Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?

Posted by Tukya Labels:

Pindah ubah dari blog Faisal Tehrani:

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?




Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

----------------------------
Jangan marahkan saya. Tulisan di atas saya nukilkan dari tulisan Faisal Tehrani dalam blognya 23 Oktober 2009 tanpa pula meminta izin darinya.

Nak kata menarik, tidak. Nak kata bagus, tak berani. Nak kata patut, nanti apa pula orang Pas kata. Nak kata mengarut, ehhh takkan pula.

Tapi saya benar-benar pening dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sampai sekarang tak mampu membaca, apakah Tuan Guru seorang politikus atau agamawan zuhud atau seorang pentadbir yang cekap? Di Bagan Pinang 10 Oktober 2009 lalu sempat juga memeluk Tuan Guru ketika turun dari pentas DAP.

Kelmarin (Sabtu 24.10.2009) sempat juga SMS kepada Setiausaha Politiknya, tapi jawapan SMS berbunyi; Kenapa anda masih tak faham-faham? Bila saya kata saya tak faham, SMS tak berjawab pun.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah: Melayu Islam yang sebenarnya ialah Melayu Islam yang tidak pernah istiqamah dalam apa hal pun, kecuali menepati satu perkara; berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Kalau macam ni, bila Pas nak perintah Negara. Jangan yang dipegang terlepas, yang digapai tak sampai.
Wallahu aklam.

47 comments:

  1. SITI

    owh, sangat benar bab buka puasa itu. sangat2. Saya pun pelik, beria2 benar menyuruh berbuka bila sudah azan, sampai suruh korek hidung jika lansung tiada makanan di sisi.

  1. Anonymous

    Dalam PAS tokoh mana yg boleh menarik golongan artis, org bukan islam etc...utk mendekati Islam? TGNA dihormati oleh semua golongan termasuk org UMNO sendiri. Saya org Melayu yg tidak jadi mana-mana ahli PARTI pun sangat menghormati beliau. Kerana beliau saya condong ke arah perjuangan PAS. Sejak akhir-akhir ini saya dah rasa meluat dgn PAS. Banyak isu yg timbul sgt memualkan. Lembab tak nampak ketokohan dalam kepimpinan dalam PAS. Cakap saja lebih, isu yg timbul pulak menyakitkan hati. Bila TGNA dah marah maka bertambahlah saya hormat padanya kerana rupanya dalam PAS hanya beliau yg sangat PEKA dgn keadaan yg terjadi. YG lain tu saya kira syok sendiri saja. Mereka ingat rakyat sokong PAS kerana PAS dah kuat tapi sebenarnya kerana rakyat meluat kepada BN...
    Saya doakan ya Allah panjangkan umur dan sihat tubuh badan TGNA, Amin. kerana beliaulah saya masih menyokong PAS...

  1. hussin

    azizi,

    terima kasih kerana menyatakan sikap.

  1. wan salmah

    salam,
    dunia dah nak kiamat benar ni..

    bumi dah semput, akhlak dah hancur, ekonomi tunggang langgang, politik haru biru.
    pas takkanlah tak berbuat sesuatu ke arah perubahan positif? kalau dah jatuh mmg payah nak naik balik nanti..
    jgn kecewakan org yg benar2 nakkan islam..

  1. Anonymous

    Saya lebih yakin dgn ilmu aqidah Tuan Guru dari lain-lain pemimpin pas.

    Apa lagi dgn penulis murahan...

    Faisal Teharani? banyak lagi keraguan kpd beliau berbanding Tuan Guru...

  1. omara

    saya setuju dengan Tuan Guru, tapi kalau boleh Tuan Guru lebih berhati-hati apabila bercakap dan keluar kenyataan. media memang gemar mencuit Tuan Guru. Setiap perkataan Tuan Guru akan dijadikan peluru untuk tembak ke arah PAS kembali.
    sedangkan lidah lagi tergigit, tapi jangan hingga orang luar turut menggigit sama....

  1. CUPING MERAH

    memecat atau menggugurkan Tok GURU NIK AZIZ dari MURSYIDUL AM umpama membubarkan parti pas...

  1. mosabit

    APA YG KORANG MEREPEK NI?...KUTUK TOK GURU...BERAPA LAMA KO DAH PERINTAH SEBUAH NEGERI MACAM TOK GURU TU?....CUBA LISTKAN KAT AKU...SORANG NI.. BARU ADA 8 ADUN PAS DA BERANGAN NAK JADI MB SELANGOR KONON....SORANG NI BARU JADI TIMBALAN PRESIDENT PAS....TAK PERNAH NAK BACA BLOG TOK GURU..APA BARANG?...SORANG NI JADI SU AGONG PAS...BERITA TOK GURU TU TAK KUAR PUN DLAM HARAKAH....APA BARANG??

  1. KangNasir

    salam.
    http://kangnasir.blogspot.com/2009/10/tak-faham.html

    bila emosi menguasai akal.

    beginilah keputusannya.
    & disini baru jelas,
    pemimpin yg bijak tidak akan menggunakan emosi bila bertindak.
    bila emosi menguasai akal,
    seumpama org mabuk ketika berbicara & berkata2.

    kpd shbt2 dari PAS.
    mohon maaf dari saya,
    bukan maksud saya utk menghina.
    yg baik fikirkan bersama.

  1. Jundullah

    Ana Sediah bila Ulamak Yang ana Sayangi berkata "Nak pecah,pecah la.."

  1. Tulang Besi

    Azizi, kalau berani, sila namakan siapa orang itu?

    Jangan hanya cakap aje. Kena berani bertanggungjawab la atas tuduhan melulu ini.

    Silakan nama orang itu.

  1. Ayiem

    Tidak ada salahnya dengan saranan TGNA,tidak ada silapnya...

    Yang silap adalah kita yang gagal memahami msg yang cuba disampaikan oleh TGNA.

    Apabila TGNA menyatakan bahawa UM-no perlu mengubah 'dasar'nya yang assabiyyah kepada 'dasar' Islam,UM-no gagal memahami msg yang cuba disampaikan oleh TGNA.

    Sehinggakan Naina Merican mengutuk TGNA dengan menyatakan TGNA sesat.

    Isu Muktamar Khas PAS juga sama,aku menyangkakan hanya UM-no yang gagal memahami tetapi rupanya masih ramai didalam PAS yang meraba-raba mencari inti saranan TGNA.

    Cuba lihat PAS dari sudut TGNA,insyaALlah kita akan nampak apa yang cuba dilontarkan oleh TGNA

  1. liquid

    kalau x silap ana, dulu ana penah dgr tok guru cakap, lebih kurang macam ni la,

    "orang lain x tahu macam mana perit nya pas kelantan berdepan dgn bermacam laku khianat dari puak umno-bn sepanjang memerintah kelantan selama 18 tahun"

    jd ana fikir tok guru lebih mahir dgn selok belok permainan puak umno-bn ni. mgkn yg dh t'pengaruh dgn umno-bn ni sbb permainan umno-bn ni la, kena selesaikan cepat.

  1. Anonymous

    Kepada semua komentar yang saya hargai,
    Ternyata komentar sdra menampakan kesayangan kepada TGNA. Terima kasih. Kezuhudan TGNA melampaui semua dan inilah yang mengkagumkan kita dan tak ada siapa yang mampu mengatasinya.
    Apapun yang kita kesal ialah mereka diperingkat pemimpin yang tidak ada ketahanan Islamiah terhadap pengaruh politik. Sangat kesal jika ini menjadi kenyataan TGNA.Tidak ramai yang ingin mati bersama Islam walaupun dia berjuang atas nama Islam.
    Benarlah kata sesetengah orang, dalam Pas sendiri ada yang memperalatkan Islam demi kepentingan politik mereka.
    Saya sama sekali tidak benci, tetapi kesal kerana adanya pemimpin Pas yang sebegini. Kesal saya terhadap kenyataan TGNA ialah, kenyataannya terbuka, menjadikan ia bola tanggung kepada orang yang selamanya menentang Pas.
    Salam- azizi hj abdullah

  1. jamilah

    saya suka tok guru pasai dia istiqamah ,jelas dan tegas. Bukannya kejap ke kakan dan kejap kekiri mengikut arus. Lagipun nik aziz mintak adakan EGM khas yang isunya dibincangkan dengan telus dan adil. Kalau perwakilan nakkan umno , mai kita ramai-ramai sokong umno,kalau nakkan pakatan rakyat, semua pakatan rakyat. Rebut peluang dalam pakatan rakyat..Jangan jadi munafik dalam perjuangan.

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    Apakah kita tidak boleh melihat teguran TGNA ini sebagai ubat kepada:

    Penyakit pura-pura bisu, tuli dan tertidur tatkala memandu para pemimpin besar Pas.

    Penyakit saf pimpinan Pas membiarkan anak yang ganas, menjadi lebih ganas sehinggakan jiran-jiran menjadi resah dan gemuruh.

    Kalau tak salah ada pepatah yang mengatakan bahawa perbuatan itu lebih meyakinkan daripada kata-kata.

    Dan kalau tak salah, berpura-pura bisu dan menjadi tuli apatah lagi dalam hal-hal yang sangat penting JUGA TERMASUK PERBUATAN.

    Apakah para pemimpin besar sesebuah jemaah yang besar seperti PAS beranggapan bahawa peristiwa-peristiwa pro-kerajaan perpaduan, kemelut akibat telatah pemimpin besar Pas di Selangor (sekadar contoh) itu terlalu kecil? Peristiwa yang sangat kecil sehingga ia boleh ditepis seperti menghalau lalat di atas bahu?

    Apakah dengan mengumumkan bahawa kes-kes seperti itu sudahpun selesai, maka segala akibat, AKIBAT PERBUATAN TERSEBUT benar-benar sudah selesai?

    Apakah tindakan paling wajar yang setimpal untuk para penebuk lubang dalam bahtera ini ialah dengan berpura-pura bisu dan tuli?

    Pas begitu lama berakar dalam kalangan mereka yang mendambakan sesuatu yang syumul. Pas dibina dengan keringat, air mata hatta darah para penyokong kecil yang wujud di seluruh pelosok negara kita.

    Rasional seperti apa dan yang bagaimanakah yang boleh membenarkan bahawa perbuatan-perbuatan menenggelamkan bahtera ini telah selesai hanya semata-mata dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semuanya 'baik-baik' dan segala masalah telahpun selesai?

    Keyakinan dibina bertahun-tahun, malah puluhan tahun.... tatkala ada orang-orang tertentu BELUM pun mejadi ahli Pas.

    Ada orang melihat semua ini hanyalah semata-mata dan sekadar isu mencari calon pemimpin besar negara masa depan. Kalaulah bahtera yang namaya Pas itu karam, apakah maknanya menjadi pemimpin bahtera yang telah karam?

    Kelantan di bawah TGNA bukanlah sekadar kata-kata. Beberapa hari lalu ia telah memasuki usia 20 tahunnya. Apakah salah jika beliau menegur, dan menegur dengan KERAS SEKALI sepertimana yang beliau telah lakukan?

    Kita tentunya tidak perlukan pemimpin yang pura-pura bisu, tuli dan tertidur tatkala memandu.

    Wallahhuaklam.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya..

    Saya dah tulih pasai benda ni dah dekat setaun dah..

    http://suaradarilembah.blogspot.com/2008/10/anwar-telah-berjaya.html

    Dan pada saya permainan busuk ini berpunca dari DSAI dan Erdogannya..

  1. Pak Long

    Salaam,

    Ok, orang semua respek TGNA, semua anggap semua cakap dia betul dan kalau dia kutuk mana2 orang, orang yg dia kutuk itu pasti salah.

    Saya bukan PAS, tapi menghormati TGNA, tapi saya ada banyak ikhtilaf dengan dia.

    Adakah dengan ikhtilaf ini saya tak boleh masuk PAS?

    Macam mana saya nak masuk PAS, kalau saya masuk saya sure akan ditendang balik? Saya akan dicaci maki, dikatakan proksi UMNO, tidak hormat Mursyidul Am, gila jawatan MB, bangang, bengap, daripada masuk PAS baik masuk UMNO dll yg kita boleh lihat caci maki ini setiap hari dilemparkan kepada kump yg tidak setuju dengan "kumpulan" dan "orang itu".

    Saya fikir kalau begini PAS akan berpecah, dan PAS dibawah "orang itu" tidak akan sama dengan PAS dahulunya.

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Kalau dibaca pandangan (misalnya seperti Abi Qalam dan Feisal yang sdr Azizi kutip untuk dijadikan isu posting blog kali ini)bahawa persoalan teratas dalam episod EGM yang dicetuskan TGNA ialah mengenai bakal pemimpin negara ini sekiranya Pakatan berkuasa. Begitu? Hmmm...Bukankah lebih bagus@afdhal jika teman-teman kita ini memberikan idea misalnya:

    Bagaimanakah menterjemahkan "Pas Untuk Semua" dalam bentuk tindakan. Atau slogan ini pun sudah menjadi sekelas dengan yang dijerit-jerit kerajaan sekarang seperti Satu Malaysia? Cerita lawak untuk dijenakakan?

    Bagaimanakah rakyat telah amat terkejut dan begitu kecewa oleh idea@gagasan besar para pemimpin besar Pas yang sangat terliur untuk tidur sebantal sekali lagi dengan Umno atas cop baru yang namanya perpaduan?

    Dalam konteks ini rasanya Sdr Azizi boleh juga mencadangkan agar nama-nama besar sastera seperti Sdr Feisal membantu para budayawan, sasterawan untuk bersama-sama rakyat. Masanya sudah tiba untuk mereka (budayawan, sasterawan, cendiakawan) bertindak sewajarnya. Mereka tidak lagi boleh membenar dan membiarkan kuasawan usahawan (kata Pak Samad)membuat sesuka hati di negara ini.

    Siapa pula yang bakal dinobatkan menjadi pemimpin besar? Rasanya bolehkah kita tunggu dulu? ...Kapal Pakatan mungkin karam sebelum tibanya PRU 13 angkara sepak terajang segelintir pemimpin yang kelihatannya terlalu ghairah untuk cepat-cepat...dinobatkan.

    Pendek kata, kembalilah untuk berkhidmat kepada rakyat kerana itulah yang teratas dalam urutan keutamaan.

    Wallahhuaklam.

  1. Anonymous

    Tolong bagi ayat nombor berapa, hadis mana yang kata Ayatollah Nik Aziz tu maksum?

    Ghok-ghek macam Abuya Arkam Ashari jugok; 2X5.

  1. Abi Qalam

    Salam,

    Saya rasa amat tidak sihat jika sebuah parti politik bersandar hanya kepada imej pemimpinnya. Saya ada baca komen diblog FT, tiada Nik Aziz tiada PAS... kat sini pun ada komen bernada serupa.. Ni Dah tahap dewa ni..

    Rasanya orang macam ni, perlembagaan PAS pun tak pernah bukak baca, atau sekurang-kurangnya memahami asas perjuangan PAS. Tau ka letak duduk Mursyidul Am ni apa tugas dan fungsinya?

    Jangan merendahkan dan memperlekehkan PAS sebagai satu badan politik dengan kejahilan kita. Tamrin tak pernah pi, usrah pun tak pernah pi, tiba-tiba jadi semangat tak tentu kalu ni pasaipa? Awat sistem dalam PAS ni hiasan semata-mata ka yang kita tolak demi seorang pemimpin?

    Nak sayang, nak hormat dan nak kasih silakanlah. Kita pun sayang kat TG Nik Aziz, yang kita marah pada orang yang tunggang tengkok dia.. tala sana.. tala sini.. Dah jadi rahsia umum yang ada tok dalang mencucuk belakang dia demi penuhi matlamat politik mereka. Isu UG lah satu-satunya modal nak berkokok.

    Cuba tengok apa jadi pada Dr Hasan Ali, kebanyakan orang awam yang marah dia tak paham pun apa yang dia tegoq. Dia tegoq pasai arak, dia tegoq pasal kaedah penambah baikan.. tup-tup org dlm parti sendiri hentam macam nak gila.. orang awam lagilah.. dah lekat la chop UG dan Pro Umno kat dahi dia.. Dulu kita sanjung.. laa ni kita ludah. Lepas ni apa yang dia cakap betui pun hangpa ludah jugak.. nampak dak BODOnya tang mana..

    Pada saya inilah kesan bila tarbiyyah (tamrin, usrah dll) macam selalu dibuat pada zaman TG Fadhil Noor ditinggalkan. Ma'thurat dah tak jadi amalan dah.. Yang jadi amalan, zikir puak-puak erdogan tu.. anwar.. anwar..

    Saya kata palahotak!

  1. narumi hayashida

    Assalamualaikum....

    Semoga diberi kekuatan oleh ALLAH, ditunjuk jalan yang benar x lama lagi olehNYa.

    Orang yang nampak PAS sebagai Parti Politik yang memperjuangkan ISLAM, akan mempertikaikan keadaan yang berlaku sebagai salah satu senario politik tanah air.

    Orang yang memahami PAS sebagai wasilah gerakan ISLAM, Jemaah ISLAM yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, diasuh serta dididik dengan tamrin, mukhayyam, malah 1001 lagi method tarbiah akan sedar, matlamat tidak membenarkan cara.

    Cuma satu sahaja ingin saya pesankan pada diri, sabarkan pada hati...TGNA adalah ulamak yang ALLAH pilih memimpin perjuangan ISLAM di Malaysia.

    Ilmunya x terjangkau oleh orang awam seperti saya. Tapi satu perkara, TGNA juga adalah MANUSIA BIASA yang tidak lepas dari melakukan khilaf.

    Semoga ALLAH memelihara beliau dari parasit2 MUNAFIk yang ingin memecah belahkan kesatuan jemaah, ibarat serigala yang sedang meneropong segerombolan kambing. Wallahu'alam

  1. garamlada

    Terkedu juga saya sebagai ahli bawahan ini bila terdengar kata-kata "nak pecah, pecah gi lah!".

    Memang saya sangat menghurmati Tok Guru. Tok Guru adalah segala-galanya dalam perjuangan PAS tapi sayup-sayup dihati kecil saya, tergamak Tok Guru kata begitu. Maafkan saya Tok Guru yang sangat saya sayangi.

  1. Anonymous

    Sdra Anonymous. 11.42
    Anda salah ada pun orang dakwa TGNA MAKSUM, melainkan orang itu gila.
    Sdra Abi Qalam 12.06
    Saya hormat komen anda. Terbuka dan matang.

    -azizi abdullah

  1. jit tontoya

    haluuuuuuuuuuuuuuuu


    abis kalo buang stopa ali dengan hassan ali, adakah PAS akan terus kehilangan sokongan!!!!

    aku rasa makin bertambah sokongan pada PAS apa.

    TGNA dah berpuluh berjuang dlm PAS ..x rosak pun PAS. dtg mangkuk hayun 2 tiga ekor termasuk Sang Azizi ni trus dilanda badai....

    kalo aku lah di tempat TGNA dengan buku TUKYA pun aku tukaq. Memang patut KPM dah x amik TUKYA jadi bhn rujukan kerana memang TUKYA tidak berkualiti.....hancus pandangan....

    KHAK TUIH!!!!

  1. xyz

    berdasar pengalaman dan pemerhatian jin totonya dan mereka yang terlalu emosional sewaktu membuat ulasan terhadap lawan adalah manusia manusia yang paling murah untuk dbeli dan murah maruah untuk tukar harga perjuangan.sejarah politik Malaysia membukti terlalu banyak mereka yang menyalak mempersenda musuh akhirnya kembali kepada musuh sebagai orang suruhan numbur 1.
    meminta orang lain meghurmati kebebasan bersuara tetapi diri sendiri menutup ruang itu dapat dilihat dalam kebanyakan komen blog Malaysia.
    Terlalu taksub pada idolanya juga menyebabkan akal yang waras menjadi separuh gila.
    Tidak memahami yang tepapar jelas ,disebabkan minda yang memang telah ditutup rapat untuk menerima kebenaran dan berbeda pandangan menjadikan ianya sepenuh gila

  1. ikebilihikejerung

    mesej yang hendak di sampaikan oleh pemimpin kepada pemimpin ialah keputusan melalui mesyuarat...jangan ada tangan hitam menentukan hala tuju jemaah dan apa jua tindakan besar kepada jemaah

  1. Anonymous

    SDRA JIT TONTOYA
    Siapa pula yang benci kepada TGNA?
    Saya cuma lontar persoalan.
    Mari kita pakat-pakat cambah pikiran tapi jangan merosakan kealiman orang. Kita hormat ilmu dan kewarakan dan kezuhudan TGNA. Tapi jangan sampai taksub.
    Salam Jit.
    -azizi abdullah

  1. Anonymous

    Jit Tontoya dan rakan-rakan, tak bolehkah komen dengan tenang tapi berisi. kita orang Islam. Kalau setakat komen di blog ni pun dah begitu, macam mana nak berjuang dalam politik.... sebab itulah ada yang benci PAS. bukan kerana parti tapi disebabkan mereka-mereka yang berlebih-lebihan ni. Hal remeh temeh dibesar-besarkan. suka menyalahkan orang lain. sepatutnya di ruangan komen ni tempat kita berikan pendapat. ikutlah cara Nabi Muhammad (Sunnahnya). ni macam nak bergaduh saja... ubahlah sikap!

  1. al Nerusi

    Sebahagiannya bukanlah Pro-UMNO sangat, tapi mereka anti-pakatan. Ini bertentang dengan keputusan muktamar yang mahu kuatkan pakatan. Kemudian mereka kata TGNA keras tak bertempat. Padahal setiap ahli Pas berkewajiban tegas mempertahankan keputusan muktamar. Yang keras tak bertempatnya orang terengganu!

  1. Anonymous

    Salam. Tak ptg soal TGNA perlu dilucutkan jawatan mursyidul am atau tidak. tetapi yg perlu diketahui, ialah, Faisal Teharani seorg penganut fahaman Syiah. Mnatan Mufti Perlis Dr Asri pernah menerangkan hal ini. Dia pernah menyeludupkan fahaman Syiahnya ke dlm Pas ttp tidak berjaya. Akidah Faisal wajar diragui.

  1. jit tontoya

    haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    Saudara Azizi dan seangkatan dengannya....

    Aku bukan taksub dan menganggap TGNA itu maksum malah aku cukup faham dan mengerti tiada insan yang maksum kecuali RASUL walaupun ada ketikanya baginda juga sering ditegur dan diberi peringatan oleh Allah S.W.T.

    Persoalan yang aku ingin bawa ialah tentang keterbukaan pimpinan PAS termasuk saudara dalam menerima kebenaran.
    Terfikirkah kita kenapa PAS dilanda badai. Bukankah ianya berpunca daripada UG. Kenapa masih ada panglima PAS yang bermain kayu 3 dalam perjuangan. Kenapa kita tidak sanggup untuk menerima pakai keputusan MUKTAMAR PAS di Perak yang lalu.

    saudara,
    Hanya orang yang pengecut sahaja yang ingin menolak EGM. Kalau tidak berasa bersalah dan tidak bersalah kenapa takut untuk mengadakan EGM. Bukankah TGNA mahukan EGM menetukan keputusan samada kerjasama itu perlu atau tidak.
    Kita bukan sahaja ingin menjaga kemandirian PAS, tetapi kita ingin melihat PAS terus dihormati dan terus gemilang dalam perjuangan. Namun, dalam agenda ini, disebabkan 2-3 mangkuk hayun meletakan matlamat mengatasi perlembagaan PAS itu sendiri menyebabkan PAS mula menghadapi gelombang badai.

    Kita boleh menerima kenyataan Hassan Ali di media, kita boleh sahaja menadah telinga komen2 beliau tentang KErajaan Selangor. namun terfikirkah kita dengan perasaan rakan2 kita dari DAP dan PKR. Apakah beliau tidak mempunyai cara lain berjumpa dengan MB atau kepimpinan Kerajaan Selangor untuk meluahkan masalah. Namun bila saja kita mendengar teguran dan komen TGNA di media, segelintir pengikut PAS yang gagal memahami dasar perjuangan PARTI menyalak dan memarahi TGNA. Berbeza dengan Hassan Ali, Mustapha Ali, HJ Hadi, EN. Nasharudin Mat Isa, En.Nasrudin Tantawi, En Idris, En.Harun Taib termasuklah saudara sendiri membuat kenyataan kita boleh mendengar tanpa melenting.

    saudara,

    Jika kita rasa tidak bersalah kenapa kita perlu bersungguh-sungguh menentang EGm sehinggakan ada yang sangggup berkata itu bukan kenyataan TGNA. Ada yang lebih tinggi makhrifatnya menyatakan TGNA dipengaruhi oleh pengikut Edrogen. TGNA sudah tua dan penuh pengalaman dan bukan sifatnya untuk mudah mempercayai dan menyokong sesuatu perkara tanpa penelitian yang sesungguh. Beliau bukan seperti saudara....
    sambung........

  1. jit tontoya

    Saudara,

    Bukan kita ingin sengaja menolak mereka yang dahulunya sehati sejiwa dalam saf kita. Tetapi tindakan yang dilakukan mereka lebih perit dari kekalahan Bagan Pinang. Ia seakan menikam kita dalam diri kita sendiri. Salahkah kita kalau TGNA mengajak kita semua bersemuka dalam EGM untuk meleraikan kekusutan ini. Bacul sangatkah kita untuk menolak saranan ini. Ada yang berkata, kita tidak mengikut politik Rasulullah, terlalu emosional. Namun sesekali pernahkah kita melihat tindakan baginda terhadap Abbdulah bin Ubai yg menikam Islam dari belakang. Kenapa Nabi tidak memaafkan sahaja mangkuk hayun ini. Mengapa Nabi mengambil keputusan yang terus sahaja membunuh karier politik mangkuk itu!!!! Pastinya tidak lain dan tidak bukan melainkan ingin mempertahankan saf perjuangan ISLAM.

    Saudara,

    Terlupa ingin diberitahu, ini bukan kali pertama siri UG ini diteruskan. Nasihat dan teguran telah beribu kali diberikan....seandainya mereka pejuang ISLAM yang tulen, yg pertama mungkin kesilapan, namun yang kedua bukan lagi pengajaran. Ia adalah kehendak, nafsu dan keinginan mereka itu sendiri.

    saudara,

    Akhir kalam, bukanlah bermaksud aku ingin merendahkan keilmuan saudara. Aku akui, Tukya adalah sebuah lontaran pemikiran idea yang MAHA HEBAT. Malah aku sendiri pernah mendalami dan mengkajinya suatu ketika dulu. siapalah aku untuk dibandingkan dengan tuan. hanya ombak kecil dilautan tuan yang luas itu. Namun jauh disudut hati, aku agak terkesan kerana pengkarya hebat seperti tuan gagal memahami mesej yang hendak disampaikan oleh TGNA.

    Saudara, sehebat-hebat saudara, saudara belum pernah tinggal dan merasai betapa peritnya Kerajaan yg dipimpin TGNA dihina, dizalimi, difitnah dan ditikam kiri dan kanan selama berpuluh tahun. Itulah penderitaan kerajaan yang PAS Kelantan yang tidak pernah dirasai oleh pemikir dan penggerak UG termasuk saudara.

    Kalau tuan di tempat TGNA, sesekali selamilah kenangan lampau, renung mata pejuang yang dahulu, usapilah pengorbanan kami hari ini dan disitulah tuan akan temui jawapan yang sebenarnya!!!!

    Salam Ukhwah......

    jit tontoya

  1. Anonymous

    sdra jit tontoya
    saya minta sdra baca blog saya semula.
    saya tak katapun saya tak setuju dan saya tak pula kata setuju EGM ini. Saya tak sentuh pun UG.
    Semalam, dalam blog Albanjari melaporkan saya hadir di rumah Datuk Hassan Ali, pada hal saya tak pergi pun.
    Jangan marahkan saya. Sekuman pun saya renggang dengan Pas, sebiji padi pun saya tak perlekeh TGNA tapi saya sangat kesal apabila ada usaha atas nama politik, menggugat Pas. Saya cintai perjuangan Islam dan kini Pas saja wadahnya.
    Maaf dan salam ukhuwah, Jit.
    dari azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    sdra jit tontoya,
    saya ada pengalaman seperti yang sdra dakwa saya tak terasa jerit payah pas dikelantan.
    saya ada pengalaman ketika Pas berkerjasama dengan Umno zaman Tun Razak.
    Tapi ingat, pergolakan berlainan zaman, bererti berlainan gaya dan teknik dan tektiknya. Kerana itu saya lebih kepada berhati-hati.
    salam: azizi

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan Jit Tontoya,

    Pertamanya saya rasa Jit Tontoya terlebih emosi dalam isu ini sehinggakan membuat andaian yang Tukya Azizi pro UG. Saya katakan ini tidak adil kepada Tukya, sebab saya pikir yang diluahkan Tukya ialah beliau heran kenapa TGNA boleh keluar kenyataan sedemikian.

    Tindakan TGNA ini boleh jadi ada beberapa sebab, yang diantaranya boleh jadi memang ada mangkuk ayun yang memang berterusan nak promote UG ATAU ada mangkuk ayun yang cucuk-mencucuk TGNA tentang 2-3 kerat pemimpin yang 'kelihatan' pro-UG dengan tindakan mereka yang mempersoalkan tindakan sekutu dlm PR.

    Diantara 2 sebab diatas, mungkin ramai percaya yang pertama seperti Jit, tetapi tidak boleh tolak pula kemungkinan ke 2.

    Kemungkinan pertama; katalah memang mangkuk-mangkuk ini memang pro-UG. Perlukah dibuat kenyataan umum yang menggugat kredibiliti PAS sendiri, tak boleh ka rotan dalam bilik? Dalam masa yang sama PR sendiri larang buat kenyataan umum berkenaan perbezaan/konflik antara DAP-PAS-PKR! Ka ada pilih bulu??..
    DAP tak bagi rampas arak boleh pulak berkokok marah-marah dalam surat khabar? Yang herannya, orang dalam Parti ISLAM sendiri pulak tu yang marah berlebih-lebih macam sdr Jit kerana kononnya akan menggugat kerjasama PR seterusnya takut kehilangan undi. Dah sanggup korbankan prinsip islam untuk kuasa? Ni yang saya kata palahotak! Perjuang islam mnatang apa lagu ni? Yang tegakkan prinsip islam kena tunjai-tunjai.. lepaih tu kena ludah kahak sebab dichop pro-UG, dalam bab penambahbaikan Selcat pun orang menyanyi-nyanyi lagi pro-UG kat dia, padahal saranannya hanya untuk tutup aib orang. Ooo.. jadinya ahli politik ni lesen untuk malukan kakitangan kerajaan ka? Depa tu DAP mana gheti pasal akhirat laa.. Awat lupa ka ayat 'Walan tardho'?? Gila nak berkuasa sampai matlamat menghalalkan cara!
    Bersambung..

  1. Abi Qalam

    Mari bercakap pulak tentang kemungkinan ke 2. Apa maknanya jika MEMANG betui ada mangkaq berayon yang dok cucuk-cucuk TGNA sampai dia percaya 2-3 pemimpin ni masih mengidam UG, teringin nak jadi menteri?

    Pertama sekali depa telah berjaya, sebab orang awam dah lupa pasai ada satu puak erdogan yang jadi budak jahat dalam PAS, yang budak jahat sekarang hanyalah puak konservatif yang depa namakan sebagai pro UG, padahal depa puak konservatif ni asalnya majoriti, salah depa ni hanyalah tak brapa selera sangat dengan tindakan sekutu PR, bukan pro UG sgt pun.

    Poin kedua, depa masih berjaya, sebab orang awam kembali 'diperingatkan' yang (mesej tersiratnya) "2-3 pemimpin ni tak boleh percaya, itulah.. muktamar yg lepas korang tak nak buang depa ni, kan dah padan muka korang penyokong PAS!"

    Poin ketiga, mengangkat kredibiliti geng-geng pro Anwar sebagai budak baik.

    Poin keempat, membuka ruang supaya UMNO dapat melepaskan umpan-umpan beracun, jadi rakyat akan lebih percaya yakin yang MEMANG 2-3 mangkok ayun ni pembelot perjuangan ISLAM..

    Poin kelima, mereka berjaya mengumpan orang-orang yang menyanjung TGNA untuk berpihak (orang putih kata, taking sides), secara tidak langsung mewujudkan kebencian yang tak bertempat kepada Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasha, dan TGHH. Hahaha.. hangpa pun dah kena sekali.. sapa BODO dan sapa CERDIK??

    Hmmm.. malas dah nak ulas Tukya, satu novel pon boleh abih tulih pasal ni..

    Harapan saya lah.. betulkan niat balik.. berjuanglaa kerana Allah.. liLlahi wa biLlahi..

  1. Anonymous

    Apa yang dinyatakan oleh TGNA adalah teori dari pengalaman sepanjang perjalanannya yang menyayangi bahtera perjuangan yang dinakhodainya...persoalannya teori darimana yang digunapakai oleh orang yang menyanggahinya?

  1. mxypltk

    Patutnya Tn Azizi mulakan entri sendirilah, ini pergi ceduk orang lain punya, apa kes. Macam nak menumpang populariti pulak.

    Tn Azizi kan juga punya fan base sendiri, tak perlulah sampai buat kerja macam tu.

    Bukankah tuan lebih banyak pengalaman, dan tentunya punya pandangan tersendiri.

  1. HUSIN PAKTONGKO

    Asm... TukYa
    PAS pun dilanda krisis. Cukup dan lengkaplah parti-pasti politik di Malaysia ini menghadapi marhalah-marhalah yang sudah pasti akan diuji dengan mehnah-mehnah yang kelak akan mematangkan PAS. Harap-harapkan begitulah. Cakap TGNA ada betulnya. Kalau disemak kembali senario yang terjadi sebelum-sebelum ini, jelas perkara berunding dengan UMNO ini sudah tutup buku.Malah sudah dua kali dihebahkan yang tidak ada lagi perundingan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hari ini dalam Berita Harian (28.10.09) sekali lagi dimuatkan yang Ustaz Hadi mengumumkan bahawa tidak ada lagi perundingan dengan UMNO atas isu Kerajaan Perpaduan.
    Pimpinan PAS seharusnya faham bahawa isu kerajaan perpaduan ini sudah menjadi "kudis" yang kian merobok tubuh dan jasad PAS. Mungkin kekecohan di Selangor turut menjadi penyebab (kalau tak banyak pun, sedikitnya ada) kekalahan PAS di Bagan Pinang. PAS tidak perlulah berselindung menyatakan bahawa kawasan Bagan Pinang itu umpama Permatang Pauh
    dengan Anwar Ibrahim. Itu alasan 'escapism" namanya. PAS perlu selidik kenapa pengundi India boleh "swing" semula kepada BN. Tidakkah isu kuil di Selangor ada sahamnya. Berapa kerat pimpinan PAS yang menyokong Ir. Khalid Samat menanngani isu ini. Terkial-kiallah YB itu seorang mempertahankan dasar Kerajaan Pakatan.
    Berbalik kepada isu beberapa kerat pemimpin PAS yang kemaruk sangat hendak jadi menteri atau menteri besar. Kalau betul nak sangat ambil langkah umumkan pemindahan parti senang cakap. Macam UStaz Nakaie. Taklah kecoh jadi sampai bergegar jasad PAS.
    Lagi satu hari ini kita lihat penyakit "hubbun dunya" dah mula melanda pimpinan PAS. Gaya hidup sesetengah pimpinan PAS dah ada gaya pemimpin-pemimpin UMNO. Mau ada kelas, rumah mau besar, bersikap apologitik tidak kena gaya dengan niat yang .... Tidak ada lagi gaya hidup kesedeharnaan, sikap tawaduk dan memikul amanah ALLAH.
    Kalau beginilah gayanya suasana politiking dalam PAS,elok benarlah ALLAH datangkan satu kaum atau puak lain yang betul-betul ikhlas dalam menegakkan kalimahNYA. Lagi pun PAS sekadar satu wadah yang memperjuangkan Islam. Boleh jadi ibarat ular. Sementara hendak membesar dan matang ular akan bersalin kulit beberapa kali. Jadi tidak salah kalau pejuang-pejuang PAS boleh bertukar wadah kelak. Biarlah kapal PAS tenggelam kerana PAS tak mampu lagi untuk membawa muatan Islamnya, nakhodanya kian mabuk laut akibat lama belayar. Namun muatan Islam dan anak-anak kapalnya perlu diselamatkan.Ibarat kata salah seorang pimpinan PAS kalau betul hendak bersama UMNO, teruskan. Tentang diri "aku" biarlah "aku" bawa diri. Mungkin "aku" hendak cari bahtera penyelamat yang dimaksudkan itu.

  1. jit tontoya

    Salam saudara Abi Qalam,

    Sesekali, aku ingin menegaskan pd saudara, aku menghormati Sdra Azizi dengan hati yg tulus.

    Saudara mengatakan mengapakah TGNA sanggup membuatt kenyataan terbuka di media tentang UG ini. Mengapa tidak dirotan didalam bilik?

    - Jawapan aku…..siapa yang memulakan isu UG ini? Mereka inilah orang yang menciptakan badai dan taufan di dalam organisasi PAS. . TGNA bukanlah orang yang memimpin UG.
    - Siapa yang berbohong pada seluruh pendokong dan ahli PAS mengatakan UG ini hanya tuduhan pihak tertentu. Namun terpaksa mengakui ianya benar setelah mantan PM sendiri mendedahkanya. ….Siapa yang sebenarnya menipu dan siapa yang tertipu di sini?
    - Siapa yang mengkhianati keputusan Muktamar Ipoh, Perak dulu? Semasa Muktamar tersebut semua telah sebulat suara bersetuju UG ini telah ditutup buku. Maknanya tiada lagi sebarang kerjasama dengan UMNOngok. Namun alih-alih isu ini ditimbulkan semula.. Siapa yang suka bermain kayu 3.
    - Siapa yang terlebih bercakap dengan Media. Pro UG ker atau TGNA. Siapa yang banyak diberi ruang yang agak ISTIMEWA di media pemerintah. TGNA terus dikutuk dan dihina tetapi team UG ini diberi liputan yang membina seluas-luas peluang.
    - Siapa yang mengeluarkan pandangan dan kenyataan media bertubi2 memburukan gabungan PR. Hassan Ali ker TGNA. Siapa yang banyak merendahkan pentadbiran kerajaan sendiri sehingga menimbulkan masalah pd Selangor Gov. Siapa yang mengatakan dan memburukan SELCAT itu sendiri. Hassan Ali ker TGNA. Dari kenyataan dan rakaman video, tidak terdapatpun layanan seperti budak2 kepada para DO di Selangor. Kecualilah sdra menonton slide itu dengan lubang hidung,
    - Mengapa tidak di rotan didalm bilik kata saudara. Bukankah masalah ini telah diselesaikan dahulu. Nasihat telah diberikan.Namun mereka jenis ini mangkuk hayun, jenis manusia yg gagal menjadi insan.
    - Saudara tidak faham dengan konsep SIYASAH SARI’AH. Harap saudara mengkajinya terlebih dahulu. Kalau itulah pandangan tuan, siapa yang membina kilang arak terbesar di Malaysia, siapa yg banyak mengeluarkan lessen judi dan pusat perjudian di Malaysia, Siapa yang banyak menelan rasuah di Malaysia, Siapa yang banyak membuat zalim kepada rakyat Malaysia. Itu ialah BN. Jadi kalau mengikut hujah tuan kenapa kita perlu bergabung dengan mereka.
    - Sdra, Islam bukan terletak pada Melayu. Islam terletak pd jiwa. Org2 bukan Islam juga perlu dilayan dengan adil dan saksama. Org2 bukan ISLAM perlu didampingi bukanya diterangkan bahaya HUKUM HUDUD kepada mereka.

    - Siapa yang mengatakan EDORGAN membawa idea ANWAR IBRAHIM dalam PAS. Tuan hanya beranggapan buruk pd beliau. Kalau ARWAH UST FADIL NOOR sendiri mengakui bahawa jika BR menang ketika itu, ANWAR IBRAHIM akan dilantik menjadi PM. Jadi isu ini tidak berbangkit sama sekali.

    - Tiada siapa yang Fanatik terhadap TGNA. Kalau TGNA sendiri yang mengepalai UG ini, TGNA sendiri terpaksa menerima tentangan daripada kami…..
    Aku bukan pilih bulu, tetapi aku mencari kebenaran untuk menilai bulu siapa yang tulen dan siapa pula yang menjadi musang berbulu ayam!!!!
    -

    Sebenarnya tuan hanya memandang serong pd kenyataan TGNA. Itulah hakikat yang harus diterima….

    Salam ukhuwah…..


    -

  1. Anonymous

    Seorang pemimpin yang hebat tahu arah tuju kepimpinannya, kehebatan seorang orang yang dipimping ialah orang yang tahu arah tuju pemimpin yang memimpingnya...sama ada menuju arah kebenaran atau kemusnahan...

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya, Jit dan semua,

    Saya nak tanya Tukya, adakah saya ni tak pandai menyampaikan mesej dengan penulisan?? Sebab, saya nampak saudara Jit langsung tak dapat paham apa yang saya cuba nak sampaikan.. Cuba cernakan dulu.. Ni tidak, pada Jit, semua yang tak setuju dengan tindakan TGNA automatik jadi pro-UG? Uik.. logik apa ni??

    Kalau nak bercakap pasal Siyasah Syar'iyyah (bukan Sari'ah, sari'ah benda lain na) bisa saja. Kita ukurlah dari sudut siyasah syar'iyyah.

    Saya berpendirian, tindakan TGNA (atau yg dinisbahkan padanya dalam hal ini) lebih buruk dari baiknya. Inilah isu yang sebenarnya. Ingat siapa yang dapat kelebihan bila meletup isu ni? Tak baca ka surat khabar? Geng-geng Be End dok teghiyak sedih ka melompat gembira??
    Lagi laa depa dok gasak isu UG, sebab depa tau yang isu ni BOLEH meruntuhkan PAS. Awat tak nampak lagi? UG ni senjata musuh nak tenggelamkan PAS!!!!, kalau hangpa ambil pihak (taking sides..) maksudnya sekali dengan hangpa pun kena main.. ada paham?? Najib ngan Muhyiddin senyum meleret laa.. jadi padan muka hangpa! Kiri kanan kena main, geng anwar katok.. geng amno pun katok hangpa. DAP senyum dalam diam.. Ni siyasah syar'iyyah ka?

    Kalau runtuh PAS (macam TGNA kata, nak pecah pecah gi lah) ni ka namanya siyasah syar'iyyah?
    Pada saya yang bengong ni kalau berpecah PAS pasal UG ni memang la orang PAS paling BANGANG pasal siyasah!

    Nampak dak betapa hangpa dah benci pada pimpinan PAS sendiri? Aku yang dok luaq perati pun geleng kepala. Pengorbanan depa, penat lelah depa bertahun-tahun langsung tak dak nilai dah. Nampak busuk taik saja..

    Ingat dak sebelum Manek Urai apa jadi? Kes UG jugaklah TGNA melatah.. sampai Nasha merajuk kawan tu.. padahal kenyataan dia umum saja, media Be End mainkan, hangpa pun percaya. Nasib baik menang Manik Urai..

    Bab Anwar, laa ni cuba habaq, PKR tu sekular ka islamic? Atau caca marba? Cuba habaq mai apa beza Amno dengan PKR dari sudut ideologi?(maaf Tukya, orang kg saya kata PungK*R). Geng-geng Islam Liberal bercambah (kecuali YB Zul Kulim yg dihormati).. apa tindakan Anwar?.. ooo siyasah syar'iyyah ye?? Jenuh la Nur Manuty tepis nanti..

    Eloklah saya rumuskan balik dalam bentuk point agar Sdr Jit senang nak paham.

    @ Tidak suka atau heran dgn tindakan TGNA tak bermakna pro-UG
    @ Tindakan TGNA banyak buruk dari baiknya
    @ Isu UG adalah mainan erdogan pro anwar dan amno utk meruntuhkan pas
    @ Hakikatnya org PAS sendiri dah benci dan tak percaya kepimpinan sendiri
    @ Double standard, orang PAS langsung tak boleh tegoq kepincangan PR, tapi DAP dan PKR boleh hentam sesuka hati. (Ni la paling BODO sekali)
    @ Orang PAS kini mengamalkan matlamat menghalalkan cara yang berselindung disebalik siyasah Syar'iyyah.
    @ Matlamat dan tujuan menegakkan islam oleh PAS tak boleh dibangkitkan kerana boleh mendatangkan marah oleh DAP dan geng liberal dlm PKR.

    Ok?

    Salam Tukya, maapla jadi medan debat pulak..

  1. Cikli

    salam semua,

    mukminin dari dulu lagi sentiasa ditapis (diuji).

    inipun siri tapisan juga. siapa yang hampas, keluar gelaslah dia.

    masa talut nak berperang dengan jalut, berapa banyak hampas yang terbuang. menang juga yang sedikit dgn izin Allah.

    masa perang badar, ada hampas tertapis.

    masa perubahan kiblat, ada hampas tertapis.

    masa isra' mikraj, ada hampas tertapis.

    masa Nabi s.a.w wafat ada hampas tertapis.

    masa pas baik dgn s46, ada hampas tertapis.

    masa pr pun ada hampas tertapis.

    masa ug pun ada hampas tertapis.

    semoga kita semua bukan hampas. apalagi kotoran dari luar yang tak pernah masuk dalam bejana kita.

  1. Demang Lebar Daun

    ulama juga kadang kala buat silap. Jika tidak masakan kita ada 4 mazhab dan banyak lagi fahaman spt Wahabi (maaf jika salah istilah) dll?

  1. Arsal

    Terbukti TGNA ada pemikiran yg tinggi dan tajam (mungkin). Namun kalau pemikiran itu gagal difahami oleh ahli-ahli yang hina spt saya ni, apa maknanya? Salah saya? Ya...mungkin

    Kpd pemberi komentar : ingatlah kata-kata Raja Ali Haji dalam Gurindamnya : Memuji dan mengeji hendaklah fikir; di situlah ramai orang yg tergelincir! Fikir-fikirkanlah...

  1. liquid

    wujud 4 mazhab ana fikir bukan disebabkan ulama buat silap.

    harap demang daun lebar dapat lihat semula...