Si Pikun Itulah..

Posted by Tukya Labels:


Gambar sekadar hiasan

-Azizi Hj Abdullah

(Cerpen ini hanyalah gelodak rasa. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada yang hidup atau yang mati)

“Si Pikun itulah! Si Pikun itulah…”

Aku tergamam. Kawanku berkata berulang kali kepadaku semalam, malam semalam, malam kelmarin, kelmarin dulu dan kelmarin, kelmarin dulunya lagi. “Si Pikun itulah…” demikian dia mengulangi kepadaku.

Aku sukar hendak percaya. Penekanan ‘Si Pikun itulah’ bagiku hanyalah tuduhan, andaian, tidak berasas dan sangka buruk. Aku berkata kepadanya, sangka buruk dilarang oleh agama.

Maka kawanku pun melenting mendadak, dengan keremot muka dan mencebik bibir, dia meludah sekali. Lalu diseranahnya aku; “Jika engkau mewakili seluruh bangsa Melayu, benarlah kata Si Pikun itu, bahawa Melayu mudah lupa. Tapi aku percaya, engkau bukan mewakili bangsa Melayu, malah engkaulah sebenarnya Melayu seperti Melayu mereka itu.

“Tidak, aku bukan Melayu! Aku bangsa Malaysia. Aku sudah disintuk limau dan Melayuku sudah ditalqin. Aku One Malaysia.” Aku membentak dengan kuat, sehingga tersembur air liur, sehingga dua mataku berbianglala dan terasa dua telinga capangku bergerak-gerak.

“Jika begitu, benarlah Si Pikun itu. Si Pikun itulah!” katanya dengan sinis dan kemudiannya dia berlalu.

Memang celaka dan haram jadah kawanku yang berstatus akademik ini. Dia ku anggap macam babi sondol pokok pisang; setelah kenyang terus berlalu begitu saja. Memang pun orang seperti ini jadah namanya. Dia melontar edia kemudian meninggalkan analisanya begitu-begitu. Tapi aku pun jadah juga dan adakah jadah aku ini lebih dari jadah Si Pikun yang dikata oleh kawanku tadi. Apakah aku jadah kerana tidak percaya tentang dakwaan kawanku bahawa Si Pikun itulah.

Jika dia membuat rumusan aku ini seorang Melayu di antara jutaan Melayu Malaysia yang haram jadah, apa alasannya?

‘Si Pikun itulah…’ demikian aku masih terdengar cemikannya di hadapan aku tadi.

Sah! Bukan aku yang jadah, bukan bangsa Melayu yang jadah, bukan bangsa One Malaysia yang jadah, tapi Si Pikun itulah yang jadah. Mungkin. Mungkin Si Pikun itulah.

Untuk mengenali Si Pikun itu bukanlah susah. Dalam dunia ini si pikun memang banyak tetapi di Malaysia si pikun hanyalah satu. Si Pikun itulah. Tidak syak lagi. Sahih! Soalnya mengapa Si Pikun itu, tidak si pikun yang lain? Hendakkan jawapan yang mudah, aku rasa kenalah rujuk kepada kawanku atas sifat sebagai seorang penganalisa politik dan bangsa. Disiplin akademik memerlukan pemerhatian secara berentetan dan berkesinambungan.

Si Pikun itulah… maka aku pun segera percaya lalu aku memutar kembali anggapan jadah. Memang bangsaku jadah apabila mereka tidak melihat secara rentetan dan berkesinambungan jadah Si Pikun itu.

Memang Si Pikun itulah yang jadah. Lalu aku cepat-cepat membuka Kamus Dewan mencari makna jadah agar aku tidak tersalah meletak hamun makiku. Jadah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka 594 bererti kata makian bagi menunjuk kemarahan. Yeeaahh, sahlah sudah bahawa makianku ini tepat dan betul. Memang Si Pikun itulah jadah. Si Pikun itulah,Tidak syak lagi.

Bangsaku kini semakin bercelaru. Memang kerana Si Pikun itulah. Tapi bangku memang jadah kerana tidak mau melihat jadah Si Pikun itu. Bangsaku macam melepas rantai beruk dan dibiarkan beruk itu berlalu begitu sahaja.

Satu ketika dulu bangsaku hampir jadi gila sawan apabila bahasanya diterbalik keramatnya. Lalu apabila melihat anak bangsa menjadi korban, desakan kembali ke pangkal asal pun berlaku. Sampai demo berdemo. Tapi jadahnya bangsaku tidak peduli pada Si Pikun, sedangkan Si Pikunlah yang memulakannya.

Satu ketika dulu, mertabat dan kedaulatan raja-rajaku tergugat. Bangsaku memang jadah. Tidak pun dipeduli akibat dan tidak pernah melihat masa depan. Tiba-tiba apabila raja-rajaku menjadi tidak bertaring dan sebahagian imuniti dicabut, bangsaku sampai jadi macam ayam kena hawar. Tiba-tiba berlaku sesuatu, Sampai raja-rajaku dipermain. Jadahnya bangsaku tidak pernah mencari punca dari apa yang dilakukan oleh Si Pikun itu. Mereka asyik menyalah engkau dan mereka.

Satu ketika dulu berlaku agamaku dihina. Segala peruntukan ditarik macam agama aku ini kerbau keweh yang hanya layak berkeliaran di hutan. Sekarang timbul isu-isu agama. Jadahnya bangsaku, asyik berpusing sasau menuduh engkau mereka pada hal Si Pikun itulah yang mula melakukannya.

Kini hebuh tentang royalti dan ehsan. Jadahnya tidak seorang pun yang mencungkil dari mana sebab musabab. Yang berlaku asyik polimik, asyik kata boleh dan tidak boleh. Padal hal Si Pikun itulah yang mula mencipta istilah jadah itu.

Kenapa tidak mau berkata kerana engkaulah wahai Si Pikun. Engkaulah yang memulakannya. Maka sebagai balasan Si Pikun itu mestilah bertanggung jawab. Setidak-tidaknya tangkap Si Pikun itu, berkas di pokok belimbing buluh, biarkan kerengga gigit telur dan kemaluannya. Biar dia rasa pedih dan sakit walaupun tidak sama pedih dan sakit seluruh bangsanya.

“Heee, aku mau jumpa kau, sekejap pun jadi. Mustahak!” pintaku melalui HP.

Kawanku yang megah dengan akademik dan analisanya ketawa terbahak-bahak. Tentu anak lidahnya terkodek-kodek. Sehabis ketawa dia pun bertanya, bila, di mana. Tapi malam ini tidak boleh, katanya kerana ada forum tentang minyak yang masih bangsa Malaysia bengung dan bahlol mencari sebabnya. Lalu dia bercadang malam lusa. Tapi sebelum itu kawanku ini meminta aku cuba mencari pengenalan diri dulu, apakah aku sudah kenal pasti Si Pikun itu.

Memang aku yakin Si Pikun itulah. Tidak ada yang lain lagi dalam negaraku ini. Dan Si Pikun inilah juga yang dianggap wira maha jagat, negarawatiwali, pelingkuparawan dan bla-bla lagi. Maka aku sangat mudah temuinya. Dia kini berlinglong-linglong mencari kemegahan melalui kritik dan hentam, menyalah salah orang lain, merasmi sidang-sidang yang penuh dengan perwakilan yang suka kentut. Dia amat senang dikenali kini kerana dia sudah kurus, berseluar dengan tali pinggang dijerot sampai habis lubang. Dia amat mudah dikenali kerana kini bola matanya terbeliak macam mata pokka.

“Jadahnya kita, kerana kita tidak pernah kerobek kerosek, berbalik kepada punca dan keputusannya,” kata kawanku di hadapan segelas jus limau di Restoran Salamon. “ lalu kita berkelahi tak habis-habis seolah-olah soal royalti, wang ehsan, PPSMI, kedaulatan, agama, rasuah, tidak telus, politik wang itu terjadi dengan sendiri. Jadahnya kita kerana menyalah mereka yang melanjut apa yang Si Pikun lakukan dulu. Adilkah?” sambung lagi kawanku yang entah kenapa dia memakai tengkolok tapi berkot dan bertali leher, menyisip keris di bengkong sampinnya, berkain pelekat dan berkasut ala cowboy.

“Jangan hairan, aku sudah hilang Melayu,” katanya berseloroh.

Aku tidak peduli itu. Yang aku mahu alasan yang dilakukan oleh Si Pikun itulah.

“Pertama di antara seribu sebab,” kata kawanku,” Siapa yang melantik peguam bagi membenar kesalahan dari orang yang tak bersalah? Siapa yang membenar pemalsuan bukti setiap perbicaraan? Siapa yang mengkartunkan alasan lebam mata si pulan sehingga sistem kehakiman bercelaru? Siapa yang mengarah sepi senyapkan kes-kes berprofail tinggi? Siapa yang mendaulatkan bahasa lain sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa bahasa itu? Siapa yang menyumbat puluhan ke dalam Kem Kemunting? Dan sekarang soal royalti, soal wang ehsan, siapa yang memulakan dan siapa yang menamakan istilah itu?”

“Si Pikun itukah?” aku bertanya.


“Si Pikun itulah!”

Memang benar bangsaku jadah. Dan lebih jadah lagi semua sokong apa yang diucap oleh Si Pikun, seolah-olah dia tidak pernah lakukan masa lalu. Aku sungguh harian, kenapa Pas mahupun PKR, DAP asyik menyalahkan pemerintah Umno atau BN setahun dua yang lalu apabila sesuatu projek dan berlaku ketirisan, sedangkan orang yang memulakan puncanya tidak dicungkil kerobek?

Dari mana mereka belajar mencari kesalahan sedangkan orang yang buat salah itu tidak disebut?

Memang jadah! Memang pun jadah! Si Pikun itulah yang menyebabkan jadah bangsaku.

“Dah kenal siapa si pikun itu?” tiba-tiba kawanku bertanya sinis.


“Berdasarkan ucapan Tengku Razaligh, bukan Si Pikun itu,” kataku.

“Ku Li juga penakut. Tak berani. Dia asyik mendedahkan fakta,undang-undang,perjanjian. Pada hal Si Pikun itulah yang memula melanggar undang-undang, melanggar perjanjian!” kata kawanku yang baru kini aku akui sebagai penganalisa terbaik.

Memang aku sedar dan seluruh bangsaku sedar, memang Si Pikunlah yang memula mengguna istilah ehsan. Tapi bangsaku ketika itu pengecut, jadah dan percaya kepada system undang-undang pada hal Si Pikun sudah lama menghancurkan system undang-undang.

Malam itu tidak ada keputusan tapi aku berpuas hati kerana aku diberitahu siapakah Si Pikun jadah yang menyebabkan bangsaku menjadi celaru. Kawanku pulang meninggalkan sinis yang melampau. Barangkali dia menganggap aku dan bangsaku sungguh jadah menghadapi isu-isu yang berentetan ini. Seluruh bangsaku kini tidak tahu undang-undang yang mana boleh pakai dan undang-undang yang mana mengarut. Kadang-kadang undang-undang seperti budak-budak main ceki dan acilut. Selalu cup-cup kemudian batal. PSRM yang dianggap mewakili ketelusan mengkeramatkan undang-undang sering main keremot muka dan memuncung mulut kemudian mengenyit mata.

Tiba-tiba HPku berbunyi.

“Hallo,” katanya.


Aku hanya mendengar

“Kau dengar ke?”

Memang aku dengar.

“Si Pikun itulah. Jadahnya bangsa kita tetap tidak peduli kepada Si Pikun itu.”

“Habis, apa yang boleh kita lakukan?”

“Dakwa saja Si Pikun itu.”


“Siapa yang mahu memulakannya?”


“Si Pikun itulah,” katanya dengan keras dan kemudian HPnya putus.

“Jadah!” itu yang dapat aku melepas marah.

------------------------------------------------------------------
-Tulis pada 3 Feb 2010 9-43 malam.
-Selesai 4 Februari 2010 9.34 mlm. Siaran Harakah 12 Feb 2010

15 comments:

  1. Anonymous

    salaam tuan,

    masuk amazon.com...Kissinger: A Biography...Walter Isaacson...pick index...pg 868....Mahathir Muhammad, 71, 739-740

    also Index page 857...Harvard International Seminar....

    Ni citer si Pikun itulah!....

    1968 lagi dia sudah berbaik2 dengan henry kissinger melalui Harvard International Seminar.....baca buku ni....saya sudah baca lama dah buku ni....si Pikun tu udah bergelumang dengan Yahudi....sejak 1968.....pasal tu dia berani cucuk tunku pada hujung 1968 dan awal 1969....kemudian bersama tun razak, si pikun ni guna datuk harun belasah cina....maka 13 mei tercetus!

    apa hasilnya?....pikun berjaya meletakkan dirinya dibelakang husin (biras) razak....ketua pemuda, datuk harun sudah tercicir sebab cina benci dia!.....

    saingan seterusnya, Razaleigh di tikam pada 1987....Si pikun ni sudah BUNUH berapa ramai pemimpin orang2 melayu?....Datuk Harun Idris, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim....(musa hitam saya tak iktiraf sebagai pemimpin melayu sebab dia ni takde teluurr!)....

    ni pikun nak main lagi....dia guna zahid cucuk najib.....dia nak anaknya naik dan ikut belakang isam!.....

    sampai bila kita nak ikut mainan si pikun ni?....kini dia guna berghaim ali cucuk mamak2 kat penang buat RIOT!.....ada isu melayu + isu perkauman...macam rencah 13 mei 1969 ajer!....

    si pikun sedang menunggu saat nak cucuk lagi.......nak dibiarkan sahaja?......

    juak2 dalam umno tetap junjung si pikun nih.....berghaim ali....kuda pikun sampai mati!

    The MIND!!!

  1. dilaga

    Salam Tuan, The Mind,

    Cuba tuan pergi cakap seperti ini dekat kampung-kampung di depan Pak Cik-Cik dan Mak Cik-Cik yang sumber beritanya ialah Tv belum masak, akhbar jaguh cerita lucah, JKKK yang diternak oleh Ketua Bahagian dan kroni, ..tentu tuan bakal di'sate'kan oleh puak-puak ini! Mana ada yang 'Melayu' sehebat dia? Mana ada?

    Ada seorang kuat wanita Umno di peringkat kampung berjaja kepada jiran-jiran kami "Aku, kalau XX berhenti jadi PM, aku rela mati!!"

    Mulanya saya ingat ini semua cerita mengarut yang tak masuk akal. Ternyata betul. Begitulah cinta kasihnya mereka terhadap Si Pikun ini.

    Melayu bodoh?

    Atau ini semua adalah kesan jangka panjang orang-orang tidak berfikir dan kesan propoganda yang berterusan dan melampaui batas?

    Berapa banyak profesor Melayu di universiti kita yang junjung Si Pikun macam tak ada duanya di alam ini! Bodohkah mereka ini?

    Kalau tak salah ada yang pernah berkata bahawa Kepala Penyamun pun ramai pengikut. Si Pikun pernah jadi kepala penyamun?

    Ini, pendedahan kes-kes enjin kapal terbang hilang, kapal terbang tak boleh selam dan kepal selam tak boleh terbang ini adakah kebetulan? Umno nak buka pekungnya sendiri? Kebetulan? Ketelusan?

    Hantu Raya tak pernah berhenti. Agendanya kekal sehingga bila-bila.

    Tuan 'The Mind' buatlah brosur untuk diedarkan dalam kampung-kampung. Jangan lupa, berdoalah supaya dibuka hati perut mereka yang sekian lama kena tipu.


    Tahniah, Sdr Azizi kerana tak lupa kepada Si Pikun. Tapi sdr salah, dia bukanlah pikun tapi dia Hantu Raya yang berhenti-henti merasuk negara ini!

    Dilaga.

  1. Razali Endun

    Si-Pikun itulah yang dipuja-puja ramai orang dari dahulu sehingga sekarang. Ibarat kelapa tua, semakin tua semakin keras temourungnya.

  1. Anonymous

    sdra the mind 4:32

    amat berterima kasih kerana beri maklumat dam sumber.
    terima kasih. rupanya ada orang yang lebih kuat membaca. baguslah berfikiran, membaca dan berfikir.
    sdra dilaga harus kongsi bersama
    saya di terengganu la ni. banyak cerita pusaka dan zuriat si pikun di sini.
    doakan agar saya cepat siap novel SI PIKUN INI.
    SALAM; AZIZI ABDULLAH

  1. Anonymous

    Salam..
    Pak dan mak PIKUN sapa haa... Depa kata dah ada la ni. Cuba pakat habaq mai...

  1. me,myself n all around da world

    Askm Ustaz,

    Tapi si Pikun mempunyai ramai peminat di Facebook, lebih ramai dari anak-anak Pikun, Anwar mahupun TGNA.

    Ntah la,sama ada Pikun saya sama dengan Pikun Ustaz Azizi maksudkan.

    p/s: Yang peliknya ramai juga anak muda pasca-reformasi mengidolakan Pikun ini.

    - Saya sudah berpindah dari Taman Ustaz-

  1. NASSURY IBRAHIM

    Sya ada kumpulan sajak, yg juga berjudul GELODAK RASA. Sejak tahun 2003/2004 berada dlm simpanan penerbit, dah lulus penilaian, tpi tak terbit-terbit lagi.

    BERGELODAKNYA RASA saya menanti. Tau kan penerbit tu ... penerbit tersohor, dekat dgn Abuya Azizi

  1. jab sp

    Saya orang lama,sudah tentu amat meminati pemikiran lama.Walau pemikiran lama,ianya adalah pemikiran yang lebih realistik kerana hidup melebihi setengah abad membolihan perbandingan demi perbandingan dibuat.
    Dulu Melayu tiada mudah lupa,itulah punca ujudnya dendam demi dendam,amukan demi amukan.
    Kini SiPikun yang amat mengenai corak kehidupan Melayu lantaran hidupnya ditengah masyarakat Melayu begiu lama,melihat Melayu kini telah mula dihinggapi penyakit Melayu Mudah Lupa.Kelemahan bangsa ini bolih dipergunakan.Diperkotak katik dan diserabutkan semuanya.Bermula dikalangan "dikatakan bangsawan" sehinggalah krpada rakyat jelata dikampungan nampak padanya bolih diprbodohkan.Juga ia dapat menghidu seawal lagi,ini bangsa yang mudah berpecah.Si Jakun berkata "ya",pasti Si Batak berkata "tidak".Apabila perkara yang sama,Si Jakun berkata "tidak",pasti Si Batak akan berkata "ya:.Lihatlah apa yang berlaku pada "kisah menghilangkan sedikit kuasa bangsawan".Dulunya Si Jakun adalah penentang,kini Si Jakun adalah pembela.Tidak hairanlah "bangsawan" bolih hidup diawangan tanpa perlu menekan mana mana kepala ,kerana kepala Melayu juga telah menekan Melayu yang lain.
    Ini amat difahami Si Pikun.Semua dpergunakan,diperbodohkan.Hasilnya lahirlah Si Pikun baru sebagai "bangsawan wang"dikalangan 40 bangsawan melangkau batas bangsa.Dan panglima panglima Si Pikun yang masih hidup papa kedana masih memuja Si Pikun.Kerana mereka sebahagian Melayu Mudah Lupa yang dulahirkan olih Si Pikun.

  1. Cetusan

    sampai hati kata saya NYAnYUK..belum lagi tau..

    nota:rujuk ayat PIKUN dlm AlQuran..

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Rasanya macam tak cukup masin jika cerita si Pikun ni di'tinggalkan' bab si Kitun pula..

    Karya berilhamkan gelodak rasa memang mudah dan lazat dihadam mereka yang senada, tetapi pada pecinta si Pikun pula terasa pahit bagai menggigit bakawali.

    Mungkin itulah tujuannya, cuma mesej yang disampaikan itu.. sampaikah? Yang benci bertambah benci jiddan, yang sayang benci nak baca.. Jika itu tujuannya.. sampailah.

    Tapi tak mungkin faedahnya hanya 'benci' dan maki jadah saja... mungkin saya kena tunggu novel si Pikun keluar..

  1. Unknown

    Abi Qalam macam sayang sangat pada Si Pikun.Macam Anynomous dalam komen buah genuak dan kuah laksa nampak macam melepaskan geram dan demdam ,seronok tengok orang ditimpa misibah.Baguihlah anda memiliki hati yang begitu busuk.Sesuai sekalilah anda bersama-sama dengan Si Pikun.

    Ust/Tukya
    Bila nak keluar novel Si Pikun ni?

  1. Anonymous

    Salam Tuan Tukya,

    Semlm anak si Pikun sudah mula bersuara....pasal package baru dasar ekonomi tok jib.....

    setakat semlm, dia nampaknya 'bersama' plan package tok jib tu......

    yang kita nak tahu, adakah plan package ekonomi tok jib ni adatak memasukkan apa yang berghaim ali bincang ngan tok din TPM?. Pasai apa...katanya, berghaim ali ada buat demand yang tinggi untuk orghang melayu sbab dia mai jumpa tok din atas nama perkasa!

    Adakah kita bakal saksikan wayang hebat dalam masa terdekat ini?.....

    The MIND!!!

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan Pak Husin,

    Tak pa lah nak kata saya hati busuk.. maklum saya mengaji bawah pokok nyiok saja... mungkin betui jugak kot...

    TAPI, apa dosanya sayang sesama islam? Sama saja macam kita sayang sesiapa yang islam pun. Kubuq nanti sebelah menyebelah saja. Kot orang kencing atas kuboq dia terpercik ke kuboq kita. Pasal dia buat salah dan zalim, maka kita kata salah dan zalimlah.. Kalau dia buat baik dan betui, kita kata baik dan betuilah.

    Cumanya, sekarang penyakit hati (spesies hati busuk jugak ni) dah menular dalam masyarakat islam kita. Dan pemangkinnya adalah politik. SEBAB, penilaian kita hanya terhenti setakat pegangan pegangan politik saja. Kalau hang sokong parti aku, hang automatik baik... kalau hang tak sokong, keluaqlah tuduhan barualah, taik lah, peliwat lah, zalim lah, pengkhianat lah, hati busuk bernanah, kaki rasuah, celaka, ba*i, khaaaaiiik TUIH!

    Eh, lagu tu ka RasuluLlah AL Mustafa suruh kita hidup? Ka lagu mana Tukya?

  1. Anonymous

    Abi Qalam,
    Politik tu bau hanyirke kar anta? Haa..haa..
    Sabar...sabar...saya banyak nak belajar kat anta.
    azizi abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Maaf, Tukya betul.. fasobrun jamiil Allah kata..

    Saat sekarang dan tika ini saya memang pisahkan diri terus dari politik.. sebab saya rasakan busung politik ni dah tahap kritikal terpalit tak kira BN mahupun PR. Ni kaca mata sayalah.. mungkin besar saya salah, dan mungkin kecil saya betul.. maklum orang sekolah tak tinggi..

    Sebabnya, saya kira para pemimpin BN mahupun PR telah mengonarkan dan memanipulasi segala isu dengan sebusuk-busuknya dan sejijik-jijiknya. Dan ini telah menjalar dalam minda orang awam sehingga menyekat mereka daripada menilai sesuatu bersandar akhlaq islamiyyah.

    Natijahnya, sekrang ini orang awam lebih terpecah, sapa-sapa yang ikut paham politik mereka kena julang dan hampir MAKSUM.. tapi sesiapa yang mengutarakan pendapat yang berlawanan sikit pun dengan aspirasi politik yang disokong akan kena lenyek sampai terkelepek.

    Ini yang membuatkan saya terpikir, apakah kita semua dah ditarik keluar dari penghayatan ukhuwwah islamiyyah? Besar sangatkah perjuangan politik kita sampai mengabaikan apa yang RasuluLlah Al Mustafa didik kita?

    Huh!.. baru sedar saya ni membebel pulak.. maaf Tukya.. fasobrun jamiil..