Harubiru Lagi…

Posted by Tukya Labels:


Tuan Guru Nik Aziz


Salehuddin Ayub


Salam Sejahtera.

Dah mula pulak dah.

Bila ditanya, sapa pun tak mengaku. Masing-masing kata, saya tak kata macam tu.

Perihal sesuai tak sesuai, elok tak elok, bagueh tak bagueh orang luar jadi calon di Kelantan telah mencerminkan sesetengah pemimpin Pas tak tahu nak cakap apabila disua ais krim( mike) untuk dijilat-jilat.

Apa, tak ada yang lain ke yang nak cakap?

Baru saja bercakap pasal hikmat hijrah, pentingnya hijrah. Tapi soal calon hijrah.....

Apa, masih tak lupus lagikah kata-kata ‘Orang Kelantan memang kuat fanatik sesama mereka!’

Saya teringat ketika menghadiri seminar, forum dan perhimpunan, apabila kami berhimpun dan berbual beramai-ramai, di mana salah seorang ada kawan Kelantan, akan rancaklah perbualan. Tapi jika ada dua orang lagi kawan Kelantan berbual sesama mereka, kawan yang berbual dengan kami akan meninggalkan kami. Dia lebih senang bersama ‘gengnya.’

Itu dulu. Tahun 60an dulu. Tak salah perangai macam tu. Tapi perangai Pas kalau macam ni, huduh sangat. Nampak sangat kepala kita sempit.

Siapa yang mula tak penting. Tenguk muka kita dah dapat baca orang yang bersifat fanatik ni...

17 comments:

  1. kona leper

    sama saja orang kedahpun macam tu jugak. bila dah jumpa geng kedah. rakan-rakan yang sedang makan satu mejapun ditinggalkan.

  1. Anonymous

    nak kata pasal fanatik...

    berapa banyak dah pemimpin pas dimenangkan rakyat kelantan... berapa ramai pemimpin tempatan terpaksa diketepikan demi nak bagi laluan kepada pemimpin luar???

    jangan main sedap tulis saja...

    dah sampai pun masa pemimpin pas luar berusaha perkuatkan negeri masing-masing... sampai bila nak cari kerusi selamat kat kelantan...

    kat terengganu mat sabu, nasa mat isa kalah...

    dari dulu lagi keluar cerita pas kelantan tak nak ikut cakap pas pusat... tapi yang lain tu kenapa tak berusaha untuk menang kat tempat sendiri??

    datang sini, belajar la kaedah cemana nak berlawan dengan amnu...

    sesetengah tempat, culaan pun tak kemaskini, ada yang tak simpan pun rekod yang lepas-lepas... lagi teruk, semakan daftar pengundi pun tak buat, apa lagi nak buat culaan... setengah tu tak tau hapa pun...

    lagi pulak... masa ngundi kat satu PRK ni... kerjasama pun tak nak diberi kat orang yang datang nih... siap nak suruh orang buatkan semua... sampai bab nak gi ambik pengundi pun duk terhegeh-hegeh lagi...

  1. Anonymous

    Haruhijau le....
    Jiwa Klate..terha tu dah..dimana jua anda berada..

  1. Anonymous

    sy tak maulu bab politik. tapi sgt malu bab boa sepak. tak sanggup saya nak ngaku yg sy ni org kelate krn gilanya org kelate time menononton bolasepak.

    shameel

  1. Anonymous

    sy tak malu bab politik. tapi sgt malu bab boa sepak. tak sanggup saya nak ngaku yg sy ni org kelate krn gilanya org kelate time menononton bolasepak.

    shameel

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    Mula-mula sikit pembetulan:

    Kalau tak salah, cadangan untuk pertimbangkan semula calon dari luar Kelantan ini, baru ura-ura saja. Kenapakah tuan macam panas saja, takut kalau-kalau calon idaman tuan yang dari luar atau dalam Kelantan tak terpilih untuk menjadi calon ke parlimen?

    Kedua,

    Adakah negeri selain Kelantan yang BEGITU bermurah hati menerima calon-calon dari luar? Kalau tak salah ingat ada negeri yang awal-awal lagi tak mau calon luar(?). Tuan lupa atau buat-buat terlupa? Dalam PRU 13 agak-agak Kedah boleh bermurah hati semacam Kelantankah?

    Tentang calon ini, untuk renungan kita bersama, ini satu kisah bersejarah:

    Apabila Lim Kit Siang kalah di Tanjung, ramai orang-orang Cina berduka. Mereka berduka kerana sosok yang namanya Kit Siang tak ada lagi di Parlimen. Tak ada lagi yang akan lantang bercakap tentang hal-hal PFKZ misalnya. Saya Melayu dan saya juga berdukacita. Parlimen tanpa panglima akan menjadi mandom. Umno seronok kalau Parlimen mandom.

    Mesejnya?

    Ya, kita perlukan bilangan dalam parlimen. Tapi yang lebih utama kita perlukan calon-calon yang handal dalam Parlimen. Bukan yang siang malam bermimpi untuk jadi Menteri atau Menteri Besar. Ya, calon yang betul-betul terbilang dan bukannya temberang.

    Siapakah para pahlawan dan panglima Pas di Parlimen?

    Terakhir sekali,

    Tuan macam nampak sangat yang senget sikit-sikit di Kelantan, kenapa? Yang riuh rendahnya Pas di tempat-tempat lain, dari cerita UG dulu sehingga sekarang, tuan diam saja..kenapa?

    Cuba teropong-teropong juga di tempat-tempat lain. Pas di tempat-tempat lain, adakah segagahnya yang di Kelantan? Atau akan bungkus semuanya dalam PRU 13 nanti?

    Tuan boleh teropong kes disiplin dan cadangan berdemonya gerombolan di Selangor. Itu agak menarik. Dan apa pula kata orang besar-besarnya Pas di Selangor. Tak perlu, tak sebagusnya cerita Kelantan?

    Wah..wah saya nak mengajar itik berenang pula. Mai kita bubuh nokhtah.

    Wallahuklam.

    Dilaga.

  1. Abi Qalam

    Salam,

    Susah-susah uzlah je dari dunia politik..

    Wassalam..

  1. Anonymous

    KAWAN-KAWAN

    NAMPAKNYA AZIZI BUKAN BENCI KEPADA ORANG KELANTAN, MALAH ORANG KELANTAN TERBAIK BAGINYA.
    CUMA YANG DITIMBUL, MENGAPA SOAL INI CUBA NAK DITIMBULKAN. ITU SAJA.
    SAYA HARAP KITA TAK SALAH ANGGAP KOMEN AZIZI.

    -ABU PENA

  1. tebiang celah

    Salam semua. Ha pakat-pakat lah belaga sesama penyokong PAS. Sana kata sini dan sini kata sana. Kalau depa kelupoq sorang-sorang depa tak jadi apa-apa. Ni pakat dok nak pebetui wal hal sama je.Pulun-pulun kata hang ku, paih tu PRU13 dah dekat. Kalau hanyut baqhu terhegeh-hegeh salah hang ku pulak. Hai Hai Hairan laaa. Baguih bawa mai hadis dan quran terang sikit tentang perjuangan yang rasulullah bawa, lepaih tu sapa nak kata, bermakna kata kat rasulullah lah maknanya.

  1. org utara..

    tak semua orang luar yg jadi MP diKelantan tak bagus..tapi kalau macam Nasa tu baik terajang terus, tak guna seduit..

  1. dariana

    ana setuju dgn sdr dilaga. ana kecik hati dgn azizi. tak sangka hang pi tulih macam tu...sejak zaman berzaman kita perkasakan suara pas di parlimen melalui undi org2 bachok, kubang kerian, rantau panjang, kuala krai dan dua tiga kerusi lagi buat pemimpin pas bukan anak kelantan termasuk kpd sang katak; namun azizi 'satu' macam pulak dgn org pas/kelantan. salahkah sesekali 'aiskrim' yg disogok ke mulut dikekah bukan dijilat. memang cakap tok guru sikit saja akan diulas berhari2. keramatkah suara beliau..surat kabar pun jadi laku dan laris. ribut dalam cawan pas akan dikira semacam gelombang monsoon cup untuk diraih keuntungan oleh pihak tertentu.tok guru kata pula benda lebih kontroversi, apa pulak akan diulas oleh para pengulas termasuk azizi: orang bangsa lain boleh jadi MB kelantan jika dia muslim, berilmu dan beramal islam... kita tunggu para pengulas akan menghingar forum serta khalayak . silap2 mengulas durian, tangan akan luka terkena durinya.

  1. Anonymous

    sdra dariana/ dilaga
    terima kasih kerana kritikan itu. saya terima dan jika menyentuh perasaan sdra kerana simpati terhadap kelantan, saya pohon maaf.
    Sata tak benci Kelantan, juga orang Kelantan.Yang saya sebut itu di antara budaya sesama kawan. Tak salah pun.
    Cuma yang saya kesal,kita tak berubah-ubah membuat kenyataan yang jadi bola tanggung orang lain. Kadang-kadang benda tu tak ada rugi pun kalau tak disebut.
    Saya sayang kepada jamaah islam.
    Salam: azizi hj abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Pernah jugak terpikir yang kita ni tenggelam dengan istilah 'Jamaah Islam'. Mana satu pun tak tau.. yang tu kata PAS, yang ni kata ABIM, yang bawah kata Tabligh, yang atas kata Ikhwan.. dan macam2 lagi kata..

    Dan macam2 tafsiran pulak cerdik pandai ilmuwan timbulkan pasal Jamaah Islam ni.. Tapi hakikatnya bukan menyatukan, tapi tambah pecah belah.. hang geng tu.. aku geng ni..

    Awat susah ka kalau Jamaah Islam itu dinisbahkan pada yang ucap 'Laa ilaha illaLlah Muhammadur RasuluLlah'.. bukankah ini Saidina RasuluLlah Al Mustafa suruh? Lagi senang.. semua 'Geng Kita'..

    Salam Tukya

  1. Anonymous

    sdr azizi, sejak sblm 1990 lgi org luar dh tanding di kelantan. lupakah sdr. kenegerian apanya?

  1. Aku,Pasbuih Dan Siamang

    SALAM.

    LUAR ATAU ORANG DALAM TAK PENTING YANG PENTING ISLAM YNG DIBAWA TULIN BUKAN ISLAM PADA PANGKAT DAN JAWATAN..LAGI SATU JADI KAN KELANTAN SEBAGAI PENTAS UNTUK GEANGANG BERPOLITIK.rAMAI ANAK LUAR YANG BERGANTUNG NASIB POLITIK D KELANTAN.cONTOH MAT SABU KALAU BERPOLITIK DIKAWASAN DIA SAMPAI HARI NI PUN MSH JUAL KASET MCM DULU..DULU.tAPI KELANTAN TELAH BANYAK MENGUBAH HIDUP MAT SABU MACAM SAIFUDDIN JUGA..KALAU DIA MASIH DI KEDAH...ALAMAT BUNGKUS!!

  1. longge

    louis vuitton handbag has managed the difficult feat of being both by maintaining louis vuitton replica handbags classic details, but having it re-interpreted every season by hot new creatures. The cheap louis vuitton handbags designed by Marc Jacobs shows a glimpse of its colored lining. The contemporary city bag features an adjustable strap.

  1. longge

    http://tuan.pcpop.com/space-7728036.html
    http://wealllovelv.spruz.com/
    http://blogtext.org/lovuitonbag/
    http://wealllovelv.i.ph/blogs/wealllovelv/
    http://lvneverchange.i.ph/blogs/lvneverchange/
    http://wealllovelvs.i.ph/blogs/wealllovelvs/
    http://123vuttionbags.webs.com/
    http://bags123.webs.com/
    http://123louisbags.webs.com/
    http://vuttionhandbags.webs.com/