Janganlah Cepat Melompat?

Posted by Tukya Labels:

Orang bersilat ada tujuannya. Jika kita pandai bersilat, dengan silat juga jika menepisnya. Tapi bagaimana kita tidak mempunyai ilmu silat ini?

Saya tidak percaya orang Pas tidak tahu bersilat, tetapi yang nyata orang Pas ‘terlupa’ yang orang lain bersilat, lalu pakat ramai-ramai marhaban.

Bilamana isu Mufti Perak menyarankan formula perpaduan Melayu antara Umno dengan Pas ternyata silat dengan marhaban menjadi isu yang boleh diumpamakan; kalau di berada di belakang, dia sepak kaki kawan. Kalau dia di depan dia sepak tunggul ataupun sesetengah pemimpin Pas yang ada sedikit kuku, menunjukan sikap berat rantai dari beruk?

Barangkali kolum ini sudah ketinggalan memperkatakan tentangnya, tetapi mungkin tidak terlalu lewat, kerana Hj Jamlus dari Parit Tokngah tak sudah-sudah pening kepala berfikir, kenapa orang Pas, terutama kepala-kepala masam mudah melompat apabila sesuatu isu dibawa oleh orang yang boleh dipertikaikan?

Alasan Hj Jamlus mudah, berdasarkan dakwaan Mufti Perak tidak layak, seperti kata Ustaz Ahmad Awang yang satu ketika dulu menjadi Pengarah Pusat Islam, YDP PUM, kenapakah orang-orang Pas jadi sebuk, melenting, komen sana komen sini? Kalau sudah tahu seseorang itu tidak layak, maka apakah layak pula orang Pas mengambil kira saranan itu?

Logiknya, kalau tidak layak, tidak layaklah pula buat komen. Buat apa beli durian masuk dusun? Jangan bertekak dan berusaha mendapatkan lesen judi supaya halal kalau sudah judi itu haram.

Kedua, Mohamed Hanipa Maidin dalam kolumnya (Harakah 18-20 Syaaban 1431) tertanya-tanya adakah Mufti Perak itu sedar bahawa beliau sedang dimanipulasi secara maksimum oleh Umno?

Saya kira soalan ini jika ditanya kepada Mat Usin yang baru jadi ahli Pas di carok Bemban pun tahu jawapannya.

Bagi saya, dari segi ilmu sains, apabila seseorang itu pukul dengan kuat, bunyinya pun akan turut kuat. Mufti Perak telah memukul dengan kuat atas sesuatu sebab, maka lentingan dan lompatan orang Pas pun semakin tinggi.

Dalam soal ini, siapakah yang lebih cerdik? Adakah pihak yang dimanipulasi atau pihak Pas yang mengeluar kenyataan?

Soalnya sama ada benar atau salah, sama ada bertujuan atau sebaliknya saranan Mufti Perak ini, kita sudah menyaksikan bagaimana pemimpin tertentu Pas telah disilat dan ditarikan oleh pukulan gendang seorang Mufti yang dianggap oleh Ustaz Ahmad Awang sebagai dakwaan yang mesti ditolak. Kenapa kita melayani saranan itu jika kita sudah tahu yang berkata itu dinafikan kelayakannya atau ia sudah dimanipulasi?

Buang masa! Dan akhirnya yang memberi saranan itu tergelak seorang diri.

Seperti mana yang didedahkan oleh Ustraz Ahmad Awang, perihal Mufti Perak mempunyai sejarahnya tersendiri dalam memberi kenyataan, sepatutnya lebih awal diketahui oleh pemimpin pas yang terlibat dalam memberi komen ini. Dan kita yakin semua pemimpin Pas maklum tetapi mungkin terlalu ghairah untuk membuat kenyataan akhbar. Komen ‘ala sipi-sipi’ politik dengan berselindung sebagai orang tidak berparti, sepatutnya pemimpin-pemimpin Pas yang sering mengeluar kenyataan sedar bagaimana situasi, keadaan, suasana, iklim malah mesti cepat membaca apa tujuan kenyataan itu?

Sepatutnya pemimpin Pas (tidaklah semua) sudah arif dengan keadaan seperti ini. Kalau sudah tahu begitu, kenapa lakukan juga begini?

Isu perpaduan Umno dengan Pas bukan seminggu dua ditimbulkan. Ia berulang kali. Bukankah seorang dua pemimpin Pas yang cuma bersuara tentang ini sudah diberi amaran dan muktamar tahunan juga sepakat menolak? Jadi kenapa apabila timbul perkara ini, oleh orang yang tidak ada kena mengena dengan Pas, yang tidak mempunyai autoriti parti, tidak ada wibawa kelopitikannya, tiba-tiba orang Pas melenting?

Sepatutnya jangan ditimbul dan melontarkan tanya tanya siapa, berapa orang, bila dan apa tujuan kalau sudah secara purata semua ahli Pas menolak mufti yang dimaksudkan itu.

Kita masih tidak mahu belajar dari apa yang kita lakukan. Sekarang apabila Dato’ Hasan Ali yang mengaku penemuannya atas kapasiti parti tetapi bukan bertujuan perpaduan Umno-Pas, ia tidak habis di situ saja. YB Khalid Samad secara sindir minta dibicarakan. Di hari lain akan timbul lagi, kalau bukan soal politik, perkara apa pula? Akan timbul lagi berapa orang dan siapa? Siapa yang keluar belanja, siapa yang membenarkannya dan bla…bla…bla…

Walhal pemimpin-pemimpin yang celupar dengan komen-komen ini tidak sedikit pun sedar, mereka sebenarnya memberi bola tanggung. Orang Umno sedang ketawa kukkik-kukkik dan pemimpin Umno yang memanipulasi kenduri sakan empat puluh talam.

Ketika itu, masakan Pas hendak baca Yasin empat puluh orang minta perut Mufti buncit atau jadi busung?

Inilah yang Pas tidak pernah belajar hasil dari kejadian yang saya kira bukan sekali dua berlaku. Apakah kerana ada sifat terlampau cintakan kepada Pas maka Umno menjadi elegik sangat?

Saya kira tidak. Ia timbul kerana orang-orang Pas (yang berkenaan) mempunyai sifat ‘benci’ yang tidak sihat terhadap individu-individu tertentu. Mempunyai keinginan memberi kenyataan akhbar tanpa melihat kelojikan isu.

Selama ini orang Pas pun sudah lama tahu bagaimana peranan media, apa tujuan media menimbulkan sesuatu isu dan orang Pas sendiri tahu apakah boleh dipercayaui kenyataan-kenyataan melalui media tertentu. Kenapa tidak diamal ayat Qur`an yang memberitahu jika sesuatu perkahabaran datang dari orang fasik, siasatlah terlebih dahulu?

Mungkin tulisan kali ini agak pedas bagi pemimpin Pas berkenaan. Tapi saya lebih percaya kita sudah matang dan kita bersikap terbuka. Masakan kritikan tidak boleh sedangkan kita mengkritik orang sudah menjadi budaya kita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9 comments:

  1. LibangLibu

    peeewit!!!

    sent from Blackberryyyyyyyy...

    hebat. canggis. manggis.

  1. Anonymous

    Ya ya... menarik artikal Ustaz.

    Tapi, kenyataan2 menyanggahnya adalah dari orang2 kenamaan dalam PAS. Jadi, Ustaz menegor orang2 ini?; Nik Aziz, Ahmad Awang, Ustaz Azizan termasuk Hj Hadi sendiri?. Bagus dan syabasy Ustaz. Tak banyak yang berperinsip macam Ustaz. Qulilhaq Walaukanamuran... Betul ke Ustaz?.

    Menyeru kearah perpaduan Melayu/Islam bukan sebagai acahan silat oleh persilatan; Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Bunga, Silat Ghimau atau lain2 silat. Silat Bunga mungkin ada sikit main2 acahan. Bila di tumbuk dekat nak kena diperperlahan, yang lawan pula tepis perlahan juga. Jadi, tak kena. Bunyi suara sakaaaan... "Yaaah yanh....".

    Tapi menyeru perpaduan UMNO/PAS yang diusahakan oleh Mufti Perak itu, adalah seruan perpaduan untuk kepentingan MELAYU/ISLAM yang sekarang, bukan ma'ananya UMNO itu terpaksa menyembah-nyembah kerana UMNO sekarang sudah lemah. Tetapi, seruan yang di buat adalah demi mengukuhkan umat ISALAM/MELAYU itu sendiri. Jadinya, ini bukan silat bunga lagi, silat gayung yang guna parang pisau dah niiii.., Ustaz.

    Asas nya, yang menyeru ialah TPM yg juga Timb Presiden UMNO. Yang menyanggah dan menolak ialah Mursyidul 'Am PAS, bukan Timb Presiden PAS. Memang Mursyidul 'Am ni ala Khomaini di Iran. Di Iran tiada pulak kuasa Ayatullah menggunakan kuasanya dalam konflik politik?. Kenapa? Mursyidul 'Am berkuasa saperti itu atau lebih dari itu?. Sampai Presidennya terus-terusan tidak berkuasa jadinya?. Timb Presidennya pulak, ziro (0) kuasa. Kenapa begini, Ustaz?.

    Ustaz adalah sorang2nya ahli PAS yang berfikiran terbuka, kita merasakan eloklah dibuat teguran dari segi kehairakian kepimpinan dalam parti ini, dan yang cepat melenting sebagaimana yang Ustaz katakan itu.

    Biarlah apa saja saranan, walau dari pihak mana sekali pun, apatah lagi saranan itu demi kebaikan ummah, PAS bawalah dalam Dewan Tertinggi parti yang menguasai parti. Disana banyak pemimpin yang berfikiran terbuka, umpamanya Dato' Harun Din Timb Mursyidul 'Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS. Berbincang lah dengan fikiran terbuka. Mungkin juga Tim. Presiden PAS ada befikiran begitu.

    Ada pulak orang yg mungkin berpendapat, Timb Presiden UMNO buat saranan, tidak membawanya dlm MT UMNO?. Itulah saranan yang sudah dibawa berbincang dengan Presiden UMNO, justeru semua pemimpin UMNO menyambut baik. Alhamdulillah.

    Akhirulkalam Ustaz, ilmu persilatan adalah ilmu pertahan diri Melayu dan ianya banyak
    berasas keislaman.

  1. Anonymous

    Sdra Anonymous 10.00 PM

    Terima kasih. Bagus pandangan sdra.
    Saya akan ambil perhatian.
    -azizi abdullah

  1. jab sp

    nampaknya akan ada satu lagi novel terbaharu daripada azizi hj abdullah.syok cerita ni jika azizi yang mengolahnya .tambah pula diselit cerita manusia melayu yang tak paham bahasa kiasan.juga jika ditambah petunjuk bangang orang cuba mengimbang diri diatas palang tanpa mahu jatuh sebelah mana sekali pun,tetapi badannya sengaja dicondong jika jatuh ia akan jatuh diatas tilam empok tanpa menyedari atau sengaja buat tidak sedar bahawa tilam itu memang busok hanyir .

  1. siberangan

    Terima kasih Ustaz, jangan janji saja tau. Nak ambil perhatian kena ada tindakan. Tak berkesan tak paaaa.... dalam politik banyak kepentingan dan bukan mudah depa nak ikut.

    Kita ni orang kecil. Orang Besar maca YAB. Dato' Nik Aziz, YB DatO' Sri Hj Hadi orang besar. Tapi kenapa orang besar macam YB Nasaruddin depa tak mau pakai? kesian dia Ustaz.

  1. AK

    Saya yakin silat UMNO TU MACAM SILAT PULUT SAHAJA. Semua sepak terajangnya pemimpin PAS boleh tepis.

    Orang PAS jangan simpan ilmu bersilat dalam poket seluar saja. Kena berlatih silat selalu, supaya ianya lebih mantap dan tidak berkarat. Sekurang-kurangnya badan berpeluh, lemak dalam badan keluar keluar. Kolestrol pun turun. Cuma kita harap langkah pemimpin PAS tidak sumbang, apatah lagi takut nanti tersepak tunggul atau terpijak duri yang UMNO tabur.

    Sekali, sekala kalau ada peluang tu,terajang pungguk depa tu, sampai tak boleh bangun dah ! Baru depa tau kita pun bayar juga semua cukai-cukai. Apa depa ingat negara ni pesaka tok nenek depa saja!

  1. AK

    Saya tak faham MENGAPA TAKUT SANGAT UMNO-BN KALAH DALAM PRU KE 13 ?

    Adat main bola, macam Piala Dunia baru ni, Perancis & Itali , Juara dan Naib Juara tahun 2006, pun boleh terima kekakalahan.

    Orang-orang tua-tua kata, umpamanya Allahyarham Dato' Asri Hj Muda ada menyebut dalam ceramahnya di Lenggong Perak tahun 70'an

    "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,
    Kalau takut kalah dalam pilihanraya,
    Jangan dijaja kita mengamalkan DEMOKRASI BERPARTAI."

    Tak ada negera yang mahu bertanding dalam WORLD CUP, kalau yang tetap menang adalah ENGLAND.

    Yang jadi juara adalah pasukan yang terbaik.

  1. mata-lembu shah alam

    Salam Tuan Haji,
    "Janganlah Cepat Melompat?"
    Sah lah ini tabiat katak atau yang sejenis dengannya.DALAM pelbagai spesis katak, ada jenis syok sendiri mewawarkan ke empat penjuru alam dan ke tujuh petala langit tujuh petala bumi bahawa dialah katak paling besar, paling kuat, paling hebat dan geru-geriknya boleh menggegarkan dunia dengan fatwa untuk menyelamat umat melayu asobiyah malayuwiyyah.
    Kerana syok sendiri dengan keistimewaan diri yang sebenarnya tidak ada apa-apa keistimewaan pun kecuali di kalangan 'kawan katak', dia sering tunjuk lagak, tunjuk besar, kuat dan hebat, malah paling kerap melakukan kemalangan kerana isu 'perpaduan'(PERPADUWANG). Kerana di Selangor pemimpin yang ada 'track record' bisik2 perpaduwang @ tidak ada unity dengan doktrin PR, barangkali dilihat sebagai katak gomok.

    Kalau isu ini jadi 'bau tempoyak busuk' kena cari siapa puncanya. Kalau bunyi gendang yang dipukul memekakkan telinga, makanya tak salah ada sosok dalam Pas Selangor yang menembak meriam buluh dengan gegak-gumpita, sebagai satu amaran - supaya jangan ada lagi nada geru-gerik Katak Gomok menjadi bahan prasangka, bualan dan sosek-sosek para spesis di bawah sinaran bulan purnama.
    Orang Umno TIDAK lagi ketawa kukkik-kukkik dan pemimpin Umno yang sudah bercadang kenduri sakan empat puluh talam kerana strategi untuk menghancurkan PR dengan isu perpaduan akan terbarai pada saat mereka sedang nazak.

    Tak cukup lagikah ke pesan Murshidul Am mengenai perpaduan atas dasar Assobiah?
    Kenapa? Mursyidul 'Am berkuasa saperti itu atau lebih dari itu?. Sampai Presiden terus-terusan tidak berkuasa jadinya?. Timb Presidennya pulak, ziro (0) kuasa ?... Kalau benar, inilah keistimewaan aotoritas keharakian dalam Pas. Kalau Murshidul Am lebih diyakini oleh majoriti pengikut berbanding dengan Timbalannya, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung & Ketua Pemuda yang dianggap berfikiran terbuka oleh gerombolan umno, cari sendirilah asbabnya.
    Dalam hal geruk-gerik perpaduan umno-pas, sama2lah kita mentelaah sejarah. Begitu juga sejarah dunia telah membuktikan bahawa, Jamaah Islam lah yang selalu jadi mangsa penipuan.
    JANGANLAH CEPAT MELOMPAT?".. Betul amat! Marah kerana ALlah, Kasih kerana ALlah. Selamatkan kaum melayu-islam dari assobiyyah umno.

  1. Anonymous

    Salam Ustaz.

    Saya jadi pelik dengan orang Islam sekarang, mereka sanggup angkat bohong terhadap mufti dikhalayak ramai. Kita telah pamirkan sikap kepada orang agama lain betapa teruknya Islam.

    Dalam soal perpaduan PAS dengan UMNO ni bagi saya yang tak ada pegangan politik mana-mana ni hairan..puak PAS dengan UMNO ni ralit dok pertikai soal perpaduan antara parti pasai apa.. rakyat macam saya ni tak fikir pon sampai perpaduan ... perjumpaan atau perbincangan dah cukup atas kapasiti Melayu dan Islam atau musyawarah antara pertubuhan dalam negara Malaysia. Ustaz yang tak terlalu ekstrem terhadap PAS pun cenderung tak terfikir kaedah yang satu lagi iaitu perjumpaan atau perbincangan. Asyik-asyik perpaduan. Kita dah tau perpaduan tak boleh sebab kedua-dua parti Melayu ni mustahil dan bebal atau elegik dengan perkataan itu jadi guna kaedah lain.. kecualilah memang tak mau langsung kearah itu.... termenung saya ditangga rumah, semasa di sekolah rendah di kg di Kulim dulu ustaz tak adapun mengajar pada saya supaya tidak berbaik-baik sesama Islam....DAP dan MCA berpuluh kali duduk berbincang soal bangsa depa.. kita yang sesama Islam ni..ralit dok pertikai itu ini...sampai ada yang sanggup mengeji mufti. Seburuk-buruk mufti dia adalah mufti dan penjaga agama Islam. Kalau dia tak betoi biaq dia jawab dengan allah.