Ke Mana Arah Tuju Pas Dalam Pakatan?

Posted by Tukya Labels:

KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Saya terima 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir.

Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu ‘tutuh’ saja. SMSnya:

SMS 1:



Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya)

Bagi Ana mengapa tak jadikan konvensyen PR pada 19hb Disember ini satu peluang untuk menjelaskan KONSEP negara Islam yang Pas impikan? (perjuangkan- saya)

Sabit itu (sebab itu) sampai sekarang Karpal Singh tak faham. Kita terpedaya,terheret sama-sama memfobia matlamat puncak menegak daulah Islamiah. Rakyat pada mulanya kabur, berjaya dibutakan apakah hala tuju Pas. Sejarah berulang. Harakah Islamiah sering mengalah dan kalah. Atas nama strategi, bertolak ansur, akhirnya ditolak beransur-ansur. Asyik jadi follower, pada hal punya kekuatan lebih dari yang lain. Negara Islam dianggap ancaman, bukan peluang oleh pejuang-pejuangnya sendiri.


Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Hadi



Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya.

Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?


SMS 2:

UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA.

Rumah di Kg Abdullah Hukum


Assalamualaikum, YB-YB, Dr-Dr dan kawan-kawan,

Ini satu lagi petaka terjadi. Kampung Kerinci sudah mahu ditukar nama ‘Bangsar South.’ Kawasan elit dibangunkan, dipecah jadi sub bandar, The Village, The Sphere, The Harizon, The Vertikal, The Park.

Kerajaan BN (Umno tonggaknya kot?) benar-benar dikelentong pemaju yang bencikan Melayu. Budayawan Bertindak ada tugas besar.

Saya dah beritahu kawan-kawan FB, untuk program di Gelanggang Abdullah Hukum.
Gabunglah Kerinci. Kalau Bricksfeild mengimpot ‘Little India’, ‘China Town’ tapi
nama tempat Bahasa Melayu dihapuskan. Ya Rabbi....

Saya termenung membaca SMS ini. Demikianlah pemerintah yang Umno di dalamnya. Sesekali nak memartabatkan Melayu, Bahasa Melayu, sesekali ketuanan Melayu. Yang kata Melayu haprak pun turut jadi haprak.

15 comments:

  1. tungkaran hati.blogspot

    Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
    keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal...sebuah negara Islam!

  1. Anonymous

    Jika PAS istiqamah dgn perjuangan Islam - tanpa di tolak beransur-ansur oleh parti lain - besar kemingkinan orang UMNO akan ikut serta jika pemimpin UMNO lebih 'leka dan seronok' dgn parti komponen dan sengaja 'terlupa' masalah rakyat yang mengundi.

    Nani PJ

  1. hisham

    saya bukan ahli pas,juga bukan mana2 parti..
    saya mengundi dengan berdasarkan calon bukan parti.
    saya pernah mengundi pas dan juga mengundi calon umno tapi bukan calon bn.
    pernah saya tak mengundi langsung kerana saya tak selesa dengan calon2 yang mewakili parti yang bertanding.
    saya orang melayu dan mengaku berugama islam.
    kalau saya menentang bukan bermakna saya mementang negara atau negeri,tapi yang saya tentang ialah pemerintahnya.
    saya pernah mengundi pas semasa saudara azizi menjadi calon dulu.
    tapi..sekarang saya sudah hilang kepercayaan kepada pas..
    perjuangan pas sudah menyimpang jauh.
    pemimpin2 pas sekarang sudah sama tarafnya dan pemikiranya dengan orang2 dalam umno/bn.
    sudah jadi gila kuasa,mereka berjuang bukan kerana menegakan islam lagi.
    kerena ingin kuasa,pemimpin pas sanggup buang dasar perjuangan asal.
    bukan semua orang umno undi bn..
    ramai orang melayu sayangkan umno tetapi tidak setuju dengan dasar permuafakatan dalam bn.
    bila ada PRU orang umno akan memberi undi mereka kepada calon bukan bn.
    siapa lagi jika bukan calon pas.
    seharusnya,pemimpin2 pas sedar perkara ini.
    pas ada kekuatan tersendiri.
    umno perlu mendapat sokongan dalam bn..iaitu dari pengundi bukan melayu untuk memerintah.
    bukan semua melayu setuju perkongsian ini.
    sekarang pas pula mengikut jejak2 sumbang umno,lagi teruk bermaufakat dengan dap.
    terpaksa korbankan matlamat perjuangan asal.
    hati ini masih sakit bila karpal singh berkata"on my dead body jika pas nak tegakan negara islam.
    mau saja dibawa senapang ditembak saja benggali ini.
    orang melayu akan memberi undi kepada pas sekiranya pas kembali ke perjuangan asal.
    melayu sayangkan negara ini,kerana ini saja yang kita ada.
    kalau umno memberi peluang kepada bangsa2 asing menguasai apa saja dinegara kita tercinta ini...
    apakah pas mampu mengembalikan semua itu bila pas berpelokan dan bermimpi indah dengan dap?

  1. Oh Fatimah

    sms 2,benar2 menyentak perasaan dan hati saya.
    sedikit demi sedikit,bahasa melayu di hakis,bukan setakat pemaju yang nampaknya cuba sedaya upaya mereka menghapuskan nama kampong2 Melayu,malah orang2 melayu sendiri pun jika buka kedai suka letak nama ala2 barat..D'Limau nipis.D'Liza cafe.
    Nampaknya melayu pasti hilang di dunia.

    nama anak2 pun ada setail...bukan lagi Rosiah,tapi..Rosmaryah.dan banyak lagi,

  1. Mohd Annuar

    Setiap tahun kita menyambut Ma'al Hijrah dan setiap kali itu juga kita dengar kisah Nabi saw berhijrah dan mempersaudarakan kaum Aus dan Khasraj juga antara kan Ansar dan Muhajirin. Apakah iktibar yang kita boleh ambil dari peristiwa itu ? Masalah umat Melayu Islam di negara kita sekarang ini ialah perpecahan. Kita tidak bersatu. Bukankah baik kita bersatu di atas Islam. Apa yang saya nampak masa kini ialah antara Melayu UMNO dan Melayu PAS tidak mahu bersatu. Yang hairannya PAS yang mewar-warkan perjuangan Islam satu masa dulu boleh bersengkongkol dengan DAP yang jelas terang lagi bersuluh KAFIR. Pada pandangan saya yang cetek ilmu ini, bukankah bagus jika PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO, janganlah bersatu dengan DAP dan PKR, kerana matlamat perjuangan mereka tidak sama dengan PAS. Sepatutnya PAS terus berjuang dengan perjuangan Islam secara solo. Mengapa nak khuatir ? Mengapa nak risau ? Bukankah Allah SWT bersama-sama dengan orang yang beriman dan berjuang di atas jalan iman ini. Dan sepatutnya PRU 13 nanti PAS sepatutnya meletakkan semua wakil PAS dalam semua kerusi yang dipertandingkan sama ada DUN atau Parlimen. Maka itu barulah orang-orang Melayu Islam yang dah bosan dengan UMNO ada pilihan lain untuk bersama-sama membantu PAS dalam perjuangan menegakkan DAulah Islamiah. Tetapi apa yang berlaku hari ini ? Umat Melayu Islam dah keliru. Kelihatannya PAS dan UMNO sama saje. Semuanya bermatlamatkan Dunia semata-mata. Masih belum terlambat untuk berubah. Kembalilah PAS pada perjuangan yang asal dulu. Wallahu'alam.

  1. goodlistener

    Pas la ni jd Parti Angguk Saje...pengikut setia Karpal Singh...Pas sudah tiada identiti dan hala tuju yg kelabu macam Nik aziz yg MENGAPU DAN MELACURKAN ISLAN DEMI KUASA POLITIK ...bertaubat

  1. mail lambong

    salam..

    konsep berkuasa untuk menegakkan islam sememangnya benar tetapi bukannya menikus seperti sekarang.

    untuk terangkan kebaikan islam tidak perlukan persetujuan dari kafir.Pasti kafir tidak akan setuju.Sekarang bukan zaman islam sembunyi-sembunyi macam zaman mula-mula islam..sekarang adalah zaman jihad yang lebih praktikal.

    PAS kena berani, PR memerlukan PAS. Jangan buat seolah-olah PAS perlukan PR untuk berkuasa. Akhirnya berterusan PAS ditipu oleh Anwar dan Karpal Singh.

    klik sini:Hijrah Permata

  1. cicitHJHASSANu

    salam tuan...

    info yang baik untuk sama-sama muhasabah supaya tidak ditolak Allah beransur-ansur....wallahua'lam

  1. Anonymous

    aku orang biasa.pernah dengar penjelasan kenapa ada berbagai mazhab dalam Islam.tapi aku masih lagi akan terus bertanya,kenapa perlu ada mazhab.
    ego dengan pendapat adakah puncanya.berbeda tafsiran juga puncanya?.
    aku belum pernah dengar (kalau ada tolong jelaskan)adakah hadis yang meminta umat Islam selepas wafatnya Junjungan Rasullulah membuat tafsiran berkaitan Islam mengikut fahamannya.

  1. dilaga

    Tuan-tuan semua,

    Bacalah berkali-kali sesetengah entri-entrinya. Isinya lebih kurang begini:

    i) Melayu berpecah (Umno dan Pas)
    Soalan: Sejak bilakah Umno dan Pas bersama? Kalau tak salah hanya selepas peristiwa 13 Mei sebelum Pas ditendang keluar. Rugikah Melayu?

    ii) Cina DAP memerintah Malaysia selepas dan semenjak kita merdeka. Oleh sebab itu orang-orang Melayu ketinggalan dan mundur. Untuk memastikan ini tidak berlaku, kita mestilah undi Pas dan Umno yang bersatu dalam formula yang namanya Perpaduang?

    iii) Masalah kita yang paling besar ialah Cina yang memenuhi kabinet itu rasuah-rasuah, zalim-zalim, dan pentingkan sahabat-sahabat Cinanya saja. Dasar membantu Cina dulu itu dalam segala hal membuat Melayu tertindas.

    Adakah ii) dan iii) itu betul atau salah?

    Komen lain untuk renungan bersama:

    a) Percayalah Islam dan Melayu itu TAK SAMA. Tak sama. Kenapakah Melayu itu mesti Islam dan Islam itu MESTILAH Melayu?

    b) Tak nampakkah kita segala masalah yang wujud ialah semasa Umnonya yang menjadi tunggak pemerintahan negara ini?

    Sejak merdeka, Umno yang di atas sana.

    c) Umno bukannya sepenggal memerintah Malaysia, macam Pas di Terengganu atau Pakatan yang beberapa bulan dirampas secara zalim di Perak.

    d) Pas balik ke jalan asal itu apa maknanya?

    Makna yang paling JELAS daripada cadangan/soalan ini ialah PECAHKAN Pakatan Rakyat, biar Umno terus berkuasa.

    Itu saja agendanya.

    Kita dapat merasakan siapakah dalam kalangan kita yang terjun ke blog ini dan diarah mengulas kerana disuruh Umno.

    Agenda Umno yang paling penting ialah - pecahkan Pakatan Rakyat.

    Kesian UMNO. Isu ketuanan Melayu, agama Islam (mutakhir pluralisme) dikitar berkali-kali supaya orang-orang Melayu tetap bersamanya dan Pakatan Rakyat berpecah.

    Hipokrit akan tetap bermuka-muka, selama-lamanya.

  1. jab sp

    BARANG SIAPA BANYAK BERTANYA,MAKA KURANGLAH IMANNYA.
    ayat diatas sering diajuk olih seorang kawan saya apabila satu satu perkara yang diluar pengtahuannya dikemukakan padanya.
    ungkapan ini katanya keluar dari guru guru dan ustaz ustaz yang gagal menjawap sebarang persoalan yang dikemukakan olih jemaah kuliahnya.IA BERMULA APABILA MEMBACA KITAB JAWI(LAMA) DIMANA BORAK dieja sebagai BEROK,dan BUMI dieja sebagai BOM.
    Begitulah juga yang terjadi bila dipersoalkan samada PAS telah lari dari pegangan selama ini dan perlu kembali kepada perinsip asal iaitu berjuang secara sendirian.
    Bagi saya asas dan perlembagaan perlu diutamakan.Tetapi melihat Islam dalam kontek yang lebih luas juga perlu dibuka.
    Saya tertanya tanya selepas kemusnahan empire Islam akibat keborosan pemimpinya yang lari dari perjuangan Islam,adakah lagi lagi negara Islam yang benar benar melaksanakan Islam secara total sebagimana ajaran yang dibawa olih Junjungan Rasulullah.
    PAS menerima salam ukhwah dari UMNO dan ianya dikhianati selepas itu.Pemimpin UMNO yang menghulurkan salam diketika itu,masih antara yang terbaik jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang.Itu pun pengkhianatan dilakukan,apatah lagi dengan feel dan sikap yang jelas diamalkan olih pemimpin UMNO semasa ini.Bolihkah diterima lagi salam persahabatan mereka?.
    DAP jelas menolak Islam.Itu hakikatnya.PAS dengan perlembagaan Islamnya,itu juga realiti.UMNO dengan Melayunya,tidak dinafikan.Tetapi semua itu hanya perlembagaan,dan ia dilaksanakan mengikut siapa pemimpinya.Gelong pemimpin,gelonglah parti,dan terlanggarlah perlembagaannya.
    Jesteru (bagi saya)tiada kerisauan dengan perlembagaan DAP kerana ianya hanya sementara,dan InsyaAllah akan terhapus apabila generasi baru mengambil alih dari Karpal dan LKS.
    Paling mudah jika itu semua mahu diketepikan dan dalam apa keadaan pun kita perlu kembali pada perjuangan bersendiri,saya ada ungkapan mudah.
    MARILAH KITA BERSAMA JOINT TABLIQ.

  1. dilaga

    Sdr jab sp,

    Setuju tuan, kita setuju.

    Marilah kita doakan semuga dakwah yang bakal dibawa bersama Pas itu berjaya. Paling tidak wajah Islam yang dimimpi-mimpikan itu dapat dipaparkan dalam masyarakat.

    Di samping itu, kita juga wajar waspada dengan jerat perpaduan dengan hujah/label cop 'Melayu mestilah dijaga sampai ke mati.'

    Tidak kurang pentingnya, hala tuju Pas juga mestilah kita sama-sama perhatikan supaya asal usul dan akar umbi perjuangannya tidak dilupakan.

    Masalah yang paling besar ialah mengurus kekuasaan. Kuasa yang tidak diurus dengan penuh hikmah bakal membuat Pas menjadi Umno.

    Minta simpang malaikat 44.

    Dalam konteks ini, kitalah yang menjadi pemerhati, contoh dan tukang tegurnya.

    Akhir sekali, sebagai rakyat yang percaya akan keadilan Islam, kita juga TIDAK BOLEH SAMA SEKALI memaksakan kehendak kita ke atas manusia lain yang bukan Islam.

    Jika kita berbuat demikian, kita juga menjadi orang-orang yang zalim.

    (Mohon maaf kalau bunyi macam khutbah, cuma pandangan, mungkin juga tak betul...)

    Wallahuaklam.

  1. Anonymous

    Bagi saya PAS ada peranannya dari sudut politik. ABIM, JIM, PKPIM dan lain-lain NGO Islam ada peranan masing-masing. Yang utamanya buatlah kerja-kerja itu dgn niat mencari reda Allah SWT. Kejayaan dan kemengan hanya ditentukan oleh ALLAH SWT, bukan kerana usaha kita semata-mata. Tugas kita buat kerja.

    Masaalah memang tidak akan habis, lepas satu-satu. Cumanya semasa kita membuat kerja kita jangan tersasar dan mohon selalu petunjuk dpd Allah SWT. InsyALLAH kita akan selamat. Kemenangan di dunia ini bukan matlamat utama. Kalau dianugerahkan ,Alhamdulillah. Kalau menang, bebannya akan bertambah lagi. Sekian, wassalam.

  1. Anonymous

    Saya pun dah hilang kepercayaan kepada pimpinan PAS, dulu cakap lain sekarang bila dah dapat kuasa cakap lain pula..nampak sangat yang dia nak sebenarnya ialah kuasa untuk memerintah. Kenapa mereka tak berusaha untuk mengamalkan hukum hudud setlah berpuluh tahun memrintah Kelantan kalau mereka benar2 ikhlas?

  1. Anonymous

    jap sb,u nk tarbiah org cina.knp x u tarbiah org melayu plg utama? sudah la.u cuba cari point nk bg u tu betul.setakat ni apa tarbiah u?apa hasil u?zero..org muda china? org muda china lg susah..dorg kiblat ke singapura.tp itu cuma 1 cth.oo sbb hudud ke? mula dulu hudud plan tuk semua rakyat malaysia.kmdn sbb cina dn bgsa bukan islam x nak..so skrg nk buat pada org islam.tu yg org cina x kisah..mkna dia ada sbb lain.dia fikir lain.ikhlas ke tu?hudud pulak adalah salah 1 dlm sistem pemerintahn islam..u kurg faham dan x byk tahu tgtg bgsa china..gud luck