CARA BAHAGI DAN BANTU UMNO

Posted by Tukya Labels:


Banjir di Kedah 2010


Perangai buruk Umno bukan saja muncul sewaktu petaka banjir yang melanda Kedah baru-baru ini. Imej buruk Umno dengan canang-gendang hendak memberi bantuan kepada mangsa petaka banjir ini, bukan saja selepas peristiwa banjir. Sebenarnya ia sudah menjadi darah daging; kalau bukan Umno, tidak akan berlaku seperti itu, demikianlah bidalan Melayu baru.. Ia ‘semacam’ sama dengan kata-kata; kalau tidak mungkir janji, bukan yahudi namanya!.’

Perangai dan imej buruk Umno ini sukar hendak buang bilamana sesuatu bencana atau bala berlaku kepada rakyat, ketika itulah perangai buruk Umno dengan imej keUmnoannya berlaku sewenang-wenangnya.

Dalam ertikata yang lain, Umno akan menjadi orang yang tidak segan dan malu menjaja kebaikan dan keikhlasan tetapi kemudiannya memungkiri dan bermain tipu pembohong. Bagi mereka dengan cara mencanang dan megah ini akan terserlahlah kebaikan Umno dan akan lenyaplah imej buruk kepada sebuah parti yang menjadi pembela rakyat.

Rupa-rupanya Umno lebih seronok mencanangkan bantuan untuk rakyat tetapi sangat bodoh ketika menyampaikan bantuan itu. Umno selalu tersalah kira dan congak yang tidak betul; dengan bantuan rakyat suka sama kita, begitu kata Wayang Kulit Asun.

Keluhan dan komplen rakyat yang menjadi mangsa banjir di Kedah melalui Sinar Harian keluaran 11 Disember 2010, bagaimana pembahagian-bantuan kepada mangsa banjir itu hanya bagi mereka yang menyokong Umno dan bukan kepada mangsa, bukan saja mencerminkan dulu, kini dan selamanya perangai bodoh sombong Umno ini, tetapi merupakan sebuah parti yang dianggotai oleh sebahagian congok dan haprak yang selalu salah perhetungan. Mereka sangka dengan bantuan kebendaan yang bercopkan ‘kati’ kemudian disampaikan oleh ‘ketua bahagian’, ‘ketua cawangan,’ ‘ketua perhubungan’ atau ‘JJJJKKKKKKKK’ maka rakyat akan terkerisin seronok dan akan gahlah satu dunia untuk mengatakan inilah parti yang perihatin, parti yang terbaik dalam dunia dalam membantu rakyat.

Sangat sedih apabila Perdana Menteri sekalu Presiden Umno memberitahu beratus juta bantuan kepada mangsa banjir akan diberi, tiba-tiba berlaku seperti apa yang disungutkan oleh sebahagian rakyat yang dinafikan hak mereka. Sama ada ia melalui Kelab Putera atau Kementerian Masyarakat atau Kerajaan Persekutuan, maka apabila berlaku penyelewengan dari kalangan ‘cokia-cokia’ peringkat negeri dan kawasan, adalah sangat memalukan Umno dan sepatutnya pemimpin bahagian, pemimpin peringkat negeri yang berbuih di mulut sama banyak dengan buih banjir yang mengatakan bantuan akan diberi tidak mengira parti.

Tradisi memberi bantuan kepada mangsa bencana nampaknya Umno masih tidak mau belajar dan sedar dari pengalaman masa lalu. Umno masih beriktiqad, yang afdalnya memberi kepada ahli dan penyokong kita, bukan kepada mangsa musibah. Kita tidak tahu kitab dari mana Umno ini belajar.

Sepatutnya 10 ulama muda dalam Umno mesti membaca kita bab sedekah, bab derma, bab memberi bantuan kepada mangsa yang diperlukan kepada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan seperti ini. Tapi nampaknya ulama muda ini macam tidak ada ilmu tentang itu.

Inilah imej Umno, memberi bantuan, memberi apa-apa saja hanya kepada kroni, ‘orang kita’ dan mereka tidak peduli tentang ‘orang berhak’.

Ketika kejadian THUNASI beberapa tahun yang lampau di Kuala Muda Kedah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapat aduan dari rakyat di mana bantuan yang mereka terima tidak sepatutnya. Saya dengan beberapa pegawai lain turun ke Kuala Muda. Kami hampir menitis air mata melihat beberapa keluarga menyerah kepada kami tiga empat kilo beras yang bercampur dengan BATU-BATU TAR.

“Tengoklah, begini yang diberi untuk kami makan” kata seorang mangsa thunami. “Beras yang bercampur dengan anak-anak batu,” kata mereka. Itu tidak dikira lagi bagaimana tilam-tilam bertimbun-timbun tidak diberi kepada mangsa waktu itu, tidak di kira lagi bagaimana ‘pegawai’ mereka membuat tuntutan sebuku sabun mandi rm2.50 ketika ‘berkorban sukarela’ di Kuala Muda.

Kenapa jadi begitu? Rupa-rupanya kawasan rumah tersebut dikenali sebagai puak-puak yang bukan Umno.

Dan banyak lagi tentang bantuan yang diagih dan diedarkan oleh Umno menjadi edar hanya kepada puak-puak, bukan kepada mangsa yang sepatutnya.

Kita sangat hairan, mengapa mereka yang bertanggung jawab hal ini masih bersikap begini. Apakah anggapan bahawa dengan memberi bantuan kepada ‘orang kita’ maka parti akan semakin kuat?

Mereka melakukan apa saja

Atas nama Umno yang berimej Umno, mereka akan melaklukan dalam semua bentuk dan semua perkara jika mereka diberi kesempatan.

Baru-baru ini saya sangat berbesar hati kerana mendapat surat DIANUGERHKAN BUDAYAWAN KEDAH dalam kategori sasterawan/penulisan. Saya diminta datang ke kedai tukang jahit di Alur Setar untuk mengukur sepersalinan baju Melayu tradisi.

Sangat berbangga kerana anugerah itu anugerah dari Kerajaan dan ia lanjutan dari anugerah yang pernah dibuat oleh kerajaan Umno dulu.

Anugerah Budayawan ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Kedah, di bawah Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sokan, Dr. Hamdan Mohd. Khalib.

Majlis Kebudayaan Kedah ini saya pernah menjadi AJK lantikan selama dua tahun di tahun yang lalu. Majlis itu sebenarnya lanjutan majlis kebudayaan lama di zaman Umno dulu. Dalam ertikata yang lain semua AJKnya kebanyakan ahli Umno atau penyokong tegar Umno. Dr. Hamdan, walaupun Exco Kerajaan Kedah dari Pas, beliau nampaknya tidak ketauhi sangat karenah dan perjalanan Majlis Kebudayaan ini, disebabkan beliau masih baru, kurang pengalaman lagi. Bagaimanapun cara pengurusannya nampak sedikit mengalah dengan kepala-kepala ‘mantan’ Umno ini kerana mereka sangat pandai berpura-pura.

Apabila satu usul diluluskan tahun lalu supaya satu anugerah kepada budayawan disambung semula seperti yang diberi kepada Dato Shafie di Baling dulu dan Pak Arfini, maka tahun ini pun anugerah itu diteruskan.

Saya di antara empat orang yang dipilih diberi anugerah ini, demikian menurut surat dan diberitahu melalui telefon. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?

Saya mendapat tahu, sebenarnya tidak ada nama Azizi Hj Abdullah. Tidak dicalonkan walaupun saya dianggap sebagai penulis dan budayawan yang agak lama berkecimpung di Kedah dan saya adalah anak Kedah.

Hanya empat nama sahaja dicalonkan. Dan nama-nama penal pemilih itu adalah dari kalangan Umno, penyokong Umno tapi kononnya di atas nama badan-badan kebudayaan. Ertinya baju lain tapi tubuh yang itu jugalah.

Saya tertanya-tanya kenapa nama saya tidak ada pun. Atas sikap terbuka dan profesional, saya menerima kerana mungkin yang dipilih itu lebih baik dari saya.
Tapi bila diselidik yang dipilih itu tak seberapa pun tapi kerana mereka adalah anggota Majlis Kebudayaan dan mereka jugalah yang menjadi pemilih, maka mereka sendirilah yang memilih mereka. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak ada Murad Ibrahim, seorang tokoh budayawan yang menghabiskan usia dan tenaganya kepada budaya Kedah? Kenapa tidak ada tokoh lain lagi?

Kenapa pula saya yang tidak ada nama dalam senarai pemilihan, tiba-tiba tersangkut nama?

Rupa-rupanya sememangnya mereka tidak suka kepada orang Pas maka kerana itu mereka tidak memilih pun. Tetapi apabila nama-nama itu diserah kepada Menteri Besar untuk diluluskan, maka timbullah pertanyaan, mana dia Azizi Abdullah? Maka terkial-kiallah jadinya.

Dr. Hamdan sangat sedar hal itu tapi sebagai orang profesional beliau tentulah tidak mahu menunjukan besar kepalanya kerana baginya penal yang memilih itu tentulah dari kalangan profesional. Rupa-rupanya mereka hanya dari penal Umno totok.

Maka, apakah saya dianggap sebagai budayawan parti politik Pas atau bertaraf negeri?
Saya tidak mahu mengulasnya. Tetapi penal dari kalangan AJK Majlis Kebudayaan itu nampaknya tidak terbuka intelektualnya dan masih dikongkong oleh karat-karat Umno maka kerana itu mereka pilih ‘orang depa’ saja sebagai Budayawan Kedah. Haa...haaa...hebat.

Demikianlah apabila kita nak menyebut tentang Umno dan cara pemilihan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

11 comments:

  1. barajiwa

    Sdr Azizi, inilah pandangan untuk kita kongsi bersama rakan-rakan yang lain. Tolong/sila betulkan jika ada yang tak tepat:

    Tugas budayawan bukanlah sekadar mengintai ruang dan ‘peluang cari makan.’ Budaya yang tulen itu – (seperti cintakan kebenaran) ― sangat tinggi kedudukannya, lebih tinggi dan terhormat daripada menjadi wadah@alat untuk para budayawan ‘mengaut’ peluang.

    Oleh sebab itu betapa mendalam dan besar sekali pun cinta dan kecintaan seseorang budayawan itu kepada Umno/Pas (parti pujaannya), institusi-institusi itu tetap parti-parti politik.

    Lebih penting, parti-parti politik bukanlah ‘berhala’― tempat orang menagih habuan.

    Wallahuaklam.

  1. Anonymous

    Ateh, hang nak sgt ke anugerah tu, kata drp org2 kapir dn biul, buat apa dok mengendengkan anugerah semacam itu....maknanya hang ni org duniawi juga....azizan lbh haprak drp yg haprak, hang buta ka?

  1. Anonymous

    Ass..kum Ustaz, bila saya baca comen Ustaz di tajuk "CARA BAHAGI DAN BANTU UMNO". Saya baca waktu lewat malam dah.

    Awat ustaz buat komen fasai bab ni, ustaz pakai apa yang ditulis dalam sinar harian saja?. Daripada maklumat itu ustaz tulis, ulas dengan komen-komen yang amat memalukan. Tak kena ustaz, tak kena.

    Tapi oleh kerana saya amat tahu yang ustaz niii... mmang orang kuat PAS, makaaa.. sesuailah ustaz membuat komen saperti itu. Berasas daripada apa yang ditulis dalam Sinar Harian ustaz menggunakan bahasa yang sungguh-sungguh indah, sungguh-sungguh kesat dan sungguh-sungguh memalukan apabila dilihat ustaz sebagai saorang budayawan.

    Jika budayawan, saharusnya punya kridbeliti yang tinggi moralnya. Tapi ustaz pada saya amat rendah moral, kerana punya kebolehan menulis, tetapi menulis dengan tiada bahan yang jelas hasil siasatan ustaz sendiri disamping bermirip kapada satu pihak yang umum amat mengetahui, mereka ini, jika ada orang menyapu cat dirumah mereka, pun mereka kata orang menyapi tahi dirumah mereka. Iyyaaa orang semua tahu bahawa ustaz amat kuat menyokong PAS. Pada saya, ustaz bukan budayawan. Amat silap ada pihak menilai ustaz sebaga salah seorang budayawan dinegara ini.

    Sabenarnya, ustaz adalah kaki tutuh orang dalam penulisan.

    Mai laaaa... siasat sendiriii... yang dapat bantuan banjir baru-baru ini dari Kerajaan (Kerajaan BN Pusat), adakah semua orang UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP sajaaaa...?. Puak PAS, PKR dan DAP pun semua dapat. 45,000 lebih yang berdaftar semua dapaaaat. Tuan-tuan punya sawah padi luas beribu-ribu hektar yang tenggelam, binasa, yang terdiri daripada anggota semua parti, semua dapat duit yang diberi satu hektar rm850 tuuu.. Awat cerita macam nii ustaz tak mau tulis? Awat cerita seorang mangsa yang berungut dalam akhbar sinar tu ustaz ghairah sangat nak tulis?.

    Lepas tu ustaz cerita pulak, ustaz tak sangka orang menilai ustaz sebagai budayawan. Awat yang tu pun ustaz nak cerita sendiri kat orang? Bagilah orang lain cerita pasai diri ustaz tuuuu.... nampak sangat ustaz niii 'masuk bakoi angkat sendir'.

  1. Anonymous

    Sekurang-sekurangnya depa buat juga.
    Yang tak buat apa langsung tu macam mana?

  1. tungkaran hati.blogspot

    Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
    keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal..!

  1. Anak Perelih

    sumber rujukan dia adalah Sinar Harian, satu akhbar MSM, bukannya Harakah milik PAS... jadi sumber rujukan tersebut adalah lebih seimbang daripada Ustaz Azizi mencari maklumat sendiri yang mungkin ianya akan bias kepada PAS kerana dia orang PAS...

    memang la bantuan BN kata akan kepada semua, tetapi bila ianya diagih agihkan diperingkat cawangan??? apa jadi... macam kes bantaun Tasunami dulu..???? bantuan diberi kepada adik beradik yang setengahnya tak terlibat pun... orang Kota Kuala Muda dok nampak benda ni jadi depan mata... ada yang dapat rumah bantuan selepas Kedah bertukar tangan kepada PR sedangkan mangsa tersebut bekas askar dan bukan orang PAS/PKR pun... Sebab tu BN boleh terlepas Kedah.... kalau tak mesti Kedah masih dalam tangan BN....

    Bodoh punya puak puak UMNO ni...

  1. Anak Perelih

    dan kenapa bantuan tak boleh diberi dalam konteks Government to Government... ??? dimana pegawai kerajaan pun termasuk sama bersekali dengan ramai kakitangan kerajaan negeri yang menjadi ahli ahli UMNO??? kenapa harus melalui parti BN??? nampak sangat BN tak menghormati kehendak rakyat... sebab itu BN terus tidak mendapat sokongan rakyat...
    PRU 2008 hanya ujian oleh rakyat kepada PR dan BN..! dan BN gagal dengan cemerlangnya....

  1. Anonymous

    Anda semua, ramai yg baca saya godam umno maka mereka marah sedangkan saya kritik cara bantuan yg dikelola oleh umno. Inilah malangoya kita tak tahu membaca tanpa menilai-maaf, barangkali inilah kejahilan saya-azizi

  1. Anonymous

    Salam ustaz, bila ustaz dah lepas geram pukoi UMNO cukup-cukup ustas minta maaf.

    Apa yang baik, sebagai budayawan yg telah diiktiraf moral tulisan ustaz biar benar-benar sebagai budayawan.

    Siasat cara bagi, walau pun parti yang bagi, sebagai parti yang bertanggung jawab, dibagi kapada semua rakyat yang terlibat dengan malapetaka banjir, tak kira mereka penganut parti apa. Apa itu tidak betul?. Jika ada benda daripada parti ustaz, bagi saja lah, orang pun boleh bagi terima kasih. Tapi, dah parti ustaz tak mampu nak buat/bagi, walau pun melalui Kerajaan Negeri. Jadi, parti ustaz tak dapatlah terima kasih dari rakyat.

    Yang eloknya, macam ustaz azizan dah buat, bagi terima kasih jeeee... Kita ingat dah ok laaaa... tiba2 ustaz pulak, budayawan konon, tutuh lagi, hanya kerana baca sinar harian. Apaaa...niiii?.

    Yang ustaz kata cara bagi. Ok, tang mana yang salahnya, apabila semua orang terlibat dapat?. Sebagai budayawan yang biasanya punya hati yang bersih, suci dan perihatin dengan pertolongan sesiapa puuuunnn... bagilah terima kasih.

    Si berangan

  1. Anonymous

    SDRA SI BERANGAN,
    JANGAN INGAT SAYA TIDAK TERJUN KE PETAKA BANJIR YANG LALU. DAN PENGLIBATAN SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PAS.SAYA JUGA TIDAK BERSUARA ATAS NAMA PAS.
    UNTUK PENGETAHUAN SDRA BERANGAN, SEJAK PAS PERENTAH KEDAH, SAYA TIDAK PERNAH MELIBATKAN DIRI SECARA KHUSUS DENGAN PAS. SAYA CUMA MELIHAT PAS DARI LUAR.
    BAGAIMANAPUN SONGLAP DAN 6TIDAK TELUS CARA UMNO MEMBAHAGI DAN BANTU KEPADA MANGSA MUSIBAH DALAM BENTUK APA PUN, INILAH YANG SAYA PERSOAL. INI BUKAN SEKADAR BANJIR TETAPI SEJAK DULU. SEBAGAI CONTOH PETAKA TSUNAMI DULU.
    MEMANG UMNO BAGI TAPI TAK TELUS. JIKA TIDAK MASAKAN ADA SUNGUTAN. HAL TAK TELUS INI BUKAN KEPADA PAS SAJA, SESAMA UMNO PUN MAIN CEKUP DAN TANGKAP.
    JIKA SDRA ADA DATA DAN KAJIAN TENTANG BAGAIMANA SELEWENG DAN SONGLAPNYA DUIT KERAJAAN, DUIT ORANG AWAM YANG DISELEWENG, YANG TIDAK ADIL DIBANTU KEPADA RAKYAT,BARANGKALI SDRA AKAN TERSENTAK. SDRA ADAKAH FAKTA PENYELEWENGAN TENTANG DUIT PPRT MISALNYA.
    TAK APALAH, SDRA BOLEH PERTAHANKAN YANG SDRA ANGGAP BETUL, TAPI TIDAK SEMESTINYA SAYA AKUI YANG ADA PEMBAHAGIAN DARI UMNO. BAGUSLAH, TAPI YANG SAYA KATA IALAH DARI SUDUT TIDFAK BETULNYA. JIKA SDRA JADIKAN UTUSAN MALAYSIA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN, MASAKAN SINAR HARIAN SDRA BOLEH MENAFIKAN?
    SALAM.-AZIZI

  1. Anonymous

    Si Berangan.. anda memang betui terkena!! ustaz azizi, hamba selut anda. Kilasan yang cukup bernas... salam