Mengaji sekolah pondok dulu-dulu manalah tahu sangat tentang undang-undang. Apa lagi undang-undang sivil yang ada tentang ‘mala fide’, ‘prima facie’ apa lagi sampai hukum dan akta, seksyen, kanun dan lain-lain lagi.
Yang belajar hanyalah hukum batal wuduk, batal nikah dan hukum liwat dan hukum tuduh orang berzina.
Itupun pelaksanaannya beberapa bulan, beberapa tahun dan beberapa denda tak tahu juga. Hukum hakam itu cuma baca bukan mahu jadi hakim syarie.
Tiba-tiba apabila berlaku tentang hukum hakam di mahkamah rendah, mahkamah sederhana, mahkamah tinggi, mahkamah persekutuan dan mahkamah rayuan, orang seperti saya ini jadi keliru. Sudahlah tak belajar tentang undang-undang ditokok pula dengan peliknya apa yang berlaku.
“Jangan pertikai mahkamah, nanti kena tangkap!” seorang kawan beri amaran.
“Salahkah aku luah apa yang aku tdak faham?”
Yang tidak faham ini mungkin juga melibatkan ribuan orang seperti saya. Malah ada dari kalangan peguam dan pengamal undang-undang sendiri yang turut tidak faham. Mohamed Hanifa Maidin yang saya sangat hormati pemikirannya juga saya kira salah seorang peguam yang tidak faham, keliru apabila Mahkamah Tinggi memberi keputusan terhadap YB Tian Chua yang dikatakan gigit tangan pegawai polis lalu timbul pertikaian pula.
Agaknya gigi Tian Chua tu tajam macam gigi beruang!
Apa yang membingungkan saya, kes-kes seperti ini bukan sekali dua berlaku. Ertinya kes-kes yang diputuskan oleh ‘Hakim Mahkamah Rendah’, dipertikai lalu di bawa ke Mahkamah Tinggi, jika itu pun dipertikai bentuk hukumannya, keputusan hakim itu di bawa pula ke Mahkamah Rayuan dan jika itu pun masih nak dipertikai, keputusan hakim Mahkamah Rayuan itu di putuskan pula oleh Mahkamah Persekutuan.
Orang lain saya tak tahu, tapi saya yang tidak mengaji undang-undang ini merasa cukup pelik. Padanlah dengan kejahilan saya ini.
Pertama: Apabila hukuman yang dijatuhkan oleh seorang hakim, sama ada di Mahkamah Rendah, di Mahkamah Tinggi, kita ambil contoh kes Tian Chua yang asal mulanya denda RM3000 kepada RM2000.
Dengan kuasa sebagai hakim yang diiktiraf, melalui alasannya sebagai seorang hakim diakui, mengapa ia menjadi sungutan sehingga mahu membawa ke perbicaraan lain?.
Menurut Mohamed Hanipa Maidin ia melibatkan tafsiran Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Peliknya mengapa keputusan seorang hakim di mahkamah yang sah yang ia memberi keputusan atau menjatuhkan hukuman di pertikai? Tidak menghairankan jika pertikaian itu dari orang awam kerana orang awam tidak tahu undang-undang.
Tapi anehnya kes yang telah dijatuhkan hukuman ini seperti tidak terpakai? Tidak terpakai bererti hukuman dari ‘hakim’ yang diakui itu tidak diakui. Kalau tidak diakui, buat apa ia dilantik sebagai hakim?
Saya yakin ada hujah lain untuk mengkondem hujah saya ini. Tak apa.
Katakanlah kita pakai juga apa yang menjadi pertikaian seperti kes Tian Chua ini. Bawalah ke Mahkamah Tinggi melangit mana pun. Tapi kenapa pula ia ‘dihakimi’ oleh orang lain? Sepatutnya ‘hakim’ yang menjatuhkan hukuman itulah yang menjadi fokus atau perbicaraan utama, iaitu hakim itu mesti diberi hak mempertahankan hujah hukumannya, bukan ia dibiarkan linglong dan lepas tangan.
Kenapa orang lain mesti mengambil alih menjatuhkan hukuman yang orinya hukuman dari hakim lain? Semestinyakah hakim yang mengambil alih itu lebih perkasa dari hakim dari mahkamah sebelumnya? Tidak mengapa pendakwaan orang lain tetapi hakim itu mesti diberi hak membela apa yang dihujahkan kerana dialah yang menjatuhkan hukuman itu.
Ini baru adil.
Bagaimana kalau kita katakan, pendakwaan dan pembelaan bergantung sejauh mana hujah dan ketika itu barulah hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah yang didengar. Tapi dalam kes pemindahan dari satu mahkamah ke satu mahkamah ia menimbulkan rasa tidak puas hati bukan kepada hukuman yang dijatuhkan oleh ‘hakim’ tetapi tidak puas hati hanya kes itu. Sedangkan yang menjatuhkan kes itu ialah ‘hakim’ itu.
Bagaimana kalau kita ubah cara ini. Saya fakir selagi kita mengamalkan cara ini selama itulah dalam institusi kehakiman memberi gambaran, bukan semua pandangan dan hukuman diterima pakai. Ia memberi gambaran, ada hakim yang lokhoi, ada hakim yang lemah memahami hujah, ada hakim yang melampau, ada hakim yang terabai.
Kita tentu masih ingat bagaimana seorang hakim digelar dengan gelaran ‘Cekolat Hack.’
Demikianlah dari orang yang tidak tahu undang-undang dan tidak tahu sejauh mana etika kehakiman. Tapi sangat memerlukan; bagaimana kalau begitu jadi begini dan begini tidak jadi begitu atau jangan biarkan begitu-begitu.
‘Pencinta Alam’ adalah sebuah novel remaja terbaru Azizi Hj Abdullah sesuai untuk peringkat 12-18 tahun.
Ia menceritakan sekumpulan remaja sekolah menengah menghabiskan cuti sekolah pulang ke kampong Nit, beraktiviti ke sungai, memancing tetapi bertemu dengan sebuah kilang yang membuang toksik berbahaya.
Chua mengikut Nit bercuti ke kampong. Mereka sebagai ahli Persatuan Pencinta Alam sekolah. Chua mengalami satu pengalaman baru dengam alam pokok bakau, sungai dan kuala serta alam lembah dengan kicau burunf.
Budin yang menjadi pemandu telah membawa mereka ke satu peristiwa yang menyaksikan keberanian sebagai pencinta alam.
Azizi menjadikan latar kuala Sungai Merbuk, pengkalan tempat menambat perahu dan pengalamannya sewaktu kecil di Bukit Meriam di dalam novel ini.
Sesuai dibaca oleh remaja dan dewasa. Dan Azizi tetap mampu menyegarkan pembaca dengan bahasa yang bersahaja. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Boleh didapati di kedai-kedai Dawama atau lain-lain.
- Pian: Pengelola blog

Bersama Dr. Safari di KPJ Perda, Bukit Mertajam.
Masuk hospital Pulau Pinang bagi saya bukanlah pertama kali. Entah tahun berapa, ketika balik dari ceramah di KUZA Terengganu, muntah di Lapangan Antara Bangsa Bayan Lepas, saya dimasukan ke sini. Penyakit kononnya Hepatitis.
Kini,sejak 31 May dimasukkan ke dalam kategori lain, sehingga melibatkan sahabat handai melahirkan simpati, kasih sayang dengan membaca Yasin dan solat hajat di masjid-masjid.
Terima kasih.
Saya dikatakan serius. Saluran darah dijantung tidak berfungsi. Tersumbat macam longkang kotor. Sesungguhnya apabila melihat jentera Allah dari Kun FayakunNya dalam diri barulah tersedar bahawa Allah Maha Hebat.
Saya sungguh tidak menjangka begini kerana tanda amaran tidak pernah saya lalui. Lalu hasil dari sebuah mesin yang diduplikat dari mesin Allah Taala, barulah saya diberitahu itu dan ini tak kena. Itupun sesudah saya membeli maklumat itu secara bayaran tunai RM6000.
Masuk ke hospital ini hanya ingin menyambung talian hayat. Mampukah manusia yang bernama doktor melakukannya? Di sinilah beberapa pintu iman telah di buka. Rupa-rupanya dari mereka yang beriman berkata, kita di sini berikhtiar mengubati penyakit , bukan menghalang maut.
Menunggu tarikh untuk di belah dada sama saja dengan pembunuh menunggu algojo. Tapi harapan cukup tinggi. Kehebatan doktor pakar memberi keyakinan kepada ramai, usaha mereka seperti malaikat yang mampu memberi pitisyen penangguhan hukuman.

Saya sangat banyak menerima rangsangan, motivasi dan bunga-bunga doa dari kawan-kawan.
Ketika menulis ini sudah masuk hari ke 3 saya di Wad CRW. Alhamdulillah layanan dari jururawat, doktor dan semua petugas sangat baik. Pesakit lain sudah menjadi kawan. Cuma yang kepingin ialah Nasi Kandar. Sahabat saya Anuar Asmadi dengan sukarela menyediakan bahan bacaan.

Salam. Semoga berjumpa lagi jika umur panjang.
-Catatan 2 Jun 2010 di Wad CRW 6 jam 9-40 mlm

Bersama admin blog.

Subscribe to:
Posts (Atom)