Apabila Mantan Presiden Umno Bersabda...

Posted by Tukya Labels:

Saya berdiri di depan cermin, membelek wajah, meraba kedut pipi, melihat keputihan ubat di kepala. Lalu saya bertanya diri sendiri; apakah saya nyanyuk sekarang?

Ia bukan mustahil tapi saya percaya saya belum nyanyuk. Tapi ternyata saya sedang nyanyuk membaca berita Malaysiakini semalam (27 Sep 2009) Ini dia...

Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.




Soalan saya mudah: Kalaulah zaman Dr. Mahathir jadi PM dulu boleh ditarik ke masa sekarang, atau kalaulah boleh pakat-pakat cempung buah fikir, ingatan Dr. Mahathir ke zaman di mana beliau jadi PM dulu, adakah ini boleh diterima?

Banyak sangat kenyataan dan saranan Dr Mahathir seperti sekeru kecil nak tojah ke besi besar, atau besi besar nak perosok ke sekeru kecil. Semakin banyak kenyataan yang dibuat, semakin nyata bercanggah dengan apa yang dilakukan dulu.

Pak Salleh Kerengga, petani di Canglon bukan fikir tentang Isa, tapi jenuh berfikir tentang kata-kata Dr. Mahathir, betulkah cakap beliau dengan apa yang berlaku masa PM dulu?

Seorang tukang karut boria Pulau Pinang kereyau kuat: Yeebabbbb!

19 comments:

  1. Unknown

    Tu la kisah mantan PM kita
    Dah letak jawatan masih nak kata
    Dia tak suka Pak Lah
    pasai tak boleh buat apa
    La ni dia gila nak jadi mentor
    Keriyau sana keriyau sini
    Tapi tak apa dia tak takut bini
    Apa dia kiata hari ini
    Dulu dia lupa
    Katanya Melayu mudah lupa
    Yebaaaab
    (kena baca dalam rentak boria baru sedap)

  1. anakpahang

    Salam.

    Dulu dituduhnya Tunku Abdul Rahman nyanyuk
    Dulu diaibkan Anwar Ibrahim sedemikian rupa
    Dulu dihinanya Islam hingga tsk terperi
    Dulu ditakutkan rakyat dengan ISA
    Dulu diperlekehkan Pak Lah sedemikian rupa
    Dulu disembur air asid ke atas rakyat yang berdemonstrasi
    Dulu ditelanjangi raja -raja
    Dulu dihancurkan Bahasa kita
    Dulu dihinakan Melayu dengan MELAYU MUDAH LUPA
    Dulu dia umpama MAHARAJA

    LUPAKAH DIA
    Dulu

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    Semakin ingat kita kepada doa arwah Presiden Pas:

    Dipanjangkan umurnya supaya dapat melihat kerosakan demi kerosakan hasil kerja tangannya...

    Nyanyuk? Mat Sabu tidak pernah percaya bahawa mantan ini nyanyuk.

    Dan para pengikut dan pemujanya tetap berduyun-duyun bertempik sorak seolah-olah alam ini akan abadi.

    'Dianya' sedang menulis sejarah kita. Sejarah pewaris kepimpinan negara tercinta ini.

    Percayalah dia sedang bekerja keras.

    Dilaga.

  1. sg2

    maka bersabdalah mantan presiden umpama kokokan ayam di waktu pagi. ada yang dengar sekadar ambik hati, ada yang dengar saja2 sukahati! lebih besar sabdanya maka lebih besar pula kealpaannya pada diri sendiri. beginilah nasib si tua mantan..kata2nya bukan lagi wahyu.itulah padahnya bila semasa berkuasa terlalu jenuh menundukkan rakyat dengan pelbagai akta siksa. akhirnya di penghujung usia, dirinya tidak lagi dipuja,lebih malang kata2nya menjadi hina. taubatlah tok det selagi bernyawa!

  1. jab sp

    Apabila kita ingin menjadi orang politik,hendaknya kita berfikir dalam ruang ruang politik.
    Saya positif dengan apa yang dilakukan olih Mahadir.
    Tiada kerugian yang diperolihi atas apa apa yang di bisingkan olih bapa kepada Melayu Mudah Lupa ini.
    Lantaran pusingan 360 darjah inilah PAS dan kumpulannya berkesempatan menguasai 1/3 daripada kerusi DUN dan Parlimen.Atas tingkah lakunya juga dunia politik Malaysia bernafas hidup tanpa lesu walau sedetik.
    Jika diamati dengan rasional,pusingan pemikiran inilah yang bannyak membantu idea idea pemikiran pemimpin PR yang gagal diketengahkan disebabkan kerana pemikiran mereka dilabelkan pemikiran pembangkang.
    Kenyataan menentang semula semua perilakunya sebelum ini menjelaskan lagi bahawa semua pemimpin dinegara ini hanya menerima maklumat dan taklimat semua yang berlaku diluar istana berjalan dalam OK.Ia mengingatkan kita akan sejarah kesultanan Melayu yang menerima pakai semua maklumat pembesar istana dan bila menuju kejatuhan kuasa mereka akan dapt melihat apa sebenar berlaku kerana benting yang melindongi suasana diluar telah rubuh dan runtuh.

  1. asamanis

    selalunya jika kita diatas byk kuasa..buat apa pun boleh..lupa kat orang bawah...tapi bila kita kat bawah..tak dak kuasa.. baru dapat rasa..baru nak celik..baru sibuk2 nak betoikan pemimpin yang asainya dia yang pimpin..baguih jugak sbb dia dah insaf kot...Tuhan bagi dia panjang umur utk perbetoikan balik dan bertaubat..

  1. Ibnu Ahmad al-Kurauwi

    Salam Syawal Pak Azizi,
    Masih tidak terlalu lewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    Terima kasih atas ilmu yang diberi dan dikongsi.

  1. Anonymous

    Ibnu Alkhurauwi.

    Wauuuu, blog bahasa Alab ye, baguslah.
    Berapa novel tulis tahun ni. Pulunlah tumpang muda.
    Cari kelainan lagi.
    Salam
    Pak azizi abdullah

  1. Insan Biasa

    salam.......

  1. Unknown

    Hari ini Det merapu lagi .Kalau yang lepas lepas dia melalut hal politik dan hal semasa,hari ini dia merapu hal hal agama pula.
    Yang tak syoknya bila libat orsng lain dia komen macam macam,tapi bila tiba blog dia,komem komen yang dia release hanya komen yang sokong dia.inilah det bapa melayu mudah lupa

  1. buyung

    Che Det tidak merapu. Beliau bercakap benar cuma mereka yg lemah daya fikirnya saja yg tidak sukakan kata kata beliau.Pergi ke blog beliau para komem-komen begitu ramai dgn komem komen yg begitu kelas tidak seperti komen komen diatas.

  1. Anonymous

    sdra BUYUNG

    Dari mana punca sdra dapat yang komen-komen dalam blog Che det tu semua menyokong dan bagus-bagus? Tentu sdra membacanya, bukan?
    Tapi tahukah sdra, sebelum komen itu disiar, adakah penyuntingnya? Dan penyinting itu siapa?
    Jadi tak hairanlah dalam blog tu, semua pakat puji Che Det, termasuk sdra.

    Assalam

  1. Unknown

    Buyung oh buyung.patutlah kau mempunyai nama buyung.Dulu orang guna,sekarang dah tidak,nak dimasuk sebagai barang antik pun tak bolih.
    Otak yang diberi untuk berfikir kau tidak gunakan.
    Tak kan tak ada komen yang menyanggah catatan Che Det.( Saya pun hantar tapi kerana menegur,tak disiarkanlah).Tapi disebabkan sikap Che Det yang bersamaan sikap TV1,TV3 hanya yang memuji dan membodek sahaja disiarkan.
    Kalau kau nak tahu betul atau tidak,cuba kau komen menentang apa yang Che Det catatan,walaupun saya tau buyung adalah 100% Detlisma,tapi cubalah.

  1. cicitHJHASSANu

    rasul melayu letak jawatan timbul pulak rasul mamadey...
    mungkin yang tersirat tak tersingkap sejak sekian lama,dimuntahkan kerana kenyanyukan si tua liberal...

  1. Anonymous

    Benar kata Mahathir.. renungkanlah..mgaibkn Anuar? Ha hah, rakan dia sendiri tau tembelang dia..Kesian..dia trlalu ingin jd PM hingga sanggup menjual nama negara sndri. Sbnrnya dia dlu patriotik..tp..kern dendam pd che det yg genius - maruah ngara dah x pduli lg. Sy benci Anuar..bapak prpcahan Melayu..cucu cicitlah yg akn mngis nanti. kerne dia - India n Cina sdah brni kurang ajar dengan Melayu..

  1. Anonymous

    oh ye ker? aku tak tau la pulak...


    -shemmi-

  1. Anonymous

    Lidah Nik Aziz Bercabang 10
    1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

    2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

    3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

    4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

    5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

    6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

    9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

    10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

    11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

    12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

    13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

    14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

    15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

  1. Anonymous

    sdra anonymous yang ke 17
    sdra ni benci kepada nik aziz, tapi tentu sindir saya. jika tidak masakan nak lepas geram dalam blog ni.
    malangnya yang sdra perturun, tak pula sdra rumus, betul atau tidak.
    ternyata bentuk kritik ini bukan ilmu tapi geram dan meluat. apa untungnya kejahilan kita tak dapat dibantu.
    salam
    -azizi abdullah

  1. Anonymous

    Pandanglaa muka Anuar Desai 2 btol2..layak ker dia jd PM kah kah kah Saya mseh ingat kte2 dia mse pembentangan kewangan Jumaat bbrp tahun mse dia masih TPM. Beriya-iya dia bagitau hadhirin betapa dia tidur dengan 'Azizahlah..'. Cme org yg terlalu taksub hndk mlndgi ssuatu yg snggup mbuka cerita dalam kelambu sendiri. Takkan x bley bce psikologi mnsia.. That simple Ma..! Salam Shemmi..aku Has