BERUK : Satu Lagi Buku Terbaru Azizi

Posted by Tukya Labels:

Kulit Novel BERUK, Karya terbaru Azizi Hj Abdullah

Satu lagi buku terbaru Azizi Hj Abdullah, diterbitkan oleh Penerbitan Al-Ameen Holdings Sdn.Bhd. Pelancaran akan diadakan pada 27hb Mac 2010 jam 6 petang di Dewan Utama Pesta Buku, di PWTC.

Selain buku Azizi, novel Faisal Tehrani juga akan turut dilancarkan.

Novel BERUK berasal dari cerpen Beruk yang ditulis dalam tahun 60an dan pernah menjadi teks sastera dalam antologi Hadiah terbitan Dewan Bahasa.

Azizi telah mengembangkannya menjadi sebuah novel yang sangat menyentuh perasaan. Alias seorang murid yang miskin, tinggal di daerah pendalaman, hanya bersama Beruk peliharaannya menjadi sumber mencari rezeki setiap hari. Beruknyalah yang memanjat kelapa tetapi memiliki kasih sayang yang sangat kental terhadap tuannya.

Alias menyayangi Beruknya, tapi harus pula membela gurunya. Dikorbankan kasih sayangnya demi melindungi gurunya.

Terharu jika membacanya.

Azizi juga akan menyampaikan pengalaman menulisnya dalam sessi ‘ Lorekkan Penamu’ di Universiti Utara Malaysia pada 12 Mac ini.

Bersama tokoh, Azizi juga akan berada di Sekolah Menengah Temenggung, Kati Kuala Kangsar pada 26 Mac 2010.

Yang berminat, dipersilakan.

- Pian: Pengelola Blog

24 comments:

  1. Sham al-Johori

    Tuan guru yang dikasihi, dirindui dan disayangi.
    Saya nak sebuah yang siap bertandatangan sekali.
    Tahniah.

  1. shameel Iskandar

    Ustaz Azizi akn dtg ke kati kuala kangsar ke. igt nak jumpe Ustazlah sbb saya dok kat chemor jer

  1. Zolkharnain Abidin

    Tahnia ustaz, saya akan dapatkan segera novel ini insya allah.

  1. cikgu s'bn

    Ustaz, cerpen Beruk saya baca seawal usia 9 tahun (kumpulan cerpen "HADIAH").

    Selesai membaca...pelbagai perasaan yg terbuku antaranya...
    -kenapa diakhir cerita cikgu Alias hanya pergi meninggalkan Alias yg menangisi kematian beruk...dengan sebaris nasihat supaya Alias terus bersekolah...(walaupun tahu Beruk@punca rezki Alias sudah tiada)

    -apa nasib Alias yg kematian beruk( kematian beruk bermakna putus punca rezeki... tidak boleh ke sekolah...)

    -Saya melihat cikgu Alias dengan persepsi yg sangat negetif, dengan kekasarannya hingga menyebabkan telinga Alias bengkak...sakit...ditambah pula menjadi punca kematian Beruk...menjadi punca Alias tidak boleh meneruskan persekolahan...watak cikgu Alias betul2 menimbulkan rasa menyampah kepada saya...

    Selama bertahun2 perasaan ini terbuku...

    Dan akhirnya saya betul2 gembira dan tersenyum puas apabila bertemu jawapan di dalam "Memoir Seorang Guru" tentang nasib si Alias...

    Novel yang sangat dinanti-nantikan...TAHNIAH USTAZ!

  1. Anonymous

    Kepada Semua,
    Salam. Terima kasih kerana anda bukan saja berminat dalam penulisan blog memblog, tetapi juga membaca karya kreatif. Contohnya seperti Zolkarnain Abidin, beliau seorang agamawan, politik, aktivis, pengkritik tapi beliau tak pernah ketinggalan dengan buku.
    Terima kasih.
    -azizi abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Tahniah, yang ni tak sabaq-sabaq nak baca..

  1. Naim

    Tahniah! Tuk Ya.

  1. Cucu Tok Wan

    Tahun 92, Novel Beruk yang diterbitkan oleh Penerbitan Kintan Sdn. Bhd di Jalan Raja Alang sampai ke meja saya dari Ketua Editor, Webah Salleh, bekas wartawan Mastika (versi lama)untuk disunting.

    Ketika inilah, saya melepaskan dendam kerana saya merupakan pengutip dan pembaca setia cerpen-cerpen ustaz, termasuklah memiliki koleksi novel-novel ustaz ketika zaman pulun buat buku seperti Garis Lintang Anak Haram dan Seorang Tua di Kaki Gunung.

    Sebelum Beruk, terlebih dahulu, Penerbitan Kintan telah mengulangcetak Sami Mekong. Semoga sentuhan 'Tulang Pekasam Ikan Puyu' tidak akan bernoktah.

    Dan barangkali Ustaz dapat menceritakan pengalaman ustaz selaku anak kampung di Bukit Meriam yang kaya dengan sejarah tetapi tidak pernah diendahkan oleh kerajaan negeri (sama ada BN mahupun PAS) dan pusat. Mungkin juga Ustaz selaku tenaga pengajar di sebuah sekolah di Kulim dapat menceritakan bagaimana perubahan ketara berlaku di pekan (sekarang sudah jadi bandar utama) kerana saya percaya, banyak pengalamanan ustaz yang boleh ditimba oleh generasi zaman pasca Proton Saga-PLUS ini. Apatah lagi Kulim dan Baling, dahulunya lebih kurang sahaja taraf hidup kebanyakan penduduknya.

  1. Anonymous

    Terima kasih semua.
    Atas prihatin anda. Abi Qalam DAN Naim tu jangan cakap saja, jangan baca tasauf dan usul saja. Dapatkan buku tu.
    Saya baru balik dari merantau ke daerah pendang,Dulang yan, menemuramah golongan yang mendapat bantuan zakat Kedah.
    Alhamdulillah, golongan ini telah memanfaatkan bantuan zakat.
    Letih, tua-tua ni ziarah golongan mustadafin di daerah pendalaman.
    Salam. Insyaallah, saya akan usahakan pula novel FOBIA.
    AZIZI ABDULLAH

  1. Anonymous

    Terima kasih semua.
    Abi Qalam dan Naim tu, jangan cakap saja. Belilah. jangan asyik buku tasauf dan usul saja.
    Baru balik dari ziarah golongan mustad`fin daerah pendang dan Yan.Alhamdulillah, kami buat kajian bagaimana golongan mustad`afin telah memanfaatkan bantuan zakat yang diberi.
    Rupanya di kedah pun masih teruk golongan mustad`afin ni.
    Insyaallah, akan terbit lagi novel FOBIA. Tunggulah.
    Salam; azizi hj abdullah

  1. AjiLah

    berapa harga buku ni? boleh ke kalau beli melalui pos untuk dapatkan tandatangan ustaz Azizi...

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Baru terbaca komen tu.. hahahaha.. Nanti saya tepon Pian nak beli, jangan lupa Tukya tolong sain noo..

  1. AjiLah

    Ana dah tel. Al-Ameen kelmarin tanya BERUK.Masih dlm. printing,harga pun belum tau lagi.Tunggu Pesta Buku.ini e mel saya -hajilah57@yahoo.com untuk maklumat dari ustaz. Bila sebut cerpen Beruk,terus ingat jalan ceritanya walau pun dah lama baca,kerana amat terkesan. Novel ini diharap semakin panjang jalan penghayatannya dengan permainan dan susunan kata-kata asyik lagi mengesankan dari ustaz. tahniah. (kalu boleh buku yang saya nak order dari ustaz ada t.tangan dan seuntai kata)

  1. AjiLah

    pembetulan e mel saya hajilah@yahoo.com (bukan hajilah57@yahoo.com-maaf)

  1. AjiLah...hajilah57@yahoo.com...

    maaf sekali ustaz, untuk e mel saya yang betul ialah hajilah57@yahoo.com

    harap dapat maklumat buku terkini dari ustaz

  1. Jejakasuci

    Ustaz

    Baru-baru ini saya balik ke Kampong Banggol Durian. Saya ada bertanya orang kampong Alias(Yeh) yang ustaz gambarkan dalam cerpen tu ada lagi ka...

    Saya masih ingat bagaimana Alias yang jarang ke sekolah dan memelihara beruk dan beruknya sentiasa diatas basikalnya yang tiada maggat. Pak Mud nama bapanya. Dah lama meninggal ...

    Indah sungguh waktu itu....jika diingat kenangannya.

  1. Anonymous

    Jejaksuci

    Alias memang tak ada tetapi kemanusiaan manusia Alias dan kemanusiaan Cikgu Sunan ada di mana-mana.
    Itu yang penting dalam sastera

    -azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    Ini ada satu maklumat penting kepada umat Islam di negara ini:

    http://citu.uitm.edu.my/index.php?option=com_ccboard&view=topiclist&forum=4&Itemid=85

  1. Amiene Rev

    BERUK sudah kembali.... kesudahannya sungguh menyayat hati. Edisi lama saya miliki.

  1. Anonymous

    Salam,sy mencari novel seorang tua di kaki gunung,kali terakhir sy baca ketika umur 12,teringin sekali ingin membacanya semula,kalau ada sesiapa tahu tempat mndapatkannya,sila kongsi ngsn sy,0136710585

  1. Ampuan Awang

    Assalamu'alaikum ustaz...

    menarek sekali karangan ustaz. salam ukhuwah dari saya

  1. longge

    Several series of louis vuitton have been through special protective procedure when louis vuitton bag are produced by artisans to prevent dusk and stain, so you’d be more cautious to keep the protecting layer during cleaning. A Louis vuitton bags is a status of endless fortune and timeless luxury. To prolong the glorious journey, you should serve it as a long-term investment and it certainly will repay you juicy interests with the longevity of your lv .

  1. longge

    http://mein-blog.net/?w=hermesbags589
    http://hermesbags123.webs.com/
    http://hermesbags.webs.com/
    http://hermesbags487.webs.com/
    http://hermesbags478.webs.com/
    http://hermesheels.webs.com/
    http://hermesbags5565.blog.friendster.com/
    http://hermesbags553.blog.friendster.com/
    http://hermesbags557.blog.friendster.com/
    http://hermesbags558.blog.friendster.com/

  1. VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV

    VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
    Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
    MALAYSIA RADIO ONLINE , UNTUK MENONTON sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
    MALAYSIA RADIO ONLINE terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html