Catatan

Posted by Tukya Labels:


Ustaz Sidek Nor




1. TENTANG HARAM JADAH

Saya mengikuti kuliah/ceramah Ustaz Sidek Noor (Haji) di Masjid Junjung, Kulim pada Selasa malam (9hb Feb 2010). Sangat menarik dan sangat berkesan. Beliau bercakap tentang metedologi taubat dari perspekrif Al-Ghazali. Sesekali diselit cerita yang penuh iktibar.

Rupanya ‘haram jadda’ yang ditakuti oleh mereka yang bersopan dan berakhlak, bukanlah kata-kata biadap atau kurang ajar. Ia adalah kata-kata sopan setelah sehabis bicara mahu menamakan sesuatu keadaan yang paling buruk. Orang Melayu sebut ‘haram jadah.’

“Haram jadah’ ialah haram ‘Jadda’. Jadda dari perkataan Arab bererti sungguh. Jadi, haram jadah bererti haram sungguh-sungguh. Lalu diberi cerita untuk mudah faham. ( Ustaz Sidek Noor ini, kalau orang tak ketawa mendengar kuliahnya bererti ajalnya sudah hampir. Kalau tidak terkedu, bererti iman seseorang itu sudah majal. Kalau tak tergenang air mata, bererti orang itu hati kering.)

Bapa aku ada kebun lima ekar. Tapi kebun itu di Bagan Datok, bapa aku tinggal di Tanjung Dawai. Mana termampu nak urus kebun itu. Maka selalulah bertaburan buah kelapa gugur dan di ambil orang. Bapa aku merelakannya sebagai sedekah.

Satu hari datang seorang syaikh berbincang dengan bapa aku. Katanya dia sanggup menjaga dan mengusahakan tanah lima ekar di Bagan Datok dan hasilnya nanti bolehlah kita bincangkan pula.

Bapa aku fikir, dari biarkan menjadi semak, lebih baiklah syaikh itu usaha. Lalu di katakan setuju. Maka penjanjian pun di buatlah. Kebun seluas lima ekar akan dijaga dan ditebas. Di tanam juga pokok kelapa baru. Maka hasilnya, jika seratus biji kelapa, bapa aku patut mendapat lima biji. Bapa aku terkejut tapi akhirnya mengalah juga.

Tiba musim mengait kelapa setelah beberapa tahun terbiar dan lupa perjanjian, datanglah syaikh itu kepada bapa aku. Pendapatan buah kelapa sebanyak 2,000 biji maka bapa aku berhak mendapat 400 biji. Tapi syaikh itu kata, ambillah 400 biji ini sebagai sedekah atau 400 biji ini sebagai ehsan saya.

Bapa aku terbeliak biji mata. Inilah yang dikata ‘haram jadah!’ katanya.
Saya tergelak sampai terasa hendak terkencing.

Ikut Sana



2. TENTANG PEMIMPIN


Buka surah Saba’. Cari ayat 31,32,33, kata Ustaz Sidek Noor lagi. Tasfir yang amat mudah, tanpa perlu merujuk mana-mana mufasirin lagi perihal sifat dan sikap pemimpin yang zalim dan rakyat juga yang dikatakan zalim.


Akan berlakulah penyesalan pemimpin yang zalim itu dan akan berlaku bagaimana pengikut menyalahkan pemimpin kerana membawa mereka kepada melakukan kezaliman, tapi akan dijawab oleh pemimpin itu: aku tidak suruh pun kamu melakukan seperti itu. Kamu yang melakukannya.


Tapi malang, menurut Ustaz Sidek Noor lagi, pengikut selalunya macam masyarakat itik (bukan sistem matematik, seperti yang ditulis sebelum ini). Katanya, cuba tengok itik. Bagi-pagi keluar dari reban, berduyun-duyun, sebaris lurus ikut kepalanya. Papp,papp,pappp kata kepala, yang lain pun ikut pappp,ppappp, papppp.


Ke mana yang di tuju? Tak lain tak bukan ke bawah dapur rumah, sodok dan sudu acar (air dan lumpur kotor, hasil dari basuhan di dapur dan di curah ke situ. Rumah sekarang sudah tidak ada= sama dengan air limbahan) Malangnya yang mengikut juga pakat-pakat sodok air acar itu.

Kemudian kepalanya terkedek-kedek pula ke tepi parit. Sodok lagi cari cacing-cacing dan ulat. Yang lain juga tak berdeuh-de eh, terus juga sodok.

Pengikut bagi pemimpin sekarang ini pun macam itulah. Asyik ikut tak tentu hala.
Saya tergelak sungguh tapi berkesan.

3. TENTANG ANAK DERHAKA


Anak-anak sekarang sangat mudah terjebak kepada jadi anak derhaka, yang bererti anak tidak ingat lagi kepada ibubapa.

Prof K tinggal di banglo mewah Bukit Antarabangsa. Dia anak yang baik. Tidak pernah derhaka. Tapi kerana sedikit sebuk, Prof K terlupa telefon ibunya

.
Satu malam ibunya telefon. Ibunya hanya bertanya, adakah dia sihat, adakah isteri sihat, adakah cucu-cucunya sihat. Jawab Prof K, semunya dalam keadaan baik.


Si ibu menyatakan, bukan apa yang dia telefon cuba takut anak cucu sakit demam kerana LAMA TAK TELEFON.

Kerana lama tak telefon bererti anak sudah ada jarak waktu melupakan ibu sedangkan ibu tidak pernah lupakan anak.

Melupakan ibu, walaupun dalam jarak yang singkat, bukankah itu derhaka namanya?

Ya Tuhan....sesungguhnya sangat ramai anak yang derhaka ibubapa.

8 comments:

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,
    Hat ni BEST..

    Asyik dok politik ja.. kadangkala sampai terpisah akhlaq dan agama pun sekular jugak.

    Ka lagu mana?

  1. Anonymous

    Abi Qalam

    Sdra ni lebai sungguh. Takkan nak jadi zuhud kot?
    Tukya

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Hahaha.. Rela saya jadi lebai.. hatta orang nak kata bebai pun..
    Tapi dah sungguh terpisah akhlaq islamiyyah dari politik laa ni...

  1. Naim

    Salam,

    memang best belajar ilmu ust. Sidek Nor. Kalau di Perak, surau Kg. Kedah... -:)

    @naimisa

  1. Pacifist

    Ya Allah ampunilah,dosaku,kebodohanku dan hal-hal yg Engkau lebih mengetahuinya darpadaku

  1. Anonymous

    "Haram jadah" tu bukan perkataan Arab tetapi adalah Parsi. Perkataan Parsi "Haramzadeh" disebut dalam bahasa Melayu "haramjadah". Maknanya zadeh dalam bahasa Melayu adalah "anak". Oleh itu kita selalu dengar orang Melayu jika mereka memarahi anak mereka atau sesiapa mereka akan berkata, "Anak haramjadah."
    Wallahu'alam.

    Zol Fitovit, Shah Alam.

  1. tetamu

    tak pernah pula saya mendengar perkataan arab "haram jadda" walaupun 5 tahun saya duduk di negara arab.. :)

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.