Catatan Di Hospital

Posted by Tukya Labels:



Bersama Dr. Safari di KPJ Perda, Bukit Mertajam.



Masuk hospital Pulau Pinang bagi saya bukanlah pertama kali. Entah tahun berapa, ketika balik dari ceramah di KUZA Terengganu, muntah di Lapangan Antara Bangsa Bayan Lepas, saya dimasukan ke sini. Penyakit kononnya Hepatitis.

Kini,sejak 31 May dimasukkan ke dalam kategori lain, sehingga melibatkan sahabat handai melahirkan simpati, kasih sayang dengan membaca Yasin dan solat hajat di masjid-masjid.

Terima kasih.

Saya dikatakan serius. Saluran darah dijantung tidak berfungsi. Tersumbat macam longkang kotor. Sesungguhnya apabila melihat jentera Allah dari Kun FayakunNya dalam diri barulah tersedar bahawa Allah Maha Hebat.

Saya sungguh tidak menjangka begini kerana tanda amaran tidak pernah saya lalui. Lalu hasil dari sebuah mesin yang diduplikat dari mesin Allah Taala, barulah saya diberitahu itu dan ini tak kena. Itupun sesudah saya membeli maklumat itu secara bayaran tunai RM6000.

Masuk ke hospital ini hanya ingin menyambung talian hayat. Mampukah manusia yang bernama doktor melakukannya? Di sinilah beberapa pintu iman telah di buka. Rupa-rupanya dari mereka yang beriman berkata, kita di sini berikhtiar mengubati penyakit , bukan menghalang maut.

Menunggu tarikh untuk di belah dada sama saja dengan pembunuh menunggu algojo. Tapi harapan cukup tinggi. Kehebatan doktor pakar memberi keyakinan kepada ramai, usaha mereka seperti malaikat yang mampu memberi pitisyen penangguhan hukuman.


Bersama admin blog.


Saya sangat banyak menerima rangsangan, motivasi dan bunga-bunga doa dari kawan-kawan.

Ketika menulis ini sudah masuk hari ke 3 saya di Wad CRW. Alhamdulillah layanan dari jururawat, doktor dan semua petugas sangat baik. Pesakit lain sudah menjadi kawan. Cuma yang kepingin ialah Nasi Kandar. Sahabat saya Anuar Asmadi dengan sukarela menyediakan bahan bacaan.


Salam. Semoga berjumpa lagi jika umur panjang.

-Catatan 2 Jun 2010 di Wad CRW 6 jam 9-40 mlm

12 comments:

  1. barajiwa

    Dan kita menunggu kabar berita
    penuh debaran.

    benarlah madah bijak pandai kita, "berapa berat mata memandang.."

    namun pesan segala yang beriman, doa itu ubat mustajab.

    Teman dan para sahabat sekalian:

    Iringilah doa kita buat seorang sahabat.

    Amin.

    Sms Cikgu Anuar Asmadi sesaat dua yang lalu: Belum operate lagi kena Q"

    Tk semua, tk..

  1. Anonymous

    Ya kita sama-sama tunggu dengan harap dan doa mulus(hajilah)

  1. NASSURY IBRAHIM

    Semoga segala-galanya seperti diharapkan dan selamat.

  1. asalbayu

    Doa saya panjatkan semoga anda tabah. Sewaktu diserang strok pada 17.9.1999 saya anggap usia dah hampir tamat. Serangan strok menyebabkan saya mengalami lumpuh separuh badan. Bagaimanapun saya kini sudah banyak pulih dan berpaya memandu motokar. Sebesar syukur ke hadirat Ilahi. KepadaNya kita berserah. Salam.

  1. al-Buduwi

    Ya Allah kupohon kejayaan ke atas kerja-kerja pengubatan sahabat/saudaraku ini.

  1. shameel Iskandar

    Semoga Ustaz cepat sembuh. Lepas ni ustaz kena banyak berehat.

  1. Rush IswaraKu

    uan, banyakkan sabar menghadapi saat-saat payah ini. Sakit dan bersabar ada ganjaran di sisi Allah. Kami di talian maya memohon doa afiat untuk .

  1. Rush IswaraKu

    Tuan, banyakkan sabar menghadapi saat-saat payah ini. Sakit dan bersabar ada ganjaran di sisi Allah. Kami di talian maya memohon doa afiat untuk Tuan...

  1. Zaidin

    Saya sentiasa mendoakan semoga Allah menyembuhkan penyakit ustaz. Salam perjuangan.

  1. najibah

    Tuan Azizi,

    Mudah-mudahan dipermudahkan Allah dalam segala hal, dan semoga Allah menyembuhkan Tuan supaya dapat terus menulis dan meninggalkan sesuatu untuk anak bangsa.

  1. Sham al-Johori

    Tukya,
    Kuiring doa dengan seluruh kalam 'kun fayakun' dan kebesaran selawat. Moga kita boleh terus menulis lagi kerana waktu qada dan qadar Allah itu adalah peringatan terbaik kepada kita.

  1. zeqzeq

    cepat sembuh...