Cerita Yang Diubah Suai Dari Cerita Lain:

Posted by Tukya Labels:



Cerita Yang Diubah Suai Dari Cerita Lain:
Kisah 2Z.

Entah macam mana, mereka bertemu di satu lapangan terbang ketika hati dalam keadaan merajuk, panas baran di sebabkan haba dan cuaca politik kawasan tak begitu selesa.

Si Z 1 membawa begitu banyak buah genuak. Manakala si Z 2 membawa ratusan bungkus laksa dengan kuah-kuahnya sekali. Di atas kesepakatan yang padu, mereka menyewa helikopter yang injinnya telah diganti dengan injin Kobuta disebabkan injin asalnya dicuri entah siapa.

Mereka menyewa pilot untuk membawa mereka round pusing keliling kawasan yang mereka menangi. Mereka mahu ziarah dan tabur sumbangan kepada pengundi kawasan masing-masing kerana jikalau hendak datang dengan kereta, masuk segala jalan dan lorong, takut ada yang naik kelabu mata, hentam mereka tak pasal-pasal. Dua tiga hari yang lalu mereka sudah keluar kenyataan yang busuknya lebih dari tahi kerbau keweh tengah londang.

“Aku bawa buah genuak,” kata Si Z 1.
“I bawa laksa Penang, best,” kata Si Z 2.

Maka mereka pun arah pilot bawa ke kawasan Z 1 dulu. Dilemparlah buah genuak satu demi satu. Berkukkiklah mereka ketawa kerana sumbangan mereka tidak ternilai.

Akhirnya habislah buah genuak. Si Z 1 tak nampak pula segala rakyat dan pengundinya pakat-pakat terkam ambil buah genuak itu. Maklumlah buah genuak berlambak-lambak di sekitar Gunung Bungsu, Gunung Inas, Bukit Bertam, Sedim dan Bandar Baharu.

“Bawa aku ke Bayan Baru pula!” arah Si Z 2 kepada pilot.

Maka pilot yang buta arah mata angin dan kompas pun melilau ke sana sini cari arah. Mujur ada petanda Komtar dengan Jambatan Pulau Pinang.

Sampai di kawasan Bayan Baru maka Si Z 2 pun campaklah sebungkus demi sebungkus laksa Penang. Tapi jadahnya ramai yang tidak berapa peduli. Mereka asyik bergencok boria.

Selesai bungkusan laksa Penang ditauk ke bawah, maka mereka pun berAlhamdulillah, bersyukur kerana pengorbanan mereka yang paling besar, akan diketahui juga nanti oleh rakyat yang memilih mereka.
“Aku pasti puluhan ribu pengundi kawasan aku tentu gembira bila dapat tahu aku mencampak buah genuak kepada mereka,” kata Si Z 1 dengan ketawa berdekah-dekah, dengan hidung kembang kempis.

“You…bukan saja you, tapi I juga merasa bangga dan puluhan pengundi I juga tentu seronok bila dapat tahu I campak bungkusan laksa Penang ni,” kata pula Si Z 2 sambil menjengok-jengok ke bawah.

Si pilot yang buta mata angin dan kompas terdengar perbualan mereka. Kebetulan dia penyokong PR. Dengan batuk sekali lalu dilayahnya helikopter ke laut, dia menjerit:

“ Hayooo, kalau dua-dua tuan-tuan ini saya campak ke laut, bukan saja pengundi dua kawasan tuan-tuan merasa seronok, tapi seluruh PR satu Malaysia akan buat kenduri pulut kuning! Mereka lagi seronok!”

Maka kecutlah perut, sayulah rasa kedua-dua mereka. Rupanya ada yang lebih benci kepada mereka.

5 comments:

  1. Zolkharnain Abidin

    Assalamualaikum,
    Ada empat lima orang lagi yang patut naik kepalterbang tu sekali.

    Saya doakan Ust sihat seperti semula. Berita Ust eksiden baru saja saya dapat.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    ALhamduliLlah,

    Ada jugak yang nak lempaq buah genuak. Lama sungguh tak makan ulam buah genuak, balik kg nanti kena pi laa Gunung Bongsu cari..

    Pada saya, situasi kedua-dua mereka berbeza. Cumanya cuba nilai situasi YB Zul Kulim. Adakah nilai cintakan islam yang dibawanya hanya setaraf buah genuak yang menyebabkan orang islam sendiri mencemuh dia (yang sanggup menelan risiko kena buang parti?)

    Saya kata kat YB, peduli apa orang lain, bila Allah dan RasulNya dah redho.. Ini kerana YB Zul lah antara yang sangat paham bahawa helikopter tu tetap helikopter, yang utamanya ialah tempat nak dituju dan apa yang nak dicapai. Kalau dah helikopter dan pilotnya tak boleh tahan busuk buah geduak, tunggu apa lagi? Jalan kaki pon boleh..

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    Saya terbahak-bahak walaupun ini cerita lama. Bolehkah kita buat versi tambahan, begini:

    Heli itu terbang ke kondo terbaru, di KL. Kita turun dan pasang kamera di lubang jamban. Footagenya kita serahkan kpd SN Shahnon untuk versi:NAJIS, abad ke 21.

    Pagi tadi ada seekor kera jantan bertengek di atas bumbung rumah jiran. Mulanya saya ingat dia sedang gemben2 pisang, rupa-rupanya, ciisss ia sedang sibuk mengurus loxxhnya!!

    Burung murai yang biasanya bersiul-siul merdu, saya rasakan macam dok perli saya: Awatlah teruknya kamu-kamu yang namanya menesia pemimpin Malaysia, semua??

    Macam mana saya nak jawab kera dan burung yang dah pandai mencarut dan memerli itu??

  1. jab sp

    Tak tau lah chegu.Yang dok bagi masaalah tu bukan ada hati perut.bila dah tak ada hati perut,macam mana depa nak mengkedarah laksa dan buah genuak tadi.
    Sepatutnya sewaktu kawan depa tengah "dimusibahkan",depa patut simpan dulu apa yang bolih merunsingkan kawan depa.Ini tidak,ditambah lagi perkara yang memusingkan.Kawan macam ni belambak dalam karung uxxo.
    Chegu lupa nak bagitau,apa jadi dengan pilot tu,kojol sama atau sempat terjun.Harap harap tak jatuh atas kondo.Dalam kondo tu ada lagi dua tiga ekor tupai yang nak jadi katak.
    *ABU lahab dan ABU jahal,nama sedap juga tapi apa ada pada nama kalau tak bolih nampak apa yang baik!.*

  1. Anonymous

    Anonymous said...
    Nasib awak yg malang kerana dirawat sebegitu rupa. Selama ini tak ada masalah kami mendapat rawatan di hospital kerajaan. malah ramah dan senyum doktor dan jururawat yg melayan. Mungkin anda terlalu banyak memfitnah kerajaan dan sebagai balasan ini yang anda dapat bila cuba-cuba merayu khidmat badan yang anda fitnah dan remehkan itu. Bukankah ALLAH itu Maha Adil? Anggaplah ujian untuk mencuci dosa. Setiap sesuatu itu ada sebabnya..celikkanlah mata..

    Insan yg dipanggil cik Ah

    Sesungguhnya ada kala bala yg kita dapat adalah kerana perbuatan kita sendiri. Seperti juga bala yg menimpa PKR dan PR sekarang. mereka menghina Islam, menyanjung kafir membaca petikan Al Quran. Sedangkan ternyata niat mereka terang2 utk provokasi. Untuk menutup aib yang sehina itu, ada ustaz menghalalkan dan mengatakan itu cara memujuk ke arah Islam. istighfarlah. Alangkah hinanya orang Islam membiarkan orang kafir mengejek Kitab Mulia itu. Tak takutkah kalau di akhirat nanti sebagai balasan kita diberi kitab amalan kita di sebelah kiri kerana masa di dunia kita bersekongkol dengan orang yg menghina isi kandungan kitab yang terkandung firman-firman DIA Yg Maha Tinggi dan Maha Pencipta.

    Saya yg benci dan jijik pada PKR. PKR yang sudi memeluk wanita penzina yang dengan foto2nya yang menjijikkan terpapar di mana-mana. Malah dikatakan mangsa UMNO. Biarpun saya menghormati PAS dan memuja Hadi Awang, saya benci fitnah yang diada-adakan. Gandingan PKR dengan PAS membuat PAS mendpt nama busuk. Justeru, berambuslah dari pakatan PAS.