Sekarang orang galak kembali bercakap tentang Melayu: Kuasa Melayu. Melayu akan hancur. Perpaduan Melayu. Kemudian ada pula dakwaan, menyesal jadi Melayu. Melayu lenyap pun tak apa. Yang penting Islam.
Fikir-fikir sungguh juga. Melayu batas geoghrafinya sekadar sampai ke lubang kubur, lepas itu Melayu pasti akan lenyap. Malaikat tidak akan tanya, apa bangsamu.
Saya pernah menulis sebuah cerpen dalam tahun 80an dulu bertajuk ‘Menyesal Jadi Melayu.’
Tapi yang sangat anih, orang yang bercakap mempertahankan Melayu, termasuk mantan pemimpin yang mendakwa tentang pentingnya Melayu, merekalah yang menjahnamkan Melayu. Merekalah yang melingkup Bahasa Melayu. Mereka yang memusnahkan indentiti Melayu dan jati diri Melayu. Raja-raja Melayu. Hak Istimewa Melayu.
Yang bangang pula mereka tak pula kata Islam lebih baik.
Dua tiga malam yang lalu, saya hadir di kuliah maghrib di surau Taman Sri Petaling. Pengkuliahnya ialah Us. Monalito Ghazali (bukan orang Maxico) Sangat menarik kuliahnya tentang mentaliti dan pemikiran Melayu. Dia bagi contoh;
Saya letak di sini, sebelah kiri seekur babi . Di sebelah kanan seorang gadis comel.
Saya pasti sebelum saya buat apa-apa, anda sebagai orang Melayu/Islam akan marah kepada saya. Berdecit-decit bibir kerana marah. Babi tak sepatutnya di tunjuk di sini. Macamlah hebuh kepala babi dalam surau.
Orang akan lebih marah lagi apabila saya memegang paha babi, lalu mengoyak kangkang dia.
Anda pasti berpaling muka, meludah dan maki-maki saya.
Bagaimana kalau saya membuka dada babi, memegang memicit tetek babi. Anda akan menyumpah-nyumpah saya. Anda merasa jijik. Mungkin ada tuduhan kafir.
Begitu juga jika anda melihat kubang babi atau babi berjaras-jaras di atas lori di bawa ke tempat sembelih. Anda akan menutup hidung, meludah tanda meloya.
Begitu kebanyakan orang Melayu berfikir tentang babi.
Tapi dalam masa yang sama, dalam keadaan (orang Melayu) dalam sedar, sempurna akal, melihat saya memegang gadis ini, saya yakin anda tidak akan melihat dengan jijik, sebaliknya anda akan melihat untuk mempastikan apakah saya memegang gadis ini.
Kemudian mata anda akan terbeliak dan kagum apabila melihat saja membuka baju gadis ini, apa lagi kalau saya membuka dada dan memegang buah dadanya.
Anda akan berkata saya berani atau saya tidak sepatutnya buat begitu. Dan anda pasti tidak akan berpaling muka kerana jijik jika saya mencium pipi gadis ini.
Apa yang anda boleh berfikir jika begini yang berlaku? Tanya Ustaz Monalito. Fikiran yang bermain dalam kepala kita sebagai orang Melayu, orang tetap memandang jijik, marah, meluat dan sanggup mengutuk, membuat laporan polis jika saya berbuat begini dengan babi.
Tapi malang orang tidak merasa apa-apa, malah merasa hebatnya pula saya, beraninya saya memegang seorang gadis. Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan muhrim kita pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini.
Apakah melihat babi, memegang babi, mencium babi lebih hukumnya dari meilhat, memegang,mencium gadis?
Adakah orang Melayu mahu berfikir begini? Anih, fikiran orang Melayu songsang, maka sebab itu mereka membuta tuli mempertahankan Melayu tak tentu sebab.
Sama seperti gadis yang mengandung di luar nikah, kita menyediakan berbagai kemudahan, malah bertaraf ‘menteri’ pula menyambutnya. Pemikiran apakah namanya ini? (Ini bukan soal menghina) tetapi siapa pula yang mahu menyambut seorang hafiz atau seorang gadis yang menghafaz al Qur`an 30 juzuk dalam masa enam bulan? Menteri mana yang sanggup menyediakan sebuah rumah untuk anak-anak muda yang melakukan kerja-kerja agama?
‘Pemikiran orang Melayu masih terbalik sekarang,’ katanya. Dan aka nada lagi mereka yang bercakap tentang Melayu sedang dalam masa yang sama mencemik Perpaduan Islam.
-Hahhh, cerpen saya tentang Melayu Surinam mahu jadi Melayu 1Malaysia belum juga siap.
26 comments:
Sdr Azizi,
Ini sahih Ustaz Pas...Ha..ha Ustaz Umno tak akan bagi tamsilan dan bidalan yang melibas mukanya sendiri. Ini sah bukan dari kelompok 1Malaysia.
Cukup bagus Ustaz ini. Bayangkan paha gebu babi yang digosok-gosoknya.
Minta ustaz kita bagi tamsil dan bidalan tentang duit haramnya Lim Guan Eng.
Bila tengok senario semasa sekarang ini, siapakah yang nak kumpulkan antolgi lawak-lawak bodoh Umno?
cuma nak tau,ustaz ni ada tauliah atau tidak.sijil atau ijazah yang dikeluarkan olih mana mana universiti,hatta AlAzhar pun tak laku selagi tak disahkan olih majlis agama,walaupun yang nak bagi kebenaran dan keluarkan tauliah tu baca jawi pun tak tau.
bukan setakat itu saja,bacaan Yasin dan majlis tahlil arwah pun diswastakan pasai ilmu tak ada.
Ust.cerita pasai babi ini.sebenarnya babi itu sendiri pun tak mahu jadi babi.Ini adalah satu perbandingan yang tidak tepat dizaman hari ini.Sedangkan babi pun makhluk Allah juga macam anjing.Ada juga manusia macam Babi dan anjing.Cerita pasai gadis gebu barangkali kawan itu lupa bahawa dia ada haram halal.Sedangkan babi haram tak ada halal.sebab itu ramai ust kita pun yang terlingkup bila kena godaan gadis.Ini lah satu mesej dari bangsa sendiri yang menghina bangsa sendiri.Sedangkan hidup berbangsa ini pun bukan manusia yg wujudkan.Kalau berlainan politik pun janganlah sampai bangsa melayu pun dihina macam itu.Sebab itu orangbukan melayu gelak tengok pada orang melayu.Makin pandai buat kerja bodoh.Nampak alim buat kerja jahil.Megahkah ust kalau melayu hina melayu.
salam Ustaz...
Di Malaysia Melayu dah SINONIM dengan Islam.
Malaikat tak tanya bangsa bila kita dah mati TAPI bangsa itu dijadikan Allah untuk kita saling kenal antara satau sama lain...yang mulia disisi Allah adalah iman dan takwa.
Nabi Muhamad saw pun mengaku dia dari bangsa Arab dan ada 12 ~ 13 Rasul dari kalangan Bani Israel
Kita di Malaysia patut bersyukur kerana Allah pilih bangsa Melayu mendokong Islam di Malaysia.Apakah secara kebetulan Melayu ini beragama Islam.
Kalau bangsa itu tak penting adakah kita bersedia menjadi bangsa Lembu,kerbau,kambing atau babi TETAPI mendokong Islam di TANAH MELAYU...?
..dan kenapa Allah jadikah kita berbangsa-bangsa ?
Tuan Anon 9.09 am:
Nampaknya tak dapat juga kita keluar-keluar dari kepompongnya Melayu kita ini.
Bila dikritik dengan keras, kita lari ke dalam kelambunya 'Melayu'.
Bila gagal berhujah kita bersembunyi juga di sebalik hujah Melayu.
Agaknya bilakah kita mampu keluar?
Ya, keluar dari tempurung Melayu itu?
Jangan salah sangka (Saya adalah Melayu yang bukan dari kumpulannya EEE). Bukankah kita sering ditertawakan kerana terlalu kerap menjadikan Melayu itu alasannya?
Bila kita berjaya, ada yang berpendapat bahawa ini semua berkat kouta dan hak-hak keistimewaan sedangkan berapa ramai Melayu yang sangat cemerlang dan berjaya kerana titik peluh mereka sendiri.
Dan bukanlah semua Melayu itu terlalu bagus Islamnya, (termasuk saya). Ada Mat Salleh yang sangat bagus Islamnya. Ada Cina yang lebih baik pegangan Islamnya.
Maknanya: Islam itu bukan milik kita, Melayu.
Oleh sebab itu mestikah kita terlalu bangga kerana kita Melayu? Saya tak fikir begitu.
Wallahuaklam.
Sdr,
1.Kalau kita ke Negara China, India dll...Pastinya yang Allah amanahkan ialah kaum2 tersebut untuk menjaga ISLAM..jadi gitula pada MALAYSIA ni..
2.DEB dll yg manusia cipta untuk memajukan ISLAM dan MELAYU tidak tidak ada salahnya...berapa kerat ISLAM dan Melayu yang berjaya tanpa bantuan dan campurtangan kerajaan..ya semuanya Qada dan Qadar ALLAH,Usaha manusia..bole tak ISLAM dan MELAYU capai sekiranya berada di thai,indon ataupun di singapura..
3.Secara faktanya berapa kerat adanya gol ISLAM dan MELAYU sbg profesional yang berjaya dan jutawan di Singapura...sedangkan dgn kedudukan kaum kedua teramaipun hanya seorang saja dilantik sebagai menteri...
4.Bagi ana soal ISLAM dan MELAYU hanyala mainan org2 politik yang begitu 'gila' meraih kuasa...
5.Jadi kalau kita rasakin kita 'neurtal' elakkanla drp memberi komen yang nampak 'cerdik' tapi 'diketawakan' hingga terkencing oleh kapir dan bukan Melayu..
6.Kecuali kita sendiri berniat utk mempromosikan puak-puak tertentu..
Wallahualam..
adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kel
.....kenapa gusar bila bila orang mempertikaikannya kejayaan kita...lupakah kita pada ISLAM yang kita junjung...Lupakah kita pada sifat 20...
Bukan semua Arab itu bagus Islamnya...dan bukan semua "ANAK DAN ISTERI NABI" menurut perintah Allah....
Kenapa perlu takut dengan QADA dan QADAR Allah ...yang menjadikan kita bangsa Melayu...bukan kita disuruh berbangga ..tetapi kita diamanahkan mendokong Islam di Tanah Melayu....kenapa terlupa berfikir.."KENAPA ALLAH PILIH BANGSA MELAYU untuk menjadi majoroti ISLAM di Malaysia...bukan CINA itu lebih hebat..sehinggakan Nabi pernah bersabda.."tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina..?
Jangan kerana POLITIK kita gagal menyebut YA walaupun Benar...bukankah kita lebih mulia BERKATA YA WALAUPUN PAHIT...
Tuan adibeta,
Kita mula dengan premis dan hujah tuan,
4.Bagi ana soal ISLAM dan MELAYU hanyala mainan org2 politik yang begitu 'gila' meraih kuasa...
(Tak semestinya tepat seratus peratus, seperti tak tepatnya pandangan bahawa politik dan agama tak boleh kita campur adukkan)
5.Jadi kalau kita rasakin kita 'neurtal' elakkanla drp memberi komen yang nampak 'cerdik' tapi 'diketawakan' hingga terkencing oleh kapir dan bukan Melayu..
(Rasanya dalam hal-hal kehidupan dunia dan akhirat, soal 'haq' dan 'bathil' tak timbul persoalan berkecuali atau nuetralnya kita. Contohnya, kita tak boleh bersetuju bahawa mendiamkan diri jika berlaku satu kezaliman itu benar kerana kita memilih untuk 'berkecuali'. Apa kena mengenanya aspek ini dengan Melayu dan bukan Islam? Apakah yang 'haq' itu miliknya Melayu saja?)
6.Kecuali kita sendiri berniat utk mempromosikan puak-puak tertentu..
(Rasanya masih belum lari lagi dari kelambu 'Melayu'. Tamadun menjadi besar kerana Islam, bukan kerana Melayunya)
Bagi saya yang 'tak cerdik ini' kita jadi begini kerana ketabsuban kita yang melampau bahawa Melayu itu segala-galanya dan Islam itu miliknya Melayu.
Jangan salah faham, tak salahnya menjadi Melayu. Tak salah. Tapi Melayu yang macam mana? Islam yang bagaimana pula?
Isu asal ialah kritikan tajam dan perbandingan 'babi' dan 'gadis' oleh penceramah/ustaz kita. Itu saja. Itulah sebabnya kita amat gembira dengan tamsil yang tajam, lucu dan membuka minda. Bukan soal Pas, Umno, PKR atau Dap.
Entah kenapa orang sudah begitu takut sekarang ini. Pada Zunar pun sudah begitu takut sekali. Maaf lari tajuk...
Wallahuklam.
(Tuan, boleh kita berjumpa di Kota Bharu?)
Wallahuklam.
...sejujurnya Melayu berbangga menjadi Islam.....Melayu yang keliru bila berjalan memikul adat di kiri dan memikul Islam di kanan..dan ramai yang gagal mempertahankan Islam bila tuntutan adat mengatasi,contoh paling ketara,"takkan aku tak salam makcik tu ,dia tu sepupu mak" maka terlerailah agam bila Aidil Fitri menjelma...
sdra barajiwa, muridku abanghalim:
selain sukar nak betul SIKAP melayu, rupa-rupanya lebih sukar nak terangkan TENTANG BAGAIMANA CARABERFIKIR MELAYU walaupun Islam sudah jelaskan bentuk-bentuk HARAM DAN HALAL dengan jelas.
Ramai yang tak mampu menangkap pemikiran yang mampu membezakan yang BENAR dengan YANG HALAL.
Salam.
-azizi abdullah
Sebab tu orang bukan Melayu gelak dengan Melayu di Pewrsekutaun tanah Melayu.Kemudian orang bukan Islam hina Islam di dunia barat.Sama-sama sendiri pun macam ulat dalam tahi.Habis nak jadi umat contoh macam mana.Yang bercakap itu tak serupa bikin.Yang mendengar itu pula langsung tak tahu nak bikin apa.Ramai cakap tak serupa bikin.Dia sendiri pun bikin tak serupa cakap.Cuba cari pendekatan yang terbaik dan berhemah.
Maknanya bila sokong apa kata Nik Aziz barulah Melayu dikatakan berubah.Itulah maksudnya.Kita pun paham.
Bagi aku apa pun aku ucapkan terima kasih pada ust diatas cetusan minda yang cukop baik untok faedah kita yang ikhlas.
Salam
Anonymous said...
Maknanya bila sokong apa kata Nik Aziz barulah Melayu dikatakan berubah.Itulah maksudnya.Kita pun paham.
KOMEN : jangan pada padang politik tapi pada ILMU....mudah dan jelas
Bukan soal ILMU tuan hamba..mangkuk hayun yang bercakap itu pun serupa jugalah sedang mencabut rumput dipadang politik.
Yang menghuruharakan fikiran orang Melayu pun bukan siapa:
1.tok guru dalam UMNO.
2.tok guru dalam PAS.
3.tok guru dalam PKR.
Mereka bukan jual ilmu.Mereka jual produk mereka.
Salam dari Anak Muda Sayangkan Melayu
Terpanggil untuk memberi komen sekali lagi bukan kerana penulis adalah pak guru saya.
Cuma sekadar mentermahkan perihal Malayu yang beradap mulia.Melayu jati memperkasakan adat yang tidak bertentangan dengan Agama.Bercakap bersopan santun dan mengkritik dengan hemah.Ibarat menarik rambut dalam tepung.
Yang tua dihormati yang muda dikasihi.
Salam http://www.facebook.com/AnakMudaSayangkanMelayu?v=wall
Bolehkah kita meransang perubahan dan mencetuskan kinsafan dengan megambil pendekatan "menghina",apa lojiknya contoh yang diberi yaitu 'gadis dan babi'.
Yang jelas Melayu yang dudok dikerusi'saya percaya dia mengatakan dia Melayu'menghina Melayu yang dudok bersila dibawah dan Melayu dibawah akan ada "denying syndrom',aku tidak begitu orang diluar sana begitu.
Melayu yang dudok dikerusi akan merasakan kehebatanya memberi hujah yang menarik tetapi apakah kesanya, hanya akan jadi bahan cerita jauh dari menimbulkan keinsafan.
Seorang Melayu hebat mengatakan Melayu tak hebat,inilah kekangan yang banyak membendong perkembangan mental orang melayu,orang Melayu tidak pernah diajak berpikir tetapi disodok dengan sikap-sikap yang gahirah dan cetek sahaja.
Sebenarnya Melayu sudah lama kenal babi.Dan babi pun begitu juga sudah lama kenal Melayu.Begitulah hebatnya pemikirannya bila buat satu perbandingan babi dengan gadis paha gebu.Jangan suroh Melayu lain sahaja beradab.Boleh jadi dia ingat kaki tadah telinga itu semua lekeh drp dia.Barangkali itu pemikiran Melayu yang dia kehendaki.
Setelah mendengar perbandingan antara babi dan paha gebu itu maka mereka yg mendengarnya serta merta menjadi manusia Melayu yg berubah fikiran mereka.
Sdr Azizi,
Begitulah sakit-pedih dan cederanya hati sesetengah insan itu apabila dibuat perbandingan.
Pedihnya tak juga mahu hilang-hilang. Harap tuan dapat paparkan lagi kisah-kisah yang sebegini di dalam laman ini.
Terima kasih.
Kassim Muhamad.
assalamualaikum..saya mengenali saudara azizi sejak saudara mengajar di sekolah ladang dublin,kulim.
bagaimana masa itu saudara hanya memiliki sebuah scooter berulang alik setiap hari.
saya x nak komen tentang pendapat dan fahaman saudara.
tapi alangkah cantiknya jika saudara buang jauh2 fahaman politik saudara.
jadilah pendakwah bebas,bebas dalam berhujah.
tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
saudara ada ilmu,ALLAH kurniakan sedikit kelebihan buat saudara.
gunakan sebaiknya..
Itu lah pemikiran orang melayu yang suka ikut rentak politik yg jadi darah daging dia.Termasuklah pendakwah yang belum bebas dari pemngaruh pemikiran politik yang cukop sempit.Aku ikuti banyak kuliah .Kalau dia UMNO akan diselitnya UMNO.Kalau dia tu PAS diangkatkannya PAS dicelah-celah kuliahnya.Kalau PKR pun begitu juga sikap mereka.Melayu punya pemikiran selubungi unsor parti banyak sangat.Masing-masing ,memjaja jenama secara tak langsung.Itulah puncanya Melayu jadi mundor.Nasib baik makan gaji dengan gomen ada gaji tetap.Kalau tidak ..........
putera. makasar
buruk sangatkah kalau berfaham politik? apakah tak ada sangkut paut politik dengan Islam?
anihnya orang hidup tak mahu politik, tapi dia sebenarnya dikepung alam politik. boleh elakkah? mengelak dari politik, bererti mengelak dari tanggung jawab hidup, mengelak dari tuntutan Islam.
maaf, gesaan saudara saya tak setuju.
itu zaman skuter dulu, zaman ladang dublin. takkan dsalah jadi pendakwah bersama politik? terpisahkan agama dengan politik?
salam
azizi
Pada pendapat saya,semua orang kalut bercakap pasal Melayu ini adalah kerana Kerajaan Pusat yang ada sekarang ini diterajui oleh UMNO. Ditakdirkan bukan UMNO yang menerajuinya, rakyat tak akan kalut bercakap pasal bangsa Melayu.Di Indonesia,Singapura,Thailand, Filifina dan Kemboja ada bangsa Melayu, tapi tak kalut pun cakap pasal asabiyah Melayu.
Tapi malang orang tidak merasa apa-apa, malah merasa hebatnya pula saya, beraninya saya memegang seorang gadis. Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan muhrim kita pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini. bed sheet set online , queen bed sheet sets , premium bed sheets , bridal bed sheets online shopping , all seasons duvet , vicky razai , sofa covers canada , velvet quilt
Post a Comment