PENCINTA ALAM; Buku baru Azizi

Posted by Tukya Labels:


‘Pencinta Alam’ adalah sebuah novel remaja terbaru Azizi Hj Abdullah sesuai untuk peringkat 12-18 tahun.

Ia menceritakan sekumpulan remaja sekolah menengah menghabiskan cuti sekolah pulang ke kampong Nit, beraktiviti ke sungai, memancing tetapi bertemu dengan sebuah kilang yang membuang toksik berbahaya.

Chua mengikut Nit bercuti ke kampong. Mereka sebagai ahli Persatuan Pencinta Alam sekolah. Chua mengalami satu pengalaman baru dengam alam pokok bakau, sungai dan kuala serta alam lembah dengan kicau burunf.

Budin yang menjadi pemandu telah membawa mereka ke satu peristiwa yang menyaksikan keberanian sebagai pencinta alam.

Azizi menjadikan latar kuala Sungai Merbuk, pengkalan tempat menambat perahu dan pengalamannya sewaktu kecil di Bukit Meriam di dalam novel ini.

Sesuai dibaca oleh remaja dan dewasa. Dan Azizi tetap mampu menyegarkan pembaca dengan bahasa yang bersahaja. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Boleh didapati di kedai-kedai Dawama atau lain-lain.


- Pian: Pengelola blog

5 comments:

  1. Anonymous

    berapa harga buku Pencinta Alam. Apa khabar Ust. Azizi sekarang> semoga kembali sihat. (Hajilah)

  1. mxypltk

    Ini buku baru ke buku lama? Bukankah pernah diterbitkan oleh Berita Publishing pada 1998 yang lalu?

  1. Anonymous

    Hajilah

    Saya pun tak perasan. Mungkin sekitar RM15.
    Sdra mxypltk
    Memang pernah diterbit tapi pasarannya tidak meluas. Saya perbaharui tapi temanya tetap boleh segar hingga sekarang.

  1. Jet

    Oh,your blog is very nice .I really like it ^^!



    ..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥.
    ♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
    ♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
    ♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
    ♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
    ♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
    ♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
    ♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥


    ----------------------------------
    Welcome to my websites : In there where have a lot of wallpapers, themes for desktop , for mobile and themes for media ^^!
    http://9wallpapers.blogspot.com
    http://theme4desktop.blogspot.com
    http://theme4cellphone.blogspot.com
    http://theme4media.blogspot.com
    http://wallpaper4cellphone.blogspot.com

  1. shameel Iskandar

    Saya cuba dapatkan kat Ipoh nnt. Saya peminat ustaz Azizi sejak dahulu( sejak baca org tua di kaki gunung) ,kini dan insha-Allah buat selama-lamanya