Di Wad 5 Hospital Bukit Mertajam 18 April 2010
Ahad 18 April 2010: 2 pagi: Tak semena-mena perut jadi mengah dan segah selepas makan sup ekur. Rasa macam nak mati kerana jantung malas berdegup. Pukul tiga pagi minta anak hantar ke hospital.
“Hospital mana?” Tanya anak.
“Hantar ke Bukit Mertajam.”
“Kan hospital itu jauh, yang dekat ada, kenapa?”
“Hantar saja yang aku suruh,” saya jerkah dalam keadaan sakit macam nak tercabut nyawa.
Alhamdulilah, saya amat tidak sangka begitu baik layanan kakikatangan bahagian kecemasan di dinihari, kira-kira jam 3 pagi.
Saya menulis ini bukan kerana saya dilayani begitu rupa tapi saya dapat melihat bagaimana sikap dan budi bahasa, sikap bertanggung jawab atas nama pekerja hospital dan khidmat yang sangat tinggi nilai pahalanya. Bersama saya seorang gadis Vietnam juga sakit sampai kerekot badannya. Alhamdulillah, saya dan gadis itu tidak di minta berlama-lamaan, tidak dibiar di atas kerusi sorong dan tidak bersikap tidak peduli.
Mereka berusaha sebagai tanggung jawab walaupun mereka terpaksa menahan menguap. Doktor yang saya lihat keletihan, juga memeriksa dan minta bersabar.
Saya di x-ray selepas itu , darah diambil. Saya tidak dibiarkan sakit lega sendiri. Saya diberi makan ubat dan akhirnya tanpa disangka dalam keadaan sedikit lemah, saya diminta masuk wad.
Di Wad 5 kelas dua layanan jururawat begitu mesra, baik. Ini bukan saja kepada saya tetapi juga kepada pesakit lain.
Saya tertanya-tanya, mengapa mereka mampu bersikap seperti ini. Mengapa mereka sanggup berkorban menyorong kerusi roda walaupun saya ditemani anak dan kawan? Mengapa doktor memerintah mempastikan perjalanan darah dan jantung berulang kali? Mengapa saya dipelawa duduk di wad tanpa saya merayu, sedangkan pengamalan saya yang lalu di sebuah hospital, saya yang tidak boleh berjalan tak dibenarkan saya masuk wad.
Terima kasih Hospital Bukit Mertajam! Terima kasih kepada semua jururawat, doktor.
Selepas keluar, seorang kawan ziarah di rumah. Kawan saya hairan saya ke Hospital Bukit Metajam. Saya beritahu, saya yang pilih.
Kawan saya tiba-tiba bercerita, emak saudaranya, satu pagi dirempuh motosikal selepas balik solat subuh di surau. Motosikal itu langgar lari. Kebetulan lalu pula dua orang India. Merekalah yang menolong. Ambulan dipanggil dan di bawa ke hospital (bukan Bukit Mertajam) malangnya mangsa langgar itu tidak dirawat kerana kononnya tidak ada pakar (mungkin doktor juga) Mangsa itu, menurut cerita kawan saya di bawa ke Hospital Seberang Jaya. Malangnya entah apa yang tak kena atau tidak ada kepakaran (menurutnya di bahagian kepala berdarah) mangsa itu di hantar balik ke hospital mula tadi. Tapi ajalnya sudah sampai.Di pertengahan jalan mangsa itu meninggal dunia dalam ambulan.
Kawan saya tertanya-tanya kenapa tidak dihantar ke Hospital Pulau Pinang walhal Seberang Jaya dengan Pulau Pinang tujuh kali penat juara pecut lari sahaja.
Begitulah…adanya. Rupa-rupanya ajal manusia ini ada juga dalam ambulan.
*** *** ***
Untuk Abi Qalam,
Ketika di Wad terbacalah buku yang baru dibeli pada Pesta Buku 2010 di PWTC pada 27 Mac yang lalu, Ensiklopedi Hikmah, karya Abdul Hakim Fathani. Sangat tertarik dengan artikel AHSANU TAQWIM.
Sudah lama baca buku dan banyak juga, tapi inilah kali pertama saya temui huraian yang sangat bagus.
Manusia dicipta dengan standar kelayakan, dengan anggota yang lengkap, sehat jasmani dan rohani. Tapi rupanya yang dimaksud Ahsanu Taqwim bukan kaitan dengan persoalan estetika erotis: cantik, tanpan dan kesegakan.
Itu bahan mentah, katanya.
Jadi mengapa kita kadangkala temui anak-anak yang lahir tidak normal, tidak selazimnya; cacat, oku.
Siapa yang salah?
Masyaallah, huraiannya sangat bijaksana. Baru saya tahu, Abi Qalam, apa maksud Firman Allah yang menyebut AKU dan pada tempat lain menyembut KAMI.
Hahhh, ceteknya pengetahuan saya. Saya syor kepada Puan Juliana yang kuat baca, dapatkan buku setebal 800 muka lebih itu..
14 comments:
Syafakumullah...semoga ustaz cepat sihat
Semoga Ustaz Azizi cepat sembuh.
semoga segera sembuh dan dapat kembali kelolo macam biasa
Laman Chegu,saya link dalam laman saya.(laman stlye kampung saja).Olih itu bila buka saya link tercatatlah Terima Kasih Hospital Bukit Mertajam".
Tanpa bukan posting,saya berkata apa kena dengan Azizi ni,orang sebok dengan PRK P094,dia sebok bab hospital.
Setelah dibuka,terbacalah apa yang tercatat.
Harap Chegu berehat dengan sebenar rehat sebelum memetik semula laptop.
Dan saya mengingatkan bahawa,seperti saya,kita kerap membuat kesimpulan sebelum melihat dan menilai perkara sebenar.
Albazrah
mumtazah
benua suluk
jab sp
TERIMA KASIH DI ATAS DOA ANDA
-AZIZI
Salam,
Moga cikgu cepat sembuh
Salam Hj. Azizi.
Semoga ustaz lekas sembuh, insya-Allah.
@NAIMISA
Salam Tukya,
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan keberkatan pada guru kami ini, Amiin.
Saya amat mengagumi tabiat Tukya yang suka sungguh membaca. Semoga Allah kurniakan kita kefahaman padaNya dan ciptaanNya.
Saya kadang-kadang rasa hairan dan misteri sungguh dengan 'faham' ni. Mana mai faham ni? Fakta dan ilmu sama sahaja, satu sekolah, satu syllibus tapi fahamnya lain-lain pula..
Hebat dan Maha KayaNya Allah Rabbul Jalil mengayakan manusia dan insan dengan kefahaman berbeza..
Allahu!
Salam Tukya,
Abi Qalam
Abi Qalam,
Jangan kata salah faham atau ilmu salah. Ia satu tafsiran saintifik yang baik. Benarlah ilmu Quran (Ulumul Qur`an) itu sangat luas. Yang silapnya kita tak tertafsir.
-azizi
kepada Hosp. Kepala Batas harap lebih berhati hati jgn ulang spt mana pihak tuan lakukan terhadap anak saya. Di suruh pulang sahaja dgn tidak memberi rawatan yang sepatutnya. CAWAN PAHA TELAH PECAH & TULANGNYA TERTUNJUL KELUAR BOLEH PIHAK HOSPITAL MENGATAKAN ANAK PAK CHIK TIDAK MENGALAMI APA APA KECEDERAAN. Kepada Dato Mat tolong tengok anak anak buah Dato supaya lebih cermat & lebih berhati hati.
Assalamu'alaikum Ustaz
Dah baik ka sakit tu? Alhamdulillah. Semoga terus sihat.
Semoga ustaz cepat pulih . Bagaimana kalau saya nak beli buku Ensiklopedi Hikmah yang ustaz syorkan tu?
sdra entry 3:28
kalau nak beli buku tu kena pesan kepada penerbitnya. di kedai pun boleh cari tapi kena belek lambat-lambat atau tanya tajuknya kepada yang jual.
ia penerbitan indonesia.
salam
azizi
memang betui hospital bm dpt layanan baik. Saya sendiri melaluinya. Doktor klinik tempat saya dptkan rawatan awal tu yg mengesyorkan saya masuk hospital bukit untuk rawatan lanjut sebab di sana lebih mesra. misi2 baik2 belaka. terima kasih hospital bm..saya masuk sana 10 hari kerana masalah kekurangan darah.
Semoga Ustaz Azizi cepat sembuh..
Post a Comment