Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Pas Kelantan

Posted by Tukya Labels:


Bersama Rosem dan YB Kelantan di malam Blogger 15.1.2011 di Grand Season KL


PERTEMUAN BLOGGER DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN

Saya hampir-hampir hendak menjerit ketika melihat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan tergagah-gagah, terketar-ketar dengan tenaga lemahnya menaiki pentas di Dewan Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Sabtu malam, 15 Januari 2011 yang lalu.

Mahu saya mengutuk pihak penaja yang mengadakan dialog dengan blogger kerana menjemput Tuan Guru malam itu kerana melihat kedaifannya, lemah tenaganya memaksa Tuan Guru datang. Sedangkan siangnya beliau di Terengganu dan datang ke KL untuk dialog bersama blogger, naik kereta selama 4 jam.

Kenapa tak naik saja kapal terbang?

Tapi hasrat mahu mengutuk beberapa Exco Kelantan, terutama YB Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan, selaku meneraju utama malam itu, kebetulan beliaulah yang memeluk dan beramah mesra sangat dengan saya sebelum acara, apa lagi YB Zainuddin ADUN Limbong yang awal-awal lagi menyambut, tidak jadi dan perasaan saya bertukar serta merta apabila mendengar ucaputama Tuan Guru.

‘Itulah Tuan Guru,’ bisik saya kepada Supian dan Marzuki Sharif yang menemani saya malam itu.

Saya cuba bandingkan YB yang bertaraf menteri, exco kerajaan BN, pasti tidak akan melakukan hal seperti itu. Setidak-tidaknya sebuah bilik eksklusif bertaraf ***** disediakan untuk berehat sebelum majlis.

Kemudian apabila mendengar ucaputama mengapa setua itu pun beliau masih tidak meletak jawatan atau berhenti, saya sangat teruja walaupun itu sudah berkali-kali beliau berucap.

Pertemuan bloger malam itu, walaupun negeri-negeri lain juga mengadakannya, bagi saya ia satu peluang untuk melihat apa yang selama ini terlindung dan tidak terdedah sewaktu Pas Kelantan memerintah.

Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang.

Ternyata kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. Saya terkedu apabila ‘adinda’ YB Exco Takiyuddin menjelaskan satu persatu.

“Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu,” jelas Tuan Guru.

Saya teringat beberapa komen dalam blog saya beberapa kawan yang tidak bersetuju dan menuduh Pas sudah dicucuk hidung, sudah menggadai maruah Islam kepada DAP. Malam itu jika mereka sempat bersama, persoalan dan cemuhan ini akan menolong mereka mengerti sedikit sebanyak.

“Kalau Umno baik dengan MCA, dengan MIC, tolak Islam tak apa. Tapi kenapa Pas baik dengan DAP dan Pas tak tinggal Islam, tak boleh kita terima?” tanya Tuan Guru.

Ini pertanyaan fanatik tapi jika kita mahu menjawab dengan jujur, sangat besar ertinya.

Atas nama pentadbiran Islam, Kelantan boleh berbangga dari segi hutang, dari segi rasuah, dari segi ketelusan, dari segi amanah, dari segi kejujuran jika dibanding dengan pentadbiran negeri lain. Semua ini digarispandu oleh Islam dan hidup di dalam roh Islam dan diamal oleh tubuh-tubuh berjiwa Islam.

Lebih 200 blogger malam itu, saya dapati ia merupakan angkatan yang sering mengintai kelemahan kerajaan Pas Kelantan untuk dikritik dan ditegur. Mereka nampaknya sedia membantu jika ia mempunyai satu garis panduan yang jelas.

“Sepatutnya penulis-penulis juga patut mengadakan satu dialog dengan kepimpinan Tuan Guru, seperti malam ini,” kata kartunis Rosem.

Saya setuju. Mungkin YB Husam Musa atau YB Fadzli boleh pertimbangkan. Penulis yang dimaksudkan, bukan wartawan dan bukan siding pengarang akhbar atau tebloit tetapi penulis bebas.


Gambar-gambar sekitar Pertemuan Blogger dengan Kerajaan Pas Kelantan:



Berita selanjutnya mengenai Pertemuan Blogger dengan Kerajaan Pas Kelantan (Malaysiakini (sila klik di sini)

25 comments:

  1. x-liPAS

    Kalau kita nak menghalalkan tindakan kita, macam cara dan kata kita boleh hiaskan. Yang buruk, kita hiaskan dengan perbandingan ada lagi yang lebih buruk.

    Bersengketalah kita di atas sejadah yang sama. Taksub lah di kala kita senang dan enak dibuai mimpi. Gadai lah prinsip demi mimpi bersama yang dicurigai.

    Kelak menyesal dikemudian hari.

  1. Anonymous

    Saya nak komen panjang apa yang Ustaz utarakan.

    Tunggu....

  1. Leenoh

    Maaf, mungkin catatan tarikh untuk tajuk ini tersilap.Cuba buat semakan.

  1. jamaludin khalid

    Dulu betul PAS perjuang Islam.Sekarang PAS retotik macam UMNO juga.Aku nampak PAS dan UMNO serupa.PAS pun dah terbayang gila kuasa hingga sanggup gadai perjuangan unggulnya.PAS nak jadi pengikut sahaja ke.Sepatutnya PAS lah jadi ketua.Yang aku nampak PAS juga ada yg tersirat dan tersurat dalam politik.Aku amat harap pemimpin PAS yg sedang menikmati kuasa dan kemewahan tidak lupa diri.Contohi Tok guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi yg sentiasa bersederhana.

  1. Anonymous

    kenapa kita nak bandingkan dengan umno,sedangkan kita dah tau umno tak betol. kita sepatut nye dengan cara kita, mengikut sunnah dan al-quran.

  1. Unknown

    Sayangnya saya tidak dapat menghadirkan diri, di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah di lain masa saya akan datang jika ia diadakan lagi.

  1. zuan30us

    puok puok mung jamaludin (unmo) bebal belako..dok dlm toghut dan buto mato hati,pekok telingo bodo seumur hidup ! sokonglah ko parti unmo mung tuh ! biar anok cucu mung seksok pakat kencing atas kubur mung !

  1. Anonymous

    Zuan, mung adalah satu produk PAS yang tak cukup BULAN yang mengalami masalah mental yang agak kronik.
    Hidup yang mungkin tak dapat kasih sayang yang sempurna dari emak bapa.
    Bodoh tahap cipan.

  1. admin

    Leenoh -> Terima kasih di atas teguran anda. Tarikh telah dibetulkan.

  1. Anonymous

    pas dgn umno sama jah...............atas dunia org bui dalil apa sajo mu tak percayo sbb otak bebal, iman nipis, islam bukan berdalil quran hadis,MAKA TUNGGU MATILAH BARU MU TAHU, TAPINYA DAH TERLEWAT....

  1. usin

    salam sdr. knp selalu buat perbandingan dgn umno?. adakah memadai pas berada satu thp lebih baik sedikit dr umno maka boleh dicanang 1 dunia bhw pas dh cukup baik? dlm soal dominan dlm kelompok antara bn & pr. dlm bn umno adalah dominan, bagaimana kedudukan pas dlm pakatan? apa yg saya nampak pas juga sering retorik spt umno. kononnya pas telah mentarbiah dap dalam pakatan. tarbiah apa? dlm isu rampasan arak di sgor, siapa tarbiah siapa? konon tidak berlaku rasuah besar-besaran di kelantan berbanding negeri lain. agaknya sdr kurang homework atau sesekali jengok ke kelantan. dari gua musang hingga ke kota bharu, kelantan begitu dipenuhi sumber ekonomi. knp kelantan masih mundur dan antara negeri miskin di msia? harap sdr jujur dgn diri sendiri kalaupun tidak dgn org lain. kemana hasil sumber bumi itu pergi? hrp sdr mendapat jawapannya. nmpak sdr begitu taksub dgn tok guru. pd saudara, mana yg lebih penting, perpaduan penganut Islam atau tok guru? tok gurulah yg sebenarnya menjadi halangan besar dlm soal perpaduan melayu Islam demi kerana dendamnya pd umno sejak berpuluh tahun dulu. saranan soal perpaduan yg diutarakan oleh tuan presiden pas pun telah dibakulsampahkan. dlm soal ini, sdr berada di pihak mana? di pihak tok guru? buat akhirnya sdr, kalaupun umno itu buruk & penuh kebobrokan, ianya bukan krn umno itu sndri, ttp krn keburukan manusia yg gila kuasa & harta dlm umno. selama memerintah, tiadakah langsung jasa bakti umno dlm soal kesejahteraan rakyat, agama Islam dan bangsa melayu? saya hrp sekali lg saudara jujur dgn diri sendiri. adakah tiada ciri2 bobrok & pekung di dlm pas? slm akhir kalam.

  1. Anonymous

    Usin 12:45 am.

    Hisss, terkejut badak saya. Rupa-rupanya ada lagi dalam dunia blog ini, spesis Umno dan berakidah dasar Umno.
    Yang kata Kelantan mundur tu, mundur dari segi apa? oooo, pasal orang kelantan miskin, tak ada pembangunan?
    Heee, KLCC tu siapa punya, haaa? Daya bumi dulu tu, tau tak sepuntung paku pun orang Melayu tak boleh tumpang.
    Hiiss, jijiknya pertahan Umno dalam blog.

  1. Anonymous

    Saudara Usin
    Terima kasih kerana mwemberi pandangan.
    Nampaknya saudara sangat tidak setuju (benci?) dengan Nik Aziz. Mungkin kerana dia dianggap ulama tetapi saudara tidak mengakuinya.
    Saya cuma nak ingatkan, tolong carilah sama ada pemimpin politik atau pemimpin masyarakat yang peribadinya dan kezuhudannya seperti orang tua ini.
    Salam. dari Azizi Hj Abdullah

  1. Anonymous

    mana hang tau Nik Aziz tu zuhud ..tak silapla anak menantunya kaya rayer..tak gitu..

  1. Anonymous

    Sdra Anornymous 4:17
    Kitab mana kata orang Zuhud tak boleh kaya? Masakan zuhud pakai compang camping tak berkasut?
    Takkan salah anak orang zuhud kaya?
    Belajarlah sikit apa dia zuhud baru betul.
    Wallahu aklam.
    Azizi Abdullah

  1. Anonymous

    GELI TELOR AKU MU KATA N.AJIS ZUHUD..NAIK KERETA GI KL, MU KATA ZUHUD, BUKAN NAIK PROTON SAGA, NAIK MERCEDES WEI...ZUHUD KAMBING..ANAK BERANAK KAYA RAYA TU ZUHUD KA?????
    DIA DOK KELUAR MCM2 FATWA, KAFIR SEMUA ORG, DOK MAKI ORG TU ZUHUD KA?????
    DULU KATA KAFIR UMNO KWN MCA, HARI NI DOK JILAT DAP, ZUHUD KA????
    ULAMA LAIN SEMUA TAK BETUL, DIA SORANG YG BETUL, ZUHUD KA ????
    YG SEBENARNYA DIA TU BAPAK SESAT YANG MENYESATKAN MANUSIA DI BUMI INI.

  1. Anonymous

    SERBAN BESAR BAKUL TP HATI PERUT BUSUK MACAM NAJIS (NAMA DIALA TU).ORG SEMUA TAK BETUI, DIA SORANG JA PANDAI..KUNCI SYURGA DOK KAT DIA LA KATAKAN....N.AJIS ZUHUD !!!!HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA LAWAK2222222

  1. jab sp

    yang hampa duduk layan anak haram jadah dengan sembunyi di sebalik nama anon 11:50 dan 11:54 tu buat apa.
    dia nak mampuih,dia nak tersungkur,dia nak terjun masuk lubang,biak pi lah dia nak mampuih.
    satu patah hampa jawap,sepuluh patah petikan ayat yabg selalu diguna dalam utusan dan bharian dia guna.
    jenis ni dah tak bolih buat apa apa dah.biak dia mampuih dengan pegangan dia.

  1. Anonymous

    sdra anonymous 11;50 dan 11;45

    terima kasih. terserlahlah corak pemikiran anda.
    saya doakan anda mendapat pemikiran yang sihat.
    apapun tak baik menamakan orang sesat.
    salam ukhuwah
    saya yang fakir;azizi hj abdullah

  1. bekas pengundi pas ttwangsa

    Tak payah pergi jauhlah.Kita tengok dimana peranan pas dalam PR sekarang?Adakah pas berkuasa menentukan halatuju pakatan?Tidak sama sekali bukan?.Semuanya di bawah telunjuk anuwar ibrahim,lim kit siang dan kuncu2nya.

    Contoh bagaimana pentadbiran negara sekiranya pakatan memerintah boleh kita lihat di Selangor.Untuk mengubah undang2 sekecil peringkat PBT pun pas tak mampu malah tak berani.Untuk menegakkan yg ma'ruf dan mencegah yg mungkar dalam bidangkuasa PBT pun pas sudah terkincit2 bila diherdik dap(kes arak).Ini adalah fakta.

    Lebihkurang begitulah Malaysia akan diperintah malah kemungkinan besar lebih buruk lagi di sesetangah negeri bercampur yg lain spt Perak,Johor ,Melaka,NS juga Sabah Sarawak.Negeri2 majoriti Melayu spt Kelantan,Kedah dan T'ganu janganlah mementingkan diri sendiri dan memandang dalam tempurung sendiri.

    Adakah hudud akan dilaksanakan?Ini adalah angan2 mat jenin pengikut peringkat bawahan sedang pimpinan atasan seperti nik aziz sendiri sudah sedia maklum malah sudah membuat satu 'MOU' untuk tidak melaksanakan hudud dalam pemerintahan PR.Sila rujuk blog zulkifli nordin.

    Saya rasa berhentilah bercerita tentang hudud yg nampaknya sangat mustahil terlaksana dengan kuasa 30% pas dalam pakatan.Ini adalah retorik yg sangat memualkan.Yg pasti kuasa umat Islam akan terhakis secara mendadak sekiranya PR memerintah.Parlimen,kabinet kementerian akan dikuasai oleh puak2 kuffar dan pendokong pluralisme agama secara total.

    Mengapa pas tak malu untuk mengambil pemimpin pendokong pluralisme agama dan sangat diragui dr segi moralnya spt anwar ibrahim?Adakah matlamat sudah menghalalkan cara?
    Saya tak bercerita pasal parti di sini tapi berkenaan kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

    Pas wajib bermufarakah dari Pakatan Rakyat!

  1. Anonymous

    Aku setuju sangat Saudara Bekas Pengundi Pas Ttwangsa....cerminlah bahawasanya Pas tidak akan mampu menggapai impian mat jenin sedangkan isu kecil pun terpaksa tunduk pada Dap dan Pkr...Maka saya cadangkan agar Pas hentikanla berceramah menipu orang Islam untuk mendirikan negara Islam kerana sesungguhnya anda tak mampu dan sangat tak mampu walau sebesar kuman pun.

  1. Anonymous

    Bravo Jab SP, bela sakan nampak..Ajis janji masuk syurga ka????

  1. Anonymous

    Jab SP dah tobat dah...Dulu dia Umno totok...tapi dia mula kenai kebenaran sejak abg Nuar dia kena tumbuk..teruih dia join PKR...sekali skala, dia pening jgak...lately, dia conpius skit...abg Nuar dia suka tunda kes...tak mau..eh bukan tak mau..ulamak tak bagi sumpah...Kekadang..abg Jab try jgak jolok jari dia kat lubang j***r dia sendiri...then dia tersenyum panjang.. Barulah dia mengerti...

  1. Jab Suka Pungkoq

    Dajjal pun confirmed gerenti nampak baik...
    Dajjal cukup suka pecah belah orang..
    Dia bawa syurga...sebenarnya neraka...
    Pasal tu dia tak kisah kalau ada mamat freemason taik juboq nak bantu dia dapat kuasa..pasai tu dia kata, setan bantu pun dia terima... bila dah kawan dgn dajjal..turut jadi dajjal la... Simple kan??

  1. botak hijau

    Alaa.biasa lah .EXCO PAS pun dah ada komisen.Aku ingat umno saja dulu.depa serupa.Rakyat kena tipu.Islam di bibir sahaja.Itulah PAS.Depa jual agama>Ingat ke PAS ok masa jadi pembangkang di kedah dulu.Rupa serupa juga dengan UMNO.Keluar mulut boya masuk mulut naga.