Dari kanan, Pak Shukur Harun, Razali Indun, Kasim Mohamad dan Dinsman, di Subang Airport
Sangat mengujakan apabila ‘Paksi’ (Kumpulan penulis dan seniman rakyat) membuat temujanji dengan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) Puan Mastura, jam 2 petang pada 25hb Oktober 2010 yang lalu.
Paksi dengan delegasinya Dinsman, Kasim Mohamad, Razali Indun dan Shukur Harun menemui Pn Mastura bersama pegawai-pegawainya yang baik hati, dalam siri perbincangan bagaimana buku-buku yang ditulis oleh penulis, yang terpinggir dari syarikat penerbitan gergasi itu mampu sampai kepada pembaca, terutama melalui ‘rumah buku’ yang lebih dikenali dengan nama ‘perpustakaan awam.’
Pertemuan yang singkat itu sangat memberi makna. Pn Mastura diluar jangkaan saya dari segi apapun kerana keramahan, layanan atas nama seorang ‘boss’ kepada penulis.
Rupa-rupanya sangat banyak rintangan untuk buku-buku yang ditulis oleh penulis untuk sampai ke tangan pembaca memalui Perbadanan Perpustakaan Awam. Sangat banyak rahsia dan peraturan yang tidak diketahui oleh penulis dan sebahagian besar perpustakaan awam memeram peraturan itu yang entah apa sebabnya.
Dalam pertemuan itu barulah tahu rupa-rupanya bukan semua Perbadanan Perpustakaan Awam mengenakan peraturan kemasukan buku yang sama. Ada sesetengah perpustakaan nampaknya sengaja menyembunyikan untuk bagaimana buku penulis itu sampai ke perpustakaan atas sebab-sebab tertentu. Tapi ini menggambarkan seolah-olah, buku-buku yang hendak sampai ke perbadanan perpustakaan bukanlah dari penulis tetapi mestilah ‘sebuah rekomen’ dari sebuah syarikat yang diberi ruang mendaftarkan diri.
Pn.Mastura dengan dua pegawainya sedang berbincang
Banyak hal yang kami mendapat maklumat apabila Pn. Mastura berkongsi saranan. Nampaknya Pn Mastura sangat bersedia membuka jalan dan ruang untuk penulis yang hendak menyampaikan buku-buku mereka kepada Perbadanan Perpustakaan.
‘Tidak susah, cuma mahu atau tidak saja,’ begitu kami berpendapat.
Tapi soalnya mengapa kebanyakan Perbadanan Perpustakaan Awam seakan tidak berminat, tidak berupaya, apa lagi berusaha mendapatkan buku-buku dari penulis itu sendiri. Yang berlaku sekarang, sesetengah Perbadanan Perpustakaan Awam boleh membeli buku penulis anak negeri tersebut tetapi tidak membeli dari penulis negeri lain, melainkan kena membeli melalui syarikat yang sudah dilantik.
Pn Mastura saya dapati sangat mengerti masalah buku-buku seperti ini. Selain memberi penghargaan kepada penulis, beliau mahu sesebuah buku itu mesti sampai dan ditatap oleh semua orang.
Terima kasih Pn. Matura dan pegawai-pegawainya. Semoga hajah yang akan dikerjakan pada 28hb Oktober 2010 akan dimabrurkan oleh Allah .
8 comments:
salam tuan,
boleh saya tumpang bertanya...kasim mohamad yang di dalam gambar itu adakah seorang jurutera pesara JPS?
nampak macam iras2nya kerana beliau memang aktif dalam puisi.
jika benar dia.....memang saya mengenalinya.
terima kasih
Salam tuan al-brangi Online,
Terima kasih tuan, terima kasih kerana sudi memaklumkan.
Ya, benarlah begitu. Sila tuan lawati dan ulas sebarang pandangan yang tidak tepat dalam blog:
http://barabarajiwa.blogspot.com
Mohon betulkan mana-mana pandangan yang tidak tepat atau/dan mengelirukan supaya kita sentiasa diredhai.
Teguran dan tunjuk ajar kawan-kawan amat mustahak.
Wallahuaklam.
Kassim Muhamad
amboih, turun sini tak habaq dah la ni. Takut kita bawa dia jumpa abang zul ka?
Benuasuluk,
Bila habak kat hangpa, aku yang kena juga. Setidak-tidaknya teh tarik.
Tak apa, nanti yang resmi kita gebang lama-lama. Rindu kat rahimidin dan samsudin tu. Depa ke negeri sejuk, tentu ada cerita.
Syabas Ustaz kerana susun atur blog yang menarik, cuma kalau ombak berombak lebih baik seperti burung terbang dulu.Dah lama tidak masuk komen blog ustaz.(ajilah)
Assalamualaikum.
Tumpang lalu. Selain buku yang disarankan melalui pembekal, para pengguna perpustakaan dan staf perpustakaan sendiri pun diberi peluang yang sama (mencadangkan buku-buku yang patut dibeli). Cuma sama ada buku yang dicadangkan itu akhirnya sampai ke perpustakaan atau tidak, itu cerita lainlah pula.
Perpustakaan sepatutnya bebas dari pengaruh politik, dan bertanggungjawab menyediakan maklumat tanpa pilih kasih kepada penggunanya. Tapi adakala parti yang memerintah itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap polisi perpustakaan juga. Alhamdulillah, perubahan itu telah dilakukan secara berdikit di PPAS.
AJILAH
Saya tak pandai pun buat blog ni. Perubahan ini dilakukan oleh anak saudara, Pian. Saya tak tau apa pun, malah nak masuk bahan pun kena bagi pada dia.
Tapi terima kasihlah kerana dia ni banyak tolong Paklongnya.
Dia ni orang setiataat dengan mantan mufti, tau tak?
azizi
Juliana,Masa saya mengadap Pengarah PPAS, Pn mastura, Juliana katanya ke Penang.
Kalau tidak rasa nak jumpa juga.
Apapun baguslah dasar yang ada ni.
Kalau boleh diikuti oleh semua, baguslah.
-Salam
-azizi abdullah
Post a Comment