Dua Buku Azizi Dalam Bahasa Inggeris.

Posted by Tukya Labels:

Kulit buku Bibit Cinta dalam bahasa Inggeris


Kulit novel Seorang Tua di Kaki Gunung dalam bahasa Inggeris



Atas inisiatif Institut Terjemahan Negara (ITNM) dua buku Azizi Hj Abdullah baru saja siap diterjemah. Buku yang diterjemah itu ialah Seorang Tua di Kaki Gunung dan Bibit Cinta, manakala Sangeetha sudah pun diterjemah tahun lalu.

Buku ini akan menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC pada 19hb Mac hingga 28hb Mac 2010.

Azizi juga akan berada di gerai ITNM untuk menanda tangangi bersama pengarang lain di mana buku mereka diterjemah.

Seorang Tua di Kaki Gunung sebenarnya sudah diterjemah ke bahasa Jepun oleh Yayasan Dokaido. Novel ini adalah di antara novel yang terkuat dan berjaya di antara novel-novel Azizi di mana menceritakan Tukya yang menghadapi cabaran anak cucunya yang sudah bertukar budaya. Tukya akhirnya mati ditimpa pokok Cengal.

Bibit Cinta adalah himpunan cerpen Azizi sekitar tahun 60an-hingga 90an yang membawa pelbagai tema.

-catatan; Pian, Pengelola Blog

7 comments:

  1. ulasbuku

    Aisey spoiler lah, kenapa dah cerita Tukya dah mati kena hempap dalam blog ni.

    Bukan semua orang bertuah dapat baca buku 'Seorang Tua di Kaki Gunung'. Mungkin ramai yang belum habis baca. Kena bagilah peluang kat orang lain untuk sama-sama rasa thrillnya.

    Saya cadangkan edit balik entri ni.

  1. Anonymous

    mxypltk
    apa salahnya. cara orang menemui mati tak sama walaupun mati itu semua pasti.
    tak apa, tukya bukan mati atas tilam.
    maaf, nak edit saya tak reti. bodoh sangat.

    -azizi abdullah

  1. ulasbuku

    Novel 'Seorang Tua di Kaki Gunung' memang banyak pengajaran. Rasanya itu yang lebih penting. Tak mengapalah...

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Teringat Tamam Idris..

  1. syok

    Syok baca buku tu, dlm peperiksaan SPM aku dpt gred 1 sastera.

  1. NASSURY IBRAHIM

    Tahniah, Ustaz.

  1. Shahrulrock

    Saya masih tunggu dari cikgu azizi...Seorang Tua Di Kaki Gunung.