawah

    Salam.
    Apa guna kita berbangga dengan kehadiran kapal selam Malaysia yang berharga berbillion jika rakyat hidup merempat di bumi sendiri.

    Semuga Allah akan menggantikan dengan pemerintah yang lebih baik, yang sanggup berjalan diwaktu malam untuk melihat rakyat yang tak dapat tidur kerana tak dapat makan.

  1. Anonymous

    sdra cegarMD
    sebenarnya apa yang saya lihat,rasa jauh lebih dahsyad dari saya tulis. saya tak pernah temui miskin tegar begitu. entahlah, mungkin yang miskin itu tidak pandai mengurus diri dan hidup. wallahu aklam.
    yang anih mengapa ia wujud di tengah bandar. di mana kewajipan kita umat islam, masyarakat, jkkk,dan pemantau pemerintah. bukan salah kerajaan pas sekarang. umno juga bertanguggung jawab. ini sisa mereka.
    cuma yang tak kena sikit, pas kedah perlu sampai keakar umbi.saya sangat kedih.
    saya akan ke sana lagi jumaat atau sabtu ini untuk nak sampai sikit lagi ala kadar.
    salam
    azizi

  1. awangsulungmerahmenyala

    salam,
    gunung sali berdekatan jpj kedah.area mergong,alahai ada lagi.alor setar ku indah,nuh lagi satu nuh p jenguk kat kampung seberang perak dekat dengan kilang ais rumah che det lagi laeh,rumah depa masyallah dengan sarang dadah semua cukup.
    salah sapa salah che det,salah sapa salah che det salah sapa salah che det.

  1. merbok

    salam ustaz & semua
    nak buat macamana, kerajaan mana ada duit...duit semua habih dah hantaq angkasawan pi outerspace, beli kapai selam... beli tu beli ni..

    .. kita yg dok dekat-dekat kampung ni laa yg nak kena pi jenguk depa... tanggungjawab kita semua tu... nak harap kerajaan?? takpa la kot... kerajaan banyak benda lain yg penting nak buat... benda-benda macam ni bukannya penting.

  1. Gedung Akal

    Salam ustaz,
    Bagaimana mulanya kemiskinan menimpa mereka dan berterusan pula? Sebab utamanya miskin akal dan budi.

    Akal gagal mmemikirkan bagaimana mahu keluar dari miskin dan budi yang miskin gagal meartabatkan diri.
    Ajarlah mereka keluar dari masalah kemiskinan. Itu yang tepat. Tugas siapa?
    1)Jiran 2)JKM 3)Baitulmal 4)pemimpin setempat.

  1. zura halid

    Sangat menyedihkan. Masih wujud bangsaku yang mundur dan miskin. bagaimana dengan masa dpn anak2 mereka ye??? sedihnya...doakan mereka berubah.

  1. anyss

    Salam, Cikgu. Selamat menunaikan ibadah puasa juga.

    Memang menyedihkan bila tahu hal2 kemiskinan bangsa kita pada zaman yang semua orang dah bebas dari kemiskinan sebegitu. namun, lebih sadis lagi bila melihat persekitaran mereka yang tak terurus dan kotor sebegitu.

    Keluarga kami juga pernah miskin kais pagi makan pagi, namun kemiskinan itu tidak pernah buatkan kami lupa untuk menjaga kebersihan dan biarkan hutan tenggelamkan gubuk buruk kami.

    Perlukah kita labelkan orang yang miskin melampau sebegini juga akan alami sindrom kotor melampau dan sepah melampau? Orang miskin juga mengerti bagaimana nak kemaskan halaman rumah dan jaga kebersihan.

  1. Mansor Adabi

    terharu membaca kisah ini,,,,
    kita dah merdeka 52 tahun????

  1. Abi Qalam

    Salam tukya...

    Ni lah huduhnya.. gedegang gedegung sana.. gedegang gedegung sini.. marhaen teghaa tu jugak. Nak kata belah sana salah, belah sini pun samaa jugak. Yang melarat sama melarat, mungkin sekerat dua saja yang sanggup jengoi kepala mintak bantuan, hak lain tak tau, depa bukan sekolah tinggi. Nak jumpak kerani pun ketaq lutut bila kena tanya macam-macam. Last sekali bagi buah "awat hang tak mai jumpa kami mintak bantuan??"...

  1. Anonymous

    ingatkan PAS pegang boleh ubah...hmm, ada lagi ye..

  1. Anonymous

    Jom pakat menderma dan bersedekah... ada sesiapa yg boleh buat collection? Saya sekarang sedang belajar di benua Afrika. terharu baca, tapi saya akan cakap kat family saya tolong dermakan kalau sesiapa memulakan langkah.

    Tukya, ada lancarkan derma ke? Mungkin ramai nak memberi cuma mereka tak tahu melalui cara mana

  1. haby

    Salam Ramadan untuk semua,
    Inilah hasilnya buah yang pokoknya ditanam 52 tahun dahulu,namun ada yang kurang faham....apabila melihat buah yang kurang baik,dipersalahkan situkang jaga pokok....wahal benih yang ditanam dulu memang "kurang baik" ....
    Apa pun menjadi tugas kita untuk membantu sekadar yang mampu,inilah peluang yang diberi Allah kepada kita.aaaaaaaaarr

  1. SIS

    depa tu nak berubah tapi tak tau nak buat mcm mana..layak dapt zakat tp mana dia??depa tak tau nak minta kat sapa..tak tau nak mula dari mana...depa bukan macam kita pandai cari jalan sendiri... kita kena tolong..kalau tak kita.. sapa lagi..sekurang2nya doakan depa dpt hidup mcm kita..jab krjaan & YB patut turun..Tuhan bagi gaji byk2 tak berkat sbb ada hak org lain jugak...

  1. Anonymous

    masa kerajaan pimpinan PAS buktikan kata2 dan janji.

  1. Anonymous

    PAS TELAH DI TERAJANG SEHINGGA LUMAT DI BAGAN PINANG PADA PILIHANRAYA KECIL INI. MANA TAKNYA??? BERMACAM-MACAM FITNAH YANG MELAMPAUI BATASAN MALAH AGAMA JUGA TELAH DI LACURKAN OLEH MEREKA PUAK PAS YANG TAKSUB INI.

    DARI KES PUKUL MEMUKUL SEHINGGALAH PARANG MEMARANG SI PUAK TAKSUB SYURGA AYAH PIN NAUNGAN NIK AJIS INI CANANGKAN MERAIH UNDI SIMPATI DARI PENDUDUK BAGAN PINANG.

    NAMUN PENDUDUK BAGAN PINANG MALAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUDAH TAHU APA ITU PARTI hamPAS!!! PARTI PAS YANG PENUH DENGAN DOSA, PENUH DENGAN KURAP, MALAH PENUH DENGAN PERASUAH!!!

    SEPANJANG PROSES BERKEMPEN PIHAK PAKATAN HARAM INI TERUS-TERUSAN MEMBURUK-BURUKAN TAN SRI ISA SAMAD DAN BARISAN NASIONAL. TIDAK KELUAR SEPATAH PUN AGENDA YANG MENJAGA RAKYAT DI BAGAN PINANG INI OLEH PAS!!!

    JIKA DI AMATKAN DENGAN TELITI, BUKAN SAHAJA DI BAGAN PINANG MALAH DI MANA-MANA PILIHANRAYA SEKALIPUN. PAKATAN HARAM INI AKAN MENFITNAH, MENCACI MAKI MALAH MENGHINA CALON DARI BARISAN NASIONAL. TIDAK PERNAH SAMA SEKALI PAKATAN HARAM INI MEMBAWAKAN ISU BERKENAAN MASAALAH RAKYAT MAHUPUN PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BUAT RAKYAT DI KAWASAN PENGUNDIAN TERSEBUT!!!

    ISU LIBASAN PARANG MERUPAKAN SATU ISU FITNAH YANG SUNGGUH MENGAIBKAN RAKYAT BAGAN PINANG. PAS CUBA MENJADIKAN RAKYAT BAGAN PINANG MANGSA DALAM KEKECEWAAN MEREKA PUAK PAKATAN HARAM INI. SEHINGGAKAN SAMPAI DI SATU TAHAP PENDUDUK DI SALAH SEBUAH KAMPUNG TELAH MENGHALAU JENTERA-JENTERA PAS YANG SEDANG MEMEKIK TERLOLONG DI KAWASAN RUMAH MEREKA.

    RAKYAT BAGAN PINANG TERNYATA TIDAK DAPAT MENERIMA SIKAP DAN FALSAFAH PAS YANG MENYELEWENG DARI LANDASAN ISLAM. YANG HARAM PAS HALALKAN, MALAH YANG HALAL DI HARAMKAN PAS. TIDAK CUKUP DENGAN ITU PAS JUGA TELAH MENGHINA PARA TENTERA-TENTERA DI PORT DICKSON INI.

    SOKONGAN PUAK PAKATAN HARAM TERUTAMA PAS PADA KEPIMPINAN CHIN PENG KETUA KOMUNIS YANG TELAH MEMBUNUH BERATUS TENTERA DAN POLIS TELAH DI TOLAK OLEH PARA TENTERA DAN SANAK SAUDARA ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DI KAWASAN PORT DICKSON INI. PARA TENTERA DAN POLIS SEMESTINYA TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN KEKEJAMAN KOMUNIS INI.

    PAS TERNYATA TELAH DI SEPAK TERAJANG OLEH SEKALIAN RAKYAT BAGAN PINANG. MALAH CAKAP-CAKAP MENGENAI PARTI PAKATAN HARAM INI BERTERUSAN SATU PORT DICKSON. MAJORITI RAKYAT MENOLAK KEBIADAPAN DAN KEJAHILAN PAS SEMASA BERKEMPEN DI BAGAN PINANG INI.

    TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PENGUNDI DI BAGAN PINANG YANG TELAH MEYEPAK PAS PARTI AJARAN SONGSANG INI. SAYA YAKIN, TAN SRI ISA SAMAD AKAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP YANG IKHLAS DAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT DI KAWASAN BAGAN PINANG INI.

    SEMOGA SEMANGAT JUANG YANG TINGGI PENDUDUK BAGAN PINANG INI DAPAT DI IKUTI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA AGAR KITA MENENDANG DAN TERAJANG PAKATAN HARAM PAS, PKR DAN DAP INI DARI TERUS-TERUSAN MEMPERBODOHKAN KITA!!!

    PAKATAN HARAM MESTI DI SINGKIRKAN!!!