Catatan Awal November 2009

Posted by Tukya Labels:

3 November 2009.


Kulit buku Daerah Beta


DAERAH BETA: sebuah novel yang diangkat dari peristiwa sebenar di tahun 90an, bagaimana penduduk Bukit Merah, Papan dan Mengelembu berjuang menolak pembinaan Radio aktif yang penuh dengan bahan kimia yang merbahaya.. Lukimia telah menyerang penduduk kawasan itu. Ia menjadi daerah ‘beta’.

May, gadis Cina, anak pekebun sayur menikah dengan pemuda Melayu, menjadi tonggak perjuangan, berdemonstrasi berjalan kaki berkilometer ke mahkamah Ipoh.

Terakhir, dia sendiri melahirkan anak mangsa Beta.

Patut di baca untuk melihat satu demonstrasi hebat. Boleh dibeli di Kedai Dawama. RM45. Novel ini akan diperkata oleh Norzaliza dari UUM anjuran Dewan Bahasa bertempat di Panggung Mekmulung, Makam Mahsuri Langkawi pada 12hb November 2009.
Orang ramai dijemput.


Kulit buku novel Suriati


SURIATI: novel yang memenangi tempat pertama Sayembara Novel Remaja Berunsur Islam tahun 1991 anjuran Pusat Islam. Ia diedisikan semula dengan gaya terkini. Sikap dan fahaman seorang perempuan Barat yang memeluk Islam, Masudah Steiman, yang menjadi isteri kedua kepada seorang wartawan.

Pertemuan dua beradik hanya kerana diarah oleh guru menulis novel kompilasi. Mereka menjadi cinta bertambah, kasih tak sudah. Bukan jodoh tetapi pertautan darah daging.
Penerbit Al Ameen, RM19.00


Pn Norimah Ketua Penerbitan Sastera DBP dan kanan Pn.Halilah Editor novel Daerah Beta dan Sangeetha.


Dari kanan, Pn Norimah Ketua Penerbitan Sastera DBP dan kanan Pn. Halilah, editor novel Daerah Beta dan juga Sangeetha.


Ibnu Ahmad Al Khurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Pegawai DBP.


Ibnu Ahmad Al Khurauwi, seorang penulis muda yang berbakat. Pegawai di DBP. Menemuinya di Geleri Buku DBP, menghadiahkan antologi cerpennya yang terbaru; Di Dadanya Kalam Tuhan.
Terima kasih kerana hadiah buku dan CD Tulisan Jawi.


2hb November 2009.


Mohd. Zulkifli, Adun Bagan Pinang yang kalah melihat sesuatu yang anih pada buku akun bank Kamsiah


Ke Lenggeng Negeri Sembilan, cuba menziarahii Nenek Kamsiah 71, yang dikatakan terpaksa membela 10 cucu tinggal di rumah usang. Cucu-cucu bersekolah, ada yang tinggal di pondok berlantaikan buluh. Ada anak-anak entah hilang ke mana. Beliau tinggal di belakang Pejabat Pos pekan Lenggeng.

Begitu cerita yang tersiar di Utusan Malaysia pada 13 September 2009. Dalam berita itu telah dijanjikan kepadanya berbagai-bagai dan kononnya Nenek Kamsiah kesal kerana sudah 14 tahun anak-anaknya entah hilang ke mana.

Siiiuuuppppp! Berderau darah. Tapi mujur Wakil Rakyat di situ menghulurkan bantuan dalam sarung kad hari raya.

“RM50” beritahu nenek Kamsiah, ketika saya bersama Kasim Mohamad dan Mohamad Zulkifli Omar, calon yang kalah di Bagan Pinang yang lalu.

Kekaguman saya hendak melihat sendiri, betapa seorang nenek 71 tahun membela, menyuap, menyekolah cucu seramai 10 orang. Dengan apa disuapnya cucu-cucunya kalau sudah tak ada kerja, ibubapa cucu-cucunya entah ke mana menghilangkan diri.

Saya mengutuk anak-anaknya bila membaca berita itu.


Pondok ini cuma tempat main pondok-pondok, bukan tempat tidur tetap cucu-cucu Kamsiah



Meja tempat belajar cucu-cucu Kamsiah


Tapi lain pula jadinya apabila saya, Kasim dan Bekas Adun Bagan Pinang, Sdra Zulkifli menziarahi pada 2hb November 2009 jam 12 tengahari. Sebuah kereta Waja di tepi rumah kepunyaan anak perempuan. Seorang anak lelaki turut bersama.

“Dua hari sekali, malah setiap hari kami di sini,” kata anak perempuannya. “Macam mana laporan itu kata kami menghilang diri sudah 14 tahun?”

Ahhh, banyak cerita yang tidak tepat. Saya mengeleng kepala terutama apabila mendapat cerita bagaimana buku bank (?) Nenek Kamsiah cuba dimanipulasi apabila ada ingin membantu melalui akaun bank.

Ahhh, banyak cerita yang dipolitikkan kepada si miskin ini. Kasihan.

11 comments:

  1. Cikli

    Assalamualaikum Tukya,

    Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Husin Lempoyang, meniaga orang lebih untung daripada meniaga unta. Wow!

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya..

    Terima kasih untuk novel-novel itu. Hasil karya tukya ada batin.. Saya suka untuk ulang komen saya di blog FT, membaca karya seorang seniman bukan sekadar mencari makna tersurat dan tersirat yang dimaksudkan oleh penulisnya, tetapi mencari batin karya itu. Kerana batin karya itulah merupakan apa yang dikehendaki Allah terhadap karya itu.. Amat rugilah penyelak kaji yang terlepas pandang perkara ini.

    Saya tertarik dengan manipulasi sama ada bentuk sosial, ekonomi mahupun politik terhadap cerita Mak Cik tu. Polymath Tn Habib Prof Naquib Al-Attas ada merumuskan yang masalah manusia sekarang kerana kurangnya ADAB (termasuk saya juga yang asyik suu' zhon ini).. dan saya setuju dengan beliau.

    Mana-mana pun kita hanya percaya kepada kebenaran 'media' tak kiralah surat khabar ka, blog ka, dari pro-krajaan sampai pembangkang. Inilah yang menjadikan kita senang dibentuk oleh media-media begini, kita sudah di'basuh otak'kan untuk memilih kebenaran terpilih.. dan tidak memperdulikan HAQ (yang diterjemah oleh Tn Hbb Prof Naquib sebagai 'the real and the truth')

    Maka kita bersikap 'melampau' dengan maklumat-maklumat yang kita terima.. Allahu a'lam...

    Salam Tukya..
    p/s - It is nice to break away from political discussion sometime.. :)

  1. Ibnu Ahmad al-Kurauwi

    Assalamualaikum,
    Pak Azizi yang muda.
    Apa lagi yang perlu saya katakan, melainkan terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana mempertemukan saya dengan Pak Azizi yang sentiasa muda.

    Muda dengan karya dan muda tenaga. terima kasih kerana sentiasa memberikan inspirasi. Bertemu dengan Pak Azizi, terasa saya pula menjadi tua. Nasihat Pak Azizi, akan saya sematkan ke dada.

    al-Kurauwi

  1. Anonymous

    salam.

    Sayang melayu hanya bijak menonjol dan menjual kepapaan bangsa sendiri demi untuk meraih pengaruh politik murahan kaki lima...dan melayulah yang bijak memperalatkan kesusahan bangsanya untuk terus berpolitik dan terus menonjol dirinya pembela yang terbaik dilangan bangsanya...Sedangkan mereka lah segelintir dikalangan yang paling celaka menjual maruah bangsanya.

  1. Anonymous

    salam.

    Sayang melayu hanya bijak menonjol dan menjual kepapaan bangsa sendiri demi untuk meraih pengaruh politik murahan kaki lima...dan melayulah yang bijak memperalatkan kesusahan bangsanya untuk terus berpolitik dan terus menonjol dirinya pembela yang terbaik dilangan bangsanya...Sedangkan mereka lah segelintir dikalangan yang paling celaka menjual maruah bangsanya.

  1. Anonymous

    Sdr Cikli,
    Begitulah. Saya kadang-kadang naik malas nak ziarah mereka yang dilaporkan oleh media.
    Abi Qalam
    Baguslah kalau membaca kemudian berfikir, bukan pak turut.
    Ibnu Ahmad Al Khurauwi,
    CD program jawi tu, bagus. Terima kasih.
    Sdra Aku, PasBuih dan Siamang
    Marahkah? Itulah Melayu yang memperalat politik demi diri sendiri
    -azizi hj abdullah

  1. Juliana

    Salam.

    Bila terbaca perihal nenk ini, dan komen anak perempuannya yang menepis kata berita, rasa keliru, sedih, marah, dan berbagai lagi bercampur-baur.

    Kalaulah benar anak-anak sering menziarahi sekali pun, tergamakkah menjadikan si ibu sebagai "orang gaji" yang menjaga cucu-cucu?

    Banyak sangat kisah pasangan ibu bapa dewasa ini menyerahkan anak kepada ibu masing-masing untuk dijaga. Katanya tiada pembantu rumah, susah cari penjaga, dan berbagai alasan lagi. Astaghfirullah...

  1. Anonymous

    Juliana,
    Gambaran memang begitu, tapi hakikat tidak sepertinya.
    Di sana ada kebahgiaan, disanaada keindahan, di sana ada keikhlasan.
    Nenek Kamsiah di Lenggeng, bukan hempukan deritadari anak-anak. Saya melihatnya dan dapat merasainya. Cuma kemiskinan yang membuat orang berpersepsi begitu.
    Salam; Daerah Beta dah selesaicetak, tapi belum dijual- azizi abdullah.

  1. Anonymous

    Aku pasbuih dan siamang. memang betul. Asal ada tokoh Pas pergi walau sekali, tayang dalam blog. Tak kiralah tayang kepapaan bangsa sendiri. PAS suka sangat buat publisiti murahan. PAS dan PKR dan adil yang tak adil tu. Buat kerja sekali, macam dah buat kerja setahun..Cubalah jaddi PAS contoh. Bila buat budi seketoi, macam dah buat budi setahun. Cuba contohi wakil umno..berapa banyak jasa mereka, yg dipaparkan sekali sekala saja. Ni PAS, asal buat baik sikit, terus nak satu malaysia tau..taktik lama tu..Haliza

  1. Anonymous

    salam....
    kak haliza ni mungkin tak faham cerita kot...isunya Utusan M'sia memutarbelit cerita..itu aja!

    -org tua-

  1. AjiLah...hajilah57@yahoo.com...

    saya dah khatam buku Daerah Beta-Alhamdulillah. Bagaimana pendapat Ust.Azizi mengenai permintaan May untuk mertuanya Kama membaca Yasin untuk non muslim(atau solt hajat seumpamnya.