1. Bersama peminat dan pembeli di sudut bual bicara 2 novel gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa 2010 PWTC pada 21 Mac 2010
I.
Kelamkabut Encik Mohd. Khir Ngadiron, orang kuat ITNM ( Insititut Terjemahan Negara) apabila mendapat tahu, tiket kapal terbang yang ditempah untuk saya, tak ada nama dalam senarai penumpang ketika saya check- in di Bayan Lepas.
Mungkin sangkanya saya nak komplen atau marah-marah. Saya ketawa berdekah-dekah. Tak apa, kesilapan yang tak disengaja, kata saya. Tapi itulah kelemahan kami, katanya merendah diri. Jangan marah pegawai tuan, nak buat macam mana. Ini bukan perkara besar. Saya boleh kendali sendiri asalkan program berjalan, kata saya lagi.
Mohd Khir Ngadiron saya tahu, selaku bos di ITNM, dia sangat mengambil berat dengan tetamu mereka. Saya sendiri naik rimas kalau saya menjadi tetamu, seperti hari 20hb Mac 2010 yang lalu kerana menjadi tamu ITNM dalam sesi penulis buku dengan pembaca. Dikerahnya pegawai-pegawai menjaga tetamu sehingga saya sendiri mati langkah.
ITNM bagi saya sangat mendahului wawasannya dalam penerbitan dan aktiviti penterjemahan. Saya baru terasa tiga empat tahun ini, walaupun ITNM sudah bertahun-tahun lamanya. Itupun setelah inisiatif Mohd. Khir Ngadiron menjemput semua penulis/sasterawan memberi persetujuan untuk buku-buku mereka nak diterjemah.
Barangkali bukan melampau dakwaan saya ini, atas inisiatifnyalah sastera Melayu, seperti Hang Tuah sudah ada di Frankfurt Jerman.
Saya melihat strateginya mengena walaupun Pesta Buku Antarabangsa 2010 ini bukan layak dibuat bandingan. Tapi saya melihat di antara gerai yang agak menonjol, pandai memancing pelanggan/pembaca di antaranya ialah di ITNM. Di sediakan ‘Sofa Putih’ untuk perbincangan. Hari temujanji saya, pihak ITNM menjemput Google berbicara tentang peranan buku-buku ke alam maya.

2. Fatini Yaakob, penulis buku Natrah, Sayed Munawar Pengelola program TV 1 yang menjadi moderator di ITNM dan pegawai ITNM
II.
Berbual dengan Puan Fatini Yaakob, penulis buku Natrah ketika minum sangat menarik. Bagi Fatini, beliau menulis Natrah bukan kerana Natrah atau menghidupkan cerita Natrah yang sudah lama dalam sejarah. Tetapi, menurut Fatini, dengan munculnya buku Natrah, saya mahu orang sedar apa yang patut kita lakukan demi agama kita (Islam), di mana maruah dan masa depannya bagaimana? Di sebalik peristiwa itu, agama Islam macam mana?
Saya kagum kerana perempuan yang bernama Fatini ini melampaui kesanggupannya membuat kajian, seperti yang pernah beliau membuat liputan di Palestin dulu. Ini wartawan yang hebat. Sayang ketika Sayed Munawir mewawancaranya, saya tak kesempatan.
Sangat bangga kalau seorang Pustakawan di Shah Alam yang bernama Juliana, dapat kongsi bersama Fatini.
3.Mereka juga kaki buku di satu majlis Ceramah di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Di Sg. Patani pada 9 Mac 2010
III.
Sangat hebat Pesta Buku Antarabangsa 2010 kali ini. Sesak dan padat. Yang seronoknya, setiap kaki buku yang bertembung dengan saya memberitahu, dia sudah beli ‘Beruk’ novel saya yang belum dilancarkan lagi. Seorang lelaki dari Klang, mencari saya dan keesokannya baru temui, semata-mata hendak minta tanda tangan di buku Beruk.
Tapi apapun, buku-buku kita masih diperingkat ‘mahal’ lebih-lebih lagi buku Indonesia. Sebuah buku tebalnya 300 halaman, berharga RM176 dan kita masih tidak berupaya menghapus gaya dan pangdangan tentang buku; indah kulitnya lebih dari isi. Buku cinta dan asmara lebih mendapat tempat. Hiburan tetap menjadi acaran penting.
4.Sempat juga beli satu dua buku. Teringin nak hadiah kepada Aby Qalam untuk kongsi bersama
IV
Terima kasih kepada semua pegawai ITNM. Nampaknya Mohd Khir Ngadiron pandai mengambil hati ‘kakitangannya’ sehinga mereka tidak merasa letih. Satu perkara yang sudah lama saya melihat kakitangan ITNM ini dari semua peringkat, mereka bekerja dengan ‘tanggung jawab’, ‘sayang’ kepada kerjaya mereka, menyintai bidang kesusasteraan, bahasa dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Bertemu seorang bloger yang saya sering ikuti blognya, NOBISHA, SN Pak Samad. Terima kasih kepada Shida, Eksikutif Komunikasi, Sakri Abdullah yang tak habis-habis bercerita tentang penerbitan buku, Nini, Anuar, Khalil dan kepada Pegawai Sumber Manusia ITNM yang telah menghidupkan suasana sesi soal jawab.semua.
V
Padan muka, datang tiket tak ada. Balik ‘delay’ sampai tiga jam. Kah! Kah! Kah!!
10 comments:
SAYA TAK KESEMPATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA. MUJUR ADA MENANTU PERGI DAN SAYA KIRIM SATU B E R U K. TAPI TAK ADA T.TANGAN USTAZ,TAK APA. BARU NAK START BACA. DAN BARU SEKEJAP BACA BLOG USTAZ,ADA SENTUH TENTANG BUKU NATRAH. BAGAIMANA NAK ORDER?
Umangaii...camano nak buek yo...hargo buku2 kuss semangat...MAHAL BETUL!! Walaupun lepas diskaun 10%-15%, tak mampu saya...yang kesiannya anak2 saya, terkebil-kebil ajelah bila ayah kata tak dapek nak beli buku yg ekau nak tu daro (rasa rendah diri ini bila tak mampu tunai permintaan mereka).
Pesta buku last year lebih baik kot...byk yang offer diskaun sampai 50%...70%pun ada.
Alternatif utk orang yang minat membaca tapi tak mampu nak beli...try usha kat Amcorp mall...harga yg ditawarkan masih dalam lingkungan mampu gaklah bagi orang2 yg tak berduit sangat cam saya dan anak2.
Salam Tukya,
Terima kasih kerana ingatan..
Masih ingat pertemuan pertama dengan Tukya, masa tu pertandingan Forum remaja peringkat Negeri Kedah. Tukya jadi juri..
Saya baru baca tulisan YB Zul Noordin dalam blognya tentang ucapan menjunjung Titah kat parlimen.. Pendirian saya serupa dengan apa yang ditulis.. Laa ni terlalu banyak politik busuk..
alijah, natrah dalam bahasa malaysia boleh oder dari penerbit UTM. barangkali di kedai buku ternama pun ada. dalam bahasa inggeris hanya di ITNM.
salam
azizi
aby qalam
terkejut beruk saya apabila aby qalam kata, pendirian enta sama dengan yb zul.
fuhhh, saya tak tahu bagaimana pemikiran enta kalau setuju dengan zulkifli.jauh menyimpang dari pemikiran saya.
sila baca tulisan 'kolum tepi' saya dalam harakah akan datang bertajuk siakap senohong.
saya sampai mampus nak hormat orang macam zul. dia cakap pasal islam tapi seolah=olah dia saja islam.
ehhh, maaf. bukan di sini medan kita
azizi
rasanya tahun depan elok MAskotnya dibuat dari aiskrim supaya ramai,
atau tukar KUCING..
Salam Tukya :-)
Mak oii, malunya bila nama saya disebut di sini. Saya sebenarnya bukan seorang pustakawan, tapi mungkin sebab saya banyak menulis atau memperkatakan tentang perpustakaan, gelaran pustakawan itu langsung melekat secara tak sengaja.
Kebetulan pula Tukya sebut tentang Fatini Yaacob, beliau memang menjadi role model saya semasa sejak remaja dulu. Semasa itu saya sangat teringin mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang wartawan. Namun rezeki saya berbeza haluannya.
Saya belum sempat ke Pesta Buku KL. Sangat sibuk dengan urusan Ubiquitous Library dan juga pengajian. Insya Allah jika ada rezeki, saya ke sana juga nanti.
Salam Tukya,
Saya dah jangka jawapan tu.. hehehe. Tapi kerja Allah siapa yang tahu, firman Allah, 'Wamakarna makron WaLlahu khairil maakiriin'.. sebab saya pun terkejut beruk dulu bila PAS nak tidur sekatil dengan DAP..
Dengan hormat saya nak guna ayat Tukya "dia cakap pasal islam tapi seolah=olah dia saja islam". Pada saya ayat ni boleh juga digunakan untuk PAS atau Umno..
Memandangkan kedua-duanya (BN & PR) hanya pedulikan 'kuasa' pemerintahan sampai buat apa pun takpa asal menang (nak fitnah ka, nak runtuhkan akhlaq islamiyyah ka, nak putuskan ukhuwwah islamiyyah ka), maka saya pun dah hilang kepercayaan kepada politik berdasarkan parti.
Pendirian saya yang sama dengan YB Zul ialah kerana ucapannya membuktikan "Laa ni terlalu banyak politik busuk". Yang tak zahir/dalam hati dia saya tak taulah..
Itulah Alkisahnya Tukya.. Semoga Allah kurniakan Tukya dan kita semua kesihatan yang baik dan iman yang sempurna.. Amiin.
Salam,
Saya sependapat dengan cikgu tentang harga buku-buku di pasaran kini sangat mahal. Memang sangat mahal. Memang terasa yang bulan April nanti terpaksa ikat perut sikit akibat beria-ria sangat mengulang pergi ke pesta buku dan beli buku-buku yang susah nak dapat.
Dukacita di maklumkan juga, buku-buku ilmiah yang susah sangat nak cari, susah nak jumpa dan payah untuk ada dalam senarai pembekal dan penerbit ini harganya potongannya hanya sekadar 10%. Kalau harga asalnya dah mahal, kat pesta buku pun masih lagi mahal...entah bagaimana budaya membaca boleh kita semaikan dalam masyarakat kita.
Budaya baca komik boleh tahan kan sekarang. Risau juga nanti ganerasi akan datang berfikir cara komik juga...
Cikgu, "beruk" cikgu dah ada dalam rak buku saya...akan ditelaah dari kulit ke kulit.
Assalamualaikum,
Sekadar makluman kepada Pak Azizi dan peminat, buku-buku Pak Azizi ada di Ujana Ilmu. Boleh salin dan terus ke pautan berikut : http://www.ujanailmu.com.my/cat_azizi_hj_abdullah.cfm
Untuk Buku Natrah, ini pula pautannya: http://www.ujanailmu.com.my/pd-natrah---cinta-rusuhan-air-mata.cfm
Kami terima semua bentuk bayaran termasuk kad kredit, online banking, cek, wang pos.
Boleh telefon untuk pertanyaan lanjut : 06-76 75 722 atau jika tidak berjawab, e-mel terus ke webmaster@ujanailmu.com.my
Terima kasih.
Post a Comment