Memetik dari Malaysiakini 1 Disember dan sebelumnya, teringat iklan tentang Astro dulu. Dengan lidah terkodek-kodek orang tua itu kata ‘Macam-macam ada.’ Hasilnya menjadikan sesetengah orang naik biul, pening dan bengang. Tak tahu lagi yang mana kura-kura, yang mana pelanduk.
1.
Mursidul Am Pas kata, Pas bersedia menerima perlantikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan, seperti syarat yang termaktub dalam Dasar Kebangsaan Negara Islam.
“Ini Negara demokrasi!” kata Mursidul Am itu.
Fullamak! Sesekali Mursidul Am ini selalu ambil jalan songsang. Ketika arus mengalir ke kuala, Tuan Guru ini berkayak ke hulu.
Memang tak ada apa halangan pun. Demokrasi, katakan. Tapi sesekali naik terbeliak mata juga kita. Kenapa asyik melayan isu sahaja sedangkan sekarang ini Pas dah lupa perjuangan teras keIslaman. Bukan saja di Kelantan sepi senyap hal-hal perundangan dan hukum tapi di negeri-negeri lain juga, macam Kedah, sepi senyap tentang undang-undang dan hukum Islam. Tak pernah timbulpun dalam Dewan Undangan tentang kaedah melestarikan imej Islam.
Sesekali, ada baik pakat-pakat duduk semeja, bermuhasabah pula tentang teras dan dasar Pas. Jangan terbawa-bawa sangat dengan rentak tari Pakatan.
2.
Dato’ Seri Anuar Ibrahim pula menangkis tentang ribut taufan tuduhan terhadap Wan Azizah yang menyentuh tentang ketuanan Melayu. Katanya: PKR menolak konsep Ketuanan Melayu kerana konsep itu hanya mencerminkan hubungan ‘Tuan’ dan ‘hamba’.
Cup-cup Sultan Selangor pula berkata, entah sindir siapa atau Lillahitaala kerana sayangkan bangsa, lalu tersiarlah berita Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga, sanggup menggadaikan bangsa sendiri. Semuanya kerana matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem raja berperlembagaan disemak dan dikaji semula.
Astaga…. Mat Marhaban pun berwirid Asmaul Husna. Pening kepala nak kata, apanya…. apanya… blaa… blaaa… blaaa.
Saya yang tak mengaji ini pun masih ingat, kalau tak silap seorang Perdana Menteri Melayu satu ketika dulu pernah memain peranan tentang hak-hak raja dan kedaulatan. Apakah Baginda baru tersedar hal ini di hujung tahun 2010? Tak pula berani ditegur, apa lagi merasa dukacita dan murka.
Titah Baginda lagi: Sejarahwan Barat tulis mengenai Tanah Melayu, Negeri Melayu, Raja Melayu. Itu bukti Barat iktiraf adanya Melayu memulakan sejarah Negara ini.
“Beta sedih dengan generasi sekarang yang malu mengaku Melayu!” titah Baginda lagi.
Ya Tuhan…saya tak mengaji tinggi. Tapi buku dalam almari buruk, ada sebuah buku “Mitos Peribumi Malas’ Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina danam Kapitalisme Penjajah, terbitan Dewan Bahasa 1991.
Puuuuhhhhh! Ya holakk-holakkk! Dalam buku itu penuh catatan dari orang Barat menggambarkan Melayu ini hancai, suka bersiput babi, sabung ayam, penipu, pemalas dan lain-lain.
Macam mana ni? Buku itukah yang tak betul atau penulis Baratkah yang sasau? Fuhhhh, nampaknya kita kena mengaji lagi.

Tanya Pak Kasim Daun Ketom, setahu aku penjajah memang jajah tanah Melayu tapi yang makan Melayu, yang pekena Melayu, yang hambat Melayu, yang kelentong Melayu, yang ubah ketuanan Melayu, yang melinglong Melayu, siapa?
Orang Melayu juga! Bila? Ketika orang Melayu mula berkuasa? Bila? Bila-bilalah. Yalah, bila?
Tanya sama ular, apa pasal makan katak?
Cup-cup Dr. Mahathir pula kata, lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia Berjaya. Mengasimilasikan diri menjadi satu!
Aikkkk! Dulu kata 1 Malaysia samar, kabur, kelabu asap, tak jelas. Aik, tak mengapa pula kata lupakan keturunan, pada hal orang yang kata tentang ketuanan Melayu yang berkonsepkan hanya ‘Tuan’ dan ‘Hamba’ macam tongkang pecah.
Dengan rasa rendah hati, tawadduk dan hina dinanya, silalah baca kalau ada lapang buku bertajuk JIWA HAMBA. Bab-bab macam ini sudah ditulis sejak tahun 2007 lagi.
3.
Saya terkejut lagi, sampai terpanggung macam kucing terkejut. Persatuan Sejarah Cawangan Kedah desak Kerajaan Kedah, bukan selayaknya menuntut cukai RM10 juta atau RM100 juta dari kerajaan Pulau Pinang tapi yang sepatutnya tuntut kembali Pulau Pinang kerana faktor sejarah, Kedah masih lagi terima duit pajak dan duit pajak itu bererti Pulau Pinang masih hak Kedah.
Aik… ini cakap Mat Piah Seberang Nyonyakah atau Persatuan Sejarah? Yang dok lama dulu, batuk pun tidak. Yang saya hairan, berani pula bersuara macam itu. Kata Din Bukit Tembaga, faham-faham sajalah. Lalang bukan boleh menyacak canggang angin.
Aduhhhhh, harap-harap Kerajaan Pas tidaklah jadi pakyet Alur Mengkudu.
Di bawah ini dipetik dari buku PERJANJIAN & DOKUMEN LAMA MALAYSIA, Old Treaties & Dokumens Of Malaysia 1791-2965. Buku ini saya dapat percuma dari Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia, Mohd. Khir Ngadiron. Saya selalu tabik kat Pengarah Urusan ini.
Persetiaan dengan Sultan Kedah 1791
Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijrah 1205, hari Ahad (20 April 1791)
Perkara 1
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.
Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di Pertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.
Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang atau dari Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.
Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.
Perkara V
Baginda Yang di Pertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dari mana-mana Negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.
Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindung) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda yang di-Pertuan.
Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.
Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meteri (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.
Perkara IX
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.
Ke 9 perkara ini diwujudkan antara baginda Yang di-Pertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah negeri.
Disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang di-Pertuan dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya: tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.
Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Dato Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.
Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.
Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 haribulan mei tahun Masihi 1791

6 comments:
Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
tungkaran hati ni asyik melilau dari satu laman kesatu laman untuk membawa falsafah sampah dia.
inilah akibat tukar hati dari hati lembu kepada hati babi.
maklok jenis ni tak bolih buat kawan,macam juga pemimpin umno(aku tak kata umno).jenis khianat kawan.kalau ada rahsia jangan sekali kali bagitau dia,last sekali habis semau rahsia dia jaja.
salam tukya,
kadang-kadang ada baiknya kita menulis sendiri teks ucapan kita.. cakap tak pakai teks lagi bagus.
Sdr Azizi,
Saya telah cuba ulas, sayangnya tak dapat tembus kerana agak panjang. Saya masukkan komen itu ke http://barabarajiwa.blogspot.com
Sekian.
Kassim Muhamad.
Nik Aziz sejak dua menjak berkawan dengan Anuar Brahim dah mula pandai berfikiran liberal.. Hancuusss...
salam,
org PAS akan menjaga N.ajis selagi boleh dalam PAS, tanpa N.ajis,PAS takde ikon, nak harap sape lagi? sampai or tua tu dah sakit2, nak juga kekalkan..sian...Tuhan tak ambik nyawa lagi sebab nak bagi masa bertaubat agaknya...wallahualam..
TQ
Post a Comment