Hal-Hal Mempelengong Awal Tahun 2011

Posted by Tukya Labels:

HAL-HAL MEMPELENGONG AWAL TAHUN 2011

Satu hari dalam keadaan cuaca mendung, angin yang mati, burung-burung berhenti terbang, ikan di sawah tidak mencerus, ayam tidak berkokok, Pak Tam Sabit punya garu panau celah ketiak sampai bercalar, punya hendak memahami satu keputusan Mahkamah Koroner tentang pembunuhan, tak juga faham-faham.

Akhirnya, kerana mahkamah adalah sesuatu yang sangat dipercayai tentang meletakkan hukuman dan maha adil dan tidak ada yang lebih tinggi melainkan tingginya, tiada siapa yang boleh mengatasi melainkan ianya, maka Pak Tam Sabit menguatkan iktikadnya bahawa sanya institusi itu adalah insitusi yang patut dijadikan contoh. Berkali-kali dia membaca, atas nama kebodohannya dia pun faham:

Inkues: 5 Jan. Beng Hock Tidak Dibunuh.


Antara jatuh dengan tidak jatuh!


Selama 18 bulan punyalah kaji selidik, siasat tanya, panjat tingkat lima, turun tingkat lima, masuk koroner keluar koroner, laporan berkajang-kajang akhirnya Mahkamah Koroner mengesahkan Beng Hock yang mati menemui ajal bukan akibat dibunuh.

Ertinya, mati bukan dibunuh itu bukanlah ajal? Pak Tam Sabit terpelengong hairan.

Kemudian Mahkamah Koroner itu lagi mengesahkan menolak kemungkinan membunuh diri atau di bunuh. Dibunuh tidak bukti kukuh, membunuh diri menolak kemungkinannya.

“Laaaa…” Pak Tam Sabit melopong mulut. Hairan dia apa itu ‘open verdict.’ Akhirnya Pak Tam Sabit jerkah kepada bininya; “ Dia tu bukan mati dan bukan hidup!”

Kerana isu pelik dan sukar mencari keputusan siapa benar siapa salah selepas keputusan Beng Hock melanda di awal tahun 2011 ini, maka Pak Tam Sabit pun menjaja seluruh permatangnya bahawa;

Apa kata heboh SUK Selangor, Datuk Muhamed Khusrin itu katakan saja;


TS Khalid & SUK Khusrin


1. Ia SUK dan bukan SUK.
2. MB Tan Sri Khalid ada kuasa dan tak ada kuasa.
3. Titah Sultan dan bukan titah Sultan.
4. Datuk Khusrin dilantik dan tidak dilantik.
5. Isu politik dan tidak politik.
6. Novel Interlok ada perkauman tidak perkauman.
7. Tak jadi teks tak apa jadi teks tak apa.


Interlok, karya SN Abdullah Hussain.



Kemudian Pak Tam Sabit merawit-rawit pula pasal perkauman, 1Malaysia, integriti, perpaduan. Perkauman musuh nombor satu kepada perpaduan, pembentukan 1Malaysia.

Yang lebih hairan, dalam keghairahan membentuk 1Malaysia, timbul pula ‘Little India dan China Town.’ Sedang Kampung Baru Kampong Melayu nak ditukar dengan nama bukan Melayu.

Lalu Pak Tam Sabit berazam hendak mencari mana-mana mahkamah yang boleh mengiktirafnya untuk murtad dari Melayu.

13 comments:

  1. Cikli

    salam,

    buat pening kepala pagi-pagi ni...

  1. jab sp

    uji minda di pagi hari.
    risau hati kesihatan terjejas
    jaga tuan jaga diri
    time makan ubat jangan terlepas

  1. teganu kite

    Tuang Haji,
    due tige ari lepah, geng nelayang tanye kite "menatang mende 'open verdict' - susohnye kite nok jawab tuang haji, lalu kite jawab 'open verdict' seperti selok/angkat kaing & nampok la bende yang kite malu @ kemaluang.
    18 bulang dok buang mase, tenage & pitis nok sabit B. Hok mati lagu mane, akhernye keputusangnye bukang dibunoh @ membunoh.
    Geng nelayang di Teganu naik bengong dengang keputusang hingge ade yang garu segale bende yang ade diceloh. Barangkali macang ikang mati @ jalan mati @ mati ayat @ mati pucok.

    Nok wat guane setarang - undang2/hukumang yang dipelbagaikang atau kite yang telah dibangangkan oleh kera-jaang.

  1. teganu kite

    Tuang Haji,
    due tige ari lepah, geng nelayang tanye kite "menatang mende 'open verdict' - susohnye kite nok jawab tuang haji, lalu kite jawab 'open verdict' seperti selok/angkat kaing & nampok la bende yang kite malu @ kemaluang.
    18 bulang dok buang mase, tenage & pitis nok sabit B. Hok mati lagu mane, akhernye keputusangnye bukang dibunoh @ membunoh.
    Geng nelayang di Teganu naik bengong dengang keputusang hingge ade yang garu segale bende yang ade diceloh. Barangkali macang ikang mati @ jalan mati @ mati ayat @ mati pucok.

    Nok wat guane setarang - undang2/hukumang yang dipelbagaikang atau kite yang telah dibangangkan oleh kera-jaang.

  1. merahsilu99@gmail.com

    Salam Ustaz,

    Komen dari 'teganu kite' bukan saja kasar tapi agak melucahkan. Ada baiknya komen seperti itu ditapis supaya penjengok/pembaca lain tidak rasa diperendahkan tahap pemikiran mereka dan adab berkongsi pendapat dapat dikekalkan.
    Cantik kata, indah bahasa.

    Wassalam

  1. pensel kayu

    hehe. umno ada baguih, tak dak lagi baguih

  1. awat

    12:49
    hang tak pernah tengok tv kot.lebih lucah daripada tu pun ada.
    yang tganu catat tu ada nilai bahasa ikut tganu nya...ha ha ha.satu realiti kehidupan orang kampung bergurau.

  1. awat

    12:14
    hang tak pernah tengok tv kot.lebih lucah daripada tu pun ada.
    yang tganu catat tu ada nilai bahasa ikut tganu nya...ha ha ha.satu realiti kehidupan orang kampung bergurau.

  1. SITI

    Kalu Pak Tam Sabit jumpa mahkamah tu, musti beratur orang ikut sekali, penuh mahkamah.

    Tapi nanti, Pak Tam Sabit jadi "open verdict" jugak. Melayu pun bukan, bukan Melayu pun bukan.

    Hehe.

  1. datinlili hasanah

    Salam Ustaz,Apa yang menakutkan saya ialah kita akan ditimpa bala akibat arus perdana kita membudayakan taburan fitnah dimedia-media.Saya berdoa agar mereka yang mengaturkan berita-berita fitnah ini akan bertaubat.

  1. karim pie

    Ada lagi ust tak sebut;
    Islam PAS/Islam UMNO/Islam PKR/Islam DAP/.Yang ni lagi celaru

  1. azizol

    salam 1 malaysia untok ustaz.Awat jadi macam tu ustaz.Penin juga dok pikiak pasai apa pula kes Liwat pun di Lewat kan juga.

  1. jab sp

    macam mana tak pening,kalau salam yang tak pernah dengar sebelum ini pun ada sekarang.SALAM 1 MALAYSIA.
    jangan tertinggal pula,selain Islam PAS,PKR,DAP ada juga Islam UMNO dan Islam Saudi Arabia.
    Islam Saudi Arabia mensyaratkan tudong wajib bagi perempuan sebagaimana Islam yang dibawa olih Nabi Mohammad SAW,,tapi Islam **NO,tudong hanya letak atas kepala,rambut kena nampak.
    Lagi lagi pening,kalau gajah depan mata tak nampak,tapi nyamok sebelah dinding ternampak pula.
    Dunia,dunia,dunia,inilah punca silap makan ubat.Ubat Cap Kati