Catatan Disember 2009

Posted by Tukya Labels:

11 Disember 2009





Peserta Ijtimak Wehdah




Peserta Wehdah



Di Mentalon, rumah Menteri Besar Kedah berlangsung Konvensyen WEHDAH satu-satunya badan induk NGO di Kedah dengan tema “Kedah Yang Kita Mahu”. Bagus juga inisiatif ini supaya Kerajaan Kedah yang diperintah oleh Pas sejak 8 Mac 2008 buka mata, buka telinga mendengar teguran dan saranan dari sebahagian rakyat.

Ucaputama Pengerusi Wehdah, Azmi Abdul Hamid baik sekali. Ucaputama yang mewakili pandangan berbagai NGO ini sepatutnya dijadikan landas muhasabah dan tindakan. Di antaranya Kedah Yang Kita Mahu ialah; Kedah yang bertaqwa, Kedah yang adil, Kedah yang mesra alam, Kedah yang pro rakyat,Kedah yang berilmu, Kedah yang makmur, Kedah yang mapan, Kedah yang berbudaya Islami, Kedah yang selamat, Kedah yang cekap dan berintegriti, Kedah yang berbudaya politik sihat dan Kedah yang terjamin keperluan makanan untuk rakyat.

Menurut ucaputama itu, hasrat ini hanya akan berjaya jika pra-syarat wujudnya keterbukaan kerajaan, kejujuran pimpinan, kesungguhan pentadbir dan kejernihan nurani rakyat.

Tapi malang kerana sebelumnya apabila YB dato’ Hj Ir. Phahrolrazi Hj. Zawawi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dalam Bicara Khas 1 dengan tajuk ‘Menterjemahkan Sebuah Manifesto Rakyat-Cabaran dan Harapan’ bagi saya tidak mencerminkan dasar dan manifesto Pas yang dicanangkan sebelum Pas memerintah. Huraian tentang politik dan apa yang ada pada sebuah kerajaan dengan hujjah dari Ibnu Khaldun tentunya tentang erti sebuah negara moden tidak menyungguhkan alasan apa yang dilakukan oleh kedah sekarang ini.

Fakta 77% orang Islam di Kedah dengan 2 veleu bagaimana soal haram bagi orang Islam dan tidak haram bagi orang bukan Islam sangat tidak menyenangkan saya.

Tertanya oleh ramai, jika begitu keadaan pemerintah Pas kini dengan apa dasar Pas dan manefesto sebelum mendapat kuasa, maka apakah kehebatannya dan kelebihannya rakyat memilih Pas daripada menolak BN dahulu.

Entahlah, mungkin tanggapan saya tersangat naif.


Salah sebuah masjid di kawasan pendalaman



Tergesa-gesa dengan seorang kawan mahu bersolat Jumaat di sebuah kampung pendalaman dengan tujuan membaca khutbah.

Ya Tuhan, rupa-rupanya orang Melayu Islam masih tidak banyak berubah, walaupun hal yang bersangkutan dengan ibadah.

Bayangkan, ketika khutbah sedang dibaca, masih ada yang seperti burung puyuh takut denak. Mereka tetap berbual di luar masjid dan hanya masuk hendak solat ketika imam mengangkat Takbiratul Ehram.

Ya Tuhan...tentang ‘lagho’ ketika khatib membaca khutbah masih belum difahami juga. Sungguh malang.


Berjumpa Tun, sahabat lama


Tun Abdul Hamid bersama anak bungsunya, pemidato antara bangsa



Di majlis kenduri di Permatang Tinggi Bakar Bata Kepala Batas, bertemu Tun Abdul Hamid Mohamad, Mantan Ketua Hakim Negara, sahabat dan bersaudara tahun 60an dulu. Saya menumpang di rumah kakak beliau ketika sekolah agama Hj Ahmad Badawi dulu.

Tak banyak berubah Tun ini. Pertemuan yang singkat, ketika berbual ternyata karektar sebagai seorang hakim masih tidak berubah. Masih pulun kalau memancing ke laut. Agak segan nak bertnya tentng kehakiman sekarang.

Yang menarik bagi saya ialah beliau seorang yang masih puluh dan kuat membaca. Sangka saya, novel-novel saya dari penulis kecil ini tentu tidak dipeduli oleh beliau tetapi tidak begitu.



Mereka berkerja demi dakwah



Beliau mampu mengingati apa yang saya tulis di dalam novel saya. Ditambah pula dengan anak perempuan bungsunya, yang satu ketika dulu menjadi juara pidato antarabangsa. Megahnya saya, walaupun dia anak didik orang undang-undang dan dia sendiri menjadi orang undang-undang, novel-novel Melayu menjadi air minumnya.

Kata anak bungsu Tun ini: “Orang Belanda kedekut walau pun mereka bangsa yang maju.” Beritahu pula Tun Abdul Hamid, orang Amerika sebenarnya bangsa yang tidak terbuka mindanya. Mereka kurang mengetahui dunia luar. Memang pun, katanya. George Bush sendiri, sebelum menjadi Presiden, hanya sekali ke luar negara. Anggota Senit Amerika, hampir separuh tidak ada pasport ke luar negara.

Haa..haa..haa....katak di bawah tempurunglah tu.


API

Malam berceramah dan berbengkel dengan Anggota Api, satu-satunya badan amal dan dakwah yang terdiri dari budak-budak U.

Kagum juga kerana mereka di antara anggota sukarelawan pendakwah yang sering turun padang memberentas gejala sosial anak-anak muda.

Sukar nak cari anak-anak muda seperti ini.

7 comments:

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Sekarang saya kat KL,Bandar Tun Razak,ceburi Bisnes baru pula...Buat Iklan...
    Anyway ustaz....Kedah dibawah Ustaz Azizan so cool,lagipun Ustaz Azizan tak melatah dan tak merapu macam TGNA di Kelantan.
    Kalau Ustaz Azizan boleh maintaince keadaan macam ni TAK MUSTAHIL PRU 13,PAS akan kekal di Kedah.Lagipun semua bahagian UMNO di Kedah BERMASALAH kepimpinan.Ketua Bahagian lagi syok kalau PAS memerintah kerana PROJEK dari PUSAT direct mai kat Ketua Bahagian....Rendang Besaq dia balun...KEMARUK baru bagi kat orang lain.
    PRU 13 akan datang,ustaz cuba masuk DUN LUNAS...saya akan tolong kempen kat Ustaz.Kekalahan di Kulim bukan bermaksa orang tak sokong Ustaz,cuma tak dak nasib dan takdir.

  1. Anonymous

    abanghalim, muridku
    terima kasih di atas rangsangan. tak payahlah kot. dunia saya bukan orang politik walaupun saya suka kepada politik.
    saya tak mampu nak berbakti kepada rakyat melalui politik. cukuplah saya berjuang dari dunia ini.
    terima kasih.
    sejak bila abanghalim ni tak syok pada umnno,bn?
    ha..ha..ha...
    salam; ustazmu azizi

  1. asalbayu

    Cadangan abghalim supaya Ustaz bertanding DUN Lunas dalam PRU 13 tu ada baiknya. Tapi elok ditinjau pandangan warga Lunas dari sekarang. Apa pandangan mereka terhadap YB Radzi Salleh yang sebelum ini adalah EXco di potfolio pelancongan tu. Saya kenal dia secara peribadi bekas kakitangan Jabatan Pos yang pernah masuk UUM ini. Sebelum ini saya memang bercadang nak jumpa beliau bagi membincangkan projek pelancongan yang sedang dirangka oleh Koperasi Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad (Kopen) tu. Tapi bila saya menghubungi beliau, katanya dia tak kenal pun saya lelaki yang uzur ni.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Hidup Kedah.. Sejahtera Kedah..

  1. abghalim

    salam ustaz

    Anak Punai Anak Merbah
    Terbang turun buat sarang
    Anak sungaikan berubah
    Ini pula hati orang

  1. longge

    Several series of louis vuitton have been through special protective procedure when louis vuitton bag are produced by artisans to prevent dusk and stain, so you’d be more cautious to keep the protecting layer during cleaning. A Louis vuitton bags is a status of endless fortune and timeless luxury. To prolong the glorious journey, you should serve it as a long-term investment and it certainly will repay you juicy interests with the longevity of your lv .

  1. longge

    http://replicahandbags69.casinoblogsonline.com/
    http://replicahandbags69.i.ph/
    http://replicahandbags69.fbhosting.com/
    http://freeadvertisingnetwork.biz/?w=replicahandbags69
    http://www.flixya.com/blog/replicahandbags69
    http://halqa.com/replicahandbags69/
    http://replicahandbags69.blog.friendster.com/
    http://www.homepage-dienste.com/blog/replicahandbags69/
    http://www.iblogporn.com/replicahandbags69/
    http://replicahandbags69.iblogger.se/