Catatan Bagan Pinang Dan Selepasnya.

Posted by Tukya Labels:


Port Dickson selepas subuh


Ramai yang menganggap, apabila Dun 31 Bagan Pinang kalah kepada BN dengan manjoriti lebih baik, saya jatuh demam kepialu, terkejut gajah sampaikan tidak meng ’entry’ beberapa artikel di dalam blog ini. Bloger Barajiwa beberapa kali menyindir. Kalau Pas memang tentu saya melalak sakan, kata mereka.

Tidak pula begitu. Saya bukanlah bloger profesional. Ke Bagan Piang sejak 8 Oktober sehingga 12 Oktober, menginap di Aprt. Laguna Teluk Kemang, berhadapan markas DAP, malangnya tak boleh layari internet.

Bila balik, program lain sudah menunggu, termasuk ceramah di UUM, kemudian di USM, di tambah pula tulang ruat orang tua, sakit sendi di sana sini.

Bagan Pinang mencatat banyak peristiwa. Sebelum tarikh itu pun, saya sudah berkali-kali telefon kepada Zulkifli Mohamad Omar, kawan baik juga. Tapi yang angkat telefon hanyalah isterinya. Yang dapat saya kata, Zulkifli baik orangnya, bermesra dengan semua kaum sebelum menjadi calon 11 Oktober pun.


Bangunan terbengkalai di Port Dickson



Lagi bangunan terbengkalai di Dun Bagan Pinang


Yang dapat dikesani sewaktu di Bagan Pinang, ialah pembangunan yang terbengkalai. Saya tak tahu kenapa banyak projek terbengkalai. Tapi sayang isu ceramah Pas tidak sangat membangkitkan isu ini, melainkan isu Isa Samad didapati bersalah kerana rasuah. Pada mulanya saya anggap isu rasuah ini akan diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi ternyata meleset kerana rasuah sebenarnya sudah ‘mangli’ kepada penyokong Umno dan rakyat rupanya menghalal isu ini. Alasannya mudah; rasuah ini bukan macam polis trafik terima duit pemandu teksi.


Orang ramai di majlis ceramah Pas


Pejabat DAP di Batu 9 Teluk Kemang menjadi pusat himpunan ceramah waktu malam. Kaget juga apabila melihat orang-orang Cina sangat hebat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Apapun, kekalahan PAS kali ini bagi saya adalah perkara biasa dan diduga. Tapi sekiranya PAS memang, ia adalah perkara luar biasa kerana;
1. Pas berhadapan dengan pelbagai jentera.
2. Pas lemas dalam aliran belanja BN yang melampau
3. Rakyat menerima penekanan BN dari berbagai sudut.
4. Zulkifli Mohamad Omar berhadapan dengan sebuah kerajaan seperti ‘harimau lapar’ yang mahu membaham apa saja, asalkan dia menang.


Penyokong Pas turut memberi sokongan



Seorang penyokong China di Markas DAP



Lori ini bergerak ke mana-mana meminta pengundi menyokong Pas



Perempuan China ini menjadi perayu undi Pas dari pagi hingga petang


Tapi apa pun perkara yang sangat membanggakan orang Pas mahupun KeAdilan, ialah bagaimana kegigihan orang Pas menghadapi suasana ini, di mana-mana pun. Ini tidak boleh ditandingi. Bagi mereka orang Pas ini, samada datang dari negeri lain atau tempatan, satu sen yang mereka keluar, mereka yakin itu adalah jihad. Selangkah mereka langkah, adalah jihad dan satu kilometer mereka bergerak, adalah jihad. Ini tidak berlaku kepada Umno. Ahli Umno tidak pernah menjadi mesjid tempat ibadah di musim seperti ini. Putri Umno lebih senang bergaya dengan semangat ‘ Jom Heboh’ mereka.


Suami isteri turut membantu menjadi perayu undi



Wanita China juga turut membantu



Adakah risalah begini memberi kesan


Dalam pada itu ramai pemimpin Pas atau yang mengedali strategi pilihanraya, cara dan teknik menggempur, menghadapi lawan tidak menyedari kesalahan-kesalahan sendiri. Saya melihat sepanjang kempen dan ceramah, kesilapan banyak dilakukan oleh pihak PKR yang menjadi tulang belakang membantu Pas menghadapi pelihanraya N 31 ini.

Syamsul Iskandar yang dianggap juara anak muda AMK, rasanya terlampau melebihi had lajunya dalam berceramah. Memang pun sedap bagi selera orang muda, tetapi etika dan adab untuk menarik orang luar, ia sangat ‘kasar’ dan tidak dapat diterima.

Beberapa pemuisi telah menjadikan kehalusan sastera kepada kata-kata maki hamun yang tidak boleh dianggap selesa.

Ada beberapa sebab hal yang sebegini terjadi. Bagi Pas, apabila menghadapi pilihanraya kecil seperti ini, seboleh-bolehnya setiap inci bumi DUN itu hendak diisi dengan ceramah dankempen. Sepanjang tempuh berkempen, Pas tidak mahu mengokongkannya. Manakala tenaga atau petugas yang berkemampuan kurang. Maka ketika inilah Pas menerima siapa saja tawaran bagi membantu mereka, termasuk berpidato, berceramah, kerana di pentas itu diperlukan ada penceramah sehingga jam 12 malam..

Sikap dan pendirian kebanyakan mereka yang memberi nama untuk bercakap, tidak ada pendirian atau sikap hendak memberi kefahaman sesuatu isu, melainkan berhasrat apabila ia berada di atas pentas, niatnya satu: akan dihentam pihak lawan habis-habisan. Maka jadilah seluruh ucapan mereka, ucapan yang menghentam, memaki hamun, merendah-rendah pihak lawan.

Sebagai contoh pada 11 Oktober malam di Pejabat DAP Teluk Kemang, wakil dari Johor telah membaca sebuah puisi yang saya rasa sangat indah puisinya, mantap, kuat. Tetapi oleh kerana puisi yang disedia sebelum itu di’setkan’ atau direncanakan untuk menghentam BN, pemimpin BN/Umno, maka jadilah puisi malam itu puisi yang sangat ‘kurang ajar.’

Memang sedap bagi telinga pengunjung yang menyokong Pas atau PKR atau PR. Tapi bagaimana boleh diangggap sebagai pendekatan yang baik kepada orang Umno/BN atau penyokong mereka?

Pemimpin Pas kena fikir ini. Saya memang berharap kepada orang muda/ pertengahan dalam Pas seperti Dr. Zulkifli, Khalid Samad, Dr. Hatta Ramli, Tantawi dan seluruh jentera muda tidak akan menghimpun sabut-sabut lalu meniup asap-asap seperti yang dilakukan dalam kempen di DUN Bagan Pinang oleh anak muda PKR.


Anak Shanon, Nor Hayati bersama menantunya



Shahnon, guru saya dalam berkreatif


Program ‘Lorekkan Penamu’ pada 13 Oktober oleh Mahasiswa UUM sangat menarik. Bersama Pn. Nisah Harun, kami cuba memberi sedaya mungkin bagaimana hendak menjadi seorang penulis. Bagi saya bukan saja sebagai penulis, tetapi penulis yang gigih dan bertahan sepanjang hidup.

Pada 14 Oktober apabila program ‘Membaca Semula Ranjau Sepanjang Jalan’ anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, lebih menarik lagi. Dua pembentang kertas kerja dari KL, Faisal Tehrani (Dr) dan Dr. Mokhtar Hasan apabila sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas, tak boleh turun, kena patah balik. Menurut Dr. Mokhtar, minya nak habis, kena patah balik ke KL nak isi minyak.

Lucu! Pada hal hujan lebat.

Apapun program hasil daya usaha beberapa kakitangan Pusat Ilmu Kemanusiaan sangat memberi makna. Shahnon Ahmad lebih bermakna, lebih terserlah dan tahulah siapa Shahnon sebenarnya.

Sangat hebat sebenarnya Shahnon! Semua kertas kerja memuji dan mengangkat Shahnon sebagai raja novelis dan manusia yang memberi makna dalam kehidupannya, melainkan Faisal Tehrani dengan berani menganggap Ranjau Sepanjang Jalan tidak ada agama di dalamnya, yang memberi erti tidak boleh dibicara tentang persoalan agama, kerana tidak ada persoalan itu di dalamnya dan beliau merasa takut jika hal ini membawa kesan kepada pembaca.

Saya sendiri, dalam kertas kerja Impak Ranjau Kepada Penulis Utara menganggap Shahnon adalah guru dan saya rela dianggap berada di bawah ketiaknya, kerana saya sangat terpengaruh dengan bahasa dan gaya penceritaannya.

Prof.Dr Datuk Yusuf Hasan yang menjadi penelaah sepanjang hidup Shahnon, yang tesis PhDnya atas karya-karya Shahnon, dengan tegas memaklumkan, baginya novel Shit tidak memberi apa-apa makna malah novel Shit tidak ada dalam senarai kajiannya. Dia tidak berkenan langsung, muak, mual, katanya.

Ternyata Dr. Yusuf Hasan sangat tidak berkenan kepada Shahnon apabila Shahnon menceburi politik berpartikan kepada Pas. Shahnon katanya, menjadi alat orang lain ketika itu.

Masyaallah.....bermacam-macam kesimpulan yang boleh dibuat apabila menghadiri seminar ‘Membaca Semula Ranjau Sepanjang Jalan.’

Saya melihat Norhayati, anak Shahnon yang mewakili Shahnon, tak henti-henti mengesat air mata dan sesekali dibiarkan air mata itu meleleh ke pipi. Tak tahan kebanggaannya mendengar bapanya diangkat sebegitu rupa.

Shahnon, saya doakan sihat untuk mampu berkarya lagi.

27 comments:

  1. jab sp

    Walaupun N31 PRK Bagan Pinang bukan tapak yang sesuai untuk menilai keupayaan PAS dan rakan pakatannya tetapi sekurang ia telah menunjukkan satu daripada jalan sebenar politik Malaysia kepada PAS dan rakan pakatannya.Muhasabah diri yang bersungguh sungguh wajar dilakukan jika PAS dan rakan pakatannya terutama PKR ingin terus berada dihati rakyat dan menjadi altenatif kepada kekuasaan UMNO-BN.
    Modal berkempen yang berteraskan kesilapan parti lawan sudah tidak diterima lagi olih sebahagian besar pengundi.Serangan bercorak peribadi bukan setakat sudah memuak mereka mereka yang berhimpun dimajlis majlis ceramah malah ia kadang kala terpelanting dan terarah lantung kepada diri kita sendiri.
    Dengan mengunakan modal keIslaman yang terlalu berat menjadikan ia seperti mecurah air didaun keladi jika mereka mereka yang hadir pada majlis ceramah ini terdiri daripada mereka yang masih kuat dengan aktiviti tradisi masyarakat Melayu yang sederhana pendidikan dan pelajaran.Bermain nombur ekor,berjudi,minum arak bukan satu halangan bagi setengah daripada mereka ini untuk hampir pada PAS-PR dan seterusnya menjadi penyumbang undi .Ini terbukti dalam PRU12 yang lalu.Jika sekadar undi penyokong tegar PAS-PR ,keputusan PRU11(2004) adalah jawapannya.
    Sukanya mereka kepada PAS-PR tidak bermakna mereka komited meninggalkan BN.Selagi BN melakukan kesilapan yang menyebabkan mereka tidak serasi dengan BN,selagi itulah mereka mengharapkan satu altenatif lain dan PAS-PR menerima laba darinya.Ianya akan berakhir sekiranya BN dengan magic penipuan dapat memahami isi hati mereka,lalu mereka akan berpatah balik untuk kembali bercantum bersama BN.
    Bertarung diatas padang yang dikawal secara remote control memungkin lawan dapat mencorak apa sahaja keinginannya.Dengan bantuan pakar pakar yang tidak lut pendakwaan atas apa jua tuduhan salah lakunya PAS dan pakatannya telah melupakan tujuan ratusan ribu anak muda ke Kuala Lumpur dalam demontrasi BERSEH yang bertujuan untuk memulihkan sedikit sistem pengundian demokrasi ala Malaysia.Terpukau dengan kejayaan demi kejayaan dalam 7/8 PRK ,PAS dan pakatannya terpukau dengan janji perubahan olih SPR dan melupakan tuntutan asalnya.Hanya setelah gelanggang dibuka barulah kita teringat semula bahawa sesuatu yang kita pernah bangkitkan belum terlaksana dan mahu tidak mahu pertarungan perlu diteruskan walaupun keputusanya telah diramalkan

  1. Anonymous

    Bila pengkarya seni kepada Tok Azizi dan Tok Shahnon mula cenderung berpolitik kepartian, maka hilanglah kehalusan dan kejiwaan yang murni dalam karya yang dihasilkan.

    Karya yang indah dihasilkan dari hati yang penuh berkasih sayang dan cintakan kedamaian bukan lampias dari nafsu dan kemarahan.

    Rupanya, hanya Usman Awang pengkarya sejati. Kehilangan beliau lebih bererti dari kehilangan pengkarya yang mula berparti dan cenderung menjumudkan diri dalam satu lingkaran yang penuh prejudis dan kecamukan.

  1. Anonymous

    jab sp,
    saya sangat setuju jawapan sdra. bagus.
    saya sangat mengalu-ngalu akan buah fikiran seperti ini.
    ada baiknya pendapat sebegini lontarkan kepada pucuk pimpinan pas.
    salam
    azizi abdullah

  1. tinta kasturi

    pandangan tuan azizi sangat halus dan menyentuh bagi saya. seharusnya bagi pihak pr juga. begitu juga dengan sahabat jab sp.

    isu serangan atas peribadi dan parti lawan ini memang menyedapkan telinga bagi penyokong pr kuat emosi dan kurang ilmu atau salah faham ilmu, tapi boleh jadi sangat menjengkelkan bagi org-org yg kurang menyokong apatah lagi yang tidak menyokong. Daripada hasrat ingin menyokong mungkin bertukar menjadi tidak menyokong malahan benci.

    Bukanlah saya ini penyokong barack obama mahupun al gore, tapi bagi saya pada kedua-dua mereka ada keunikan dalam kempen masing-masing yang boleh dijadikan pelajaran besar dalam memilih dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Isu yang dibawa oleh kedua mereka lebih cenderung melihat aspek kebaikan atau matlamat yang ingin diperjuangkan. Isu yang lebih menkankan aspek kemanusiaan, sejagat dan aspek-aspek alam yang harus dipelihara. Aspek-aspek ini yang lebih diperjuangkan berbanding berbalas hentaman dengan pihak lawan. Mungkin ada juga sesi hentaman tersebut, tetapi tidak dominan.

    Itu contoh dari bangsa yang beragama bukan Islam. Tidak salah kita contohi perkara yang baik dari bangsa atau agama lain. Islam adalah agama yang sangat toleran. Kebaikan menjadi tunjang bagi Islam, bahkan semua agama pun begitu. Ini titik persamaan yang sepatutnya dicanangkan dengan lebih kuat dan bergema oleh pemimpin yang betul-betul ingin menegakkan Islam di bumi Allah.

    Hakikatnya, yang terbaik. Kita punya contoh paling agung yang harus diteladani. Yang sangat dibaling najis atas dirinya, dia bersabar tanpa embalas. Sehingga saat pembaling najis sakit dia ziarahi pula. Yang apabila malaikat minta izin untuk memusnahkan penduduk sebuah negeri tyang telah menolak dakwahnya dengan batu yang dibaling ats dirinya sehingga menitiskan darah, dia berkata maafkanlah mereka kerana mereka belum tahu. Inilah ikon yang harus dipupuk dijiwa setiap yang ingin membawa Islam. Tampilkan dalam segala aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam ucapan-ucapan yang didengari ribuan orang.

    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (33:21)

    "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."(41:34)

    seperkara lagi, islam adalah din yang syumul. Melengkapi segenap aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi, hiburan, pendidikan, sukan dan termasuk juga politik atau bahasa arabnya siasah. Janganlah salahkan penulis yang mengambil tahu atau terlibat politik itu tidak asli atau tercemar. Bahkan yang mengasing-asingkan kesyumulan ini sebenarnya telah terpedaya dengan dakyah sekularisme. Mengasingkan agama dengan hal-hal yang lain dalam kehidupan. Agama adalah agama, hal-hal lain seperti politik tidak boleh dicampurkan. Ini kefahaman yang harus dibetulkan buat mereka yang kurang memahami.

  1. shimi

    Anonymous 09.20AM
    Jika anda seorang muda banyak lagi yang perlu anda pelajari.Banyak lagi skop pembacaan yang perlu anda tatapi.
    Jika anda seorang berusia ternyata anda kurang membaca.Kurang memahami politik dunia.
    Nama nama besar seperti Pramudaya Ananta Tour,Wahyu Sulaiman Rendra(WSRendra)dan Pak Hamka di Indonesia,Keris Mas,Kemala malah Tongkat Warrant(yang anda namakan sebagai Osman Awang)adalah antara pejuang hak kebebasan melalui tulisan mereka.Malah ada antaranya yang menjadi penghuni penjara buat beberapa lama.
    Setiap orang yang merasa punya tanggong jawap berjuang melalui wadah masing masing.Bacul,dayus,mementing diri sendiri adalah nama yang sesuai bagi mereka yang nampak ketidak adilan berlaku tetapi mendiamkan diri hanya diseabakan tidak mahu namanya terlibat dalam politik kepartian.
    Anda ketinggalan dalam isu Math & Sains dalam Bahasa Inggeris.Jika tidak tentu anda ketahui betapa beberapa SN telah kehadapan dalam memperjuangkannya malah ada yang sanggup menyerah kembali anugerah SN jika itu yang dikehendaki lantaran tidak mahu menjadi hipokrit dalam perjuangan penulisan mereka.

  1. Anonymous

    Jawapan pada Shimi..

    Jangan cepat berprasangka buruk dan memandang orang lain rendah ilmu dari anda jika pendapat mereka tidak seperti anda.

    Saya hanya menyebut satu nama Usman Awang bukan bererti saya hanya mengenali dia seorang sahaja.

    Apa yang saya tegur ialah dalam konteks Malaysia ini. Di mana apabila pengkarya seni melibatkan diri dalam kepartian dan condong kepada sesebuah parti lalu mereka ini akan terikut dengan pelampiasan kemarahan yang bukan dari pengamatan seni yang seharusnya segar dan indah tetapi memualkan seperti mualnya bahasa dalam karya buku SHIT Shahnon Ahmad.

    Saya tahu pejuang seni juga adalah pejuang negara, tidak saya nafikan hal itu. Minta Shimi jangan cepat emosi lalu membuat tuduhan tanpa bukti. Tak perlulah menyatakan itu dan ini untuk memperlekehkan saya, sedang ruang bicara saya hanya untuk menyampaikan pendapat saya bahawa :

    seorang pengkarya seni atau sasterawan harus bersikap seperti seorang akademik dan berfikir secara profesional, tanpa cenderung kepada mana-mana pihak berkepentingan apatah lagi memperlihatkan kecenderungan politik mereka di dalam karaya yang dihasilkan.

    Usman Awang adalah seorang peribadi yang jujur dengan bakatnya, salahkah saya menyanjung kesantunan dan keberadabannya? Saya kira tidak perlu saya berikan contoh-contoh lain kerana satu contoh itu sudah cukup menggambarkan apa yang saya maksudkan.

    Dan satu lagi, Shimi, memperjuangkan bahasa bukan sama maknanya memperjuangkan kepartian, harap maklum akan kecelaruan fikiran anda itu.


    Sekian.

  1. Anonymous

    imbas kembali; pak samad said diatas landasan pas memperjuangkan bahasa tiada celanya berpolitik kepartian, karya bukan sahaja perlu tulus dan murni perlu juga lantang dan tegas

  1. Serina

    terima kasih daun keladi kepada saudara azizi kerana sudi hadir ke uum bagi menjayakan BENGKEL PENULISAN NOVEL 'TARIKAN PENAMU' pada 13/10/09 yang lepas.

    peserta bengkel
    pelajar uum semester 3

  1. Aku,Pasbuih Dan Siamang

    Salam.
    Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Tertiarap juga sekutu sikapiaq Harbi dibumi adat Perpatih. Amin.
    Novel “Berok” wataknya si alias jika tidak silap saya..cukup menyentuh hati…dan terasa reality bukan fantasi bila Ust…kini…Dulu “Cikgu” . Bila berkarya….
    Setiap karyanya mempunyai imaginasi yang tinggi yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain,Inilah sebesar-besar anugerah Allah padanya yang bergelar Novelis…lebih-lebih lagi Azizi adalah seorang Novelis yang karyanya berjejak dibumi nyata.
    Setiap karyanya bukan impian dan khayalan tetapi nyata dan kenyataan.. jika kita amati segala jalan cetitanya…itulah Azizi Hj Abdullah.

    Biarlah orang lain mengatakan Azizi tidak sehebat Shahnon melalui watak lahuma dan Jeha tapi pada Aku “BEROK” lebih hebat dari watak Lahuma dan Jeha kerana…Berok dan Alias mengimbas reality perjalanan Muhammah saw dan Buraq untuk membezakan sifat haiwan dan manusia yang memiliki aqal fikiran….itulah kelebihan “Berok dan Alias yang lebih hebat dari watak Lahuma dan Jeha…..dua insane melayu yang papa kedana..dari Bagul Derdap pada saya.
    Itulah kelebihan dan kelemahan manusia dengan akal yang ada berbanding otak seekor “BEROK”.
    Kerana dalam Novel “BEROK” 3 watak Guru,Alias dan berok dapat memberi impak yang terlalu besar…agar kita dapat menilai…dimana akal dan sifat kemanusian berbanding haiwan berwatak “BEROK”
    Hari ini bila tiba-tiba Azizi berada dalam dunia politik yang penuh tipu daya….”Novel Berok” kian terhakis segala reality watak-watak utamanya …yang tinggalkan hanya hasil imaginasinya saja….dan tipu daya.
    Kerana wataknya…bukan lagi 3…tapi menjadi dua…Azizi dan PAS…Alias dan Beroknya…Watak guru yang selalu membuli dan memperlekehkan pelajar yang bernama Alias….dimatikan wataknya..secara tiba..tiba. Sebelum watak berok yang dibunuh oleh Alias…demi untuk menyelamat seorang manusia bergelar guru…..!!!

    Tedengar saja PAS tertiarap di Bagan Pinang…terasa kebah dan hilang segala lengoh2 sendi …panas badan mula meruap menghasil titik-titik peluk….rupanya sepapan Panadol di Steyen minyak Petronas Sedik tidak mustajab dengan berita PAS tertiarap di Bagan Pinang…Allhamdullah sekutu kapiaq harbi rebah juga..!!
    Terasa watak Alias dalam “Novel Berok” hidup kembali.Segala jalan ,denai dan lorong kian berubah menjadi tar..baju sekolahnya tidak disambar embun..embun pagi … dari belukar yang menjulur menutup lorong dan denai…
    Andainya PAS menang di Bagan Pinang…mungkin lorong dan denai akan menjadi belukar…lopak akan menjadi kubang…kubang akan menjadi lubang…yang terpaksa Alias mencari segala batang pinang dan nyok untuk merentang agar dia dapat berulang…
    Nampaknya si “BEROK” terpaksa berbakti lagi pada tuannya….yang gagal menyambung persekolahan…
    Apakah tedaya tuannya yang berada dibawah pemerintahan yang menagih simpati kemiskinan dari keringat seekor berok…untuk berjuang untuk menegak hukum dan fatwa….demi mengharap mati tuannya dapat disumbat ke syurga….

    Hari ini si Alias terpaksa berjihat…dan berjihat…melalui keringat “BEROK” yang tidak perlu mengharap upah dan imbohan dari pemimpinnya yang tidak menjanjikan imbuhan dan upah…kerana segala upah dan imbohan akan diterimanya di sana nanti…bukan didunia ini..
    Nampaknya…si “BEROK” terpaksa mengambil tugas menyara perutnya dan tuannya sekali…sekiranya PAS terus berkuasa lagi….
    Hari ini bila PAS tertiarap dan tersungkur dibagan Pinang mungkin “BEROK” akan kembali pada habitatnya…dan Alias mungkin mampu berubah menjadi seorang manusia….tidak kekal menjadi gembala berok…selama-lamanya….
    http//Gunung Mat Cincang.blogspot.com.


    Wassallam apbs.

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Dari senarai komen di atas, ada satu dua perkara yang cukup menarik:

    Pertama: Isu besar ditenggelami oleh isu yang remeh-remeh (kebusukan kentut menjadi lebih penting dari tahi yang bertaburan dalam rumah)

    Isu yang lebih besar/pokok iaitu calon yang mewakili kelompok perasuah tidak wajar dijadikan pemimpin telah ditenggalami oleh hal-hal yang lebih remeh dan kecil (contoh yang paling popular penceramah Pas gemar marah-marah, maki-maki). Ada yang merintih-rintih Melayu berpecah belah (maknaya tak sokong Kerajaan Umno/BNlah). Itulah modalnya dari dulu lagi.

    Kedua: Bagaimanakah caranya kita menterjemahkan idea yang bagus-bagus ke dalam bentuk tindakan?

    Pandangan teman kita jab sp, boleh kita teliti dengan saksama. Caranya ialah bagaimanakah kita menterjemahkan idea-idea tersebut ke dalam bentuk tindakan, i.e. dari idea kepada tindakan ('Pas untuk semua' misalnya telah menjadi sumbing dan comot dengan gagasan engagement ala 'Kerajaan Perpaduan'. Kenapakah idea seperti ini timbul? Sewajarnya ia tidak harus terlintas biar apa pun alasannya.

    3) Sastera ialah tentang kemanusiaan dan kebenaran

    Untuk apa misalnya kita bercakap tentang hal besar-besar seperti karya yang bagus-bagus dan berisi kalau misalnya membaca 'Shit' pun kita tak terdaya@muak? Kalau kita sangat meluat dengan Mahmud Jun/Salleh Kamil kerana keterlaluan 'jahatnya' ertinya lakonan mereka berkesan. Bukankah begitu?

    'Shit' berlatarbelakangkan kebobrokan pemerintahan era Mahathir. Bagi saya yang buta sastera, ia satu karya besar. Kenapa tak terdaya menerimanya? Kita terlalu sayangkan Mahathir dan Umno?

    Akhir sekali ialah bahawa sastera ialah tentang kebenaran. Mari kita lihat satu contoh:

    Sikap al-marhum WS Rendra sentiasa konsisten. Beliau menolak Pramoedya kerana kata Rendra, Prem yang jaguh dalam LEKRA (yang katanya anti kapitalis) menerima hadiah Magsasay yang menurut Rendra juga satu entiti kapitalis.

    Apakah kita mampu menjadi konsiten seperti itu? Sastera itu bagus dan baik jika mengampu pemerintah. Ia tiba-tiba tidak lagi berkualiti sebaik saja misalnya menegur dengan keras tingkah Mahathir yang songsang!

    Sebagai penutup, lihatlah betapa bijaknya MCA dalam episod yang ada sekarang. Lihatlah mesejnya:

    MCA harus berani menjadi lebih telus dan ia juga harus berani berkata tidak kepada Umno. Bukankah itu baik untuk Malaysia walaupun ia berita yang buruk untuk Pakatan?

    Wallahuaklam.

    Dilaga.

  1. Anonymous

    sdra dilaga
    saya masih tak faham bila ada yang mendakwa penulis yang baik hanya berpolitik, bukan politik kepartian. shimi kata macam osman awang.
    saya tak faham. mana ada manusia yang beredeoligi tidak berparti.tidak ada politik tidak berisme. penulis dunia, memang benar tidak masuk pas atau pkr, tapi mereka tetap memihak kepada satu isme.
    depa ambil contoh osman awang (shimi katakan) tapi depa tak tahu osman awang tu berfahaman apa? bukankah sosialis?
    saya sangat mengalukan jika pengulas seperti shimi beri contoh sasterawan yang politiknya tidak ke mana. sasterawan dunia lagi bagus. Tlolstoy, Shekspiar? Gibran? Markxin Gorki yang tulis The Mather?
    Saya fikir di malaysia apabila ada kebencian begini, kerana mereka anggap parti yang maha bersih dan keramat ialah Umno.Lain parti semua tak betul, penderhaka.dan apabila sasterawan menyebelahi parti lain, sasterawan itu jug hancai.
    orang tak pernah tahu, shahnon masuk pas bukan sangat benci kat umno, tapi tak setuju dengan pemikiran dan gaya politik mahathir. ini dr. yusuh hasan pun tak sedar sebab dia pemuja mahathir.
    salam--azizi

  1. orangkampung

    Undi Pas bermakna undi Dap...Undi Dap bermakna undi Komunis.

    Undi Pas bermakna undi Pkr...Undi Pkr bermakna undi Yahudi..

    undi Pas akan jadi Yahudi Komunis!!!!

    tinggalkan pas kita selamatkan Melayu dan Islam....

  1. shimi

    orangkampung
    benarlah bagai dikata,apabila bn-umno gagal melawan hujah hujah akal cemerlang,tropper hingusan digunakan pada setiap laman .
    geli geleman,gelak tawa tidak terkeluar bila umno bercakap menegak Islam.
    yang berkata ini pengalaman 25 tahun dalam umno-bn.tahu setiap perangai manusia umno-bn.tanpa duit semua tak jalan.berapa kupang upah yang hang dapat untuk jadi balacian

  1. Anonymous

    Sokong org kampung dan blogger Gng Mat Cincang..
    Azizi, bler kalah- mulalh tyg projek trbgkalai. 2 biasalh..dnia fana ney mne yg sempurna beb.
    Anak-anak buah aku merempit ke Bagan Pinang hampir hari2 dan dia mngaku ceramah Pas trlalu sikit yg hadir. Camner nk menang? PKR plak hnya tau cri kesalahan org lain. Tepi kain brblut taik. Bler trtgkp buat dosa kte, ap salahnya kalau org nk sdkah, kne trima, eiii..trok!
    Tnjuk gmbr sorang dua Cina mryu undi utk PAS, 2 miskin idea. Abg ak dlu, Cina sggp cuci ksut dia psl nk projek, 2 kan besa. Tp dia x mcm ko org yg sggp brgndg bhu ngan kafer nk mng punya psl. Prjk dia ttp bg kt bgsa sketurunan wlpn x dpt 'undercounter' dr Cina2 kaya. Ada jugak lerr..maruah org UMNO. Rasuah2 2 jgn citer kern slgi brglr mnsia..hanya iman tp bukan status parti yg bleh tolak pnyakit 2..cubalaa rasional ya? Inteleklaa sket..HAS yg menympah dgn kemunafikan sstgh org..

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Bab Bagan Pinang..
    Gedegung gedegang puak amno katok tin. Seghonok betui.. Tengok tok Najib dan tok Isa senyum meleret. Mungkin Menteri Besaq NS saja yang dok ketaq lutut.
    Cuma saya nak komen sikit lah, perangai PR bila kalah. Tak abih-abih nak tunjai kpala orang. Pengundi bodo lah, pengundi makan rasuah lah, semua orang salah. PAS saja lah yang maksum!
    Kadang-kadang tak cerdik pulak nampaknya.. Cuba belek depan cermin lama2 sikit. Apa yang tak kena, faktor apa yang kalah TEROK sampai macam tu skali.. Bongkaq hat dalam diri dulu. Hak pengundi jangan diperlekehkan dan dicabul dengan tuduhan bisa tu. Lagu tu ka perangai bakal kerajaan? kalau lagu tu apa beza BN dengan PR? Keletuih!

    Bab ayahanda Shahnon, saya rasa SHIT adalah karya surreal yang mencapai matlamat! Sebab semua orang yang baca SHIT semua rasa loya nak muntah hijau, tak dan nak baca habih pun!. Tak kira kepala shit ka atau wirawan.. semuanya dalam kategori SHIT belaka. Inilah hakikat politik negara kita yang diterjemah secara tepat oleh Ayahanda Shahnon. Jangan perasan yang hina itu untuk kepala taik saja, hangpa yang dok memulaih dalam perut pun SHIT jugak!
    FT mungkin terawang dalam alam lain bila dia kata Ayahanda Shahnon tidak ada menyelitkan unsur agama dan dakwah dlm RSP. Takkan agama tu berasing dengan hidup? Agama dan hidup itu sejalan, isu kehidupan itulah isu agama. Tanpa kehidupan, dimana hendak dizahirkan agama. Atau mungkin Ayahanda Shahnon kena sebut pasal Imam Ali, Ghadir Khumm, Ahli Kissa ka baru bercakap tentang agama? Tapi nak kata apa FT tu (DR)!
    Semoga Allah sembuhkan Ayahanda Shahnon dan mampu berkarya lagi..

    Salam Tukya..
    Abi Qalam

  1. abghalim

    Salam

    Bagan Pinang dah berlalu..jom kita membantu sesama MUSLIM

    SEKIRANYA ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARI KAMI:-
    1.PENGEDAR
    2.PEMBEKAL
    3.PENGUSAHA MINI MUSLIM HALAL HUB
    4.USAHAWAN PRODUK HALAL

    Sila Hubungi

    No. 2 & 4, Jalan Jujur 3,
    Bandar Tun Razak, 56000 Cheras
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel: +603-9172 4060 Fax:+603-9172 4107

    Pertanyaan: Abdul Halim Othman
    HP : 017 513 2208
    Email : koedarmuslim@gmail.com
    Blog : koedar.blogspot.com

  1. Anonymous

    Anonymous 9;49 sebelum Shimi.
    Bagus juga komen anda. Tapi cubalah tulis dengan betul. Apa pentingnya pakai ejaan dan perkataan begitu.
    Saya pun kadang-kadang tersalah eja tapi jangan buat ejaan SMS. Mari kita perbetul bahasa kita. Komen anda bagi saya baik.
    Terima kasih
    azizi

  1. Anonymous

    Abi Qalam, Anda saya fikir salah seorang yang tahu menilai mesej dalam karya sastera.
    Terima kasih
    -azizi

  1. Juliana

    Salam.

    Ya benar, PAS perlu mengubah cara bekerja dan berinteraksi. Kecenderungan memaki hamun, mengata-ngata pihak lawan, bukannya akan menambat lebih ramai penyokong. Apatah lagi PAS berlabel Islam, maka tonjolkanlah keperibadian Rasulullah S.A.W. yang mulia.

  1. Anonymous

    cerita lain dr bagan pinang :
    ingat tuan haji azizi dapat sasterawan negara , melepas kt anwar ridhwan pulak , anwar not bad tapi haji azizi is better , seorang tua di kaki gunung still the best masterpiece kat msia ...
    lupakanlah bagan pinang ...
    tak perlu pun semua pas kena menang pun , apa yang penting - cek n cek n cek apa yang pas terkurang , tersasar , terlepa dan lupe yang problemo blabala

  1. Anonymous

    Sorry lerr.. Ingat sumer tau lingua sms ha ha ha.. Foto kat atas sekali 2, mesti ada boyfriend aku celah2. Dia 2 org pntg PKR. Tp keje lain tak ada melainkan kutuk Bn n Umno. kalau dah sah salah Keadilan pun, tetap pertahankan jugak benang basah. Pa salahnya cakap..haah wei..adil mesti betulkan kesilapan dia orang tu. Aku yg bg senyum plastik kat dia, gerenti pangkah nominasi Melayu jerr. Naseblah klu calon kt situ PKR atau apa..janji kalu bangsa aku, aku pangkah tak kira parti apa..HAS. Sorry azizi for my sms pattern of writing..won't do it again!

  1. Anonymous

    Juliana,
    Jengok-jengok di kedai Dawama, dah terbit novel baru saya DAERAH BETA dewan bahasa.

    -azizi

  1. xyz

    Respon terhadap kritik pedas tetapi membina olih Dr Aziz Bari terhadap PAS menyebabkan Ustaz Idris Ahmad ,Ketua Penerangan PAS melenting kuat sekali.
    Malam tadi tergerak dihati untuk mencatitkan sedikit ulasan berkaitan dengannya,bukan apa,sekadar hendak menunjukkan bahawa jika banyak lagi pemimpin PAS seperti ini,saya percaya PAS akan hanyut dengan syok sendiri.Tetapi bila mood hilang akibat feedup dengan sikap ini,keinginan untuk lakukan sedikit catatan terhenti.
    Syukur Alhamdulliah,pagi ini bila membuka Harakah Daily ,rupanya masih ada pemimpin pertengahan PAS yang amat terbuka mindanya dan berupaya menerima segala teguran dengan tiada prasangka.Terima kasih Hanipa Maidin.

  1. Juliana

    Tuan Azizi,
    Daerah Beta? Pasti saya buru. Baru mengintai-intai beberapa helaian awal Sangeetha. Persoalan pengislaman watak suami Sangeetha sungguh menyentak fikiran.

  1. Anonymous

    Salam...

    mana karya agung Anwar Ridhwan? sebagai bekas mahasiswa penuntut ilmu sastera / buku sastera di UKM karyanya jauh sekali dengan kami. Azizi Abdullah yang lebih terkenal. bukan memuji tapi sekadar meluah rasa terkejut. adakah sebab Azizi sokong PAS? politik Malaysia begitulah.

  1. Anonymous

    At the same time, the influential replica handbags logo plays an quite important pole in making replica handbags and wallets very recognizable. Certainly, what really make replica bags and its wallets gain the huge popularity among celebrities is their amazing and fashionable styles, and thoughtful design details. As an illustration, we may take designer replica handbags .

  1. longge

    http://tuan.pcpop.com/space-7728036.html
    http://wealllovelv.spruz.com/
    http://blogtext.org/lovuitonbag/
    http://wealllovelv.i.ph/blogs/wealllovelv/
    http://lvneverchange.i.ph/blogs/lvneverchange/
    http://wealllovelvs.i.ph/blogs/wealllovelvs/
    http://123vuttionbags.webs.com/
    http://bags123.webs.com/
    http://123louisbags.webs.com/
    http://vuttionhandbags.webs.com/