HIIKK,HIIKK,HIIKK. KAH,KAH-KAH,KAH.

Posted by Tukya Labels:




Pesta ini dikatakan berlaku di Pulau Tikus. Tak buang air besar seminggu


Saiful: Dua hari tak buang air besar
Feb 5, 10 12:17pm
Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Petikan di atas dipetik dari Malaysiakini pada tarikh dan masa yang tercatat.
Tidaklah ada hasrat nak ganggu perjalanan mahkamah dan tidaklah nak letak hukum sendiri, siapa yang salah dan siapa yang betul. Nak kata siapa salah dan siapa betul bukan kerja kita. Ia kerja mahkamah.

Tapi apabila selesai membaca berita di atas, cucu pun tanya; “Tokwan, apa ke benda sampai tak buang air besar tiga hari?

Tokwan pun tergelak; hiikkk,hiikkk,hiiik.
Cucu tanya, kenapa Tokwan tergelak sampai terhindik-hindik. Tokwan pun beritahu, tak ada apa-apa. Budak-budak bukan masanya nak tahu. Tapi di balik pintu, Tokwan pun berbisik kepada Atuk perempuan, hisss, sampai macam tu bahadi si Anuar. Hiikkk,hiikkk,hiiik.

Atuk perempuan pun tergelak pula; Kahhh,kahhh,kahhh. Hua..hua...huaaa. Ini macam lebih dari cerita Tok Mat Bukit Selambau menikah 99 orang di tahun 60an dulu.

Tokwan berbisik pada Atuk, setahu aku kalau orang kena macam tu,berak lagi senang. Hiikkk,hhikkkk,hiikkk. Ini tidak, ekzoz tersumbat apa sampai tiga hari tersekat saluran. Kahhh,kahhh,kahhh.

Sekali lagi kita tidak ada niat nak campur urusan pendakwaan yang berjalan di mahkamah. Tapi dari segi moral mereka yang terlibat, apakah begini caranya walaupun mahkamah itu tempat mencari keadilan.

Moral kita di mana? Ternyata moral mampu diketepikan kerana sesuatu dan sesuatu itulah yang mencerminkan adil atau tidak lalu terkeluar cerita sampai Atuk perempuan berbisik kepada Tokwan; besar mana haaa?

Kahhhh, kahhh, kahhhh. Kikkkk,kikkk,kikkkk. Sumpah, saya tak masuk sebelah mana tapi nak tergelak saja baca berita ini. Pelik dan sampai hati. Hisss,hiisss,hiiisss

36 comments:

  1. Pacifist

    Ya Allah,Ampunilah dosaku,kebodohanku dan hal-hal yg Engkau lebih mengetahuinya drpKu

  1. Zolkharnain Abidin

    Hiikk...hiikk...huu..huuu..huuu....
    Kami tergelak laki bini bila baca posting. Nasib baik belum ada cucu. Kami kena lari balik pintu baru boleh gelak. Ha.. ha...Sepatutnya serombong dia makin besar la. Yang tersumbat tu pasai apa..takkan dia tinggal dalam tu kott.....ha..ha...
    Maaf Ustaz, tak tahan nak tegelak.

  1. zeqzeq

    huhu lama sangat .

    ada sesaper yg takleh bunag air kecil sehari??

  1. garamlada

    Hahaha...hahaha....hahaha...huhuhuhu....huhuhu...hu...maaf bukan nak mempengaruhi urusan mahkamah...dok ah....hahahaha....x berak 2 hari...huhuuhuhu...hu.

  1. Anonymous

    Cuba cermin diri. Orang panggil Ustaz. Mulia tu. Tapi Ustaz tak payahlah nak cakap yg tak senonoh. Malu kat cucu-cucu Tukya.
    Kekadang, kita terlupa kebodohan dan kejahilan diri kita sendiri.

  1. Anonymous

    Cuba cermin diri. Orang panggil Ustaz. Mulia tu. Tapi Ustaz tak payahlah nak cakap yg tak senonoh. Malu kat cucu-cucu Tukya.
    Kekadang, kita terlupa kebodohan dan kejahilan diri kita sendiri.

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Bukan nak pengaruhi Mahkamah...
    Tapi teringat kata kata Mat Sabu di Kampung Sungai Seluang Atas,pentas di Bawah pokok kabu depan rumah AD Jawa...gelaran Ustaz Aljuburi...

  1. jab sp

    nak tergelak juga aku(memang tergelak kuat pun),bukan pasai isi posting ni,tapi pasai komen tanpa nama.
    pertikai ustaz buat catatan macam ni,loyalah konon.yang ulamak duduk diam tak buat apa apa tu dia tak bising.(bagi aku maknanya bersubahat)
    bila jadi ketua dalam jabatan yang ada kuasa dalam agama,tentu ilmunya tinggi.tapi bila penuduh yang telah mengaku sua lubang pada orang,tiada tindakan diambil,apakah kejadahnya.
    wahai tanpa nama-bukalah minda sikit.jadilah Melayu Islam yang mudah ingat bukan Melayu UxxO yang mudah lupa.

  1. ABH

    to anonymous 8.31
    hangpa ingat us.,tok guru ulama semestinya kena pakai serban besag bakui gantung tasbih di tgn lepas tu pi bertapa kat dlm gua.jgn dok ambik tau hal dunia.macam hangpa tak ambik tau hal akhirat.memang betoi hang ni otak sekular

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Saya cadangkan satu skrip teater dari sdr berhubung seluruh episod ini bila semuanya selesai. rekod seorang sasterawan ttg kehebatan kita. Dinsman ada Apocallipso (pernah disiarkan dalam Harakah). Ingat 'Fobia Oktober' seorang yang sasau itu? Mantan yang tak lawas di tandas? Negara kita dah cukup baik sekarang. Sangat baik. Boleh eksport bahan-bahan begini. Afrika yang banyak masalah pun tak macam kita. Maju.

    Versi dulu tilam, versi ini seluar dalam?

    Beruk dan monyet pun tak sembang pasai lubang yang tertutup.

    Kita yang miskin nak sekolah anak pun susah, mereka dok asyik cakap pasai lubang..

    Ulamak, mana? Majlis Fatwa, mana?
    Pejabat agama, mana? Malaysia negara Islam, mana?

    Saya kalau pandai tuleh, saya tulis Shit versi baru.

  1. zeqzeq

    tanpa nama??

    telah cuba membahagikanmenjarakkan ilmu fekah dan tauhid

    geli agaknya bila belajar kes 'wanita' dan hukum basuh2??

    ustaz tak boleh sentuh soal sex??

  1. Abi Qalam

    Harus sahaja apa-apa pun..

  1. Anonymous

    bandingkan dua wajah itu. Satu bersih dan ada nur di wajahnya. Pasrah bersumpah tanpa takut pd bala Ilahi. Yg seorang tu wajahnya, nak nampak Nur terselit pun susah. Ada org kata muka tu dah macam muka bont..kerana suka sgt menyumbat bont. orang lain.
    Ikut logik mana ada orang nak mengaku yang lubang duburnya tersumbat kalau tak ianya benar dan terpaksa demi secubit keadilan yg sering ditertawakan oleh org keadilan yang kian rapuh.
    Seorang dari PKR pun pernah kata, tengok muka Anuar tu pun dah tau dia jahat, tp kami terpaksa kerana nk tentang pemimpin yg ada..
    Kembalilah pada PAS dan janganlah campuri mereka yang bersekongkol dengan kaum derhaka di bumi Lut. Lihatlah bala demi bala yang timbul pada PKR bukankah itu musibah namanya? Ingatlah dunia akhir zaman akan menjadi dunia Fitan di mana orang yg jahat dan sudah terbukti kejahatannya itu masih dianggap keramat. utk pengetahuan, seorang doktor yang sangat terhormat di tempat saya pernah mengaku yg anuar memang melakukan itu semenjak di kampus..istikharah dan minta petunjuk dari ALLAH. pertunjuk sudah ada tapi masing-masing masih mahu teraba-raba. Saya percaya komen saya ini akan di delete oleh empunya blog..ramai antara kami ingin melihat..kebenaran. kebenaran yang sudah jelas tapi ada yang masih mahu menjadikannya samar-samar kerana taksubkan seorang yang terlalu pandai berhipokrit..

  1. siti

    ..tak mustahil Anwar Ibrahim seorang peliwat..dan tak mustahil jugak dia tidak bersalah..DIA HANYALAH MANUSIA BIASA..BUKAN MAKSUM..lebih baik jangan sokong mana2..takut tersokong peliwat..atau tersokong pendusta..
    Lagi satu..ada beberapa orang kawan saya..memang hanya membuang air besar selepas 3 hari..no kidding..memang wujud manusia2 begini..

  1. dilaga

    Tuan Anonymous 8.31, 3.54 dan Siti..

    Saya teringat bagaimana orang-orang Melayu zaman dulu kala bela lembu. Depa buat kili untuk cucuk. Semua beres, lembu pasti tak boleh mencalai.

    Nampaknya kita juga macam tu. Tak juga berubah-ubah. Bekas PM buat Liwat I dengan Augustine. Polis, jabatan Kimia semua kena raup (pakai kili). PM Satu Malaysia pun ada versi baru, Liwat II. Mantan PM masih tercokoh di Yayasan (yang) Perdana.

    Umno kekal, sebelum dan sesudah merdeka, sebab kita suka dipelihara berkili.

    Tahniah, Malaysia ada rakyat macam kita. Rakyat berkili yang yakin dan percaya dengan Umno:

    i) Kedah tiba-tiba mundur. Ini hampas punya Pas. Kita percaya sebab kita berkili.

    ii)Melayu Pulau Pinang tiba tertindas angkara Lim Guan Eng (katanya Cina? Betul?) tapi okey dengan Koh. Kita tak nampak sebab kita makan berkili.

    iii) Ada duit royalti, ada duit ehsan tapi Malaysia, katanya Satu dan masih lagi sebuah Persekutuan (Federation). Tapi kita paling kuat menjerit: Inilah demokrasi!!!

    iv) Ada JKKK dan ada JKKP

    v) Ada Beng Hock, ada Kugan tapi tak ada cerita

    vi)Tak ada Al Mongolia ada Sharibu

    vii)Ada stadium dan ada masjid: Bangunan baru yang runtuh tapi tak ada lagi berita

    viii) Ada rakyat Umno dan rakyat bukan Umno

    Senarainya panjang tapi sayang...kita tak nampak kerana kita makan berkili.

    Kita tak juga-juga berubah. Sebabnya? Kita ada Umno yang jaga Melayu dan Islam.

    Yeeh baaaabb, kata Boria berkili macam kita.

    Tahniah.

    Salam Dilaga

  1. Anonymous

    Tengok..? Kan btol satu komen aku dah kena delete.
    Aku cuma bg tau yg apa yg menimpa saudara azizi di hospital tu kerana dia terlalu banyak menyumpah kerajaan dan para pegawai kerajaan. Tapi bila sakit dan cuba mendapatkan khidmat dia orang.. tak terlayan kerana banyak pesakit lain. Awak tu suka sangat menyumpah kerajaan dan bila berubat di tempat kerajaan rezeki tu macam tersekat. Sedangkan sekarang rata2 semua kata baik doktor baik jururawat semua peramah dan kaki menolong habis kerana di mana2 hospital ada aduan box, takut kena kritik. Namun nasib tak menyebelahi saudara Azizi kerana suka sangat menghina kerajaan. Aoa yang orang lain dapat dengan mudah, awak tak dapat. Semua bala perbuatan sendiri..jadi insaflah dan belajarlah bersyukur. Moga awak sembuh juga walaupun tak berubat di tempat swasta. Cakap tak serupa bikin.

  1. Anonymous

    Berkili ke tak berkili ke, buatlah verdik sendiri. kenapa Nizar PKR tu dalam masa tak sampai berapa lama mentadbir negeri, habis kampung baru ditukar hak milik pada Cina sampai menggores hati Regent Perak.
    Kalau lama lagi mungkin dia akan membina tokong2 besar nak jilat punggung Cina. Sama juga dengan meliwat tu.
    Apa kata bubar PAS dan tubuh PAS baru yang lebih relevan di mana terajunya ialah Hadi Awang. Kerana dia tu berakal dan pandangannya jauh. Parti Kian Rapuh tu campak saja ke dalam tong berulat, memerintah pun tak reti.
    Ada orang kata meliwat tu ketagih, tu sebab yang bertaubat tak tertahan dan 'ter'buat balik..Aku dengar di penjara dulu, kerusi roda dia di tolak oleh dua jambu. Info dari tahanan penjara sungai buloh. Lagi satu, ramai nampak bila dia masuk ke pusat rawatan, dia bangun dari kerusi rodanya dan berdiri tegak lurus. Mak datuk hipokritnya melampau-lampau. kesian isterinya terpaksa tebal muka menyokong suami walaupun tau semua hakikat tu.. anaknya pun dok diam kerana 'hai nak buat macam mana, dah ayah..'

  1. dilaga

    Anonymous 6.38 = Anonymous 6.47

    Tuan,

    Kesianlah dekat tuan. Bunyinya sebiji macam yang dok sibuk keliling kampung sambil jaja dkt Mak Cik2, Pak Cik2. Sebiji macam tu.

    Kesian. Sungguh kesian.

    Boleh bawa cerita lain dak?

  1. Anonymous

    Untuk Perhatian Anonymous waktu
    6.38 dan 6.47.
    Saya sangat dukacita kerana masih terdapat orang seperti saudara yang tidak faham apa dia kritikan, tohmahan dan teguran. Saya juga dukacita kerana sdra tidak faham pendekatan sesuatu bentuk kritikan, teguran.
    Sdra benar-benar macam orang kampung totok yang hanya dengar dan membuat rujukan kepada radio,TV dan utusan Malaysia. Yang lain, datanglah firman apapun, sdra akan menolaknya.
    Siapa kaya saya MENYUMPAH kerajaan? Rungutan saya tentang karenah hospital, perlu. Tak macam sdra yang fanatik tak tentu hala, kini saya dijemput oleh Pengarah Hospital untuk berbincang, tidak seperti sdra yang terus menolak. Apa, sdra fikir kerajaan tu mak bapa sdrakah?
    Yang sdra pakai dengar orang tentang Anwar sewaktu dalam penjara tu, apa relevannya dengan anggapan sdra terhadap tulisan dalam blog ini.
    Saya tidak pernah delete apa-apa pun yang di kirim dalam blog ini. Saya tidak pernah sangka buruk. Saya sedia terima kritik, malah maki hamun pun. Saya sudah terima kritikan, salah anggap sehingga pihak protokol istana baru-baru ini. jadi kalau sekadar tohmahan sdra, apalah sangat. Saya rasa macam semut gatal sahaja.
    Blog ini memang krepunyaan saya tapi dikendalikan oleh orang lain. Saya jahil tentang belog, jadi macam mana saya mampu boleh delete?
    Sdra, tolong sama-sama kita belajar tentang kematangan, jangan meloyakan orang bercakap tentang Umno dan BN.
    Salam; azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    Mentertawakan kerajaaan secara sinis itu adalah menyumpah secara halus, saya ikuti blog ni sejak lama dan sekali pun saudara tidak pernah memuji kerajaan. Meskipun saya pro Hadi tapi saya rasional dan tahu betapa banyak kerajaan dah berbudi pada rakyat. Tolak ketepilah pasal penyakit rasuah kerana penyakit itu ada pada semua yang sayangkan dunia tapi tak takutkan akhirat. PR yg baru memerintah pun sudah mula menelan duit haram sana sini. Manusia akhir zaman ni memang korup sekorup-korupnya.
    Itu maksud saya bahawa saudara berfikiran kiri dan hanya melihat kebaikan sebelah. Sebagai penganut Islam kita perlu adil menganalisis. itu sebab saya kata Hadi Awang berfikiran jauh dan dia seorang yang liberal meskipun pengetahuan agamanya sangat tinggi. Cuba jadi seperti dia. Dan jangan buruk sangka pada kerajaan selalu. Hospital kerajaan dan segala publik servis sudah bermatian kerajaan cuba polish dan kalau ada khilaf itu adalah khilaf kaki tangan.
    Tentang Anuar tu, tahanan yang beri info itu adalah pro PAS dan dia manusia yang paling jujur pernah aku jumpa. Malah dia cuma di tahan reman dan akhirnya dibebaskan kerana di dapati tidak bersalah. Dan dia tidak ada sebab untuk menipu kerana tidak punya apa-apa kepentingan ke arah itu. teruskanlah..taksublah pada manusia seperti itu..saya cadangkan buat solat istikharah dan minta ditunjukkan pilihan pemimpin mana yang lebih baik, Hadi atau Anuar. Tp tolonglah jgn samakan Hadi aku yang bermoral tinggi itu dengan seseorang yang sangat meminati lelaki jambu..

  1. HUSIN PAKTONGKO

    Anonymous = sama saja semua masa orang tu juga
    Piiiiiiiirah

  1. Anonymous

    sdra anonymous 6;24 pm
    Saya sudah mula kenal sdra, tak payah selindung nama. Pengakuan hormati Hj Hadi semata-mata untuk mengelabu orang yang kononnya sdra sangat kuat sokong perjuangan hadi.
    Tak apalah, saya mengakui saya orang yang tak pernah puji kerajaan. Saya selama 31 tahun makan duit kerajaan, barangkali ini makanan yang haram.
    Tapi sdra tidak mampu mengubah prinsip dan pendirian saya. Jika sdra menjadi pembodek, itu sangat malang bagi saya dan jika saya menjadi pencaci kerajaan, itu sangat malang pada sdra.
    Tapi saya nak tanya, dalam hidup ini bahagiakah hanya jadi pembodek?
    Sdra boleh benci Anuar dan boleh percaya beliau meliwat sampai kepada seekur gajah, tapi sdra tidak boleh menerima kebatilan hanya dengan alasan keputusan undang-undang.
    Saya sangat kesal, masih ada orang seperti sdra yang mempercayai segala macam karenah, tipu daya, helah, mengubah fakta, menyekat kebebeasan, memutar belit fakta dan menafikan keadilan hanya semata-mata benci kepada manusia yang bernama Anuar. Saya sedar, sdra bukan percaya tentang apa yang dilakukan, tetapi kerana sdra benci, sdra terpaksa mengakui sehingga saiful tidak berak dua hari pun sdra percaya.
    Begitulah, apabila manusia berbeza fikiran dan prinsip. Tidak bolehkah kita bersatu dalam kebenaran dan membuang fitnah?
    -azizi abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan Semua..

    Cantik dimata kita tak tentu cantik dimata orang lain.. Kebenaran dalam benak kita tak tentu benar dalam benak orang lain..
    Hukum akai tentukan harus saja berak sehari sekali atau 2 hari sekali atau 3 kali sehari macam saya.. Bini saya 3-4 hari sekali baru berak.. awat pelik ka?
    Pasal mahkamah pulak, ni baru keadilan dunia.. sebab, bila keputusan berpihak pada yang kita ndak, baru kita kata tu adil, kalau berpihak pada orang lain, kita kata tak adil.. Jadinya, DUNIA belaka.. Ndak tengok tunggulah sampai Mahsyar esok, masa tu tak peduli dah sapa meliwat sapa kena liwat.. risau pasal diri sendiri jaa.. BANYAK sangat dosa.. sendiri mau ingat lah..
    Yang jelas kita dah menghukum mendahului perbicaraan..

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Cerita Anwar mula mula sy dengar dari Mulut Ustaz Mohamad Sabu diceramahnya di sg seluang atas.

    Selepas itu pada tanggal 22-10-97 hari rabu Karpal Singh mempersoala dalam Parlimen..ini copynya http://taipingmali.blogspot.com/2010/02/sejarah-tidak-menipu-fakta-juga-tidak.html

    BAGAIMANA PULA KINI IANYA MENJADI KARUT...?

  1. Anonymous

    Saya tak benci Anuar tapi benci perangainya yang tak insaf-insaf. Kalau saya benci dia tentu saya tak akan seberang sempada dan pergi mengikut ceramahnya sampai ke Negeri Sembilan. Saya amat menghargai KeAdilan sewaktu diterajui Azizah kerana fikir Malaysia akan mencorak ke arah Malaysia baru. Tapi semakin lama Anuar menerajui, saya lihat keAdilan semakin kehilangan hala tuju dan semakin mengenggelamkan jatidiri Melayu dan menaikkan bangsa bukan Melayu. Sikap Anuar yang suka mendedahkan keburukan negara sendiri sambil mengagungkan kafir luar juga amat menyedihkan. Pertama kali saya lihat Anuar keluar saya rasa dia sudah bertaubat dan sangat gembira tetapi apabila dia mula terlibat kes Saiful barulah saya percaya tohmahan saudara saya yang pernah jadi tahanan di penjara Sungai Buloh itu.

  1. Anonymous

    Jangan tuduh saya berpura-pura menyokong Hadi kerana saya memang sangat meminati hemah beliau. malah sewaktu beliau membuat plan mengimpot makanan dari Asia Tengah itu saya sudah ternampak kehebatan beliau. Pabila beliau ingin PAS berkolaborasi dengan UMNO saya tahu muslihat beliau adalah untuk membetulkan akidah pemimpin UMNO tapi tak siapa yang percaya nawaitu beliau.

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Kepada saudara "Anonymous"...kenapa nak sembunyikan identiti.Kita bebas meluahkan rasa BUKAN bermaksud kita membenci....walaupun ustaz adalah guru saya selama 6tahun...saya juga komen dia...tetapi dengan berhemah...
    kita meluahkan pendapat bukan meluahkan perasaan...

  1. Anonymous

    T Kasih Abghalim kerana sudi memahami. Percayalah sy seorang yang sangat Melayu dan sangat mencintai bangsa Melayu. Sehingga sewaktu mengundi jika terdapat calon Umno manakala di pihak Parlimen atau Adun terdapat juga BN[parti lain] dan PAS maka saya akan undi yg terkedian. kerana saya hanya memilih Melayu waima apa parti sekalipun. Saya tau Umno berkeladak tapi parti itu adalah warisan nenek moyang kita dan begitu juga Pas..Jadi saya cintakan keduanya dan berharap suatu hari nanti PAS dibubarkan dengan Hadi dan orang lain menjadi tokoh per1 dan ke 2- dengan moral berbeza dan tidak condong pada DAP yg membuat saya hampir hilang jatidiri kerana mengalirkan airmata saya yang mahal ini. Dan sy amat marahkan PKR kerana pendiriannya akan meletakkan Melayu di hujung tanduk pada masa generasi cicit kita nanti..percayalah.

  1. Mael

    ha ha ha... good posting

  1. Anonymous

    Hang gelak seronok ka.. hang gelak pasai saja nak gelak??? Hang tak percaya, hang tanyala geng sekapai hang Mat Sabu..
    Woi...dalam Maktab Mahmud pun ada kes liwat...inikan pula MCGayGay...
    Toksah duk buat bengong la...Nak sokong tu berpada-pada la.. nak sayang tu..wusha-wusha la...
    Tak ketahuan betui hangpa ni..Mau dah ada kuasa, dah sawan gila...
    Bodo...

    Piirah!

  1. DR

    hahahah...
    mmg tergelak baca...bila pikiaq punya pikiaq camane pakcik 60 tahun bleh paksa abang macho 24 tahun mcm tu skali...dalam pengakuan ckp menolak, tapi siap bersih diri pakai towel siap g tadah ...unbelievable...tergelak,tergolek...hahaha,hikhikhik
    (kalau la aku,dah bg PJJ-penendang jarak jauh walaupun bos sendiri)

  1. DR

    (kecuali malu2 kucing)

  1. Anonymous

    oi mat DR..

    bab dia minta tangguh,minta tangguh,minta tangguh bicara tu hang tak mau pikiaq ka pasaipa jadi lagu tu?

    bab dia tu tak mau sumpah,tak mau sumpah, tak mau sumpah tu hang tak mau pikiaq juga ka pasai pa org tu tak berani sumpah?

    ooooo hang tak pikiaq habis lagi rasanya ni..ok hang sambung pikiaq apa yg aku kata tu nooo..

  1. Azmy

    Salam Tuan, Samada kita menuduh atau tidak, tak usahlah kita bangkitkan perkara ini. Banyak persoalan lain yang boleh kita kongsi bersama. Bukan sahaja fitnah dilarang dalam Islam, tetapi membincangkan perkara yang akan menimbulkan fitnah, saya rasa hukumnya juga tetap sama. Allahualam....

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. longge

    http://chanelbags.spaces.live.com
    http://chanelbags7.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwallet.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwatch.spaces.live.com/blog/
    http://chanelhandbag101.blog.com/
    http://chanelaha.blog.com/
    http://chanelbags01.blog.com/
    http://chanel1221.blog.com/
    http://fuckingchanel.blog.com/
    http://chanelahaaha.blog.com/