10 TONGGAK REMAJA HEBAT

Posted by Tukya Labels:



Ketika menghadiri ceramah di Dewan Melenium Kepapa Batas Seberang Perai pada 19hib Disember 2010 Ahad 9 malam yang lalu saya didatangi seorang anak muda lalu menyua sebuah buku nipis setebal 58 muka.


‘Terima kasih,” kata saya dan kemudian saya melihat tajuknya; 10 TONGGAK REMAJA HEBAT.

Saya sangat tertarik buku kecil ini dan terpanggil untuk menelitinya kerana kehebatan tajuk yang diberikan. Rupa-rupanya penulis Sulaiman Hassim dan Adlan Abd. Aziz adalah dari kumpulan anak muda yang menamakan diri mereka melalui blog ‘Pemuda Iman.’ Saya mengkagumi kumpulan anak muda ini kerana meletak usaha berdakwah di agenda hadapan dalam kehidupan mereka.

Ada satu bahagian yang sangat menarik. Saya sangat berharap jika buku kecil ini dimiliki oleh anak-anak muda dan sangat berharap uslub dakwah ini didaya usaha oleh masjid-masjid, surau dan tuan-tuan guru dalam kaedah mengajak para remaja menegak tonggak kehebatan mereka.

Oleh itu sangat mustahak jika buku seperti ini ada di perpustakaan masjid, surau dan mana-mana korporat atau mereka yang berada, patut membeli dan diedarkan kepada rumah-rumah persatuan remaja.

Jabatan Belia dan Pejabat belia negeri dan daerah patut juga melihat ini sebagai bahan bantu kepada remaja yang selama ini kita mendedah hal-hal budaya dan kesenian rakyat.

Dalam bahagian ‘Mendisiplinkan REMAJA’ buku ini telah menyorot beberapa teori punca salah laku dan masalah pelajar. Tentang teori fungsionalisme, teori konflik, teori subbudaya, teori interaksionisme dan lain-lain lagi memungkinkan membantu remaja memahami masalah yang mereka hadapi.


Yang lebih menarik penulis menurunkan beberapa cadangan mendisiplinkan remaja supaya jadi hebat.

Saya teringat satu kata-kata Arab atau saya tidak pasti ia sebuah hadis (Maafkan saya) yang berbunyi; Laisal fata man yaqulu ka na abi…Innal fata man yaqulu ha, anaza!

Ini kehebatan remaja sebenarnya.

Ada 16 cadangan mantap, kemudian diperturunkan pula peranan remaja. Pendek kata ia merupakan sebuah buku rengkas untuk mengurus hidup dunia remaja.

Anak muda yang menulis buku ini, Sulaiman Hassim memiliki Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan manakala Adlan Abd. Aziz Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan.

Menurut yang tercatat harganya RM8.00 dan boleh dihubungi melalui alitantawi.blogspot.com

4 comments:

  1. jab sp

    Saya menunggu dengan sabar selama beberapa hari untuk melihat apa komen dan ulasan pembaca berhubong dengan posting Chegu kali ini.Tunggu punya tunggu,tiada komen,elek.
    Rumusan dangkal saya,inilah kita(maknanya termasuklah saya).Bila tajuk politik,tindak balas segera akan dapat kita lihat.
    Nak salah kawan kawan kita pun tak bolih juga,bagaimana nak komen kalau buku yang dikatakan itu,pegang pun tak pernah.
    Tak apa lah,tak baca pun pakai teka teka apa yang ada dalam buku itu pun cukuplah.
    Sewajarnya kemunculan buku ini perlu dihargai.Dan buku ini hanya menambah senarai dari senarai yang sedia ada.Buku dibagi,dibaca tetapi tak laksanakan pun tak ada maknanya.
    Pendidikan awal zaman sekarang bermula pada usia terlalu muda.Bukan macam zaman kita dulu.Anak saya dihantar ke Tadika pada usia 6 tahun,manakala cucu saya pula berada di pusat asuhan sejak dilahirkan dan bertukar ke PASTI pada usia 5 tahun.Samada Tadika atau PASTI,kaedah didikan secara Islam kita menjadi keutamaan.Belum jejak alam persekolahan sebenar pun mereka sudah lebih pandai dari kita dalam membaca doa doa dan memahami konsep ibadat mengikut Islam.
    "Wawan,rokok dan dadah sama bahaye kan?".Itu diajar dan itu difahami dan itu diminta kita lakukan.
    Tetapi adakah apa anak cucu dapat di Tadika dan PASTI ini akan terus kekal bila mereka jejak kaki ke alam persekolahn yang sebenar.
    Tarbiah melalui usrah sudah menyimpang jauh,seakan akan tiada lagi dimasa kini.Saya masih ingat sewaktu kita didalam ABIM dulu.Tarbiah dan usrahnya begitu menyakinkan.Hala tujunya jelas,tiada menyimpang.Ia membawa kita kearah perpaduan yang sebenar,mendisiplinkan diri dan membawa pada mejiwai pemuda pemudi Islam.Tetapi sekarang,hendak lihat remaja berada di surau atau masjid pun susah.Kalau ada hanya mungkin pada hari Jumaat.
    Chegu,pasai apa berlaku macam ni.
    Adakah Sistem Pembelajaran kita jadi puncanya?.Sistem berubah apabila menteri berubah?.Menteri betina pun terhengeh mau Subjek Sex diajar di sekolah.Kalut dan memang kalut.

  1. jab sp

    sambung sikit lagi

    saya masih ingat lagi bagaimana keadaan dan suasana pejabat di jabatan jabatan kerajaan sewaktu mula mula bekerja dulu.
    peninggalan budaya mat saleh masih utuh dan diamalkan."yam seng" dan pesta tari menari adalah sesuatu yang wajib bagi setiap majlis yang diadakan olih jabatan.tidak kira samada ianya majlis perpisahan kerana bersara,bos bertukar apabila mendapat kenaikan pangkat atau sambutan tahun baru,aktiviti merosakan moral ini mesti menjadi acara acara tetap.itu belum lagi termasuk beberapa acara mingguan yang menjurus kepada activiti perjudian yang dilakukan di kelab kelab jabatan.
    benih benih yang keluar hasil usaha ABIM mula memasuki jabatan jabatan setelah keluar daripada UM,UKM dan ITM(sekarang UITM).Reformasi budaya dan dispilin ke Islaman pula dilaksanakan.Pesta pesta maksiat mula ditinggal.Yang memang haram ini telah mula diharamkan melalui arahan pekeliling jabatan.Kuliah kuliah waktu rehat tengah hari dan mingguan dimulakan.Tudong tudong walaupun singkat mula menjadi trend yang akhirnya bertukar menjadi kewajipan.
    Jatidiri ini tidak terhenti setakat itu saja.Bahasa menunjuk bangsa diberi tempat semula.Berhubong dengan jabatan kerajaan,hanya Bahasa Melayu saja yang disahkan sebagai bahasa perantara.
    Chegu,inilah penangan anak muda sewaktu itu.Bolih mengubah apa yang perlu diubah.
    Siapa pemimpinnya ?,ada beberapa nama,tetapi carilah sendiri kerana takut bila disebut akan berkata,patutlah...

    Sebenarnya apabila buku 10 Tonggak Remaja Hebat dikeluarkan,cahaya yang bersinar pada satu waktu dulu telah lama padam,bukan berkedip kedip lagi.
    Dan padamnya cahaya ini tentu ada sebabnya.Siapa memadamnyaya?

  1. Anonymous

    sdra JAB
    biasalah. orang melayu membaca bukan budaya.sebab tu kita jadi orang pemalas berfikir kemudian berbahasa pun naif.
    tapi alhamdulillah, sebaik saya blogkan, perpustakaan selangor yang
    pertama nak pesan.
    tapi politik pun tak jauh, jab.
    cangkat. bagi mereka politik macam umno saja yang boleh perintah, parti lain tak boleh.macam tu lah kita

  1. myslot

    เราอยากให้คุณดู หนังออนไลน์ดูหนังออนไลน์สนุกทุกวันได้เลย The Avengers ดิ เอเวนเจอร์ส 2012

    https://www.doonung1234.com/