Umno Kedah Dan Kencing Tikus

Posted by Tukya Labels:

Salah satu Lata di Kedah dipercayai dijangkiti kuman ’phatogenik leptopspira’ atau kencing tikus. Entah apa bendanya phatogenik leptospira, sama dengan kita jarang tenguk tikus sedang kencing.

Kencing ialah perbuatan makhluk membuang air kecil, baik secara beradap atau tidak beradap. Anjing kencing pakai angkat sebelah kaki. Kucing juga kengkiang kaki sebelah lalu pancut di tayar kereta atau di tepi pasu bunga. Gajah kencing sampai bertimba-timba airnya yang mungkin kalau lima ekur kencing sekaligus, kawasan mereka akan banjir.

Tapi anihnya tak pula timbul penyakit ‘kencing anjing, kencing kucing, kencing gajah.’

Ada pepatah Melayu yang tak rasmi;

‘Dia dah kencing aku’.
‘Sudah berapa ramai orang yang kena kencing dengannya’.
‘Bahagian itu pun kena kencing’.


Ertinya apabila ditipu, dilangsam, tidak menunaikan tanggung jawab, lari dari membayar hutang, memberi erti perkara yang tidak baik, timbullah kata sindir dengan perkataan ‘kencing.’

Rupa-rupanya ‘kencing’ ini berlaku pula dalam politik dan sesebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang politik. Apabila saman ekor menjadi isu di mana-mana melibatkan orang politik masuk campur, tiba-tiba ‘kencing’ rupa-rupanya digunapakai oleh sebahagian orang.

Menteri Besar Kedah dalam kenyataan akhbar baru-baru ini kesal kerana saman ekor yang bernilai lebih RM390,000 adalah hasil dari kerajaan Umno Kedah sebelum Pas memerintah 2008, yang tidak membayar saman-saman tersebut sehingga menyukarkan kerajaan kini menukar lesen kenderaan yang baru dibeli.

Ya Tuhan, Mat Setapa dari Gunung Keriang tersentak badak, terkejut kera. “Kerajaan Umno Kedah pun kencing?” katanya lalu dia tergelak sampai nampak anak lidahnya terkodek-kodek. ”Agensi kerajaan saman agensi kerajaan. Kemudian pula agensi kerajaan kencing agensi kerajaan,” katanya dengan gelak serentak satu kedai di kedai nasi gulai ikan temenung di tepi jalan itu.

RM390,000 bukan banyak mana sangat bagi sesebuah kerajaan yang suka membazir dan bagi kerajaan yang tidak perihatin dengan wang rakyat.

Malangnya apabila pihak yang menyaman mengeluar kenyataan, kita rasa bukan bertujuan khusus kepada ‘parti dan kerajaan Umno’ yang telah ‘kencing’ mereka, tetapi mungkin secara kebetulan.

Mungkinkah akan keluar lagi kenyataan betapa ‘kencing’ ini dikengkiang oleh kucing-kucing di negeri lain, khususnya negeri Pakatan Rakyat? Masakan derebar-derebar di Negeri Kedah saja yang loklaq, yang membawa kereta macam hambat babi hutan di rimba Sik?

Apapun yang cukup kita kesal apabila mantan Menteri Besarnya, orang yang paling atas bertanggungjawab dalam semua hal pentadbiran tidak tahu menahu akan ‘kekencingan kencing’ sama ada ia benar-benar kencing atau terkencing atau mengencing atau kencingkan!

Dalam jawapan beliau di Sinar Harian keluaran Jumaat 6 Ogos 2010, beliau berkata yang beliau tidak mengetahui ada tunggakan saman ekur RM390,000 yang direkodkan sepanjang tempoh kerajaan Umno/BN memerintah. Ertinya sepanjang Umno/BN memerintah Kedah, saman ekor ini selalu ‘dikencing’ oleh pemerintah Umno/BN. Anehnya kencing-kencing ini tidak hangit, tidak harin, tidak bengit kerana ia dipancut dari pancutan mahluk-makhluk terbaik dan ditakuti.

Sekali lagi kita boleh persoal ‘ketelusan’ dan kejujuran pihak berkenaan. Misalnya berapa lama sudah Umno/BN Kedah memerintah? Kenapa tahun ini baru timbul saman seperti itu?

“Hahhhh, nampak sangat depa tak terpikir yang kencing itu termasuk kerajaan Umno/BN!” kata Pak Su Li dari Kampung Sala kepada bininya yang baru berhenti dari guru Kemas.

Saya tidak nampak saman ekor ini sebagai satu agenda tertentu. Hanya sanya kemungkinan sebagai satu tuntutan mudah kepada rakyat kerana perihal saman menyaman kesalahan trafik ini hanyalah penunggang motosikal yang membawa ikan kering dari Tanjung Dawai ke Alor Setar, pemandu kereta sapu dari Yan ke Sungai Petani atau kereta Proton dari Bukit Kayu Hitam ke Butterworth.

Maka apabila berlaku kepada ikan jerung, datuk dan tan sri, kepada Pegawai Wisma, kepada KCS atau yang memiliki kad kerja sebesar tapak tangan, betapapun saman ekor ini berkeping-keping, ia bisa di ‘lap kencing’ mereka dan seakan-akan saman mereka tidak ‘lut.’

Malangnya pihak yang mengeluar saman ekor ini tidak membuat tapisan atau kaji selidik tentang saman ekor yang hendak dikeluarkan. Misalnya kepada siapa? Kalau kajian ini dibuat mungkin terdapat ramai yang kencing dalam pentadbiran Umno/BN di Kedah ini dan ia boleh di ’lap’ atau di basuh dengan cepat kerana jenis kencing ini dianggap najis ‘mukhaffafah.’

Lebih malang lagi apabila mantan Menteri Besarnya menjawab secara lepas tangan. Mengapa melepas tangan tentang ‘kencing’ kencing pegawai-pegawai di bawah pentadbirannya. Teluskah jika begini?

Apakah akan ada pegawai-pegawai memberi tahu yang dia ‘kencing’ atau ‘terkencing’ di jalan raya? Kalau ada nampak sangatlah pegawai-pegawai seperti ini ‘besear’ (penyakit kencing kerap)

Orang yang gentleman, atau yang berpegang kepada prinsip ketelusan, orang yang berpegang kepada ‘tanggungjawab’ ialah orang yang sanggup mengakui tentang kesalahan sendiri. Apakah Mantan Menteri Besar ini fikir Mat Taha atau Wak Derani dari pekan kecil atau kampung hulu saja yang melanggar undang-undang jalan raya?

Kita sangat kesal hal ini kerana Mantan Menteri Besarnya seperti cuci tangan. Apakah cuci tangan dan terkena percikan pancutan kencing ini menjadi budaya pemerintah Umno/BN?

Kelantan adalah contoh terbaik untuk membuat kajian bagaimana kencing yang dilakukan oleh Umno/BN. Selangor, isu yang timbul sekarang adalah dari kencing-kencing tak terbasuh yang pernah dipancut oleh pemerintah Umno/BN. Manakala Perak, merupakan satu-satunya negeri yang pintar. Tidak sempat timbul kencing ini kerana mereka sangat pintar mengencing Pas dan DAP sampaikan speakernya dicempung terkencing-kencing.

Demikianlah antara kencing dalam saman ekor dengan kencing tikus.

-Seorang Ibu Mithali dari Kemas kata; Azizan baik. Dia tentu bayar saman ekor tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 comments:

  1. Anonymous

    seorang kawan,badannya sedikit cengkong macam taik pit berjumpa doktor.
    sebelum melakukan pemereksaan,doktor bertanya pada kawan kami.
    doktor:che ada kencing manis kah?.
    kawan kami jawap:tak ada,kencing kawan adalah.
    doktor:patutlah nampak benar kamu kurus kering.risau takut terjumpa kawan ,kawan akan tendang mampus.

  1. armouris

    info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)

  1. Anonymous

    Keh "UMNO Kedah Dan Kencing Tikus" yang Ustaz cakap ni, kita tak cakap sama tak boleh. Dia jadi macam 'telan mati mak luah mati pak'.

    Keh saman ekor, eloknya Ustaz tak payah ulas dan kait-kaitkan pulak dengan mantan Menteri Besar Kedah tak tunai kerja sampai habis dengan menyerah tugas kapada Ustaz Azizan bahawa "Ustaz, ini ada hutang saman ekoq yang Kerajaan PR baru kena bayar", macam tu ka Tok Det kena cakap pada Ustaz Azizan? baru betul? atau Tok Det kena bayar dulu saman ekoq tu, baru betul?.

    Ceghita saman ekoq ni, Kerajaan PR ingat jadi perkara besar atau isu besar sungguh. Sahingga MB bagitahu kata busuknya Kerajaan BN/UMNO kerana tak bayar hutang saman ekoq. Mahfuz pulak nak buat tunjuk perasaan pasai saman ekoq.

    Isu maca tuuuu... orang boleh selesai hujung jari jeeeerrr.. Lepas tu, Ustaz pulak buat cerita yang konon Kerajaan BN/UMNO 'kencing' Kerajaan PR. Ustaaaaazzz.., keh ni mana boleh kata 'kencing' hang aku. 2tahun lebih PR perintah, depa dok ulang alik KL-PENANG-KL-AS, dok jumpa Anwar, Lim Guan Eng, tah ka depa lari kereta macam 'tikuih', kena lah saman ekoq. Masa Tok Det MB, Polis pun tak bagi tahu lagi saman ekoq tu banyak mana. Banyak tu pun Ustaz Azizan kata Kerajaan BN tipu dan tinggal hutang, bagi tahu press pulak tuuuu.., malunyaaaa...

    Ustaz, 'kencing tikus' yang dok jadi ni betul Ustaz. Jangan dia pi berjangkit kat Bukit Meriam dah. Jika berjangkit di sana, loghaaaat....!!!! tau dak Ustaz?

    Maaf Ustaz, saya cakap meghapu sikit, pasai Ustaz pun poskan isu meghapu jeerrr...

  1. siberangan

    Ustaz Azizan kata "Tok Det UMNO/BN kencing Tok Azizan PR/PAS, PR/PAS kena kencing sebab BN/UMNO tak bayar saman ekoq, lalu Ustaz Azizi pun buat cegheta - 'UMNO Kedah Dan Kencing Tikus'. Apa maananya Ustaz?

  1. Anonymous

    sdra anonymous 3;02 pm

    tak elok kalau saya ulas balik panjang-panjang kerana membela tulisan sendiri, tak ada etika dalam kewartawanan.
    cukuplah saya beritahu, kena baca dari sudut satira sinis, makna berlapis. macam novel hasan ali TIKUS RAHMAT.
    SALAM
    AZIZI

  1. NASSURY IBRAHIM

    Saman ekor halal, tikam ekor haram. Tapi, baik halal mahupun haram, asalkan mendatangkan duit, depa bedal saja. Memang mereka jenis tadok dan benci kepala

  1. buloh beting

    kes kencing lah yang sik dilanda banjr.Satu lagi ust nak habak lah kes kencing kawan ini dalam PAS pun ramai.bersepah dalam pekan kulim.Tengok alahai pakai lebai ketyap.Pa nak buat sapa kena kencing dia tahu lah.Aku ingat UST pun bisa kena kencing dengan geng PAS sendiri.

  1. Ak

    Tokya,

    Bagus tu, satu istilah baru yang sememangnya UMNO selalu amalkan ! Amalan ini macam juga JPS@ JAGA PERUT SENDIRI.

    Kawan kah, sahabat kah tak peduli, "Janji ada fulus masyuk untuk AKU". Halal haram tak peduli !.Kalau boleh nak GAGAU SEMUA SAMPAI LICIN.

  1. Anonymous

    Kekadang baca blog ni, tak dak masa nak pikiaq maca baca novel. Baca secara satira sinis? lagi lah buang masa. Dengan nak pikiaq berlapis-lapis plak tu.

    Kita suka baca blog macam baca blog TDM (Che Det) tulis tuuu... Sebenaqnya bahasa Ustaz pun kebanyakannya sama dng bahasa TDM juga. Senang baca dan senang faham.

    Dalam blog Ustaz, nak suruh baca dan kena faham mcam dengan maana berlapis-lapis pulak, payah lah.

    Sbb yang Ustaz tulis tu adalah 'isu sinis', keh saman ekoq yang kena kapada Kerajaan Kedah. Eloknya Kerajaan PR/PAS bayaq jaaa... MB buat kenyataaaannnn... Saya pun pikiaq, isu mcam tu tak payahlah MB cakap. Kerajaan Negeri bayaq habis cegheta lah. Tapi, kerana nak pukoi Kerajaan BN yang dahulu, Ustaz Azizan ambik keh itu jadikan satu isuuuu... Kita di Kedah pikiaq, bodoh sungguh Ustaz Azizan ni, hal cam tu pun jadi isu kaaa..?

    Jadi, bila Ustaz pulak tulis dlam blog, secara sinisnya andaian kita ialah - 'penyakit tak bayaq utang, orang yang ambik alih kerja kena bayaq utang tu, yang tak bayaq tu peghangai kencing tikuslah'.

    Jika andaiannya begitulah Ustaz, belambak Ketua2 Jabatan, Guru2 Besar, Pengetua2 Sekolah, Tok2 Imam Mesjid yang ambik aleh kerja orang terdahulu, tetiba ada utang tak bayar, tu 'KENCING TIKUS' lah Ustaz nooooo....?.

    NANYAAAA..... UMNO Kedah, Ustaz tulis, jika berajenda macam tuu..

    Apa pun kencing tikus ni, satu wabak Ustaz, macam H1N1 tuuu.. Ustaz, jangan dok wat main.

    Ustaz tak payah jawab baliklah, saya tahu Ustaz sapa. Jika tidak Ustaz tak pi ka Ulu Selangor tolong PAS kempen nak menangkan Zaid peminum arak dan toke kuda lumba nama Kelantan. Ustaz nak tau kuda tua dok di Ostolia nuuhh.. Harga dia, sekoq dekat 2juta.

  1. Anonymous

    Sdra-sdra,
    Ada 9 komen sebelum saya entry ini. Terima kasih banyak-banyak kerana keperihatinan anda.
    Di atas kritikan anda terhadap saya juga, menunjukan saya masih banyak yang tidak betul dan saya perlu belajar maklumat dari anda.
    Saya bangga kerana anda lebih prihatin.
    azizi hj abdullah

  1. Anonymous

    Saya sabenaqnya Ustaz, amat suka baca blog Ustaz.

    Masa kita sama2 ngaji dalam tahun 50han ka 60han, Ustaz ngaji di Daiaratulwataniah, sekolah Allahyarhan Abdullah Pahim, Hj Ahmad Badawi dan Pak Lah (mengaji High Scool BM), sekolah pemimpin UMNO. Saya pulak di Madrasah Al-Khairiyah, Pokok Sena, sekolah Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain, tokoh PAS. tapi guru2nya banyak UMNO, termasuk Ustaz Latiff yang mana anaknya kemudia jadi Ahli Parlimen BN. Ustaz Hashim, terlalu kuat UMNO.

    Persoalan saya, kenapa tokoh2 PAS masa tu tak ada pun yang berani mengeluarkan fatwa2 sesuka hati? Tokoh2 PAS sekarang, ya Allah, sampai ada fatwa, jika tak undi PAS masuk neraka, undi BN pulak masuk neraka.

    Persoalan saya, Ustaz tak payah jawab lah. Itu pemerhatian saya, itu kemuskilan saya. Jika Ustaz dah ada jawapan, elok Ustaz buat satu artikal yang merujuk kapada 'Melayu/Islam' bermiripkan sajak Usman Awang yang amat tinggi maqamnya sebagai pejuang Melayu/Islam.

    Bagi saya 'PAS 4 all' itu amat tidak betul dari segi perjuangan asal PAS. Adakah zaman sekarang PAS perlu menukar arah, kerana perlukan undi?.

    Saya tak tahu pendapat/pendirian Ustaz macamana.

    LEBIH PARAH LAGI HARI INI, DATO' FAKHRURRAZI MENGUMUMKAN BAHAWA PAS AKAN MENCALUNKAN BANGSA CINA SEBAGAI CALUN PAS DI KAWASAN2 YANG MAJORITINYA CINA.

  1. budiman

    pas ialah parti politik seperti juga parti-parti lain.Parti politik memerlukan penyokong dan ahli.Dalam pilhanraya PAS juga perlu undi dalam tong peti undi nanti.Bila bertanding PAS perlu menang.Nak menang PAS kenalah dapat undi lebih majoriti.Oleh itu parti politik apa pun termasuklah PAS dia punya contoh yang paling mudah difahami ibarat nasi lemak yang perlu laris sepanjang masa.Supaya laris dia kenalah tukar beberapa ramuan dan resepi yang terkini.Kemudiannya dia kenalah labelkan harga yang sesuai ataupun lebih murah drp nasi lemak yang lain.Yang paling utama nasi lemak inimestilah sedap dan berselera serta panas-panas.Persoalannya pastikan nasi lemak tadi tidak tercemar dengan benda yang haram dan boleh dimakan oleh orang islam dan bukan islam.

  1. Anonymous

    Ustaz, hari ini saorang lagi mati di Kedah kerana terkena wabak 'Kencing Tikus'. Kejadiannya Allayarham degil dan pergi mandi manda di kawasan larangan di Lata Puncak Janing, Padang Terap yang mana wabak tersebut belum dapat di cegah oleh pihak berkuasa Jabatan Kesihatan Negeri.

    Demikianlah bahayanya wabak 'Kencing Tikus' ni Ustaz. Jangan main2.

  1. mohd

    emmm.....

  1. Anonymous

    Saya rasa Ustaz ni nak kan jawatan Exco Haiwan tu yg dia huraikan pasal kencing termasuklah kencing haiwan. Ianya adalah ketelusan walaupun dulu Kerajaan UMNO/BN memerintah namun mereka tidak ambil kesempatan dgn kuasa mereka. Setakat saman tu saya rasa Mantan MB boleh selesaikan. Tapi bab cerita kencing haiwan ni dah melalut tambah-tambah title seorang Ustaz. Jgn la nak cari publisiti dgn tulisan yg tidak membina. Sebagai seorang Ustaz sya rasa Title Ustaz perlu dilondehkan dahulu kalau nak menulis perumpamaan yg jelik lagi menjijikkan. Allah SWT tak ajar Ustaz-Ustaz berkata begitu.