Persepsi Pun Kena Urus Juga

Posted by Tukya Labels:


Persepsi Pun Kena Urus Juga
Oleh: Man Bom

Tuan Azizi,

Pertama sekali, minta maaf banyak-banyaklah kerana kirim surat ini dekat tuan. Tuan tak minta pun, saya yang terlebih hemoi. Tapi saya nak minta tolong dekat tuan. Saya mohon dekat tuan, tolong siarlah surat ini dalam blog tuan. Biar orang-orang Pas, orang-orang yang sokong Pas yang bukan Melayu, macam Ah Seng dan Muthu pun boleh baca.

Saya nak cakap tentang gambaran orang. Depa kata ‘persepsi’ orang terhadap Pas. Apakah kesan persepsi ini dalam PRU13 nanti.

Mai kita buka kamus sikit. Mengikut Kamus Dewan, edisi keempat, 2005 ‘persepsi’ itu “gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran(tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera)”.

Itu persepsi. Mai kita tengok satu-satu...

Siapa pengundi kita

Kalaulah kita tanya seorang rakyat Malaysia itu, “Apa pandangan tuan tentang Pas?” Jawapan yang kita terima mungkin bergantung pada ‘persepsi’ orang itu terhadap Pas. Mungkin ‘persepsi’ ini bergantung pada ‘asal usul’ dia. Apakah orang itu:

i) Seorang penyokong kuat Pas yang tak undi yang lain kecuali Pas. Ada orang kata ini ‘hard core’ Paslah. Ada istilah yang lebih teruk lagi: Sang ‘fanatik’ Pas.

ii) Apakah orang itu ‘hard core’ Umno? Jika kita pakai istilah di atas, yang ini si ‘fanatik’ Umno yang karatnya biru.

Kedua-dua kumpulan yang ini, biasanya orang-orang Melayulah.

Lepas itu, ada juga pengundi kita yang datangnya dari kelompok-kelompok macam:

iii) Adakah orang itu bukan Melayu; Cinakah atau pun Indiakah.

iv) Apakah sumber maklumat orang-orang ini, banyakkah atau sikitkah maklumat yang dia ada: Banyak maklumat, rajin membaca, banyak bergaul dengan orang dll.

v) Adakah orang itu tinggal di bandar atau di luar bandar.

Sebagai pengundi orang-orang ini ada persepsi dia sendiri-sendiri. Kecuali untuk golongan yang ‘hard core’ yang selalunya tak berubah, kelompok-kelompok lain mungkin berubah.

Ada benda lain yang kita kena perhati..

Parti lawan pun makan nasi juga

Bila kita nak masuk PRU13 nanti, apakah mood masa itu? Apakah orang-orang Malaysia masih dok kata ‘undilah siapa pun kecuali Umno/BN?’ Mood ini akan berulang lagikah? Apakah kesan 1 Malaysia dan program-program lain yang Tok Jib nak buat menjelang PRU13 tak memukau pengundi, lebih-lebih lagi yang dok atas pagar?

Strategi untuk menang

i) Adakah kita masih dok harap lawan lemah, supaya kita boleh menang?

ii) Adakah kita Pas ni, di mata rakyat, sudah betul-betul nampak macam parti yang dah bersedia untuk perintah Malaysia? Atau kita masih dok serak parau dengan slogan ‘pemerintahan Islam’ hingga berbuih-buih keluar dari kepala (atau mulut?) ulamak kita?

iii) Adakah kita masih dok raba-raba, tercari-cari apakah yang patut kita buat dulu. Macam sembahyanglah mesti tertib, yang dulu didahulukan. Apakah dia keutamaan yang pengundi kita tuntut?

iv) Atau apakah kita juga, macam Umno juga dok syok betul dengan slogan?

Persepsi terhadap Pas di mana saja, on the ground setelah PRU12

Persepsi pengundi terhadap kita: Pas itu parti yang boleh belot bila-bila masa saja

i) Apakah persepsi yang kita ni (baca: Pemimpin besar Paslah) yang nak belot lepas PRU12 dah betul-betul tak akan belot lagi? Kira semua orang dah betul-betul tak ingat lagilah yang kita ni pernah nak belot? Orang dah lupa? Pengundi bukan Melayu dan bukan Islam pun sudah yakin yang Pas ni baik dan takkan main kayu tiga? Susah tu. Macam mana nak tahu yang orang betul-betul yakin? Kata depa bolehkah ‘damage control’ ala sumpah ‘wa tatak buat lagi’, diterima? Ini kes Mongolia yang buat semua orang tak yakin sampai bila-bila.. Nak buat macam mana? Apakah cukup dengan kata, “Dak, sumpah, abang tak buat, percayalah!!” Itu EGMlah yang kena tengok. Biar cuci macam kata iklan; bersih sebersih-bersihnya. Tak boleh? Tuan Azizi, tak boleh begitu?

ii) Apakah kita yakin yang semua jenis pengundi yang bukan hard core Pas telah yakin, cukup-cukup yakinlah yang Pas boleh ini boleh diharap? Atau adakah kita ni, sama macam Umno tak berdaya nak betul-betul mengaku INILAH masalah besar kita sekarang ni? Pemimpin-pemimpin besar kita, macam pemimpin besar Umno juga ada kisah macam Mongolianya sendiri. Mereka pernah mau main kayu tiga.

iii) Apakah kita yakin yang hard core Pas juga tidak meluat yang amat sangat dengan skandal belot yang menyakitkan hati depa ini?

Pas, macam Umno parti untuk Melayu: Islam hanya sebagai pelaris jualan saja

“Pas for all” atau “Pas untuk semua” tak banyak berbeza dengan 1Malaysia atau Islam Hadhari. Ini gimik jualan murah musim raya. Tak betul? Serangan Pas terhadap beer, dok bisu masa tragedi kepala lembu dll contoh perangai kita. Itu belum lagi masuk gian kita dok ligan konsert maksiat. Ah Chong dan Muthu pun dok pening. Awat tak ligan Khir?

Penutup

Tuan

Rasanya ada yang marah dengan tulisan ini. Mungkin ramai yang tuduh tuan ni agen Umno kerana siar tulisan ini di blog tuan. Saya, depa kata pecacai busuk Umno yang dibayar untuk buat fitnah.

Saya rasa para pemimpin kita, pemimpin besar Pas, sebagai ulamak tentu lebih mengetahui. Depa tau, sebab depa ulamak... (Tak boleh diteruskan, nanti dicap menghina..itu dan ini.)

Tuan tahu, apa dia tragedi kita? Kita, sama macam Umno tak terupaya nak urus pandangan yang tak sama. Kita kutuk orang yang tak setuju dengan kita. Saya mengarut? Tak apalah kalau tuan tak setuju. Biarlah kita berbeza pandangan. Saya juga tidak berbeza, sama seperti Umno? Ya, tuan mungkin juga betul. Saya manusia biasa yang makan nasi macam orang-orang Umno, dan tentulah saya bukanlah ulamak.

Tuan,

Tuan tak payah pergi jauh-jauh, tuan tengok gaya pengurusan kita.... termasuk yang ulamak. Tengok macam mana kemelut yang akhir-akhir itu diurus. Ada tikar, ada sampah. Biarlah tuan marah, bagi saya Pas ini tak banyak beza dengan Umno/BN yang selalu tergila-gila nak tubuh jawatankuasa bila ada masalah.

Agak-agak berapa juta jawatankuasa yang dah kita tubuh, sejak merdeka? Pas nak jadi macam tu?

Semua ini fitnah jahat yang dikutuk Tuhan? Nah, itulah sebabnya kita, Pas mesti belajar mengurus: Termasuk nak urus persepsi pengundi untuk PRU13 nanti.
Tak perlu? Lambat lagi?

Itulah sikit pandangan. Terima kasihlah kerana bagi laluan. Lepas ni tuan terimalah peluru depa-depa yang mengamuk!! Ha..haa..

Salam tuan,

Daripada:
Man Bom


Komen:

Saudara Mat Bom,

Rasa berat nak siarkan tulisan anda. Tetapi apabila saya membaca dengan teliti, ada baiknya juga, lebih-lebih lagi jika ini dibaca oleh pemimpin Pas yang kita sayangi. Saya juga sayangi Pas tetapi takkan tidak ada cacat pula.

Salam, azizi abdullah

29 comments:

  1. jab sp

    Kehendak "penyokong-pengundi bermusim mengikut keadaan "adalah kepuasan dan apa yang bolih diperolihinya daripada undi yang telah diberikannya.
    Majoriti mereka ini adalah pengundi pengundi yang tidak terlalu memikirkan pertelingkan politik samada ia politik dalaman atau perbedaan pendapat sesama gabungan.
    Cita rasa mereka juga berbeda mengikut kaum.
    Pengundi Melayu meletakan diminda mereka ,apa yang aku bolih dapat, yang gagal di laksanakan olih mereka yang berkuasa terdahulu.
    Mereka juga mahu lihat adakah beban dahulu masih diteruskan olih "kerajaan negeri" sekarang.Bagi mereka soal agama adalah soal sampingan kerana pada mereka tiada cacat celanya Islam dibawah BN.
    Pengundi India pula bersifat terlalu emosi bila ia menyentuh soal agama dan budaya
    Sementara pengundi Cina melihat fokus ekonomi dan penindasan etnik dalam menentukan kemana undi mereka harus diberi.
    Walaupun begitu suatu kesamaan bagi ketiga kaum ini adalah bencinya mereka melihat keborosan dan kerja membahagikan kek ekonomi negara sesama pemimpin politik dimana kesengsaraan ditanggung olih mereka.Selagi mereka masih bersama menimati keselesaan dan kemewahan,faktor agihan kek ekonomi yang tidak seimbang itu tidak memberi sebarang kudis bagi mereka.
    Soal pemborosan dan rasuah ini bukan perkara baru.Kenapa dulu BN masih tetap utuh walaupun perkara disebutkan juga telah lama berlaku?.Ini kerana beban tidak diturunkan kepada rakyat secara maksima.Bila beban diturunkan kepada mereka,terjadilah apa yang terjadi pada PRU12.
    Lihat apa berlaku di Bagan Pinang dan Permatang Pasir.
    Persoalan moral adalah perkara kedua bagi pengundi atas pagar atau pengundi mmilih ikut musim ini.
    TS Isa Samad di Bagan Pinang dan calun BN di Permatang Pasir buaknlah calun yang sesuai jika moral menjadi faktor pilihan.Tetapi lihat berapa banyak undi yang diberi pada mereka olih pengundi yang berjaya diyakinkan olih BN bahawa untuk hidup "wang" adalah segala galanya.Bagi mereka lantaklah apa yang "depa"nak buat asal aku jangan "depa"lupa.

  1. Anonymous

    Saudara Azizi,

    Saudara mengaku PAS ada cacat celanya, nak tanya sekarang pada pandangan saudara diantara TGHH dan TGNA, siapa yg saudara rasa lebih berketrampilan sebagai pemimpin ulung PAS? Setujukah saudara jika saya katakan TGHH umpama PAK LAH memimpin PAS?...

  1. Unknown

    Siapa lebih beketrampilan antara TGHH dengan TGNA.
    Ini lagi satu bergantung rapat pada persepsi(macam tajuk perbincangan kita).
    Bagaimana kita melihat,dimana kita melihat,dan arah mana kita meletakkan diri kita sewaktu melihat.Semua bergantung rapat mengujudkan persepsi.
    Namun yang tetap pasti kedua dua Tuan Guru mempunyai keistimewaan tersendiri.
    TGHH dengan stail garang muka tetapi slow melawan tohmahan dalaman(jika ia bolih dikatakan tohmahan),tidak tergopoh membuat tindak balas,meredakan ketegangan tegasnya bijak mengatasi situasi.
    TGNA pula cepat fokus bagi menyelesaikan kekalutan,berterus terang dan mudah menerima teguran.Bijak mencipta keributan dan cukup bijak memukul musuh yang cuba mengambil kesempatan.

  1. abgBro

    salam tuan...

    bg sesapa yg ada bukti pemimpin trtentu pas belot elok diserahkn bukti kpd JK disilin parti...jgn duk jd mcm ISA tangkap tadak bukti...bom sana bom sini...semua mndakwa sygkn pas...tp igt crita beruang hat tampaq nyamuk kt pipi tuan dia pun sbb syg jgak...

    yg si dila ni pun satu hal...asik2 komen hat tu la di semua blog...hang tu ameno mmg la nk pas kalah!!

  1. Anonymous

    shimi,
    saya sangat setuju komen anda.perepsi satu masalah. mat bom sangat nampak soal ini perlu diurus.ia sama dgn disiplin.
    tghh dgn tgna masing-masing ada kelebihan. kekurangan pun ada. sokongan anda kepada sesiapa, bergantung kpd persiepsi juga. tapi yang lebih penting walak jika dalam jamaah. sokonglah jamaah dan taatlah kepada walak. pas pun bukan buruk sangat tapi kelemahan tetap ada. baikilah dia.kita sudah lakukan dgn cara menegur-salam:azizi

  1. Anonymous

    Disebabkan walak yg membuta tuli la yg menyebabkan parti PAS tak berkembang. Nak walak pun kena jangan sampai tak guna otak. Baca sat apa ustaz Al-Bakistani tulis :

    """Dalam islam, Wala’ bermakna taat setia yang diberikan kepada seseorang pemimpin disertai wujud kesiqahan dan kasih sayang. Tanpa kasih sayang dan kesiqahan, wala’ tidak akan berlaku. Perkara ini amat terperinci dikupas oleh Imam Al-Fakhr Ar-Razi dalam Kitab At-Tafsir Al-Kabir.

    Kewujudan wala’ apabila wujudnya siqah. Tanpa siqah, wala’ tidak akan berlaku. Seseorang pemimpin yang mempunyai kesiqahan, baru diberikan wala’. Justeru, seseorang pemimpin yang mahu diberikan wala’, hendaklah menjaga siqah.

    Menipu merupakan antara punca seseorang pemimpin hilang kesiqahan. Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan akan hilang wala’ terhadap pemimpin tersebut. Lebih-lebih lagi, menipu yang dilakukan demi menjaga keuntungan diri.

    Seseorang arahan yang bercanggah dengan kehendak Islam, tidak perlu diberikan wala’, lebih-lebih lagi, apabila ia akan melahirkan mudharat pada Islam, ataupun terhadap dakwah islamiyyah.

    Dalam hadis Bukhari ada menukilkan hadis, bahawa Nabi SAW pernah mengakui kebenaran tindakan para tentera yang tidak memberi wala’ kepada panglima perang yang dilantik oleh Nabi SAW sendiri. Ini kerana, panglima perang tersebut telah mengarahkan agar para tenteranya terjun dalam parit yang dinyalakan api.

    Dari ini, amat nyata bahawa wala’ yang hendak diberikan kepada seseorang pemimpin bukan bersifat mutlak. Ia perlu diperhatikan terlebih dahulu, apakah memberi keuntungan kepada Islam dan dakwah, ataupun merugikannya. Jika terbukti menghasilkan kerugian, maka tidak perlu wala’ diberikan kepada pemimpin terbabit."""

    Bila aku kata tindakan TGHH mcm Pak Lah hampa kata itu bergntung pd persepsi...

    Aku ni bukan ahli PAS, dah tu tak mengaji agama secara mndlm. Tapi aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku akal utk fikir berdasarkan apa yg berlaku dlm politik PAS sekarang. Hampa ni terlebih hormat TGHH sampai kelemahan dia pun tak nampak. Sebab org macam hampa la yg membuatkan TGHH x sedar akan kelemahan diri dia... Kena puji aje la.

    Pimpinan TGHH lemah, lembab sebab tu wujud keadaan yg kelam kabut dlm parti PAS. Tengok masa UG dulu, dia sebut masa muktamar, bila dah org bising bukan dia nak jelas kat dlm negara tapi pi terang UG kat oversea sana dulu...
    Bnyk lg boleh aku bg contoh tp hampa pikir sndiri la....

    Aku dah benci BN nak harap PAS, hampeh la kalu asyik walak walak walak pd pemimpin aje, otak ada x mau fikir.... Perjuangan yg tak akan kemana la PAS. Konfom parti pembangkang aje la kat M'sia kalu masih tak nak trima komen aku ni...

    Saudara Azizi, boleh komen sikit, setuju ka dgn pndangan aku ni..

  1. Anonymous

    Aku nak minta tuan Azizi bagi penjelasan sikit tentang Hukum apabila PAS hari ini berkerjasama dengan kapiaq Harbi memerintah Negeri..?


    Dan bagai mana kedudukkan Hukum"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    Adakah PAS hari ini sudah menjadi kapiaq? atau sebaliknya..Adakah Hukum Dewan Ulama PAS kelantan hari ini sudah terbatal atau masih Valid ?
    Adakah Hukum Dewan Ulama PAS ini masih berhubung rapat dengan persepsi juga..

  1. Anonymous

    Aku nak minta tuan Azizi bagi penjelasan sikit tentang Hukum apabila PAS hari ini berkerjasama dengan kapiaq Harbi memerintah Negeri..?


    Dan bagai mana kedudukkan Hukum"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    Adakah PAS hari ini sudah menjadi kapiaq? atau sebaliknya..Adakah Hukum Dewan Ulama PAS kelantan hari ini sudah terbatal atau masih Valid ?
    Adakah Hukum Dewan Ulama PAS ini masih berhubung rapat pada persepsi juga..

  1. Anonymous

    KELUHAN NIK AZIZ

    Wibawa Nik Aziz mula santuni DAP Perak

    IPOH, 31 Okt. | Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

    “Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS NEGERI TIDAK LAGI MENJEMPUT SAYA DALAM PROGRAM PARTI, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”

    Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana PEMIMPIN PAS TIDAK LAGI MENJEMPUTNYA, DISEBABKAN BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT


    detail :http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/31/wibawa-nik-aziz-mula-santuni-dap-perak/

    ------------

    boleh sesiapa bagi penerangan KENAPA NIK AZIZ DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN???

    Jasa Tok Guru setinggi langit kepada PAS and yet beliau diperlakukan seperti sampah oleh pemimpin PAS sendiri!!!

    Apa wala tu hanya untuk president & timbalan je ke? habistu mursyidul am ni letak bawak kaki je ke???

  1. Panglima Perang Cyber

    persoalan saya satu sahaja, siapakah untung dalam masalah ini?

    ramai sudah berpendapat dengan komen man boom di atas.

    bahkan ahmad Lutfi Othman pun berpendapat tidak mustahil kegemilangan 2004 akan berulang.

    Setakat mana keuntungan Pas jika Umno tumbang dan sejauh mana pas boleh bawa islam jika meneruskan hubungan 'khalwat' dengan Dap dan Pkr.

    Harap dapatlah respon ini menjadi bahan perbincangan.

    Saya masih berkeyakinan orang Umno Pas atau Pkr akan bersetuju utk membina perdamaian demi kebaikan agama mereka.

    salam.

  1. Anonymous

    Kepada komen 11:26 pm
    kalau dah walak tak ada siqah,tak payahlah walak.pas bukan paksa berwalak kepada orang hipokerit.
    shimi ni mengaji tinggi tapi penilaian terhadap pemimpin,tak dapat elak dari persepsi saja
    -salam.

  1. Unknown

    Sewaktu membuat ulasan orang ini tak betul,orang ini tak bolih pakai,kita tak sedar sebenarnya kita sendiri yang maha haprak.
    Mana tak tak hapraknya,ulasan yang diberi diulang ulang dari satu blog ke satu blog.
    Pada ketika mempertikai soal wala',diri mengaku bukan ahli PAS,berwala' pula artikal seorang ustaz yang diwala'nya.
    Sengaja menjadi barua pada golongan tertentu dengan menjadi pengacau dalam blog orang setelah blog kumpulan sendiri gagal menarik minat pelawat merupakan satu lagi masaalah pada pengendali blog.Paling tak guna tak berani dedah diri dengan hanya sekadar guna nama Anonymous kerana kalauguna nama samaran yang berdaftar dengan akaun google sekurang ia bolih juga dikatakan bertanggong jawap disebabkan bolih dikesan mac address nya atau vci laluannya.
    Saudara Azizi,
    Supaya blog ini tidak menjadi masaalah pada tuan,eloklah tapis semua ulasan sebelum terpapar.

  1. Anonymous

    Salam wak,
    Kalu diri aku dikata haprak aku tak kisah psl aku ni bukannya pemimpin parti Islam pun.
    Kalu ulasan diulang2 pun x jadi hal psl bukan semua org baca blog yg sama. Lg banyak org tau lg la bagus supaya depa boleh berfikir, supaya terbuka minda depa yg jumud tu... Yg walak membabi buta...
    Aku jd anon psl aku tak dak blog. Aku x reti nk daftar mcm mana. Cuma jd pembaca blog org aje. Kalu komen aku sama aje peduli apa aku psl yg tulis artikel tu org lain-lain. Sekurang-kurangnya komen aku tu buka la jugak minda penulis tu utk dia berfikir betul ke tidak apa aku kata.
    Aku ni sumpah lillah hitaala bg tau kat hampa memang aku ni la ni tak jd ahli mana-mana parti tapi sekadar penyokong PAS aje sbb benci ke UMNO. Aku cuma nak luahkan perasaan aku ni aje supaya hampa semua tau. Hampa ingat aku sorang aje ke berfikiran mcm ni. Ramai lg member-member aku yg sama perasaan mcm aku tau yg dok tgh geram kat PAS, yg kami dah x boleh nak harap dgn kepimpinan skrg nak habaq kat hampa...
    Aku paste petikan dari Al-Bakistani psl aku tak pandai nak nulis sgt. Aku bukan walak kat dia buta tuli, tapi cuma setuju dgn apa yg dia tulis sj sebab aku ada otak yg Alah bagi utk berfikir. Bukan mcm hampa walak, walak, walak buta tuli.... (Aku geram ni) Ada paham ke wak?
    Kalu x nak org komen baik x yah bubuh ruang komen tu kat bwh artikel. Bodoh!

  1. Unknown

    Anonymous 11.28AM
    Tau juga melenting dan marah bila sedikit sahaja dicuit.Tau juga mengaku tak punya kemampuan untuk menulis atau memberi pandangan dalam blog sendiri.
    Dan satu yang wajar hang tau bahawa ayat ayat hang yang dok hantam oarng tak ada otak tu mengambarkan siapa nilai diri hang yang sebenar.Wala'lah hang dengan ustaz hang tu.

  1. Anonymous

    Salaam Tn,

    saya lihat semua ini adalah agenda musuh2 Islam. Pas masih lagi bergelut dengan masalah2 sehingga terlupa yg dia belum lagi menjadi parti tunjang dalam pakatan rakyat.

    nampaknya sehingga pru 13 lah Pas tidak menjadi parti tunjang dalam pakatan rakyat. Pemimpin2 dan ahli2 kuatnya tidak ada masa untuk memikirkan bagaimana untuk menjadi dominan dalam satu kumpulan kerjasama politik tetapi kononnya masih hendak meletakkan Islam ke tahap yang tertinggi.

    sekiranya Pakatan menang pru 13 sekalipun dan Pas masih belum menjadi parti tunjang, saya melihat kehancuran sistem kerajaan dan kejatuhan Islam itu sendiri.

    sebagai seorang pejuang Islam, tentu saya tidak akan membenarkan ianya berlaku. (walau apa cara sekalipun)

    saya tidak mudah menerima pakai teori simplistik dgn mengatakan kalau kerajaan PR yg kan terbentuk merugikan Islam, PAS akan menarik diri pada ketika itu. bagi saya itu satu jaminan yang tidak realistik dan tidak bertanggungjawab.

    Orang yg mengatakannya pun kini sedang di ambang bahaya politik. Kemungkinan dia tersingkir dan pandangan lain yang menguasai.

    saya ada mendapat maklumat, dalil Nabi Yusuf AS yg bekerja dengan kerajaan yg tidak beriman akan digunakan apabila PAS berada dalam keadaan itu. maknanya kump ini tidak bersetuju dengan jaminan PAS yg akan menarik diri sekiranya PR tidak mengamalkan Islam keesokan harinya.

    saya seorang pejuang Islam dan pejuang2 lainnya dengan ini memberi amaran kepada PAS. sekiranya tindak tanduknya jelas merugikan Islam. Kami tidak teragak-agak akan menghancurkan PAS itu sendiri.

    Pas itu adalah platform politik sahaja bagi kami. Yg sepatutnya memperjuangkan Islam. Sekiranya hala tujunya jelas memanfaatkan Islam, waktu itu kami akan sokong.

    Terima kasih.

  1. Unknown

    Salam! Sebagaimana Jibril a.s membedah jantung (hati) Nabi SAW, maka sudah sampai masanya PAS dibedah untuk mengeluarkan darah-darah UMNO yang masih ada dalam jantung PAS.

    http://mafiaboss2u.blogspot.com

  1. mra

    Maka ada komen :
    saya seorang pejuang Islam dan pejuang2 lainnya dengan ini memberi amaran kepada PAS. sekiranya tindak tanduknya jelas merugikan Islam. Kami tidak teragak-agak akan menghancurkan PAS itu sendiri.
    Nampak macam orang yang sanggup berjihat,tapi dengar budak budak main mercun dah lari sembunyi dibelakang pintu.

  1. Anonymous

    Aku marah ni bukannya psl hampa kutuk aku.. Aku tak kisah sbb memang aku dah mengaku yg aku ni tak pandai nk nulis sangat..
    Yg aku dok marah ni psl org bodoh mcm hampa la. Aku setuju dgn apa Bakistani tu tulis awatnya. Betul ke tak apa yg dia tulis tu cuba hang komen sat wak, betui ke tak?
    Aku dok mrh ni sbb orang pandai mcm hampa la yg tak boleh nak pikiaq-pikiaq lg...Aku setuju dgn tulisan dia bukan aku walak mcm hampa dok walak-walak kat pimpinan PAS sekarang. Bila PAK LAH buat lambat hampa kata dia lembab. Bila TGHH buat lambat tindakan hampa kata dia berhati-hati.. Sebab tu aku dok marah sgt ni. Kat diri aku hampa nak kata apa aku tak kisah hah. Aku tambah satu lagi BODOH, BODOH betui la org-org pandai mcm hampa ni yg belajaq tinggi-tinggi tapi sia-sia aje. Ada kalanya tulis elok-elok tak dak makna kalau tak sampai maksud. Bila aku maki hampa harap2 supaya hampa buka fikiran, pikiaq apa aku kata, ada paham ke. Aku ni penyokong yg hampa nak undi kami utk kemenangan PAS pd PRU13 nanti tau. Sebab aku dah kata aku ni bukan ahli mana-mana parti. Tapi kami ada otak utk nilai bukan walak buta-tuli.. Aku suka ulang perkataan ni BUKAN WALAK BUTA-TULI..

  1. Anonymous

    Macam seolah-olah Mustafa Ali pulak jadi penentu PAS. Kami undi TGHH bukannya Mustafa Ali!

  1. Anonymous

    Anon 9.41pm,
    Engko tau ke sbb apa mcm Mustapa Ali je jadi Penentu PAS??
    Jwpan aku senang je, sbb TGHH lemah la jd lagu tu... Mcm yg aku kata awal2 lg, TGHH nikan ke PAK LAH dlm PAS... Tak ke betul ckp aku tu... Kalau lah bodo-bodo aku ni pun boleh nmpak apa yg berlaku dlm PAS, takkan la yg dikatakan bijak-pandai PAS tu x nampak...
    Tu pun aku ada jawapan dia jugak. Sebabnya mereka ni WALAK BUTA TULI....

  1. Unknown

    Anonymous YANG TAK WALA' MEMBABI BUTA...................
    Lantak hang lah nak wala atau tidak.
    Lagipun hang bukan ahli mana mana parti.
    Orang yang tak ada pendirian cukup bahaya.Bolih makan keliling.Duduk atas pagar bila jatuh...gedebok ,orang biak mampuss.
    Hang nak undi PAS atau UMNO apa aku peduli.

  1. Anonymous

    Wak yg dihormati (Jgn mare),

    Cuba hang tanya sat kpd pemimpin2 PAS, Hampa nak perintah negara, hampa tak mau ka undi kami penyokong atas pagar ni? Hampa ingat PAS boleh menang ka sekadar harapkan undi ahli PAS yg sediada ni? Takut nanti masa Time PRU13 nanti, bukan sj takat jatuh pagar tak pa la, ni aku jln tersepak batu luka sikit pun sat gi menderu satu rombongan PAS mai ziarah tanya habaq. Biasa la masa tu baru la nak sedar diri sikit...

    La ni nampak gayanya orang bodo mcm aku ni la yg bijak rupanya. Kami tak masuk mana-mana parti bukan makna kami x ambik berat psl perjuangan ISLAM. Kami tak kisah hah parti mana pun waima DAP pun kalau dia berjuang selaras dgn perjuangan ISLAM kami sokong jugak..

    Perjuangan ISLAM tu sgt luas Wak oi, x semestinya dgn nak tegakkan undang-undang hudud tu aje nampak perjuangan ISLAM... Kena bg prioriti la yg mana perlu diutamakan dulu.

    Kami ni tak dak parti sbb tak mau jadi penyokong yg menyebabkan pemimpin parti politik tak nampak kelemahan diri depa. Makna kata, bukan saja pemimpin tu aje yg berdosa kalu x sedar diri, ahli2 parti tu pun jugak sama berdosa psl x bg kesedaran kat pemimpin depa, Wak oi!!..
    Tang ni la peranan golongan2 yg mcm aku ni Wak, org yg tak berparti ni utk beri kesedaran kepada pemimpin2 PAS, bila dah ahli pulak asyik dok walak, walak dot dot dot, tak memainkan peranan sepatutnya kat pemimpin depa.

    Kira peranan kami ni mcm Fardu Kifayah lah jugak...
    Tak kan sekadar nak mandi mayat aje ada Fardu Kifayah.. Cuba hang tanya sat kat Ustaz2 yg belajaq tinggi2 tu betoi ka dak pandangan aku ni...maklum aje la aku ni tak pi sekolah agama pun...

  1. ibnmustaffa

    Kelakar betoi demo ni. Yang dikutuk dihina dan dituduh tikam belakang PAS, tapi yg terbukti orang pkr yang tikam belakang kawan sendiri.

    Jadi bebas sokong umno.

    Yang dikecam dituduh difitnah mahu keluar PR adalah PAS, yang terbukti DAP dulu telah keluar PR di Kedah kerana babi punya pasal.

    Piiirah,.....

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan semua..

    Tukya, saya sebenaqnya bersikap macam tuan Anonymous 1.53 pm. Terima kasih tn Anonymous 1.53.. dan sebelumnya, anda telah menyatakan hak kami.

    Saya tengok orang PAS ni suka sgt membuat anggapan(assumption), cth; kalau bukan ahli/sokong PAS, maksudnya, sokong Amno dan menentang perjuangan islam. Cth lagi; kalau tak setuju dengan PR, maka automatik jadi pro-UG, talibarut Amno, mangkuk ayon dsb, dan HALAL baginya MAKI WAL HAMUN. Ni lah persepsi orang PAS(tak semua.. org dlm sini baik2 noo..). Jadi, cuba matang sikit laa..

    Bercakap bab persepsi tulisan sdr Man Bom. Fokus isi penulisan ni berkisar tentang 'takut-takut orang tak percaya PAS dah'. Saya setuju, bahawa strategi adalah sangat penting untuk menang pilihanraya.
    Cumanya, sampai mana sanggup PAS gadaikan ISLAM untuk menjaga persepsi pengundi? Atau secara lembutnya, setakat mana PAS sanggup bertoleransi berkenaan prinsip Islamnya bagi menjaga hati kelab penyokong PAS atau yang sewaktu dengannya..
    Jadi PAS kena tetapkan sempadan, yang mana prinsip yang mana strategi. Kalau bersikap populis semata-mata demi undi dan kemenangan dalam pilihanraya, saya (yang bengong ni) kata.. simpanlah serban dalam lemari. Mintak maoh laa kalau kasaq...

    Bab wala' ni pulak.. hadoi.. kadang-kadang saya pikir ni lah buah pemati hujah yang paling selalu orang PAS guna. Pada saya wala' ni bukannya diberi buta pada individu atau organisasi yang mengaku memperjuangkan islam melalui politik shj. Awat? islam ni sempit sgt ka? Kat pemimpin politik kena wala'.. kat ulama'-ulama' yang lain hangpa wala' dak?
    Saya (yang suuz zhon ni) rasa selain drpd Ulama' dari PAS hangpa tak kenai pun Ulama' lain. Cth: Pernah ka dengaq nama Syaikh Fahmi Zamzam? Kenaikah dengan Syaikh Nuruddin? Atau Almarhum Allamah Syaikh Muhammad Alawi AL Maliki yang sgt terkenal itu? Atau Syaikh Fuad Kamaluddin? Atau Habaaib sprti Allamah Habib Umar Bin Hafidz, Habib Ali Jufri? Atau Allamah Syaikh Nuh Ha Mim Kellar? Atau Ulama' Azhari? Atau kurang-kurang pun Ulama'2 pondok?

    Ada setengah pulak, bila Ulama'2 ni tak minat/tak mau campoq politik, terus hangpa label sebagai 'tak boleh pakai'..

  1. Anonymous

    Memang la aku ni nampak kelakar, tp yg sebenarnya aku ni org kata bodo-bodo bijak gitu...

    Kesimpulan aku berdasarkan komen yg sudah-sudah adalah:

    1)Kelemahan PAS sgt ketara kerana Ahli-ahlinya walak dot dot dot. (Sat gi mare pulak org tu he he he). Takkan hampa tak ingat kisah Hang Tuah, apasal Tuah ikut perintah Raja Melaka dulu? Sampai apa Raja suruh, baguih ke tak ke semuanya patuh, laksanakan arahan...Takkan hampa x komen perangai Tuah ni, tak kutuk dia? Mcm tu la ngan hampa nak habaq pi, masalahnya sebab WALAK BUTA TULI...Opps telepas ckp pulak! Mintak maaf ye...

    2)Sebhgian besaq ahli parti PAS ni masalah besarnya ialah depa x nak berfikir sgt... Depa hidup dlm berpuak-puak... Depa hanya dengaq kata ustaz puak-puak depa saja. Yg mana ustaz yg x sebulu dgn puak depa, mampuih pi la kat ustaz tu.. Apa pandangan dia betui ka salah ka depa x peduli, depa tak nak pikiaq-pikiaq lg. Sbg cntoh bila aku petik pandangn Ustad Bakistani psl isu walak, x dak pulak depa nak komen ulasan ustad ni. Aku ni mampuih pi la ustad ni belah sapa, peduli apa aku. Tapi aku kaji setiap satu butir pnjelasan dia utk aku nilai, bukan mcm ahli-ahli PAS yg lain tu... Bila org tegoq melenting misai naik atas, Itu yg ada misai la, Yg tak dak misai pulak.. muncung mulut hala ke atas.. marah la katakan. Ego x bertmpat! Perasan pandai konon.....(Komen ni valid utk ahli-ahli PAS yg x pakai otak saja, Yg pakai otak jgn komen n x yah marah... Kalu komen jugak, aku x leh kata apa sbb hampa di dlm kategori pertama tu)

    3)PAS akan gagal utk perintah Malaysia n kekal sbg pembangkang sbb sebahagian pemimpin2 n ahli2 PAS tak sedaq diri. Perasan yg depa dah kuat n boleh bergerak sndiri tanpa pertologn parti2 lain. Yg baguih semua PAS, Yg buruk semua rakan2 parti lain, mcm komen Mazwandi Mustafa tu...
    Dgn sokongan melayu pun hampa x dpt semua, ini kan pulak nak dpt sokongan dari bukan Islam. Cakap berdegar-degar tapi sayang x berpijak di bumi nyata... Belajaq tinggi2, kelulusan agama lg tp sayang tak kaji btul2 sejarah Islam... Mcm mn Nabi tegakkan Islam. Adakalanya kita kena beralah dulu sbb kemenangan yg lebih besar akan dpt di kemudian hari.. Takkan x belajaq sejarah perjanjian Mekah tu...Apa strategy dan taktik yg nabi amalkan...

    Kenapa aku yg x berparti ni sibuk-sibuk dgn PAS pulak??? Pelik ke????

    Sebabnya walapun aku x berparti tp aku ni berugama Islam. Hanya PAS parti yg berteraskan Islam. Baik PAS maka baik la org nampak tntng Islam. Kalu PAS x boleh jd contoh, bayangkan betapa malunya muka aku ni, org Islam... Apatah lg bila org kapir salah tanggapan tntg Islam hanya kerana sikap pemimpin2 PAS yg x boleh dibuat contoh sbg pemimpin Islam yg sebenar!!!!!

    Berubah la kamu wahai pemimpin2 PAS n ahli2 PAS semua. Sedar diri, buang la sikap Ego yg ada dlm diri tuan2 semua. Bangun kita menegakkan ISLAM!!!!

  1. Anonymous

    Pro UMNO la...pro UG la...golongan mana yg suka dok memporakperandakan PAS ni? Siapa yg suka sgt meniup api perpecahan?

  1. Anonymous

    Kepada Pengkomen,
    Terima kasih banyak. Malangnya teguran dan kritik bersifat geram, berkisar kpd topik sempit.
    Bagaimanapun ia menjadi pengjaran juga.
    Saya akan buat kesimpulan dan akan kemukakan kepada pemimpin berkenaan.
    azizi abdullah

  1. Sulaiman

    Mengenai pengurusan, memang PAS agak bermasalah sikit. Agak lembab. Tapi umNo pun apa kurangnya.

    Artikel ni cakap pasal persepsi. Persepsi datang melalui pandangan, kalau takde pandangan, melalui berita. Dan berita tu paling berpengaruh. Kadang2 kalau pandangan dah nampak, tapi mai berita kata lain, seseorang tu boleh terpengaruh jugak persepsinya. Kat Malaysia nie, siapa kuasai berita? Kita ada Harakah, tapi Harakah boleh keluar banyak mana sebulan? Kita kata Harakah lembab, berapa orang pekerja Harakah yang nak bagi cepat kaluar berita tu? Banyak ke duit Harakah nak ambik pekerja ramai2? Teknologi apa Harakah pakai nak bagi cepat keluar berita? Banyak ke duit Harakah nak beli teknologi canggih bagi berita cepat dapat dan cepat sampai ke pendengar? Pasal kepala lembu, apa betul ke PAS senyap? atau PAS memang bising tapi bisingnya cuma sampai kat dua tiga puluh telinga je bagi seorang ustaz masa sekali bagi kuliah Maghrib kat surau... kira la berapa orang yg dengar kalau seorang manusia ada 2 telinga...

    Bagi saya persepsi PAS akan sentiasa buruk selagi berita dan teknologi berita dikuasai umNo, sama macam persepsi terhadap Islam di mata dunia. Selagi Yahudi pegang berita dan teknologinya, selagi itulah Islam nampak buruk sentiasa...

  1. edolah

    Yang penting kita memelihara keindahan Islam...faham rentak politik dan sepak terajang gerombolan para sekular dan konco-konco medianya yang tak jemu-jemu berusaha mencari jalan utk beri 'persepsi' buruk kepada pemimpin dan parti..(hati-hati dalam memberi kenyataan atau 'press statement')
    Kalau boleh elakkan kenyataan terbuka terutama pada media...selesaikan secara tertutup di peringkat parti dgn merujuk al-Quran dan Sunnah..